28 December 2007

FIKIR BOLEH

Salam Sejahtera! Apa khabar. Baru lepas Chatting ngan SPD Pak Arif dari Jakarta. Beliau baru saja pulang dari Stokis SSTI. Aku hari ni rasa sungguh terharu dengan KOMITMEN , PENGORBANAN , KESUNGGUHAN , KEYAKINAN , KEBERANIAN dan KECEKALAN rakan-rakan SSTI di Indonesia membangunkan sebuah Stokis di Cikarang , Jakarta. Mereka berhempas pulas mengerah sepenuh tenaga untuk menjayakan impian mereka bersama. Alhamdulillah hari ini Stokis di Cikarang sudah mula operasi.

Walaupun dengan melalui pelbagai ujian , cabaran bisnes serta Mehnah Tribulasi , mereka tetap cekal dan teguh pendirian. Mereka ini insan-insan hebat , gagah minda , perkasa jiwa , kukuh emosi dalam mengusaha dan menekuni sebuah perniagaan bersama Smart Naco. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan murahkan rezeki kalian.

2008 adalah tahun yang mencabar dan benar-benar menuntut kita lebih serius , tekun , komited dan istiqamah dalam mengusahakan perniagaan ini. Dengan sasaran mengembangkan perniagaan ke negara lain di samping menswadaya strategi pemasaran internet , sudah pasti banyak kudrat dan semangat diperlukan untuk mendalami Ilmu dan mengasah ketajaman kemahiran dan bakat. Untuk sesuatu tugas atau kerja pasti dilihat dengan pelbagai persepsi oleh ramai orang. Jika ada 5 orang sudah pasti ada 5 persepsi penerimaan. Ada yang kata susah, ada yang kata senang , ada yang kata tersangat senang , ada yang kata mencabar , ada yang kata cuba dulu dan macam-macam lagi.

Namun bagi aku , aku yakin 2008 akan menjadi Tahun yang baik untuk diriku. Sudah ada beberapa perancangan yang di susun untuk 2008 , sudah dipahatkan kuat dan kukuh impian 2008 untuk di capai. Aku melihat 2007 adalah tahun yang amat mencabar ketika menjalankan perniagaan ini. Ramai yang kecundang , ada yang bertahan , ada yang menunjukkan peningkatan. Bagi aku ALhamdulillah , bermula dengan suasana suram dalam bisnes , bulan demi bulan , FOKUS dan PERCAYA DIRI aku kuatkan untuk menembus tembok cabaran bisnes ketika itu. Setahun yang lalu waktu seperti ini aku ke Indonesia mencuba nasib membuka rangkaian di sana. Alhamdulillah , dengan izin ALLAH , mereka sekarang berdiri dengan sebuah Stokis di sana. PERJUANGAN MEREKA SEBENAR baru saja BERMULA. Mereka yang cekal , positif , yakin , berilmu akan terus bertahan ...

JANGAN SESEKALI BERMAIN DENGAN FIKIRAN NEGATIF ......

Jika anda berfikir bahawa anda telah dikalahkan,
Maka sebenarnya anda telah kalah,

Jika anda berfikir bahawa anda tidak mampu,
Maka anda memang telah menjadi lemah.

Jika anda ingin menang , tetapi anda berfikir bahawa anda tidak dapat menang,
Maka pastilah anda tidak akan menang.

Jika anda berfikir bahawa anda akan menderita rugi,
Maka anda akan betul-betul merugi.

Kerana dimana pun di seputar dunia ini,
Itu hanya berpangkal dari kemampuan seseorang yang mewujudkan jalan fikirannya.

Jika anda berfikir bahawa kedudukan anda tersisih dalam masyarakat,
Maka anda akan mengalami perlakukan yang demikian.

Oleh sebab itu anda hendaklah berfikir tinggi,
Dalam usaha meningkatkan darjat anda.

Anda harus yakin benar akan diri anda sendiri,
Sebelum berhasil memenangkan suatu hadiah.

Pertarungan dalam medan juang hidup ini
Memang tidak selamanya mendatangkan keuntungan yang kuat ataupun cepat

Akan tetapi lambat atau lekas ,
Orang yang menang itu , adalah orang yang berfikir bahawa

DIA BOLEH ,
DIA HEBAT,
DIA POSITIF........

Sesuatu yang hebat ada di sini , KLIKS DI SINI

HAIRUDDIN ABDULLAH

27 December 2007

2 TAHUN YANG LALU

Petikan blog bravejournal .... aku 27 Disember 2005 - 2 Tahun Yang Lalu .... KLIK UTK LIHAT BLOG LAMA ...

Aku memulakan penulisan blog utk bisnes Smart Naco aku pada 24 November 2005 ...

Tuesday, December 27th 2005

8:43 AM

SELAMAT MEYAMBUT 2006

KEKADANG terdetik dihati saya ,, apakah pencapaian yang telah saya capai tahun 2005. Namun ada sesuatu yang telah saya temui walaupun di penghujung tahun . Apa yang saya temui ,, saya temui sekeping VCD yang telah mengubah persepsi saya pada perniagaan MLM. Jika dulu ku anggap MLM ni susah , payah , meletihkan ,asyik dok meeting jer , kena jumpa orang (tebal muka) , kena present dan macam-macam ,, tetapi sekeping VCD ini mengubah persepsi dan minat ku kepada perniagaan MLM..

Aku yakin dengannya , dan kini ianya telah mula menunjukkan hasil .. Rangkaian ku semakin berkembang .. Masa aku dok upkan laman web en sham , dline aku di kota kinabalu , hp aku berdering dan disana suara puan sufi hanim kedengaran. Dia baru sahaja menonton VCD tu dan cukup teruja dengan cerita didalamnya. Dia nak jumpa aku malam ni juga , tetapi aku kata mlm ni aku sibuk sikit ,, tetapi selang 5 minit telefon aku berdering lagi ,, suaminya pula bercakap dengan ku ,, dia nak susu 3 kotak tu malam ni juga dan esok nak bagi kat prospek pertama dia yang dok kena stroke...

Etika BISNES kalau dapat kita tunaikan permintaan pelanggan kita cuba tunaikan segera. Aku pun call khairul ,tanya dia ada tak susu , dia kata ada 2 kotak dan nasib baik aku ada sekotak ,, lalu berlakulah pertemuan itu di nasi lemak corner di SP ,

Dia sing up borang , dan aku beri penerangan serba sedikit ,, Pn Sufi Hanim ni prospek dline aku di KL tu , aku bantu untuk tajakan sbb dia dok SP , Dline punya pasal aku akan bantu ,, sbb dalam MLM ni tanpa Dline dimanalah kita , JADI jagalah dline sebaiknya...

SEMALAM :: Aku melayari laman cari.com ,, aku jumpa iklan susu igg jd aku buka ,, tengok iklan dia panjang dan ada nama yazit dline aku di rawang dan bulan ni (dis) dia dah naik ke pangkat SM. TAHNIAH En Yazit dan aku lihat dalam group aku 5 orang atau 6 orang akan naik ke pangkat manager bulan ni. ALhamdulillah.. Jadi aku tanya yazit ada tak dline dia di johor ,, dia kata ada ,, azman namanya ,, aku sms azman ,, budak muda yang kuat bekerja ,, Dia dulu dah buat MLM dah habis RM 5000... lepas tengok CD dia yakin dia akan buat dan dia target akan jadi President Direktor dalam tempoh 6 bulan.. kalau dia betul2 agresif silap2 3 bulan dah boleh pi ,, semalam juga dia citer berkenalan dengan prospek singapore ,, InsyaAllah akan join nanti.. aku tengah plan untuk kembangkan rangkaian di singapore... Aku yakin Azman akan jadi PD dalam tempoh kurang 6 bulan..

Itulah citer aku ,, nanti aku citer tentang sorang lagi dline aku yang bernama Dr Mohd Amin .... ok la
kepada anda yang belum tengok VCD sila kelaman web saya myniaga.net

ok ,, anda yang dah baca kat journal saya ,, boleh ke journal rakan yang lain ,, depa pun ada citer baguih-baguih..

ok che din

012-4686404
http://myniaga.net


RINDU KAT BLOG LAMA ......... UNTUK MUAT TURUN KISAH AKU MEMULAKAN PENULISAN BLOG BOLEH LA DOWNLOAD DI SINI >>>>>>>>>>>>>>>

22 December 2007

BALIK KAMPUNG

Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan. Alhamdulillah aku baru selamat sampai ke rumah ( penang ) jam 3.30 petang tadi setelah berhari raya di kampung. Selepas jer balik dari Sabah wife aku ke KL dari Alor Star naik Air Asia dan aku tunggu di KL sebelum bermalam di KL semalam dan terus balik kampung. Di KL aku ziarah Pak Saudara aku sebelah rumah di kampung yang dah seminggu dok di Hospital Kuala Lumpur kerana saluran makanan tersumbat. Sekarang dah tak leh makan apa kecuali air milo dan nestum sahaja. Lepas tu aku rehat coz agak letih dalam perjalanan ke Sabah. Esoknya sebelum balik ke Muar aku pi MPH Book Store pi cari buku-buku apa yang patut. Lepas tu baru balik Muar.

4 hari ini aku memang beri Fokus sepenuhnya kepada Family , dan rupanya orang kampung korbankan 5 ekor lembu raya ni. Cuma aku terasa bila tak leh online nie rasa macam tak sempurna ajer hidup nie , he he... Kebetulan pulak akunyer line kena blok sebab kredit limit dah cukup nak bayar plak cuti raya dan tak dapat nak online , he he , jadi kesempatan ni aku FOKUS terus pada Family lah....

Banyak kerja yang tertangguh yang perlu di selesaikan dalam seminggu ini sebelum menjelang JENDELA 2008. InsyaALLAH aku yakin dapat selesaikan dengan baik... OK lah , nanti aku coretkan lagi .. Di bawah ni aku bagi peluang kat u all tengok gambar aku ngan rizal TI ketika di Sabah ...

Kepada anda jangan putus asa dan terus berusaha hingga berjaya....


Bergambar di kedai gunting rambut ayah nick di Kota Belud. Nick yang sebelah aku tu. Dia manfaatkan kedai gunting rambut ayahnya untuk buat promosi susu igg plus. Hasilnya bulan lepas beliau berjaya jual 40 kotak susu igg plus.

Apa la yang Che Din citer tu. Aku tengah buat Smart Self Group Meeting untuk rakan-rakan di Kota Belud. Mereka nampak memang perlu ada sistem fail dan beg untuk sample produk.

Aku dengan Nicholas dari Kota Belud. Ni ambik gambar di pejabat kecil belakang kedai gunting ayah beliau. Beliau bekerja sambil sambung belajar secara sambilan sambil buat bisnes susu. LUAR BIASA NICK ....

Rizal sedang sembang-sembang dengan En Samat sebelum program belah petang bermula di Stokis Smart Naco Kota Kinabalu , Sabah

Hah! Tak Sangka beg kita orang sama plak! He he , Tu la dia " Wahdatul Fikr" ... Rizal dah bersedia untuk pulang dari MISINYA menawan Gunung Kinabalu..... U ARE THE BEST..


OK , Jumpa Lagi

sila klik ke www.alivingmydream.com/chedin/

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI



17 December 2007

Baru Balik Sabah

Salam Sejahtera , Apa khabar semua. Lama juga tak updated nie. Dan ujung minggu lepas banyak aktiviti bisnes berjalan. Di utara dengan pelbagai aktivitinya dan tak kurang juga di tengah. Dan kesempatan itu juga aku dan Rizal TI telah buat keputusan untuk ke Kota Kinabalu bertemu dengan rakaniaga di sana.

Aku bertolak ke KK pada pagi hari Jumaat dan sampai jer kami rest dulu. Malam berjumpa dengan En Willy dan En Uzali sambil makan-makan. Kedatangan ke Sabah adalah untuk berkenalan dengan rakan-rakan disana dan melihat potensi sebenar bisnes di sana. Jawapannya ..... Memang Amat Berpotensi .... Banyak juga aku bertukar-tukar fikiran dan pengalaman dari rakan-rakan di sana. Tak sangka tengah dok makan tiba-tiba ada orang call En Uzali katanya nak beli Primalex . Orang tu En Uzali kenal secara spontan jer dan di perkenalkan dengan 2 biji primalex beberapa hari lalu. Tiba-tiba jer dia call nak beli sekotak pulak. TAHNIAH juga kepada Isteri En Uzali kerana berjaya buat Personal sales 4000 PV dan bulan lepas dapat juga bonus RM1700 lebih. Itu baru 2 bulan bergerak aktif... TAHNIAH juga kepada Nick bersama Family yang telah berjaya memasarkan produk Susu IgG Plus lebih 40 kotak setiap bulan. Bulan lepas dia juga dapat bonus RM 1k lebih. Dengan hanya menggunakan potensi kedai gunting Ayah nick , sambil tunggu gunting rambut sambil tengok CD Testimoni , bertanya dan membeli... TAHNIAH kepada semua rakan-rakan di Sabah kerana telah menjadikan bisnes ini sebagai bisnes yang berpontensi.

Aku sempat juga buat perjumpaan beberapa rakan di Stokis Kota Kinabalu. Sempat berbincang dengan Mr Chin owner stokis dan bertukar-tukar fikiran bagaimana untuk menggerakkan lagi bisnes ini di Sabah. Oh Ya , 5 Januari 2007 akan di adakan Recognation Night untuk mereka yang berjaya mencapai pangkat Manager dan Senior Manager jam 1 tengahari.

Hari terakhir aku ke Kota Belud berjumpa dengan En Nick. Seorang anak muda yang bijak dalam bisnes. Ayahnya seorang tukang gunting rambut telah menjalankan pekerjaan itu selama 35 tahun. Nick telah memanfaatkan kedai gunting rambut ayahnya untuk mempromosikan susu igg plus. Anda bayangkan bagaimana Nick pada peringkat permulaan terpaksa berulang alik dari Kota Belud ke Kota Kinabalu yang perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit hanya untuk membeli susu igg plus.

TAHNIAH kepada En Willy yang telah membimbing rakan-rakan di sana menjalankan perniagaan yang sebenar. AKU YAKIN SANGAT mereka akan berjaya di Sabah.

OK lah aku nak keluar jumpa prospek yang berminat nak gerak bisnes ni ... Nanti aku sharing lagi ....

note :::: Gambar Akan Di Masukkan Nanti .....

Salam SUKSES

Hairuddin Abdullah Almuari

11 December 2007

ONE MINIT TIPS

ONE MINIT TIPS : USE TESTIMONY FOR SHARING & SALE ( UTFS2)

Tips mudah untuk anda. Anda boleh menggunakan Testimoni dari manfaat produk untuk anda berkongsi kepada rakan-rakan anda atau prospek anda. Gunakan Testimoni ini juga untuk tujuan jualan.

Jika anda ada Testimoni Sendiri , Itu adalah yang paling baik . Jika tidak, dapatkan Testimoni dari pelanggan anda untuk di kongsikan. KUASA Testimoni ini cukup hebat.

Oleh itu , jangan lepaskan untuk menyimpan seberapa banyak Testimoni yang anda ada..

Anda boleh menggunakan SMS untuk menghantar Testimoni kepada Rakan Niaga , Pelanggan atau Prospek Anda.

Anda boleh menggunakan Email untuk menghantar Testimoni kepada Rakan Niaga , Pelanggan atau Prospek Anda.

Anda boleh menggunakan cerita testimoni ini untuk berkongsi kepada rakan niaga atau prospek anda......

Testimoni membuatkan orang yakin dengan produk kita dan membuatkan kita juga yakin untuk berkongsi cerita.

Dapatkan banyak lagi UTFS2 di LCC SUCCESS SHARING .......

Kepada Anda yang berminat berbisnes bersama saya sila ke www.myniaga.net


Sekian

Hairuddin Abdullah

10 December 2007

TERUS BERUSAHA

Salam Sejahtera . Apa Khabar .. Terima Kasih kerana melawat blog aku. Semakin hari dah semakin hampir dengan angka 2008. Semoga 2008 menjadi tahun yang lebih baik dari 2007. Hari ini setelah aku senaraikan memang banyak betul perkara-perkara yang perlu aku uruskan. InsyaALLAH aku aku uruskan satu persatu.

Alhamdulillah , Ahad lepas 9 Disember 2007 aku ke KL untuk jalankan program LCC. Alhamdulillah sambutan yang amat baik , ramai muka-muka baru yang KOMITED untuk mencari pengalaman dalam perniagaan... Sabtu dan Ahad depan ini pulak , InsyaALLAH aku akan ke Kota Kinabalu untuk bertemu rakan-rakan di sana pula.

Alhamdulillah juga , group sales bulan lepas semakin menunjukkan peningkatan. Syukur Alhamdulillah . Kepada sahabat-sahabat sekalian dalam SST kita menekankan kepada Kemahiran dan Ilmu pengetahuan. Sebenarnya itu lebih berharga dan anda boleh gunakan dalam jangkamasa yang panjang. Orang yang berilmu akan bangkit kembali apabila mereka jatuh... Jadi tidak rugi untuk anda mengutip pengalaman dan ilmu ini. Percayalah semua yang anda lalui dan pengalaman yang anda dapat sepanjang menjalankan perniagaan ini anda boleh gunakan untuk masa-masa hadapan.

Aku masih ingat lagi pada 2003 aku terpesona dengan satu program keusahawanan bersama sebuah Syarikat. Aku membayar yuran kursus RM500 dan menjalankan aktiviti perniagaan. Setahun aku bersama-sama syarikat itu tetapi dengan tiada langsung pendapatan. Pendapatan akan dapat daripada yuran keahlian dan program-program yang di anjurkan sendiri. Namun oleh kerana kesedaran dan semangat yang bersungguh-sungguh untuk mencari pendapatan dan memiliki bisnes sendiri aku usahakan bersungguh-sungguh selama setahun dan dalam tempoh itu aku masih gagal untuk mendapatkan walau RM300 sebulan. Namun pengalaman pergi ke kedai runcit satu persatu untuk buat research dan menjemput ke program penerangan Komuniti Runcit , Pergi ke Bengkel Kenderaan untuk menjemput ke program WORKSHOP COMUNITY , Deal dengan pejabat Mara , Bank Islam untuk menganjurkan Seminar Keusahawanan dan ALhamdulillah berjaya menganjurkannya sebanyak 3 kali . Membantu menyiapkan kertas kerja dan pelbagai lagi kegiatan yang memang tidak menjanjikan pendapatan langsung. Namun PENGALAMAN yang dapat aku kutip di situ amat berharga. Ramai rakan-rakan aku hanya usahakan setakat sebulan , 2 bulan , 6 bulan dan aku masih lagi berhubung dengan Syarikat itu kerana daya PERSISTENSI Pengasasnya untuk menjalankan program itu masih berterusan. Dan setelah 3 tahun , Alhamdulillah , Beliau berjaya juga menubuhkan Pasaraya di Johor Bahru dan sekarang beliau juga banyak diminta oleh pihak kerajaan memberikan idea dan pandangan tentang membangunkan usahawan bumiputera.

Bila lihat KFC aku pasti teringat bagaimana gigihnya Kolonel Sander berusaha mencipta resepi ayam gorengnya berkali-kali , setelah mencuba untuk yang ke 900 kalinya barulah beliau berjaya...

Bila lihat cahaya lampu aku pasti teringat akan cerita Thomas Adason berusaha beribu kali untuk mencipta lampu sehingga ada orang mengatakan Thomas Adason seorang yang gila melakukan sesuatu yang sia-sia.

Aku juga melihat betapa Gigih , Persistennya bekas Majikan aku dulu menjalankan perniagaan Training Consultantnya. Nah , sekarang beliau telah mempunyai 26 Cawangan Program Tuisyen beliau di Seluruh Malaysia. Beliau tidak berputus asa walaupun ada beberapa program beliau menemui kegagalan.

Saya mengharapkan anda tidak begitu. Jangan cepat BERPUTUS ASA. Jangan berputus asa kalau call 100 prospek seorang pun tidak menyertai anda. Pasti ada sesuatu yang perlu anda perbaiki dan perlu belajar . Cari formula baru anda.

Ok lah , aku nak uruskan beberapa urusan hari ini. Senang sikit dah buat Check List apa yang perlu di uruskan. Mengutamakan Yang Utama .....

Kepada ANDA yang belum menyertai SST ,,, boleh SMS aku di 012-4686404 .. atau lawat laman web aku www.myniaga.net ....

InsyaALLAH kita sama-sama lakukan , Konsisten , Persisten

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdullah

02 December 2007

MENTALITI KITA?


I CAN ACHIEVE ANYTHING
WHEN I SET MY MIND ,
MY HEART AND BODY FOR IT

Jangan lupa kepada mengapa kita bermula dan bagaimana kita bermula. Ramai yang melupakan hal itu. Satu ketika dulu mereka bermula dengan penuh harapan dan semangat dan akhirnya pudar , lemah dan hilang. Tewas dan tidak mau bangun semula.

MASANYA untuk KITA JADI insan HEBAT dan BANGSA BERMARUAH ....

Anda tahukan apa akan jadi apabila kita atau bangsa kita lemah , longlai dan hanya leka dengan hiburan semata-mata. Kita akan di hina , kita akan di perdaya , kita akan di tipu , kita akan hanya menjadi alat atau kepentingan orang lain. Tiada istilah WIN-WIN situation. WIN-WIN SITUATION tidak wujud dalam pertandingan bola sepak , badminton , takraw dan permainan lain , tetapi WIN-WIN SITUATION akan wujud dalam SENI PERHUBUNGAN MANUSIA . Aku melihat sendiri jika kita tiada ilmu , tiada harta , lemah ekonomi bagaimana kita akan terus di tindas dan di permainkan orang. Kita tidak di pandang dan di hormati orang kerana tiada ILMU , tiada KEMAHIRAN , tiada HARTA , tidak KUAT EKONOMI dan apatah lagi LEMAH PEGANGAN AGAMA .....

Terlalu RAMAI orang kita jatuh tersungkur dalam mengusahakan bidang perniagaan dan TERLALU RAMAI Ibu Bapa yang TIDAK YAKIN untuk anak mereka mengusahakan perniagaan sendiri. Satu demi satu aku lihat bagaimana CEMASNYA perasaan ibu bapa jika mendengar anaknya ingin berbisnes sendiri. Namun Perkembangan hari ini , nampaknya telah melihat sedikit perubahan pada POLA keyakinan anak-anak untuk berbisnes.... Berikanlah sokongan... Apakah kita hanya ingin menjadi BANGSA menerima dan mengguna ....

Aku pernah juga berhadapan dengan seorang ibu yang apabila tahu anak perempuannya seorang akauntan kemudian mengambil kursus perguruan dan akhirnya menjadi guru kemudian anaknya ini telah 7 tahun menjalankan perniagaan Multilevel Marketing dan akhirnya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi laluan sepenuh masa kepada bisnes MLMnya itu. Tahukah anda betapa KECEWAnya si ibu tadi kerana takut anaknya itu tidak punya masa depan yang cerah dengan bisnes MLM ini hinggalah ibu tadi hampir tiap malam solat hajat agar anaknya kembali mengajar kembali......

Tentu apabila kita membaca ini , kita juga akan berada dalam situasi DILEMA.. Dan saya yakin tentu di kalangan rakan-rakan kita yang buat bisnes ini pernah menghadapi saat sulit ini. Namun YAKIN dan BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH telah memberi kekuatan kepada mereka dan terus memberikan harapan dan keyakinan kepada keluarga mereka.... Namun keputusan yang kita buat , PASTINYA telah menyantuni semua orang ... Bilalah MENTALITI MINDA ORANG MELAYU akan berubah kepada MENTALITI USAHAWAN...

MENTALITI USAHAWAN ? Ya MENTALITI USAHAWAN tidak semestinya anda menjadi seorang usahawan , anda bekerja di ofis , anda melakukan pekerjaan di mana-mana , mengurus rumah tangga , jika anda menggunakan MENTALITI USAHAWAN pasti anda akan lebih LUAR BIASA. Kerana SIFAT , SIKAP , PEMIKIRAN , KEBERANIAN yang ada pada diri usahawan TULEN patut ada pada semua orang. USAHAWAN tidak akan duduk menadah dan menanti peluang tetapi mereka MENCARI dan MENCIPTA PELUANG , USAHAWAN TULEN tidak takut untuk berjuangan dan gagal , tetapi melakukan sesuatu seoalah-olah TIDAK AKAN GAGAL , USAHAWAN TULEN tidak akan MENYERAH KALAH , mereka akan terus berusaha dan mencari idea-idea baru untuk usahanya itu , Mereka tidak berputus asa , mereka cekal , mereka berani , mereka rajin belajar , mereka kuat bekerja , mereka gigih , mereka sabar , mereka ada matlamat dan visi , mereka tahu menguruskan masa , mereka kreatif , mereka tekun, mereka pandai mencipta peluang , mereka pandai memanfaatkan peluang , mereka bergerak lebih pantas dan yakin dan mereka YAKIN ALLAH akan bersama-samanya pada bila-bila masa dan di mana sahaja pun.

Jadilah LATIHLAH diri kita , anak-anak kita , keluarga kita dengan membina MENTALITI USAHAWAN ... Janganlah letakkan diri kita lagi dalam MENTALITI SUBSIDI , MENTALITI TONGKAT , MENTALITI MENGHARAP IHSAN ORANG LAIN , MENTALITI TAKUT TIADA MASA DEPAN , MENTALITI CEPAT MENGALAH dan BERPUTUS ASA dan paling sedih telah wujud satu GOLONGAN yang mencipta MENTALITI CEPAT kaya TETAPI TIDAK MAHU BERUSAHA GIGIH ... AKHIRNYA...... Mereka tidak kaya tetapi merekalah yang MUDAH TERTIPU .... Namun lebih MULIA TERTIPU daripada MENIPU .....

OK lah ! sebenarnya masa memulakan penulisan di blog ini aku masih tiada idea.. tajuk pun tak letak lagi . Ikut apa fikiran nak tulis.. akhirnya dapat idea di atas la , dan aku rasa ianya cukup sinonim dengan diri kita semua yang menjalankan perniagaan sendiri. JANGAN CEPAT MENGALAH dan BERPUTUS ASA ya ... Binalah MENTALITI USAHAWAN TULEN atau SPD Zul kata USAHAWAN SEJATI , Kalau PD Ashriee kata USAHAWAN CEMERLANG ...

Mari kita sama-sama menjadi INSAN HEBAT di DUNIA dan AKHIRAT kerana apa yang kita lakukan di DUNIA memberi kesan yang AMAT BESAR kepada kehidupan kita di AKHIRAT NANTI ....

KEPADA ANDA yang ingin berbisnes bersama aku sila ke www.myniaga.net

Salam Kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI



26 November 2007

LCC WORKSHOP DI TEMERLOH BERJAYA

Salam Kejayaan kepada anda semua. Apa khabar? Terima Kasih kerana masih menjengok blog aku di sini. TAHNIAH kepada anda kerana anda telah menjadi Insan Hebat dan MEMIKIRKAN tentang perkara-perkara hebat. Aku baru sampai ke Rumah malam tadi setelah keluar sejak hari Jumaat.Jumaat Petang aku dah bertolak ke Kuala Lumpur bersama SPD Zul dan PD Ashriee dan tidur di Nilai pada malam tu. Paginya 5.30 pagi kami ke LCCT menghantar SPD Zul untuk Ke Tawau kerana beliau ada program bersama HQ di Tawau. Kemudian aku dan PD Ashriee bertolak ke Melaka dan terus ke Muar makan Satay dan mee rebus seawal 9.00 pagi . Sempat singgah rumah di Kampung dan lepas tu PD Ashriee berjumpa rakaniaganya En Zaid yang dah 1 setengah tahun join tapi tak jumpa lagi. Aku tengok dline ni ada potensi besar. Selepas selesai terus ke Melaka jumpa dengan rakaniaga En Ashrie dan lepas makan tengahari aku pulak jumpa rakaniaga aku hantar susu 26 kotak kepada Puan Jamilah. LUAR BIASA... Kemudian aku terus bertolak ke Jengka dari Melaka dan sampai di Jengka tepat jam 7 malam. Di Jengka aku menginap di rumah Ayahanda En Rashidi.

LCC WORKSHOP

Seawal pagi kami bangun untuk menjalankan MATLAMAT kami ke Jengka iaitu LCC Workshop. Alhamdulillah 10 orang menghadirkan diri. OH Ya! Ucapan TAKZIAH kepada En Manap yang mana semasa di pertengahan bengkel beliau telah mendapat panggilan telefon yang memberitahu Ibu Mertuanya telah kembali ke Rahmatullah. SALAM TAKZIAH dari kami semua. AL-FATIHAH ....


En Jusni dari Kuantan dan En Sabaruddin dari Jengka sedang menjalankan aktiviti Bagaimana Berhadapan Dengan Prospek.... TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA


En Mat Zin ( Leader TEMERLOH-JENGKA ) sedang mendengar penerangan LCC dari En Azhar yang akan jadi pemimpin hebat Jengka. TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA.


Syazwan anak muda berumur 19 tahun dari Raub telah ke Temerloh dengan menunggang motosikal selama 2 jam hanya untuk mencari ilmu dan pengalaman SEDANG membuat penerangan LCC kepada En Wahab orang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang MLM. TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA.

Kak Wan seorang yang punya pengalaman luas dalam perubatan alternatif tradisional dan hemopaty byk pengalaman menjual igg plus dan primalex sedang menerangkan LCC kepada Puan Norlizan seorang usahawan yang gigih dan cekal serta mempunyai IMPIAN untuk BERJAYA.... TAHNIAH KEPADA PUAN BERDUA ....


Bergambar KENANGAN peserta LCC Workshop Temerloh. ANDA SEMUA memang HEBAT..

LCC WORKSHOP seterusnya di KUALA LUMPUR pada 9 Disember 2007. Daftar Nama dengan UPLINE anda segera. Tempat terhad 30 orang sahaja.....



Itulah cerita tentang LCC . Lepas jer selesai aku dengan PD Ashriee balik ke KL dan hari Isnin aku ke HQ. Dapat juga jumpa dan makan tengahari bersama Dato' Nordin , Mr Tan , Mr YC , Mr Alan Wong dan En Azhar ...

INTERNET MARKETING WORKSHOP ( IMW)

Minggu ini Aku , SPD Kaz dan SPD Zul berpecah dengan memainkan peranan masing-masing , Sementara SPD Zul ke Tawau , Aku ke Temerloh SPD Kaz pulak menjalankan "INTERNET MARKETING WORKSHOP" di SST Centre Bandar Perda. Ada 10 orang yang menghadiri. Lepas JOIN LCC Workshop anda boleh la JOIN INTERNET MARKETING WORKSHOP.


Tanggungjawab semakin besar. Lagi banyak aku mengendalikan LCC ini aku dapat rasakan tanggungjawab aku untuk membantu rakan-rakan semakin besar. Itulah kepuasan dan kebahagiaan.

OK lah .. Aku sedang mencari 3 orang lagi dari 15 orang yang aku akan COACH terus menjadi INSAN HEBAT dalam perniagaan Smart Naco bersama Smart Success Team...

Nak JOIN boleh ke www.myniaga.net atau CALL AKU 0124686404

Che Din

22 November 2007

KARAKTER CEO

ANDA ADALAH CEO KEPADA BISNES ANDA.... JADILAH CEO YANG HEBAT....

BISNES TERUS BERJALAN LANCAR

Hari terus berlalu dan pasti akan berlalu. Apa kita telah melakukan sesuatu yang TERBAIK hari ini tanyalah pada diri sendiri... Hari ini dari pagi sampai tengahari dok berchating dengan dowline dari Malaysia dan Indonesia. Alhamdulillah satu perkembangan yang SANGAT positif. Dan aku rasa mana rakan-rakan yang mengikuti perkembangan biz aku dengan rakan-rakan melalui blog PASTI akan melihat sendiri .... Tapi adakah memadai dengan hanya melihat?

Alhamdulillah , rakan lama aku nampaknya dah mula nak bergerak AKTIF dan PASTINYA aku akan bantu beliau sampai berjaya hingga menjadi LEADER HEBAT Smart Success Team. Bisnes kita adalah BISNES melahirkan seberapa ramai LEADER yang BERKUALITI. Aku YAKIN sangat beliau ni mampu lakukan sesuatu dengan TERBAIK....

Minggu ni memang banyak aku ke stokis untuk submit borang ahli baru. Nampaknya lebih 10 form yang aku dah submit dalam tempoh 5 hari nie. Semalam di Stokis Kulim ada Training "7 AMALAN HARIAN" .... YA! Anda juga akan di dedahkan dengan Single Daily Action semasa LCC WORKSHOP nanti... NANTIKAN ia hadir di tempat anda...

OH YA !! 25 Nov 2007 , Ahad , aku berada di Temerloh untuk Program LCC WORKSHOP di RESTOREN SELERA SERI PUNCAK , Temerloh ... Kepada AHLI SST yang ada rakaniaga di kawasan Temerloh Jengka dan kawasan sewaktu dengannya di JEMPUT HADIRKAN diri , Yuran RM 20.00

OK lah , saya nak upkan laman web rakaniaga baru .... Rasanya AURA tahun 2005 dah nak datang kembali , dan waktu bulan november 2005 macam ni la keadaan sibuknya saya , INSYAALLAH , SMART NACO dan SMART SUCCESS TEAM akan terus UNGGUL ...


OH , Ya , aku sedang cari 3 orang lagi untuk cukupkan kota 10 orang yang akan jadi LEADER HEBAT dan bakal JUTAWAN ... so jika anda menepati kriteria sila ke laman web ...



salam sukses

hairuddin abdullah almuari

17 November 2007

TAHNIAH

Salam Sejahtera dan salam kejayaan kepada anda kalian. Terima Kasih kerana masih menjengok blog aku nie .. Dalam keadaan tak der idea hari ni dan rasa agak bosan sikit tu yang tengahari tadi lepas pi kenduri aku terus cabut pi Bukit Merah Lake Town Resort. Sampai di sana makan minum than call member aku yang kerja kat sana.

Sembang punya sembang pastu buka citer pasal biz dan akhirnya beliau bersedia untuk bersama-sama buat biz Smart Naco. Dan lepas jer aku masuk highway PLUS nak balik ke Penang , dia call lagi dan kawan dia yang juga kenalan aku kata "OK Din aku pun nak join" , " Nanti Hang mai citer macam mana nak buat" .. Huh .. Dapat juga 2 orang dan aku rasa kawan aku ni ada POTENSI BESAR untuk berjaya...

Mereka ni salesman rumah kat bukit merah dan sekarang rumah dah agak kurang kat situ dan masing2 dok cari Alternatif. InsyaALLAH kalau mereka buat sungguh2 AKU YAKIN mereka juga akan berjaya .....

TAHNIAH aku nak ucapkan kepada En Willy dari Sabah kerana berjaya mencapai pangkat DI dalam beberapa bulan buat Biz Smart Naco ni. Dan sasaran dia nak kejar PD dalam waktu terdekat. Tahniah juga kepada semua TIM beliau yang menyokong beliau dan TAHNIAH kepada Nick kerana berjaya buat sales peribadi 4k pv. TAHNIAH kepada semua rangkaian En Willy.

So minggu ni aku rest sikit , kalau tak penuh ngan aktiviti dan start minggu depan sampai bulan Februari memang jadual ujung minggu aku Penuh ... Nak bagi penuh atau tidak terletak pada aku sendiri la..... tu jer..

So kepada anda , JANGAN TUNGGU LAGI ,,,, Smart Naco kembali Daaaaa... JUST KLIK www.myniaga.net

Ok .. Semoga Anda Terus SUKSES

Hairuddin Abdullah Almuari

14 November 2007

MENGGUNAKAN KUASA FOKUS

Salam sejahtera dan Apa Khabar semua. Alhamdulillah semua aktiviti yang di rancang telah berjalan dengan baiknya. Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan izinNYA aku dan rakan-rakan dapat melaksanakan apa yang di rancang.

Aku dapat merasakan MOMENTUM 2005-2006 semasa aku mula buat biz ini kembali terasa. Bayangkan malam tadi saudara Helmi yang telah lama tidak menaja akhirnya dengan Izin ALLAH beliau berjaya menaja seorang kenalan barunya. TAHNIAH Helmi. Begitu juga semalam aku daftarkan 5 orang ahli baru di bawah pimpinan saudara Rizal TI terasa masa zaman aku bermula dulu. Aktiviti syarikat juga terus dan bertambah aktif dan terus aktif dengan memberi penekanan kepada pengisian MINDA dan menyediakan usahawan agar lebih berkeyakinan diri dan matang.

Aku melihat semua ini kerana mereka semua menggunakan KUASA FOKUS... Hal ini cukup penting. Aku juga telah hampir 12 bulan memberi FOKUS yang banyak kepada membangunkan rangkaian kedua aku ini di bawah kendalian Saudara Rizal dan Alhamdulillah nampaknya kelihatan beberapa rakan-rakan baru yang komited akan bersama-sama menjayakan bisnes ini. Ini bisnes mereka aku hanya membantu sekadar apa yang termampu.

Tim SST di Indonesia juga nampaknya sekarang sedang mengorak langkah lebih agresif. Sasaran dan matlamat telah di tetapkan dan mereka akan terus SHOOT kepada matlamat mereka sendiri. Inilah BISNES yang sebenar.

Sebab itu bila kita melalukan sesuatu kita perlu FOKUS. Seperti juga ketika kita SOLAT kita FOKUS seratus peratus kepada SOLAT kita agar kita mendapat solat yang berkualiti. Iaitu kita MEMUSATKAN seluruh tenaga , minda dan nafas dalaman kita kepada perkara yang sedang kita buatkan.

1 JAM SEHARI


Jika anda masih melakukan bisnes ini secara part time , sekurang-kurangnya berikan 1 JAM dari 24 jam yang anda anda secara PENUH dan FOKUS 100% kepada usaha bisnes Smart Naco. Ya mulakan dengan 1 JAM sehari . Maksudnya begini... Sebenarnya apabila anda ingin menghubungi prospek atau downline anda perlu mengumpulkan sepenuh TENAGA dan KUASA MINDA serta TUMPUAN HEBAT kepada usaha yg sedang anda jalankan itu. Contohnya jika anda sedang berhubung dengan seseorang prospek atau sesiapa sahaja , anda perlu memberi seluruh TENAGA anda kepada mereka agar FOKUS anda terus TAJAM kepada mereka. Keikhlasan anda , kejujuran anda , SEMANGAT anda dan komitmen anda untuk berkenalan dengan mereka. Jangan lakukan secara sambilan ketika anda belum benar-benar bersedia. MOMENTUM anda berada pada peringkat lemah dan tidak SERATUS PERATUS ....

Jadi anda perlu peruntukan bermula dengan 1 JAM sehari untuk dan FOKUS kepada bisnes smart naco.. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan 1 JAM sehari untuk Bisnes anda ialah seperti :

1. Belajar Marketing plan dengan menulis balik ( out put learning )
2. Membaca maklumat produk ( slide presentation , buku maklumat produk & sebagainya )
3. Menghubungi UPLINE
4. Menghubungi DOWNLINE
5. Menghubungi PROSPEK / PELANGGAN
6. Membaca Blog rakan-rakan
7. Menyusun strategi Bisnes
8. Menyenarai dan mengemaskini maklumat prospek

Dan banyak lagi... Saya YAKIN jika anda telah MENGUASAI KUASA FOKUS untuk satu jam tersebut berkemungkinan ia akan berlanjutan mungkin bertambah 1 jam 30 moinit , 2 jam dan seterusnya ... Mungkin juga anda hanya perlukan HANYA 30 MINIT sahaja tetapi jika anda menggunakan TUMPUAN dan FOKUS yang PENUH anda akan merasai kepuasannya.

Itulah yang saya nak namakan dengan , BERIKAN 1 JAM MASA PALING BERKUALITI pada BISNES SMART NACO anda......

Saya juga walaupun FULLTIME sentiasa mencari masa-masa tertentu. Contoh sekarang saya sedang memusatkan seluruh tenaga dan minda saya kepada penulisan blog dan saya perlu ambil masa 15 minit secara FOKUS tanpa ada gangguan.

Walaupun saya FULLTIME tetapi saya ada masa 1 JAM berkualiti untuk menghubungi DOWNLINE atau PROSPEK ... Waktu itu saya dah mengarahkan minda , nafas dan semangat saya kepada perkara yang akan saya lakukan itu.....

...... YANG PALING PENTING , biar 30 minit atau 1 JAM masa BERKUALITI yang anda peruntukan untuk bisnes anda dari 24 jam yang anda ada .. YANG PALING PENTING adalah BERTERUSAN dan ANDA LAKUKAN SETIAP HARI , SETIAP HARI , SETIAP HARI ....... .

HAH , lihat KUASA FOKUS ..... Sedang saya tulis blog ini tiba2 mai satu mesej ada orang berminat nak tau bisnes ini dari salah seorang downline saya di Nibong Tebal .... LUAR BIASA .... FOKUS , FOKUS .....


LIFE YM yang saya terima semasa tulis blog ini .....

DLINE: ada bagi dah
DLINE: apa website tuan
DLINE: saya ada kawan yg nak tgk
inq learn: www.myniaga.net
DLINE: mcm berminat dgn MLM
inq learn: ok menarik
DLINE: dia tokey kedai minyak
inq learn: mungkin saya blh jumpa tuan nanti , kita reviem kembali
DLINE: dia baru2 ni kena approach dgn .............
inq learn: ooo
inq learn: ok cantik tu ,
inq learn: boleh juga ke blog saya www.usahawan2u.blogspot.com
DLINE: dah bagi website tu
DLINE: ok tuan
DLINE: sy nak kluar
inq learn: ok , ada masa kita minum2 yuer

lihat , SETIDAK-TIDAKNYA SAYA TELAH MENDAPAT SEORANG PROSPEK ....


akan datang saya nak share .. bagaimana kita mengembangkan rangkaian di SST tanpa perlu bertemu prospek anda .... tapi kalau nak tau lebih LANJUT tentang hal itu , KENA JOIN SST dulu dan aku akan dedahkan semuanya ......


Boleh ke laman web aku www.myniaga.net


JADI JANGAN, buat sikit sana , sikit sini , Bila BUAT SESUATU , AMBIL MASA SESUAI 1 JAM sehari dari 24 Jam anda .. arahkan seluruh kuasa minda , semangat dan semangat nafas anda kepada perkara yang hendak anda lakukan ...

Buat setiap hari , setiap hari , setiap hari ....


Salam Kejayaan dari

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

11 November 2007

LCC SUCCESS TRAINING


Salam Sejahtera ! Bertemu kembali. Lepas pulang dari Jakarta jadual memang agak padat dengan aktiviti syarikat dan SST. Minggu lepas aku lebih bertumpu kepada persediaan menyediakan bahan dan keperluan yang sepatutnya untuk LCC SUCCESS TRAINING. Alhamdulillah LCCST telah berjaya di jalankan dengan sempurna dan PASTINYA perlukan penambahbaikan untuk memantapkan lagi TRAINING ini. Terima Kasih dan TAHNIAH kepada anda yang telah menghadirinya....
Dalam minggu ni juga nampaknya rakaniaga yang lain juga telah aktif mencari dan mendapatkan prospek untuk mengembangkan perniagaan. Pelbagai cerita yang aku dengar. Dan aku juga ada beberapa orang prospek yang perlu di hubungi dan kunjungi bagi menerangkan PELUANG perniagaan ini lebih jelas.

InsyaALLAH LCC SUCCESS TRAINING seterusnya aku akan buat di Bandar Jengka pada 25 November ini dan yang PALING UTAMA adalah di Kuala Lumpur pada 9 Disember 2007 ( Ahad) Tempat adalah TERHAD kepada 30 orang sahaja.

Di bawah ni aku sharekan gambar-gambar semasa LCCST di Penang ini berjalan. Kita akan PASTIKAN SST Utara akan TERUS menggegar.......

Rizal TI sedang mengadakan perbincangan "Smart Self Group Meeting" dengan rakaniagaanya Zulzafri , Hazlin dan Azmir di rumah aku .


SPD Zul Sedang membuat presentation " Bagaimana Cara Menerangkan LCC Slide"

PD Ashrie sedang berkempen menjual produk PRIMALEX & JUS PARTI KURMA mengikut cara "HOME PARTY SHARING" . Ia bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang mereka boleh menganjurkan Home Party Sharing di tempat mereka.


Saudara Rizal TI dan Azmin sedang melalukan latihan "one 2 one" presentation dan bagaimana menggunakan kaedah LCC FAILING PRESENTATION


Saudara Mohd Hazlin dan Helmi sedang melakukan latihan 0ne 2 0ne presentation.. Semangat Saudara Helmi memberi penerangan.

Saudara Zulzafri sedang memberi penerangan kepada prospeknya beliau Cikgu Alias dalam sesi latihan 0ne 2 one presentation... Bakal PD baru nanti nii


Saudara Azmir TI sedang melakukan presentation LCC kepada Saudara Azrul dalam sesi latihan one 2 one presentationPESERTA LCC SUCCESS TRAINING SETELAH MENAMATKAN LATIHAN SEMALAM..

LUAR BIASA HEBAT !!!

Kepada ANDA yang belum mengikuti program ini lagi sila PASTIKAN anda mengikutinya pada-pada masa akan datang .... Sistem COACHING akan bermula dari program ini.... Anda akan mengetahui SDA anda , SST TOOLS anda , apa itu SMART Self Meeting dan sebagainya .....


SELAMAT BERJAYA

Hairuddin Abdullah ALMuari

www.myniaga.net

06 November 2007

PULANG DARI JAKARTA




BERSEDIA UNTUK PULANG KE MALAYSIA ....... THANKS A LOT PAK ARIF


Syukur Alhamdulillah , aku dan SPD Zul selamat kembali ke Tanah Air setelah pulang dari Misi Jakarta selama 4 hari di sana. Sambutan dan layanan yang luar biasa dari Teman-taman SSTI. Terima Kasih buat SPD Arif , PD Yadi , PD Refly dan PD Ibu Isniyatun .... Lihat Cerita Bergambar di Bawah nanti yaa.....

Sampai hari Isnin 11.30 malam dan terus balik ke Penang , sampai rumah jam 4.30 tidur sekejap dan jam 9.00 pagi ada program Train The Trainer di Stokis Kulim. Banyak juga perkara yang aku belajar tentang 121 presentation .... Kemudian pada sebelah malam semalam ada SUCCESS SHARING NIGHT di Safira Country Club dan memang ternyata LUAR BIASA. SPD Zul , SPD Kaz dan SPD Ishak telah berkongsi kisah bagaimana beliau menyertai Smart Naco dan ingin TERUS Berjaya di Smart Naco......

Alhamdulillah ari ni ada dline aku buat iklan lagi dan 2 hari ni dah dapat prospek 60 orang ... LUAR BIASA... InsyaALLAH aku doakan kalian berjaya. Rangkaian di Sabah juga sedang berkembang pesat dan sedang usaha melahirkan seorang DI.

Jadi itulah beberapa kisah aku sepanjang beberapa hari ini... Di bawah ini aku sertakan gambar-gambar perjalanan aku ke MISI Jakarta.... Semangat yang luar biasa di sana ....

ISTIMEWANYA :: Kedatangan aku kali ini adalah sempena cukup setahun aku ke sana. Kali pertama aku bertemu dengan Pak Arif pada bulan november tahun lepas dan kini genap setahun dan telah muncul SPD dan PD di rangkaian ini. Alhamdulillah ....


Malam Pertama Sampai Makan Sate Pancoran bersama Leader SSTI



SPD Pak Arif di hadapan kedainya yang di beli TUNAI hasil usaha di Smart Naco


SPD Zul sedang buat presentation dan discussion dengan beberapa orang TEAM Leader SSTI


PD Ibu Isniyatun yang dulunya menderita kesakitan kini LINCAH seperti anak muda , Usia beliau udah mencecah 60 tahun.
berkongsi pengalaman dan bersama beliau ibu Ratna Dewi yang mana Suaminya
menderita lumpuh selama setahun kini telah kembali boleh berjalan.



Yang bertiga ni adalah dari Tim SSTI Purwekerto yang mana dari Purwekerto ke Jakarta
mengambil masa 9 jam perjalanan dengan kereta dengan perlu merentas kawasan berbukit.
LUAR BIASA mereka dan susulan dari perjumpaan ini , mereka berazam untuk mengadakan
di tempat mereka pula.....


Peserta " Leadership Success Seminar" sedang khusyuk mendengar presentasi dari SPD Zul.
75 orang bakal Leader terpilih telah menyertainya.... LUAR BIASA ....


Gambar Kenangan selepas selasai acara.


Pimpinan SSTI : Dari Kiri PD Yadi , PD Refli , PD Ibu Isniyatun , Che Din , Che Zul , PD Sumedi , SPD M.Arif , PD Yudi


Hah ! Makan di Restoren Hanamasa .. All U Can It... Wah memang sedap . Panggang ada , steam pun ada .... Yang belanja makan ni adalah Pak Heru yang sedang ceduk Steam Boat tu.. Beliaulah yang lumpuh setahun dan bila di berikan susu IgG Plus beliau telah boleh berjalan kembali dan sebagai tanda Syukur beliau belanja kami di Restoren yang standard ni......

Nikmatnya. LUARBIASA ....




WWW.MYNIAGA.NET



HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

30 October 2007

Smart Naco Kembali Menggegar

KEMBALI MENGGEGAR !!! Saban hari aktiviti bisnes semakin rancak dan bertenaga .. Kepada yang nak tau perkembangan TERKINI SMART NACO sila ke blog

Hari ini aku akan habiskan masa di rumah untuk siapkan bahan presentation untuk acara Training Leader di Jakarta pada Ahad ini. Fuh! Pertama kali kendalikan Acara Training untuk mereka di sana dengan FOKUS Bagaimana Menjadi Leader dan Mencetak Leader.... Apa pun aku dan SPD Zul akan buat yang terbaik. InsyaALLAH Jumaat ini kami akan berlepas ke Jakarta sampai Hari Isnin Malam. Kemudian Selasa paginya pula akan ada Trainer Train Trainer di Stokis Kulim n Malam pula ada Success Sharing Night di Safira. Bila aktiviti semakin padat begini InsyaALLAH momentum bisnes akan menjadi semakin kuat....

Ya ! SPD Zul ada bagi tau Leader Hebat SN Mr Yap yang menjadi penggerak utama kebangkitan Gelombang IgG Plus di Malaysia telah kembali untuk bersama-sama kita menggerakkan bisnes ini. Kepada anda yang telah bersama kami , jangan berhenti terus FOKUS dan FOKUS kepada pengembangan bisnes.

Semalam petang meeting bersamat pihak Management nampaknya dengan perancangan yg telah sedia ada , InsyaALLAH , 3 BULAN Bis Smart Naco akan kembali rancak.... Kepada anda yang ingin terus tidur , silakan . Kami nak bergerak terus kehadapan.

Bila aku pi blog rakan-rakan perkataan " Smart Naco Masih Ada Lagi Ke"... Hah ! Nampaknya ayat tu semakin popular . Tapi tak per , kita perlu INGAT kita buat perniagaan MLM. Mouth To Mouth , pergerakkan tidak di sedari tetapi bergerak secara aktif. Tugas kita sekarang hanya memberi tahu kita sedang menjalankan perniagaan Smart Naco , hulurkan bisnes card.

Semalam aku dapat mesej dari rakan-rakan belah Sabah , nampaknya bisnes di sana semakin aktif. Ada sorang rakaniaga di sana dah berjaya jual 43 kotak susu bulan Oktober ini dan untung runcit saja dah berjaya kutip RM1000. Kan aku dah cakap , sapa buat dia yang dapat. Kalau di campur bonus aku fikir banyak juga tu dia akan dapat..... TAK SABAR aku nak ke Sabah untuk bersama rangkaian di sana , cuma tunggu Green Light dari Leader Di Sana sahaja....

InsyaALLAH bulan November ini lepas aku balik ke Jakarta berkemungkinan aku akan turun belah Selatan dan akan di sambung mengadakan Roadshow di Semenanjung bersama PD Ashriee. Nampaknya aktiviti November dan Disember memang dah penuh nie.

Syukur Alhamdulillah dengan Izin ALLAH ....


Ok lah , ada kerja lagi yang nak di uruskan , OH ya , TAHNIAH kepada Zulzafri dan Hazlin atas inisiatif membangunkan blog masing-masing ..










28 October 2007

BERANI BERTINDAK TEGAS

"WHAT WILL HAPPEN IF..."
'Apakah yang akan terjadi sekiranya...."

Dalam menjalankan perniagaan atau memulakan sesuatu perniagaan yang baru dan mungkin asing bagi anda sebelum ini , sudah tentu ia memerlukan keberanian untuk melakukannya dengan TEGAS.

Ayat di atas adalah ayat yang sering saya gunakan apabila saya kadang-kala menjadi agak malas dan lemah semangat. Saya sentiasa melihatnya untuk melangkah lebih jauh dalam sesuatu yang dilakukan.. "What Will Happen If.." ini banyak membantu saya mengerakkan beberapa tindakan dengan segera dan yang terpenting membantu saya membuat KEPUTUSAN ....

Sebagai contoh , pada pertengahan tahun ini , ada satu ketika saya berasa agak malas dan hampir-hampir untuk tidak membuat keputusan untuk ke Pulau Bangka dalam membantu Team saya di saya. Saya hampir-hampir mencari seribu satu alasan... Namun apabila saya melihat perkataan "What Will Happen If..." .. Apa akan terjadi jika saya tidak ke Pulau Bangka , Jika Saya tidak menghadiri latihan , jika saya tidak call rakaniaga di bawah penyeliaan saya , jika saya tidak menghadiri perjumpaan peluang perniagaan, jika saya tidak membangunkan kembali laman web saya yang pernah di hack .... Apa akan terjadi jika saya tidak ke Pulau Bangka pada waktu itu , berkemungkinan keyakinan dan kepercayaan terhadap saya oleh rakan-rakan di sana akan terus merosot dan akan merosotkan perniagaan saya.. What Will Happen If.. telah membantu saya membuat satu keputusan yang berani dan tegas bahawa saya MESTI pergi untuk membantu rakan-rakan di sana dan HASILNYA , Alhamdulillah , jualan kumpulan di Pulau Bangka selepas saya ke sana melonjak naik hingga melahirkan seorang President Director.....

Di sini saya ingin berkongsi " Bagaimana Mengatasi Ketakutan Supaya Berani Bertindak Tegas" .

Saya yakin ada di antara rakan-rakan ingin berjaya dalam perniagaan ini. Mereka selalu berimpian dan telah mempunyai impian tegar untuk berjaya dalam perniagaan ini. Namun mereka masih lagi di selubungi ketakutan atau perasaan was-was yang cukup menebal. UNTUK BERJAYA anda MESTI / WAJIB mempunyai satu sifat yang paling penting dan tegas iaitu : BERANI BERTINDAK ...

Anda berkemungkinan mempunyai kekuatan untuk merancang pelbagai rancangan dalam menjayakan perniagaan anda dan anda juga telah di dedahkan tentang tips-tips bagaimana orang yang telah berjaya melakukan. Namun jika anda hanya mempunyai beratus-ratus pelan bertindak tanpa mengambil apa-apa pun tindakan terhadap rancangan yang anda rancangan , PASTI anda akan menemui jalan buntu dan ketakutan akan terus menyelubungi jiwa anda.

Bagaimanakah anda dapat membina KEBERANIAN untuk MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS. Satu CARANYA ialah :::

" lakukan perbuatan yang paling anda takuti supaya anda mendapat KUASA untuk melakukannya "

Ya , perkataan yang mudah , ANDA LAKUKAN PERKARA YANG PALING ANDA TAKUTI .... Saya menganggap idea ini sebagai satu perkara yang PALING BERHARGA...

Saya masih ingat pada satu masa dahulu saya PALING TAKUT untuk bercakap di hadapan dan ianya benar-benar menakutkan. Namun apabila saya telah melakukannya buat kali pertama dan kedua perkara yang PALING TAKUT ini sekarang saya telah mendapat KUASA untuk BERANI bercakap di hadapan di hadapan halayak orang ramai.

SAYA JAMIN , jika anda menggunakan konsep ini bersama dengan satu konsep yang saya namakan " bertindak seperti anda tidak mungkin gagal, anda akan memperolehi lebih KUASA untuk mempengaruhi orang lain.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelukis , anda mesti melukis dahulu. Tiada cara lain untuk menjadi pelukis anda boleh berangan-angan sepanjang hari tentang betapa terkenal dan berjaya anda sebagai pelukis , tetapi selagi anda tidak memegang berus dan mula mewarna , anda tidak akan mendapat kuasa untuk melakukannya.

Saya sering menyebut dalam ceramah atau program-program saya bersama rakaniaga saya ...

Apabila PERTAMA kali anda melakukan sesuatu yang paaaaaaaaaaaaling anda takuti , 10% TENTERA takut akan keluar dan 10% TENTERA berani akan masuk.
Jika kali kedua , 20% TENTERA takut akan keluar dan 10% TENTERA berani akan masuk.
Jika 10 kali anda melakukannya PASTI anda akan mendapat KUASA untuk melakukannya dengan BERANI dan MUDAH ....

Dalam konteks PERNIAGAAN ini , berkemungkinan anda telah ada prospek dan anda berasa amat takut untuk menghubungi prospek anda. RAHSIANYA ::: Anda perlu BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS untuk melakukan perkara yang anda takuti tadi iaitu menghubungi prospek anda... Yakinlah , setelah anda mengeluarkan ayat pertama dan kedua , sedikit demi sedikit TENTERA TAKUT anda akan keluar. Dan apabila anda telah melakukan selalu , PASTINYA anda akan MENGUASAI seni perhubungan ini.

Saya masih ingat kali pertama saya ingin menelefon prospek , berdebar dan pelbagai anggapan negatif timbul , Namun apabila saya telah melakukan perkara yang saya takuti tadi , saya kini berasa seronok dan gembira hingga berjaya melonjakkan sales jualan saya....

Anda PASTI ingat artikel saya di post sebelum ini iaitu berkaitan MAP , M- Mind Setting , A - Action , P - Passion .... Ya ! Inilah kesinambungannya....

YES !!! Untuk berjaya dalam perniagaan ini , BERANILAH BERTINDAK DENGAN TEGAS!!! Atasi Ketakutan anda dengan Melakukan Perkara Yang Paling Anda Takuti Itu dan PASTINYA anda akan mempunyai satu KUASA LUAR BIASA untuk mencapai kejayaan.....

InsyaALLAH saya akan kongsikan TIPS ini dalam program-program bersama saya pada masa-masa akan datang....

Jadilah orang yang BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS , mengapa harus TAKUT kerana PERKARA YANG ANDA TAKUTKAN ITULAH SEBENARNYA RAHSIA KEJAYAAN ANDA ......................

Kesimpulannya , jika anda ingin mengetahui RAHSIA kejayaan anda ialah anda perlu KENAL PERKARA YANG PALING ANDA TAKUTI LAKUKAN ....

LAKUKANLAH UNTUK KALI PERTAMA dan anda akan merasai kehebatan yang terselah pada diri ANDA....

................................................ Jika anda ingin membina keberanian dan kejayaan dalam perniagaan ini , marilah kita bersama-sama , JUST KLIK www.myniaga.net

SALAM KEJAYAAN


www.myniaga.net

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

23 October 2007

M.A.P

Salam Sejahtera! Kembali ke Persada perniagaan selepas bercuti Hari Raya. Alhamdulillah aku rasa Hari Raya kali ini lebih bermakna dari sebelum ini. 4 tempat aku beraya kali ini. Raya Pertama dan Kedua Di Perlis , Raya Ketiga Di Penang ( inilah kali pertama aku beraya di Penang pada raya ke tiga kalau tak lepas seminggu baru ada di Penang ) , Raya Keempat , Kelima dan Ke Enam di Muar , Raya Ketujuh dan Ke Lapan di Kuala Lumpur.

Di Muar dapat juga jumpa En Mohazam rakaniaga terbaru aku. 3 jam juga kami bersembang di Bandar Muar dan berkongsi cerita dan pengalaman. Alhamdulillah En Mohazam kata dia telah mendapat manfaat dari produk hebat kita Susu IgG Plus.

Dapat menziarahi Sanak Saudara bersama Family aku , Syukur dan Terima Kasih kepada ALLAH kerana memberi kesempatan dan keizinan ini.

JADI sekarang kita mula tumpukan kepada perniagaan kita. Setelah seminggu kita sunyi dari cerita bisnes tentu ramai yang sedang mencari RECHARGE baru untuk menggerakkan MOMENTUM dan SEMANGAT BARU ... Jadi kat sini aku just nak share PETA atau MAP agar kita sentiasa berada di momentum yang baik.

M.A.P.

M
Mind Setting

A
Action

P
Passion


M - Mind Setting

Setelah bercuti ni tentu ada di kalangan kita yang mungkin telah terjejas Mind Setting dia pada bisnes. Apa pun yang kita perlu lakukan kita mesti clear kat Mind Setting. Minda kita mempunyai pengaruh dan kuasa yang cukup besar. Kita perlu membina Mind Setting yang betul kepada perniagaan kita , pada produk kita , pada diri kita sendiri dan pada setiap apa yang kita lakukan. Gunakan KUASA MINDA anda. Tajamkan FOKUS MINDA anda kembali kepada perniagaan , kepada usaha promosi perniagaan anda , kepada usaha penajaan , kepada usaha penjualan , kepada usaha memberi perkhidmatan kepada rakan niaga anda.

Untuk membina dan sentiasa mendapatkan Mind Setting yang baik dan betul kita kenalah selalu berhubung dengan rakaniaga kita (upline dan downline) untuk terus bertukar-tukar fikiran. Kita kena hadiri perjumpaan di Stokis atau di mana saja yang telah di susun oleh Pihak Syarikat atau Leader Anda. Kita kena hadiri latihan-latihan pembangunan minda dan pengetahuan yang di anjurkan oleh Syarikat atau Kumpulan anda. Ini semua akan membantu anda membina kekuatan PENETAPAN MINDA anda terhadap perniagaan yang sedang anda usahakan ini. INGAT ! KUASA MINDA adalah satu keajaiban yang telah ALLAH berikan kepada kita untuk kita gunakan sepenuhnya. JANGAN MALAS BERFIKIR tentang membangunkan perniagaan kita. Banyakkan membaca buku-buku tentang potensi perniagaan Network Marketing .

Ramai orang gagal membuat penajaan kerana mereka masih belum mendapatkan MIND SETTING yang tepat terhadap perniagaan mereka. Mereka masih lagi tidak dapat membina KEYAKINAN 100% , Persekitaran di tempat mereka juga antara faktor mereka tidak dapat membina kekuatan TENAGA KUASA MINDA untuk menggerakkan perniagaan ini.

A - Action

Apabila kita telah memiliki MIND SETTING yang betul terhadap usaha yang sedang kita lakukan ini , PASTINYA ia WAJIB di susuli dengan ACTION/ TINDAKAN yang betul dan tepat. Ramai orang mengambil tindakan tetapi masih lagi tidak berhasil dan ini berkemungkinan TINDAKAN yang di ambil tidak tepat atau tidak kena pada suasana dan persekitaran. Akhirnya mereka berasa penat dan kecewa. Namun itu lebih baik dari TERLALU RAMAI orang yang ada Mind Setting yang betul TETAPI langsung tidak mengambil TINDAKAN dan hanya menunggu dan menunggu sahaja.

Jadi AMBILLAH TINDAKAN yang betul dan bagaimana untuk memastikan anda mengambil TINDAKAN yang betul kena selalu bertanya kepada mereka yang telah berjaya . Apakah TINDAKAN yang mereka telah ambil untuk mencapai ke tahap tersebut. Apa TINDAKAN DISIPLIN yang mereka telah amalkan. Ada yang merancang untuk membuat PROMOSI di INTERNET tetapi tiada satu pun TINDAKAN yang di ambil dan akhirnya hanya tinggal perancangan sedangkan orang lain yang mengambil TINDAKAN itu mereka yang berjaya. Ada yang telah dapat prospek tetapi menangguhkan TINDAKAN untuk menghubungi mereka samada melalui SMS atau Panggilan Telefon dan akhirnya orang yang CEPAT MENGAMBIL TINDAKAN mereka yang berjaya. Ada orang telah mengambil TINDAKAN tetapi LAMBAT MENGAMBIL TINDAKAN....

INGAT! Perniagaan ADALAH PEPERANGAN !!!
Dan dalam strategi PEPERANGAN kita perlu menggunakan Strategi Tindakan yang betul dan CEPAT MENGAMBIL TINDAKAN terhadap satu-satu peluang yang ada. INGAT @ JANGAN LAMBAT AMBIL TINDAKAN ........

P - Passion

Setelah anda membuat MIND SETTING dan mengetahui apakah TINDAKAN yang WAJIB anda ambil untuk mencapai impian anda , anda perlulah mempunyai kekuatan SEMANGAT yang TINGGI untuk melaksanakan apa yang anda telah impikan dan Rancangkan untuk anda bertindak. SEMANGAT ini LEBIH PENTING dari MENUNTUT ILMU kerana jika anda tiada Semangat Untuk Pergi Menuntut Ilmu pasti anda tidak akan dapat ILMU tersebut. Kita perlu sentiasa bersemangat dan sentiasa perlu RECHARGE semangat kita kerana semangat kita pasti akan ada Turun Naiknya....

Jadi RECHARGE semangat anda dengan menghubungi rakaniaga anda (upline & downline anda), menghadiri perjumpaan mingguan ,bulanan yang telah di susun oleh kumpulan , pemimpin dan syarikat anda. Anda baca balik TESTIMONI mereka yang telah mendapat manfaat dari produk yang anda niagakan itu agar anda semakin bersemangat dan lebih yakin terhadap produk anda. Anda juga boleh membaca buku-buku atau artikel motivasi dan artikel perniagaan MLM....

JUMPALAH , JUMPALAH / HUBUNGILAH , HUBUNGILAH upline anda untuk RECHARGE semangat anda dan INGAT jumplah UPLINE anda yang dah berjaya dan ikutlah mereka ,,,, MENGAPA kita selalu ikut orang yang gagal ... YANG SEDIHNYA ramai sangat orang KITA mengikut jejak langkah orang yang gagal , orang yang kecewa dan orang yang selalu berputus asa. TETAPI MEREKA jarang mengikut dan mencontohi orang lain yang telah TERBUKTI kejayaan dan PENGHASILAN mereka.

INGAT ! Kita tidak perlu ada MINDA KERDIL dan LEMAH SEMANGAT , Kita perlu ada jiwa dan SEMANGAT JUANG yang tinggi dan membara. Cuba anda Dengar Lagu di bawah yang saya letakkan dalam post yang sebelum ini.. Saya selalu mendengarnya setiap hari dan setiap pagi , saya selalu berhubung dengan upline saya untuk mendapat updated dan perkembangan terkini saya sentiasa MENCARI cerita-cerita yang mengembirakan....

Jadi MARI kita SET MAP kita , kita set PETA perjalanan kejayaan kita agar anda melalui jalan yang betul dan agar anda tidak sesat jika anda mempunyai peta yang jelas ....

Akhir sekali ::: Jangan Lepaskan Peluang untuk memula dan mengaktifkan perniagaan anda di www.myniaga.net ...

DENGAN IZIN ALLAH , KITALAH YANG TENTUKAN CORAK KEHIDUPAN KITA SENDIRI. SAMA ADA KITA GAGAL ATAU BERJAYA TERLETAK DI TANGAN KITA SETELAH ALLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAHNYA SENDIRI....

TAKE ACTION NOW


AKTIFKAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG ..


Yang Benar

Hairuddin Abdullah Almuari




14 October 2007

SEMANGAT MEMBARA




MULAKAN BISNES ANDA DI SINI

www.myniaga.net

DAPATKAN TIPS ONLINE DI

www.squidoo.com/usahawan2u

hAirUdDin AbdUlLaH AlmUarI

10 October 2007

AL-FATIHAH

TERKINI :::

Ayah kepada Rakaniaga SST En. Hazlin ( Permatang Pauh Pulau Pinang ) telah kembali ke Rahmatullah hari ini lebih kurang jam 10.45 pagi di Hospital Seberang Jaya. Jenazah di bawa ke rumahnya di Parit Buntar , Perak.

Dalam kesayuan menyambut Syawal sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham semoga Rohnya Di Cucuri Rahmat dan sama-sama kita memberi sokongan kepada En Hazlin agar terus tabah dalam menjalankan kehidupannya selepas ini.....

En. Hazlin boleh di hubungi di talian 0174579054 ...

::: Salam TAKZIAH kepada En. Hazlin sekeluarga .....

AL_FATIHAH

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Selamat Hari Raya Aidilfitri
Semoga Aidilfitri ini mengajar kita erti kesyukuran , kemaafan dan ikatan
tali persahabatan di antara kita. Bersama kita saling bermaafan.

SALAM AIDILFITRI

Daripada

Hairuddin Abdullah Al-Muari
Che Din

.....................................................................................................................

Dapatkan Tip Bagaimana Memula dan Menjalanan ONLINE MLM di

www.squidoo.com/usahawan2u

Mulakan Bisnes ONLINE MLM anda di sini

www.myniaga.net



09 October 2007

ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

Pertama TAHNIAH kepada Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya menjadi angkasawan pertama Malaysia yang akan mencatat sejarah agung rakyat malaysia pertama berada di angkasaraya selama sepuluh hari bermula 10 oktober 2007. Tidak kurang hebatnya juga kepada angkasawan kedua iaitu Kapten Dr Faiz Kaleed.

Namun sebelum berjaya dan layak untuk menyarung set pakaian seorang angkasawan anda lihat kegigihan mereka dua mengharungi dan melepasi ujian demi ujian yang cukup hebat dan tiada kompromi terhadap tahap kecergasan dan penilaiannya.

Kekuatan mental , jasmani , emosi dan rohani benar2 di gunakan untuk memastikan mereka sentiasa berada di momentum yang hebat.

TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA ....... Seharusnya Smart Success Team juga mampu menjadi sesuatu yang LUAR BIASA dalam membantu ramai orang mencapai impian mereka....

.........................................

Di samping cerita tentang angkasawan ini , di Masjidil Haram Makah Al Mukaramah , kira-kira 2 juta umat Islam dan dikatakan mencatat sejarah dengan ramainya umat Islam berkumpul pada malam 27 Ramadhan untuk mencari dan mendapatkan RAHMAT LAILATUL QADAR ....

Lailatul Qadar akan dimiliki oleh orang yang mencarinya bukan menunggu secara bersahaja. Sesuatu yang kita ingin miliki perlu kita cari dan mendapatkannya .Begitu juga dengan IMPIAN yang anda IMPIKAN. Anda akan dapat apabila anda berusaha mencari jalan untuk mendapatkan dan bukan hanya menunggu impian anda datang kepada anda.

DENGAN MENGAMBIL KIRA Semangat dan Kecekalan 2 orang angkasawan kita menempuh halangan dan ujian , tidak berputus asa dan tabah menghadapi ujian , mengapa MASIH ADA LAGI ORANG MELAYU yang hanya sekadar berusaha sekerat jalan , cepat putus asa , mudah mengalah , lemah jiwa perjuangan , malas berfikir , hanya leka dengan hiburan demi hiburan semata-mata sedangkan PERJUANGAN SURVIVAL UMAT semakin mencabar dan menuntut untuk kita bersama-sama berganding bahu melakukannya.

Tidak kira apa jua kedudukan dan apa yang sedang kita usahakan sekarang , lakukanlah dengan bersungguh-sungguh , tidak berputus asa , lakukan dengan tanggungjawab dan amanah , PERSISTEN , PERSISTEN , PERSISTEN ........ Rajin berfikir dan menuntut ILMU , Ya, MENUNTUT ILMU .....

Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dua kisah ini agar kita sama-sama mencapai sesuatu yang terbaik untuk bekalan DUNIA dan AKHIRAT.... Dunia adalah tempat tumpangan sementara sesungguhnya akhirat jualah yang kekal abadi.... Orang lain telah terbang di angkasa lepas , kita masih lagi di takuk lama .... LAKUKANLAH SESUATU UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI ........


OK LAH , hari ini aku ada program perbincangan dan berbuka puasa dengan rakan-rakan di Alor Star. Menggerakkan dan menswadaya satu momentum dan agenda perjuangan perniagaan

Yang Benar


Hairuddin Abdullah Al-Muari

Just Klik My Website ----> http://myniaga.net