27 March 2008

PELUANG DATANG LAGI


Salam Sejahtera ! Semoga anda terus tenang , redha , syukur dan sentiasa menyerah diri sepenuhnya kepada Tuhan Maha Pencipta Pentadbir Sekalian Alam. Syukur Alhamdulillah , dalam meniti perjalanan usia yang masih dianugerahkan Maha Pencipta , kita terus mempelajari banyak perkara baru dari tabiat manusia dan persekitaran alam semesta. Semoga kita sentiasa di anugerahkan hati yang bersih dan tergolong dalam manusia yang budiman.

Hari ini saya ingin berkongsi satu perkara yang penting. Kadangkala kita didatangi beberapa peluang demi peluang. Ada peluang yang mengajak kita mengembangkan pendapatan , ada peluang untuk sambung belajar , ada peluang untuk kita membina kekuatan hati luhur dan pelbagai lagi peluang. Hari ini saya ingin menyentuh tentang PELUANG yang mungkin datang kepada anda dengan mengajak untuk menjadi Kaya atau Menambah pendapatan.

Saya tidak berniat nak menyentuh tentang mengapa kita perlu menjadi kaya dan menambah pendapatan. Dalam konteks perniagaan MLM yang saya dan sahabat-sahabat SST usahakan sekarang ramai di antara kita telah menerima peluang ini. Dan ada pula yang hanya menerima peluang tetapi tidak di berikan strategi yang betul dan tepat bagaimana untuk bergerak atau mampu mencapai kejayaan dalam perniagaan ini . JESTERU itu Peluang perlu didatangkan dengan Strategi.

Ya ! Saya fikir ramai yang telah MENDAPAT Peluang dan telah di BERITAHU tentang Strategi bagaimana boleh berjaya dalam perniagaan ini. SEBENARNYA ia hanya 1/10 SAHAJA potensi untuk anda berjaya jika anda hanya MENDAPAT PELUANG DAN STRATEGI ini.... Jadi apa lagi yang 9/10 ?

Ya! Yang 9/10 itu InsyaALLAH akan saya sampaikan semasa Bengkel Kunci X yang dijangka akan di langsungkan di Shah Alam pada 6 April 2008 . Terlalu ramai yang menumpu kepada menerima PELUANG dan STRATEGI..

Begitu juga TERLALU ramai yang memberi fokus kepada 1/10 punca rezeki berbanding 9/10 punca rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Beribu2 orang bekerja hanya untuk mendapatkan 1/10 sahaja sedangkan peluang perniagaan yang ada 9/10 tidak ramai yang melakukannya. Jesteru itu tidak hairan mereka yang melakukan usaha perniagaan mendapat rezeki yang lebih.

Namun mereka dalam perniagaan perlu menempuh 9/10 Ujian dan Dugaan . Jika mereka berjaya menempuhnya , PASTI mereka akan berjaya.

Begitu juga potensi diri kita. Ramai orang menggunakan 1/10 sahaja dari POTENSI , KEKUATAN dan KEHEBATAN potensi diri mereka yang telah di anugerahkan oleh ALLAH. 9/10 lagi mereka tidak meneroka dan menggunakan. Mereka kadangkala hanya kenal 1/10 sahaja potensi yang mereka ada.

Jadi , PELUANG dan STRATEGI bukan hanya untuk diterima tetapi anda perlu melakukan 9/10 lagi bagaimana RAHSIA KUNCI x PELUANG dan STRATEGI dapat membantu anda mencapai kejayaan dalam perniagaan ini.

Anda tahu , BLOG ini juga telah menyumbang kepada kekuatan 9/10 saya dalam menjayakan perniagaan ini. Bagaimana orang masuk ke web saya melalui blog ini , orang SMS saya melalui blog ini , orang mendapat maklumat melalui blog ini dan orang membina keyakinan dalam bisnes melalui blog ini....

:::::::::::::::::::: AKTIVITI TERKINI :::::::

29 Mac 2008 saya akan ke Kuching Sarawak untuk bertemu rakaniaga di sana terutama Tuan Kevin Amirul , Tuan Abd Rahman dan Tuan Abas. InsyaALLAH Malam esok di Hotel Liwah jam 8.00 malam . Saya akan kongsikan PELUANG dan STRATEGI bagi memastikan saya dapat menguasai 9/10 Peluang dan Strategi. Saya berada di Kuching Sarawak hingga 31 Mac 2008 . Saya akan berangkat pulang pada jam 11 pagi pada tarikh tersebut.


29 Mac 2008 diadakan Majlis Penyerahan Bonus Tahunan dan Igg Plus Talk di Pearl View Hotel. Jam 8.00 malam.

29 Mac 2008 rangkaian saya dari PD Rashidi akan berada di Kuala Lipis untuk membuka Kunci X Peluang dan Strategi di sana. Acara jam 8.00 malam di Rumah Rehat Residen Kuala Lipis.

30 Mac 2008 Seminar Program Jutawan X di Hotel Delta Inn , Wisma Mais , Shah Alam jam 2.30 petang bersama PD Ashrie. Ajak seberapa ramai prospek anda.

1 April 2008 Seminar Program Jutawan X di Safira Country Club jam 8.30 malam .

::::::::::::::::::::::::::::::

Kini Rakaniaga saya di Indonesia SPD M.Arif bersama PD Yadi sedang berada di Kepulauan Jawa untuk melakukan proses PELUANG dan STRATEGI bagi membuka 9/10 lagi potensi Kunci X Peluang dan Strategi ( Tak Faham ???) . SPD M.Arif setelah pulang dari Pulau Bangka setelah selesai acara Training di sana terus ke Pulau Jawa bersama PD Hebat SSTI iaitu PD Yadi. TAHNIAH kepada Kalian.

::::::::::::::::::::::::::::::

Baiklah , saya nak bersiap untuk ke Kuching Esok. Semalam dan Hari ini saya telah menerima 3 SMS yang menyatakan MINAT untuk menyertai Program Jutawan X. Alhamdulillah , Bukalah KUNCI X anda ......

Kepada anda yang berminat menyertai TEAM Saya sila SMS nama dan alamat anda untuk saya poskan beberapa maklumat kepada saya di 0124686404

atau sila kliks banner di bawah




Sekian

Hairuddin Abdullah
2008 Tahun Kecemerlangan

22 March 2008

TERUS MENYEMAI BENIH

Salam Sejahtera , Salam Kebahagiaan , Salam Ketenangan , Salam Keyakinan kepada SAHABAT BUDIMAN. Syukur Alhamdulillah kita masih lagi bersua di arena blogger ini dalam sama-sama berkongsi maklumat dan mesej antara kita. Syukur Alhamdulillah kerana ALLAH masih mengizinkan kita untuk terus dapat menguruskan amanah dan tanggungjawab kehidupan kita dengan baik....

Alhamdulillah , Hari Jumaat baru ni kita selesai mengadakan Perjumpaan Kunci X yang pertama. Ada juga beberapa sahabat bertanya tentang apa dia kunci X , kenapa pilih X dan sebagainya. Di sini saya ingin menyampaikan satu perkara iaitu X kita pilih sebagai mewakili SIMBOL KESEIMBANGAN... Ya! Keseimbangan....

Mari kita lihat pada tubuh badan kita bagaimana ALLAH mencipta dengan penuh keseimbangan. Mata 2 diletakkan seimbang , mulut di tengah2 , telinga dua , jari jemari , kaki , pusat di tengah-tengah. Ada juga yang bertanya apa kaitan kunci X ini dengan perniagaan MLM.

Kita sering mendengar seimbangkan antara duniawi dan ukhrawi , seimbangkan antara kerjaya dan keluarga dan kita juga sering disarankan tentang memakan makanan yang SEIMBANG. Jadi antara penekanan kepada Kunci X itu ialah kita ingin mencapai titik keseimbangan.

Berkaitan dengan program Jumaat Malam, Alhamdulillah program malam jumaat kita mulakan dengan perkongsian mypersonaliti bersama Dr. Main Rindam yang berkongsi pengalaman dan kepakaran beliau untuk melihat kekuatan dan cabaran diri kita. Saya rasa ada yang kena tu kepada beberapa orang... Kemudian kita juga bertuah Saudara Azlan berkongsi tentang "Intro" latihan untuk mengawal dan membina kuasa minda. Beliau memulakan dengan latihan pernafasan. Kemudian SPD Zul juga berkongsi maklumat dan harapan kepada semua rakan-rakan. Jika ANDA BERJAYA membuka KUNCI Rahsia Kekuatan Hati , Kekuatan Keyakinan anda , saya yakin anda akan dapat melakukan apa sahaja. Selesai program kelihatan rakan-rakan tidak berganjak hingga jam 12 malam bersembang-sembang dengan Dr Main .

............. JESTERU itu , kepada semua SAHABAT BUDIMAN , dalam NATURE perniagaan MLM ini sudah pasti kita akan berhadapan dengan PELBAGAI Cabaran atau MEHNAH TRIBULASI .Namun benih-benih baru perlu kita cari dan kita semai mudah-mudahan ia mampu menjadi pohon yang subur dan lebat buahnya menggantikan pokok-pokok yang telah mati. Jangan berhenti mencari benih subur dan menyemai serta menjaganya , mudah-mudahan dengan izin ALLAH benih itu akan menjadi POHON yang subur dan lebat buahnya.

( Sapa yang mai program Jumaat Malam lebih mengerti tentang pokok .. he he he )

Apa pun , kita perlu terus bersyukur kepada ALLAH kerana Allah akan menambah nikmat dan rezeki kepada orang-orang yang selalu bersyukur kepadanya , orang-orang yang SABAR dengan ujian darinya dan kita perlu letakkan keyakinan yang PENUH dan SESUNGGUHNYA kepada ALLAH.

JEMPUTLAH Rezeki Anda , Bukan Cari Rezeki kerana Rezeki anda memang telah ada di alam maya ini , cuma anda perlu menjemputnya datang. Apabila ditimpa musibah , SERAH DIRI KEPADA ALLAH , usaha pasti diteruskan , perjuangan perlu semarakkan. JANGAN MENGAKU KALAH ....

Ya! Allah Ya! Tuhan Kami , Tuhan yang mentadbir sekalian Alam. Tuhan yang Maha Penyayang Lagi Pengasih. Ya! Allah Ampunkan Dosa-dosa kami , Ampunkan Dosa Kedua Ibu Bapa kami , Ampunkan Dosa Ahli Keluarga Kami. Ya! Allah kau berikanlah kecekalan dan ketabahan kepada kami dalam mengharungi apa juga ujianMu , Jauhkanlah diri kami dari beban hutang serta penindasan orang dan kau permudahkanlah Ya Allah segala urusan kami dengan orang-orang yang berhubungan dengan kami. Kau teguhkan iman kami , Murahkan rezeki kami Ya Allah dan Anugerahkanlah kepada kami Rezeki yang Halal. Jauhkan perasaan kami dari perasaan keluh kesah , malas , pengecut dan bakhil. Ya! Allah Ya Rahman Ya Rahim , Aku berserah kepadamu Ya ALLAH atas apa yang telah kami usahakan kerana hanya kepadaMu Ya ALLAH tempat kami berserah dan bertawakkal. Berikanlah kerahmatan dan keberkatan dalam kehidupan kami dan keluarga kami , sahabat-sahabat kami dan sekalian kaum muslimin dan muslimat. Ya, Allah Ya Rahman Ya Rahim kepadamu tempat kami memohon , kau tunjukkanlah jalan yang benar , kau perteguhkanlah keyakinan kami atas apa yang sedang kami usahakan , Ya ALLAH. Kepadamulah Tempat kami berharap dan berserah.


Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH
0124686404
www.chedin.myniaga.net


19 March 2008

USAHAWAN MLM PERLU LEBIH KREATIF

Salam Kebahagiaan kepada Sahabat Budiman. Salam Maulidur Rasul . Bersama kita ungkapkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad agar 12 rabiulawal ini menjadi satu titik kekuatan untuk kita terus berjuangan walaupun menempuh MEHNAH dan TRIBULASI dalam arus perjuangan kehidupan baik pun dalam menyelusuri perjalanan panjang sebuah perniagaan.

Syukur Ke Hadrat Illahi , kekuatan akan kita perolehi dari ujian atau dugaan , dari tekanan atau cabaran jesteru itu ketika kita berhadapan dengan krisis atau ujian kita perlu bersyukur kepada Allah kerana ALLAH akan memberikan kita lebih kekuatan kedalam jiwa dan naluri hati kita. Apatah lagi cabaran dan dugaan dalam dunia perniagaan yang menuntut kita menghadapinya dengan tenang agar minda mampu untuk berfikir dengan baik.

Hari ini terlintas di fikiran untuk saya mencoretkan tentang PENTINGNYA sebagai seorang usahawan yang telah bergelumang dengan sebuah perniagaan MLM Murni untuk kita menjadi seorang yang KREATIF DAN INOVATIF. Usahawan berjaya adalah seorang yang mampu berfikir secara kreatif , inovatif dan berfikir lebih luas di luar kotak pemikiran biasa orang-orang biasa. Mereka yang kreatif mampu menampilkan produk yang unik dan cemerlang. Jesteru itu , kemahiran berfikir dan asakan berfikir secara kreatif amat dituntut ke dalam diri seseorang usahawan MLM mahupun usahawan umum.

Jesteru itu , dalam apa jua hal , ANDA PERLU KREATIF dan INOVATIF..

Anda PERLU KREATIF dan INOVATIF

Ketika Mencari dan Mendapatkan Prospek
Ketika Menawarkan peluang perniagaan kepada prospek anda
Ketika Memasarkan produk perniagaan anda
Ketika Mengembangkan rangkaian anda
Ketika Memberi penghargaan kepada rangkaian anda
Ketika Memberi bimbingan dan latihan kepada rangkaian anda
Ketika Menyusun strategi pengembangan perniagaan anda

Sbg Contoh : Syarikat Smart Naco telah berani mengemukakan idea yang Kreatif dan Inovatif ketika membuat papan Nacofe kita . Lain dari yang lain dan Alhamdulillah penerimaan orang terhadap perkara itu cukup baik. BERANILAH BERIDEA KREATIF.

Sesuatu yang Kreatif , Inovatif akan mudah menarik perhatian dan pengaruh kepada orang lain. Sesuatu yang unik dan lain dari yang lain , sesuatu yang berbeza dari skop kotak pemikiran orang-orang biasa. Jesteru itu , idea-idea yang kreatif dan inovatif sering mencuri tumpuan orang ramai.

Bagaimana melatih pemikiran kreatif dan inovatif ? Ya! Aku bukan orang kreatif , jesteru bagaimana aku bisa berjaya dalam perniagaan ini. Persoalannya ialah KEMAHUAN ANDA untuk membina kreativiti .. Mahukah Anda? Jika mahu ?

1. Anda banyak membaca buku-buku dari seluruh pelusuk benua untuk mencari idea dan dari bahan bacaan itu anda bisa gabung jalin mencari satu rumusan baru anda. Dalam dunia perkembangan teknologi maklumat semakin mudah.

2. Bersahabat dengan ramai orang. Kerana pada diri setiap individu ada keunikan idea yang tersendiri yang mana anda boleh mencipta idea kreatif anda dari gabungan beberapa idea sahabat-sahabat anda dari pelabagai latar , sempadan geografi dan budaya

3. " Jauh Perjalanan , Luas Pengalaman " Ia juga salah satu kaedah yang dapat membantu anda membina kreativiti. Anda boleh melihat orang-orang di tempat lain berfikir , melakukan usaha bisnes dan anda mampu untuk mencantumkan idea ini untuk membuat satu resolusi idea kreatif anda.

4. Anda perlu berani mengemukakan idea , melaksanakan idea anda. Hargai POTENSI IDEA anda. Anda tidak yakin kerana anda tidak mencuba lagi idea anda . Jika idea anda dilihat gagal , disitulah bermulanya titik membina kreativiti anda kerana idea yang gagal nanti anda perlu cari formula-formula baru seperti apa yang berlaku pada Kolonel Sander , Thomas Al Adison dan lain-lain lagi.

5. Menyertai pelbagai aktiviti seperti Seminar , Perjumpaan persatuan dan sebagainya atau kursus. Aktiviti ini tidak semesti hanya aktiviti perniagaan , apa sahaja aktiviti anda boleh menyertainya kerana kadangk
ala anda akan dapat idea di situ. Contoh menyertai perjumpaan kaum-kaum ibu juga mampu menyumbang idea kreatif anda dan mungkin anda ingin memperkenalkan produk anda . Seminar kesihatan juga membantu atau apa sahaja aktiviti . Kerana IDEA KREATIF terhasil dari gabungjalin dan rumusan pelbagai idea dan maklumat yang anda terima dari sesiapa sahaja waima dari anak kecil berusia 1 tahun. Kerana orang yang kreatif akan memikirkan tentang apakah yang boleh dijual kepada ibubapa mereka untuk anak kecil ini. Jesteru itu banyak permainan kanak-kanak pelbagai bentuk dan warna di cipta....

.... JESTERU itu , sebagai seorang usahawan , anda perlu BERANI menampilkan Idea-idea baru yang lebih kreatif dan inovatif. Wrights Brother pernah dikatakan adik beradik gila ketika mengemukakan idea untuk mencipta kepal terbang , tetapi keberanian mereka untuk menjalankan POTENSI IDEA KREATIF ANUGERAH ILLAHI akhirnya besi yang berat mampu terbang ke udara.....

JESTERU itu , kadangkala Musibah , Tekanan , Krisis , Cabaran mampu melonjakan IDEA KREATIF yang lebih banyak kerana kita tidak berada di Zon Selesa dan kita memaksa otak terus berfikir mencari solusi dalam menhadapi suasana tekanan itu. Jadi jangan takut pada Cabaran , Krisis atau Tekanan .. kerana itu juga anugerah ILLAHI untuk kita lebih kuat , lebih BERANI , lebih KREATIF dan INOVATIF , lebih hebat mental dan jiwa .......

Namun apa yang penting ketika krisis , jangan pula kita jadi orang yang sombong , terlalu ego , mementingkan diri sendiri , terlalu emosi atau menyalahkan orang lain kerana semua ini akan TERUS membuatkan kita menjadi terus lemah dan tidak dihormati... Serah diri kepada ALLAH dalam kita berusaha...

Sumbangan IDEA Kreatif dan Inovatif amat besar sumbangannya kepada dunia.

Idea KREATIF juga bisa termuncul bermula dengan angan-angan kosong , impian dan berfikir secara sepintas. BERANILAH dengan Idea Anda.

Jesteru itu , jika dahulu orang mencari prospek secara bersua muka , dengan keberanian idea kreatif dan inovatif , ramai rakan-rakan mampu menaja secara online atau sms sahaja..... AYUH , Kita jadi INSAN BERIDEA KREATIF .....

Sekian Sahaja ... Apa pun cabaran yang bakal kita TEMPUHI , Asaklah minda anda untuk TERUS KREATIF dan INOVATIF kerana itu satu alat peperangan bisnes yang TERHEBAT yang perlu anda miliki. Berfikirlah secara tenang ketika berhadapan dengan krisis....

Sekian

Hairuddin Abdullah

Nak join TEAM saya SMS sahaja di 0124686404 ..... 21 Mac di Penang kita akan membuka episod RAHSIA KUNCI X ........

18 March 2008

JADILAH USAHAWAN JUJUR , KREATIF DAN HEBAT

WAJIB TONTON ::::::::::::::




10 March 2008

JADUAL TERKINI

Salam Sejahtera! Apa khabar. Bagaimana keadaan anda hari ini. Sihat , Bahagia dan Tenang. Hari ini Alhamdulillah ada beberapa orang telah memberi maklumbalas tentang Program Jutawan X.Stream dan tidak ketinggalan ada yang takut dengar perkataan JUTAWAN . Macam tak percaya jer dan rasa kemampuan yang rendah... Kita perlu berimpian besar , berjiwa besar..

Ok , Esok aku akan mulakan perjalanan dari Kepala Batas ke Perak , Ke Selangor dan KL bertemu beberapa orang rakaniaga , kemudian ke Pahang untuk Program Jutawan X.Stream dan patah balik ke KL. Bermula hari esok sampai Ahad aku dan wife sempena cuti sekolah akan memulakan perjalanan membangunkan rangkaian.

Jesteru itu , disini aku sampaikan maklumat AKVITI terdekat :

12 Mac 2008 : Online Priview Jutawan X.Stream : 9.00 mlm - 10.30 mlm. Sila install http://lcc.smartsuccessteam.com

13 Mac 2008 : Aku akan berada di sekitar Kuala Lumpur dan Klang

14 Mac 2008 : Samada di Kuala Lumpur atau Kuantan

15 Mac 2008 : Di Temerloh Untuk Program Jutawan X.Stream 2008
Di Hotel Sri Malaysia Temerloh : 2.30 ptg - 5.30 ptg

16 Mac 2008 : Di Kuala Lumpur Untuk Program Jutawan X.Stream 2008
Di Hotel Wira , Kuala Lumpur : 2.30 ptg - 5.30 ptg

18 Mac 2008 : Di Safira Country Club , Sbrg Jaya Untuk Program JutawanX.Stream 2008 : 8.30 malam - 11.00 malam

19 Mac 2008 : Online Priview Program Jutawan X.Stream ( Internet Di Rumah masing2) : 9.00 mlm - 10.30 mlm

26 Mac 2008 : Online Priview Program Jutawan X.Stream ( Internet Di Rumah masing2) : 9.00 mlm - 10.30 mlm

29 Mac 2008 : Saya di Kuching Untuk Program Jutawan X.Stream 2008 8.00 malam - 10.30 mlm

30 Mac 2008 : Saya masih di Kuching Untuk sesi pertemuan dengan Rangkaian

Bulan APRIL : Saya di Jangka mengadakan Roadshow di Sabah dan akan ke Johor Bahru.


Anda di tempat berhampiran di Jemput Hadir ke Program Tersebut.
Sekian , Terima Kasih

Hairuddin Abdullah

www.chedin.myniaga.net

Untuk Dapat Maklumat Lanjut sila sms ke 012-4686404


"I CAN ACHIVE ANYTHING WHEN I SET MY MIND , MY HEART DAN MY BODY FOR IT"

never , never give up


09 March 2008

KUASA DUPLIKASI

Salam Sejahtera! Apa khabar semua sahabat dan pengunjung yang ke blog catatan perjalanan perniagaan network marketing saya. Alhamdulillah , Pilihanraya ke 12 telah selesai dengan baik dan beberapa keputusan yang dikatakan luar jangka telah dicipta. Apa-apa pun kepada anda yang telah di angkat oleh rakyat menjadi pemimpin jalankanlah amanah ini dengan tanggungjawab. Jangan pentingkan diri dan gunakanlah pendekatan MENGAKAR DAN MEMBUMI . Jangan abaikan rintihan rakyat . Tadbir negara dan negeri dengan baik , suburkan ekonomi yang dapat dimanfaati oleh rakyat terbanyak kerana merekalah yang mengangkat saudara saudari menjadi pemimpin mereka.

Hari ini setelah saya meneliti perkembangan dunia perkembangan MLM yang sedang kiat berkembang dan bersaing , sudah tentu kita sebagai penggiat usaha network marketing perlu lebih KREATIF dan INOVATIF... Kita perlu lakukan sesuatu yang lebih dan apa yang penting ialah kemampuan untuk menunjukkan sistem dan jalan untuk mencapai kesuksesan kepada ahli-ahli yang menyertai.

Ramai orang merungut tentang ahli-ahli mereka tidak aktif dan tidur tetapi bagaimana dengan kita? Adakah kita telah melakukan sesuatu yang lebih dan sepatutnya kita lakukan. Adakah kita telah menyediakan satu sistem yang baik untuk mereka. Kita membekalkan sistem yang baik untuk mereka bergerak dan belajar. Atau kita sendiri mengamalkan SIKAP TIDAK SUKA Belajar? Jadi bagaimana rakan-rakan kita di bawah akan bergerak.

Inilah yang sering berlaku apabila kita menjalankan perniagaan Network Marketing. Tanggungjawab kita antaranya ialah bagaimana memberi latihan , bimbingan kepada ahli-ahli untuk mencipta pendapatan , kemahiran dan kekuatan semangat berterusan. Jesteru itu kita perlu KREATIF dan berterusan melakukannya. Jika tidak PROSES DUPLIKASI tidak dapat berlangsung. Jadi nantinya akan terjadi satu senario hanya anda sahaja yang mampu mendapat prospek , hanya anda seorang yang menghubungi prospek , hanya anda seorang yang mampu menaja , hanya anda seorang yang hanya mampu bercakap di khalayak dan akhirnya hanya anda seorang yang melakukan. TIADA usaha DUPLIKASI dilakukan. Jesteru itu kita perlu fokus kepada KUASA DUPLIKASI dan bimbinglah rakaniaga anda agar mampu menduplikasi apa yang sepatutnya mereka lakukan. Barulah ianya akan terjadi apa yang dinamakan KUASA PENGGANDAAN dalam membentuk rangkaian anda.

Jesteru itu dalam Program Jutawan X.Stream yang menggunakan Formula SDA 412 , D itu ditekankan tentang DUPLIKASI kerana ianya cukup penting untuk membentu KUASA PENGGANDAAN baik PENGGANDAAN rakaniaga , jualan kumpulan baik juga pendapatan anda. Namun proses DUPLIKASI itu juga perlu ada satu sistem penyampaian yang baik dan kreatif. Bagaimana rakaniaga anda dapat menduplikasi dengan mudah , jelas dan dapat melakukan dengan hati yang terbuka. Ini kerana rakaniaga anda nanti pula akan melakukan proses "tarbiyah" ilmu perniagaan network marketing ini kepada rakaniaga mereka nanti.

JESTERU itu , antara salah satu sistem untuk membantu anda dan rakaniaga anda dapat menduplikasi adalah melalui sistem LATIHAN yang tersusun disamping anda melakukan COACHING atau PEMANTAUAN berterusan.

Kepada ahli lama Lihat SDA dan lakukan SDA dan seterusnya anda boleh duplikasikan SDA ini kepada rakaniaga anda. Dapatkan maklumat Kuasa DUPLIKASI ini semasa program-program latihan yang dianjurkan oleh Smart Success Team.....

Kepada anda yang berminat menyertai program JUTAWAN X.STREAM sila sms ke 012-4686404 dan berikan nama dan alamat anda. Hari ini saya dah dapat 4 orang yang respon untuk mengetahui lebih lanjut perniagaan ini.... Anda ingin tahu KUASA MAGNET MENARIK PROSPEK ? hadiri program latihan SST.

Sekian

Hairuddin Abdullah
www.chedin.myniaga.net

05 March 2008

MENJAYAKAN PROGRAM JUTAWAN X.STREAM

Salam sejahtera ! Apa khabar sahabat . Saya doakan anda berada didalam ketenangan , bahagia dan sejahtera hendaknya!!! Semoga anda terus melakukan Single Daily Action yang MESTI anda lakukan ..

ANDA Nak BERJAYA : SUKA KE TAK SUKA KE ANDA MESTI LAKUKAN !!!!!

Hari ini saya ingin terus memberi Fokus kepada Program Jutawan X.Stream ... Bagaimana dengan anda? Mungkin ada orang gelak dengan perkataan Jutawan , tapi yang saya lebih sedih ada orang yang dalam kehidupan dia tidak pernah pun berimpian menjadi jutawan , tidak tau apa kereta mewah yang ingin dipandu , rumah yang bagaimana ingin beliau miliki , kebahagiaan kehidupan yang macam mana ingin beliau kecapi , berapa banyak sumbangan yang beliau ingin sumbang untuk masyarakat dan agama .. Sedih sekali sedangkan impian itu PERCUMA . GRATIS . FREE ..

Saudara ! Sekarang sudah ramai rakyat Malaysia yang boleh menjana pendapatan 5 angka sebulan , RAMAI sudah (kata orang sabah) tetapi kita di mana. Bagaimana kehidupan kita 3 tahun akan datang , sama dengan sekarang? Jesteru saya tidak mahu kehidupan saya sama dengan sekarang , saya perlu lakukan sesuatu yang lebih baik untuk memastikan KONSEP Hari Ini Mesti Lebih Baik Dari Semalam. Bukan dari segi kekayaan wang ringgit , tetapi ilmu , kemahiran , kepakaran , nilai ibadah , persahabatan , kekuatan mental dan jiwa ... JESTERU Marilah sama-sama kita menjayakan Program Jutawan X.Stream ini kerana ini satu program yang betul serius dan kita akan buktikan beberapa orang akan lahir sebagai jutawan dalam beberapa tahun ini menyoroti langkah jutawan-jutawan sedia ada di Smart Success Team.

Jadi Bagaimana kita ingin melakukan? Sebelum kita menyentuh tentang perkara Bagaimana melakukan , TANYAKAN diri anda , MENGAPA anda mesti jadi JUTAWAN , Mengapa Anda MESTI lakukan... Seperti yang saya sebut di awal tadi : SUKA KE TAK SUKA KE , AKU MESTI LAKUKAN .....

Kepada Sahabat Lama : Kepada sahabat lama di SST anda telah dibimbing tentang cara membuat database prospek dan cara mendapatkan prospek online dan offline. Saya juga ada beberapa nama yang saya dapat sejak 2005 hingga sekarang. Adakah anda buang atau hanya simpan. Adakah anda ada menghantar lagi maklumat terkini kepada mereka , laporan terkini tentang perkembangan perniagaan anda? Baik , sebagai contoh !

Pada 16 Mac ini akan dilangsungkan satu ROADSHOW Program Jutawan X.Stream di Hotel Wira , Kuala Lumpur.. Anda ada database itukan. Dan saya yakin ramai nama-nama di database itu yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor. Mengapa tidak anda poskan maklumat program ini beserta Flyer untuk diedarkan kepada mereka . Jemput mereka hadir ke Program ini untuk mendengar maklumat lanjut. Ini telah saya buktikan di Penang. Di saat-saat akhir saya bersama En Azlan telah menghantar 200 pucuk surat ke semua ahli di sekitar Penang. Pada malam itu kami mendapat 4 nama yang menyatakan hasrat untuk hadir dan telah hadir 3 orang. Yang seorang hadir terus tanpa membuat call/sms dan yang seorang tadi dapat maklumat program ini dari flyer yang beliau dapat di kereta beliau. Sehingga sekarang ada 5 orang yang menyatakan minat untuk hadir program pada minggu berikutnya jika mereka tidak ada halangan.... Jadi GUNAKAN DATABASE lama anda ...

............... PRIVIEW JUTAWAN X.STREAM ONLINE ...

Kepada anda yang mempunyai prospek ( mungkin dari database tadi ) atau kenalan anda yang berada di mana sahaja di dunia ini , anda boleh mengajak mereka menyertai Penerangan Program Jutawan X.Stream secara Online. Mereka boleh mendengar dan melihat presentation ini secara online hanya di rumah mereka. Mungkin anda merasa agak sukar untuk memberi penerangan jesterus itu ajaklah mereka ke Taklimat Program ini baik secara offline dan online. Jadi apa alasan kita untuk menidakkan.....

AJAK HATI ANDA SAMA ....

Dalam kita melakukan sesuatu jangan lupa mengajak hati anda sama. Sebab itu Allah amat menekankan tentang NAWAITU , niat dalam permulaan perbuatan seperti Solat , Puasa dan sebagainya . Ini agar hati kita telah disediakan untuk perbuatan kita itu. Ramai saya lihat yang melakukan usaha ini gagal mengajak hati mereka bersama. Hanya fikiran bersama tetapi hati tidak walaupun mereka merasa mereka telah membawa hati tetapi masih belum kuat... Rasakan ( FELL) sesuatu yang tenang dan seronok ketika anda menjalankan perniagaan ini ....

Oklah , itu sahaja yang aku nak kongsikan , Kalau ada tersalah kata minta maaf. Lakukanlah yang terbaik untuk diri anda , anak-anak anda yang comel , isteri dan suami anda , ibu dan bapa anda .. berikan ia sesuatu yang terbaik untuk mereka ... ANDA BERHAK MENJADI JUTAWAN.....


Kepada anda yang BERMINAT MENYERTAI SAYA bersama PROGRAM JUTAWAN X.STREAM sila SMS nama dan alamat anda ke 0124686404 untuk saya poskan maklumat perniagaan ini.....

Sekian

Hairuddin Abdullah








02 March 2008

APA BERLAKU 5 HARI YANG LALU

Salam Sejahtera ! Apa Khabar , Sihat? Bahagia? Tenang? Semoga anda berada dalam MOOD yang LUAR BIASA dan lakukanlah sesuatu yang luar biasa....

Alhamdulillah aktiviti perniagaan semakin hangat , panas dan hebat !! Selama 5 hari yang lalu pelbagai aktiviti yang berlaku dan ianya aku lihat sebagai sesuatu yang amat positif... Bermula pada hari Rabu Lepas , aku bertemu dengan seseorang yang telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama dalam PERJUANGAN PERNIAGAAN bersama-sama Smart Success Team .. Aku telah menyusun gerakan dan strategi kempen untuk menggerak upaya perniagaan beliau. Beliau yang telah setahun tidak bekerja dan memang memerlukan perniagaan ini untuk mencapai IMPIAN beliau....

Pada hari Khamis aku sibuk menguruskan permintaan ramai prospek untuk mendapatkan Informasi Perniagaan. Bertalu-talu SMS aku terima dan aku fikir ini satu perkembangan positif untuk membina GELOMBANG BARU 2008... Banyak perkara yang perlu di gerakkan untuk menjayakan Malam Roadshow Program Jutawan X.Stream 2008 di Pearl View , Perai...

Kemudian pada Jumaat awal pagi aku dah gerak ke Temerloh untuk ke Program di Kuantan pada malamnya. Kemudian Sahabat Perniagaan saya dari Kinabatangan telah datang ke KL . Tiba di Temerloh aku lihat PD Rashidi sedang mengadakan Small Meeting untuk menyusun strategi menggerak upaya bisnes ini. InsyaALLAH kita akan dapatkan pejabat SST Pahang. Yang hebatnya pada perjumpaan itu ada seorang orang lama dalam S. Naco yang ingin aktif balik melihat perkembangan positif ini.. Inilah Perjuangan yang luhur dalam perniagaan...

Sebaik sahaja selesai program di Kuantan pada malamnya , aku , PD Rashidi , Abg Din dan Uncle John bergerak balik ke Jengka dan lelapkan mata sekitar 2 jam sebelum bertolak ke Kuala Lumpur untuk Program Jati Diri yang di anjurkan oleh HQ di Kajang. Seharian Sabtu aku dan pemimpin-pemimpin Smart Naco lain bersama dalam program itu.

Kemudian setelah selesai aku hantar Sahabat dari Sabah ke Shah Alam dan patah balik ke Kajang tidur kat rumah PD Rashidi. Tiba-tiba tergerak aku calling sepupu aku yang dok kajang. Jadi kami pun berjumpa dengan mereka adik beradik dua orang. Melihat perkembangan positif ini mereka berdua berminat untuk menjalankan perniagaan ini , NAH! Sampai jam 2 pagi kami berbual2 sambil bertukar pandangan tentang bisnes ini. 2 orang join malam tu.

Kemudian esoknya hari Ahad , pada tengahari aku ke Cheras bertemu dengan seorang yang hebat , seorang anak muda yang hebat yang mempunyai impian yang jelas dan cita-cita besar Saudara Hafizie. Dengan tekad dan semangatnya beliau sedia memulakan kempen program Jutawan X.Stream di KL. Selesai terus aku ke Klang di Bukit Tinggi bertemu dengan seorang lagi yang sms aku kata nak join dengan pakej 200pv. Jumpa beliau rupanya anak jawa juga. Dah la Hafizie tadi anak jawa juga dari Johor, Elok la tu. En Abd Rahman yang aku jumpa di Klang tadi berminat kerana untuk mendapatkan produk di samping ingin menjalankan perniagaan ini secara part time. Plan nak jumpa leader aku PD Halim , tetapi atas beberapa urusan tidak dapat dielakkan kita plan tunda perjumpaan. Selesai semua aku bertolak balik ke Penang dan ALhamdulillah selamat sampai di rumah tepat jam 10.30 malam... Dalam perjalanan ada 3 orang prospek minta aku poskan maklumat perniagaan ... Hari ini aku akan uruskan urusan pengeposan , berjumpa dengan bakal2 leader aku di utara.....

Sempena 5 hari yang lalu Alhamdulillah 6 orang telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama Smart Success Team.

Kepada DrAMINSAN , salam kerinduan dari saya kat Dr. InsyaALLAH nanti kita pi minum-minum kopi... Kepada semua sahabat saya , TERUSKAN PERJUANGAN ini ...

Kepada anda yang nak maklumat perniagaan sila sms ke 0124686404 atau ke www.chedin.myniaga.net

Sekian Terima Kasih

Hairuddin Abdullah