28 October 2007

BERANI BERTINDAK TEGAS

"WHAT WILL HAPPEN IF..."
'Apakah yang akan terjadi sekiranya...."

Dalam menjalankan perniagaan atau memulakan sesuatu perniagaan yang baru dan mungkin asing bagi anda sebelum ini , sudah tentu ia memerlukan keberanian untuk melakukannya dengan TEGAS.

Ayat di atas adalah ayat yang sering saya gunakan apabila saya kadang-kala menjadi agak malas dan lemah semangat. Saya sentiasa melihatnya untuk melangkah lebih jauh dalam sesuatu yang dilakukan.. "What Will Happen If.." ini banyak membantu saya mengerakkan beberapa tindakan dengan segera dan yang terpenting membantu saya membuat KEPUTUSAN ....

Sebagai contoh , pada pertengahan tahun ini , ada satu ketika saya berasa agak malas dan hampir-hampir untuk tidak membuat keputusan untuk ke Pulau Bangka dalam membantu Team saya di saya. Saya hampir-hampir mencari seribu satu alasan... Namun apabila saya melihat perkataan "What Will Happen If..." .. Apa akan terjadi jika saya tidak ke Pulau Bangka , Jika Saya tidak menghadiri latihan , jika saya tidak call rakaniaga di bawah penyeliaan saya , jika saya tidak menghadiri perjumpaan peluang perniagaan, jika saya tidak membangunkan kembali laman web saya yang pernah di hack .... Apa akan terjadi jika saya tidak ke Pulau Bangka pada waktu itu , berkemungkinan keyakinan dan kepercayaan terhadap saya oleh rakan-rakan di sana akan terus merosot dan akan merosotkan perniagaan saya.. What Will Happen If.. telah membantu saya membuat satu keputusan yang berani dan tegas bahawa saya MESTI pergi untuk membantu rakan-rakan di sana dan HASILNYA , Alhamdulillah , jualan kumpulan di Pulau Bangka selepas saya ke sana melonjak naik hingga melahirkan seorang President Director.....

Di sini saya ingin berkongsi " Bagaimana Mengatasi Ketakutan Supaya Berani Bertindak Tegas" .

Saya yakin ada di antara rakan-rakan ingin berjaya dalam perniagaan ini. Mereka selalu berimpian dan telah mempunyai impian tegar untuk berjaya dalam perniagaan ini. Namun mereka masih lagi di selubungi ketakutan atau perasaan was-was yang cukup menebal. UNTUK BERJAYA anda MESTI / WAJIB mempunyai satu sifat yang paling penting dan tegas iaitu : BERANI BERTINDAK ...

Anda berkemungkinan mempunyai kekuatan untuk merancang pelbagai rancangan dalam menjayakan perniagaan anda dan anda juga telah di dedahkan tentang tips-tips bagaimana orang yang telah berjaya melakukan. Namun jika anda hanya mempunyai beratus-ratus pelan bertindak tanpa mengambil apa-apa pun tindakan terhadap rancangan yang anda rancangan , PASTI anda akan menemui jalan buntu dan ketakutan akan terus menyelubungi jiwa anda.

Bagaimanakah anda dapat membina KEBERANIAN untuk MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS. Satu CARANYA ialah :::

" lakukan perbuatan yang paling anda takuti supaya anda mendapat KUASA untuk melakukannya "

Ya , perkataan yang mudah , ANDA LAKUKAN PERKARA YANG PALING ANDA TAKUTI .... Saya menganggap idea ini sebagai satu perkara yang PALING BERHARGA...

Saya masih ingat pada satu masa dahulu saya PALING TAKUT untuk bercakap di hadapan dan ianya benar-benar menakutkan. Namun apabila saya telah melakukannya buat kali pertama dan kedua perkara yang PALING TAKUT ini sekarang saya telah mendapat KUASA untuk BERANI bercakap di hadapan di hadapan halayak orang ramai.

SAYA JAMIN , jika anda menggunakan konsep ini bersama dengan satu konsep yang saya namakan " bertindak seperti anda tidak mungkin gagal, anda akan memperolehi lebih KUASA untuk mempengaruhi orang lain.

Sekiranya anda ingin menjadi seorang pelukis , anda mesti melukis dahulu. Tiada cara lain untuk menjadi pelukis anda boleh berangan-angan sepanjang hari tentang betapa terkenal dan berjaya anda sebagai pelukis , tetapi selagi anda tidak memegang berus dan mula mewarna , anda tidak akan mendapat kuasa untuk melakukannya.

Saya sering menyebut dalam ceramah atau program-program saya bersama rakaniaga saya ...

Apabila PERTAMA kali anda melakukan sesuatu yang paaaaaaaaaaaaling anda takuti , 10% TENTERA takut akan keluar dan 10% TENTERA berani akan masuk.
Jika kali kedua , 20% TENTERA takut akan keluar dan 10% TENTERA berani akan masuk.
Jika 10 kali anda melakukannya PASTI anda akan mendapat KUASA untuk melakukannya dengan BERANI dan MUDAH ....

Dalam konteks PERNIAGAAN ini , berkemungkinan anda telah ada prospek dan anda berasa amat takut untuk menghubungi prospek anda. RAHSIANYA ::: Anda perlu BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS untuk melakukan perkara yang anda takuti tadi iaitu menghubungi prospek anda... Yakinlah , setelah anda mengeluarkan ayat pertama dan kedua , sedikit demi sedikit TENTERA TAKUT anda akan keluar. Dan apabila anda telah melakukan selalu , PASTINYA anda akan MENGUASAI seni perhubungan ini.

Saya masih ingat kali pertama saya ingin menelefon prospek , berdebar dan pelbagai anggapan negatif timbul , Namun apabila saya telah melakukan perkara yang saya takuti tadi , saya kini berasa seronok dan gembira hingga berjaya melonjakkan sales jualan saya....

Anda PASTI ingat artikel saya di post sebelum ini iaitu berkaitan MAP , M- Mind Setting , A - Action , P - Passion .... Ya ! Inilah kesinambungannya....

YES !!! Untuk berjaya dalam perniagaan ini , BERANILAH BERTINDAK DENGAN TEGAS!!! Atasi Ketakutan anda dengan Melakukan Perkara Yang Paling Anda Takuti Itu dan PASTINYA anda akan mempunyai satu KUASA LUAR BIASA untuk mencapai kejayaan.....

InsyaALLAH saya akan kongsikan TIPS ini dalam program-program bersama saya pada masa-masa akan datang....

Jadilah orang yang BERANI MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS , mengapa harus TAKUT kerana PERKARA YANG ANDA TAKUTKAN ITULAH SEBENARNYA RAHSIA KEJAYAAN ANDA ......................

Kesimpulannya , jika anda ingin mengetahui RAHSIA kejayaan anda ialah anda perlu KENAL PERKARA YANG PALING ANDA TAKUTI LAKUKAN ....

LAKUKANLAH UNTUK KALI PERTAMA dan anda akan merasai kehebatan yang terselah pada diri ANDA....

................................................ Jika anda ingin membina keberanian dan kejayaan dalam perniagaan ini , marilah kita bersama-sama , JUST KLIK www.myniaga.net

SALAM KEJAYAAN


www.myniaga.net

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

No comments: