05 October 2007

KE KUALA LUMPUR

Salam sejahtera semua ! Apa Khabar ? Sihat ye ... Alhamdulillah hari ini aku berada di Kuala Lumpur . Aku sampai di KL hari khamis dan hari ini hari jumaat. Ni sementara nak menunggu Pak Ramli tulis la blog sikit. Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah yang telah mengurniakan rahmat dan rezeki kepada setiap hambanya. Semoga segala usaha dan rezeki yang di perolehi mendapat MARTHATILLAH. Amin Ya Rabbal 'Alamin...

Semalam sempat juga berbuka puasa dengan Rashidi , Brother John , PD Ashrie , Hafiz dan Din anak buah PD Ashrie. Alhamdulillah sambil menikmati juadah berbuka puasa , sempat juga kami bertukar idea dan fikiran.

Kemudian pada malamnya berjumpa pula dengan Saudara Edmund dan Oskar yang datang dari Sabah kebetulan mereka ada kursus. Edmund ni dah join n Oskar belum lagi masa aku jumpa semalam n bila tunjuk jer susu IgG Plus terus Oskar kata wah susu ini ya , emak saya pun minum dan saya pernah tengok susu ini. Apa lagi terus la Edmund tawarkan khidmat membekalkan susu berterusan kepada keluarga Oskar. Mereka nampaknya cukup positif terhadap perniagaan ini.

Kali ni aku pi jumpa Edmund dan Oskar naik kereta baru BMW seorang rangkaian aku di KL. TAHNIAH , Beliau ambil sempena genap 2 tahun bersama Smart Naco dan akan menjadikan kereta itu sebagai momentum baru untuk perjuangan perniagaan bersama SST di tahun ketiga. InsyaALLAH , jika anda kuat usaha dan tekun serta sabar anda juga mampu mendapatkan apa yang sedang anda impikan sekarang...

Lepas abis jumpa dia orang terus tidur n sedar-sedar dah pukul 6.30 . Alamak miss sahur aku .... Jam 10 pagi tadi terus ke Klang jumpa dengan PD Halim untuk membekalkan beliau dengan flyer dan beberapa maklumat. Nantikan gegaran baru PD Halim . Aku yakin dia akan muncul sebagai salah seorang Leader Hebat di Smart Naco dan Smart Success Team. InsyaALLAH....

Semasa dalam perjalanan ke KL , SPD Ishak call aku dan beritahu wife dia berjaya jual Naco Alfalfa Klorofil 18 botol sejak bulan puasa nie. Wah ! Luar biasa tu. Nampaknya nak kena gerakkan promosi Alfalfa juga. Alhamdulillah gerakan mempromosikan Alfalfa 2 bulan lepas mendapat sambutan juga.... Itu lah kalau kita bersungguh dalam promosi InsyaALLAH ...

Lama juga tak minum NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat ..... Jangan lupa minum NACOFE yer....

Esok pagi gerak balik Penang dan singgah sat di Teluk Intan jumpa Senior Manager baru aku di sana. Ini sorang lagi bakal Leader Hebat Smart Naco dan Smart Success Team. OK la , nak siap2 jap lagi Pak Ramli sampai la tu ,

Kepada anda , jangan lupa promosikan NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat masa raya nanti ..... Jamu mereka dengan ari panas NACOFE FUH! SEMPOI Aromanya Pasti Memikat .........

Semoga anda semua terus berusaha di samping juga berusaha mendapatkan RAHMAT LAILATUL QADAR .......

Salam Ramadhan ....... Sila ke laman aku :: KLIKS www.myniaga.net

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI

No comments: