09 October 2007

ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

Pertama TAHNIAH kepada Dr Sheikh Muszaphar kerana berjaya menjadi angkasawan pertama Malaysia yang akan mencatat sejarah agung rakyat malaysia pertama berada di angkasaraya selama sepuluh hari bermula 10 oktober 2007. Tidak kurang hebatnya juga kepada angkasawan kedua iaitu Kapten Dr Faiz Kaleed.

Namun sebelum berjaya dan layak untuk menyarung set pakaian seorang angkasawan anda lihat kegigihan mereka dua mengharungi dan melepasi ujian demi ujian yang cukup hebat dan tiada kompromi terhadap tahap kecergasan dan penilaiannya.

Kekuatan mental , jasmani , emosi dan rohani benar2 di gunakan untuk memastikan mereka sentiasa berada di momentum yang hebat.

TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA ....... Seharusnya Smart Success Team juga mampu menjadi sesuatu yang LUAR BIASA dalam membantu ramai orang mencapai impian mereka....

.........................................

Di samping cerita tentang angkasawan ini , di Masjidil Haram Makah Al Mukaramah , kira-kira 2 juta umat Islam dan dikatakan mencatat sejarah dengan ramainya umat Islam berkumpul pada malam 27 Ramadhan untuk mencari dan mendapatkan RAHMAT LAILATUL QADAR ....

Lailatul Qadar akan dimiliki oleh orang yang mencarinya bukan menunggu secara bersahaja. Sesuatu yang kita ingin miliki perlu kita cari dan mendapatkannya .Begitu juga dengan IMPIAN yang anda IMPIKAN. Anda akan dapat apabila anda berusaha mencari jalan untuk mendapatkan dan bukan hanya menunggu impian anda datang kepada anda.

DENGAN MENGAMBIL KIRA Semangat dan Kecekalan 2 orang angkasawan kita menempuh halangan dan ujian , tidak berputus asa dan tabah menghadapi ujian , mengapa MASIH ADA LAGI ORANG MELAYU yang hanya sekadar berusaha sekerat jalan , cepat putus asa , mudah mengalah , lemah jiwa perjuangan , malas berfikir , hanya leka dengan hiburan demi hiburan semata-mata sedangkan PERJUANGAN SURVIVAL UMAT semakin mencabar dan menuntut untuk kita bersama-sama berganding bahu melakukannya.

Tidak kira apa jua kedudukan dan apa yang sedang kita usahakan sekarang , lakukanlah dengan bersungguh-sungguh , tidak berputus asa , lakukan dengan tanggungjawab dan amanah , PERSISTEN , PERSISTEN , PERSISTEN ........ Rajin berfikir dan menuntut ILMU , Ya, MENUNTUT ILMU .....

Marilah sama-sama kita mengambil ikhtibar dua kisah ini agar kita sama-sama mencapai sesuatu yang terbaik untuk bekalan DUNIA dan AKHIRAT.... Dunia adalah tempat tumpangan sementara sesungguhnya akhirat jualah yang kekal abadi.... Orang lain telah terbang di angkasa lepas , kita masih lagi di takuk lama .... LAKUKANLAH SESUATU UNTUK KEBAIKAN DIRI SENDIRI ........


OK LAH , hari ini aku ada program perbincangan dan berbuka puasa dengan rakan-rakan di Alor Star. Menggerakkan dan menswadaya satu momentum dan agenda perjuangan perniagaan

Yang Benar


Hairuddin Abdullah Al-Muari

Just Klik My Website ----> http://myniaga.net

No comments: