28 January 2008

MATLAMAT YANG KHUSUS

Salam Sejahtera ! Cuba tanya pada diri anda ? Apakah IMPIAN yang anda MESTI Capai untuk tahun 2008. Atau masih kabur dengan impian atau masih tiada impian.... Hari tu masa di LCC Penang saya cerita kisah tentang John Goadard yang telah menulis , melihat , membaca 100 impian yang gila-gila. Waktu itu umurnya baru 21 tahun. Apabila umur telah mencapai 68 tahun beliau telah mencapai 80 impiannya. Dan impiannya semua hebat2 seperti melawat air terjun niagara dan pusing seluruh dunia utk melihat tempat-tempat terhebat. Masa di LCC ari tu aku dah berikan sedikit panduan bagaimana nak setkan Matlamat menggunakan kaedah 4W1H.

Untuk berjaya dalam apa juga bidang yang anda ceburi , anda mestilah mempunyai matlamat yang jelas dan khusus. Anda tahu? PENGHALANG TERBESAR kita nak mencapai sesuatu pencapaian adalah kerana tidak mempunyai sebarang matlamat yang khusus.

Satu kajian yang dilakukan oleh Dr Napoleon Hill , sejak 20 tahun yang lalu beliau telah habiskan masa mengkaji lebih daripada 20 ribu orang dari segenap pelusuk dunia. Hasil kajian beliau mendapati sebanyak 95% dari mereka adalah orang-orang yang gagal. Ini bermaksud mereka hanya mempunyai secukupnya sahaja , malahan sesetengahnya langsung tidak dapat menyediakan keperluan hidup secukupnya.

5% lagi adalah orang-orang yang berjaya dan "berjaya" disini bermaksud mereka mampu menyediakan segala keperluan hidup disamping dapat menyimpan dan melabur untuk mencapai kebebasan kewangan sebenar.

KESIMPULAN PENTING : dari kajian ini Dr. Napoleon Hill mendapati golongan 5% yang telah mencapai kejayaan adalah terdiri daripada individu-individu yang mempunyai MATLAMAT UTAMA YANG KHUSUS dan juga membuat perancangan khusus untuk mencapai matlamat tersebut.

NAH ! Kita lihat dalam bidang perniagaan MLM yang kita ceburi TERNYATA bahawa hanya 5% sahaja yang berjaya mencapai apa yang mereka impikan dan 95% melalui kegagalan , putus asa , lemah semangat kerana mungkin mereka tidak mempunyai matlamat khusus atau jika ada MEREKA KURANG YAKIN DENGAN MATLAMAT sendiri dan tidak membuat perancangan.

DEFINISI kejayaan bagi mereka sentiasa berubah-ubah dan sentiasa dipengaruhi oleh gaya hidup orang lain , majalah-majalah yang mereka baca , iklan-iklan televisyen dan sebagainya. Pendek kata , mereka mengukur kejayaan melalui kaca mata orang lain dan gagal untuk mendifinisikan kejayaan mereka sendiri dan sentiasa menganggap diri mereka gagal jika dibandingkan dengan orang lain.

Jadi kepada ANDA yang MASIH BELUM ada MATLAMAT KHUSUS , Dapatkan MATLAMAT KHUSUS anda , Buat perancangan ke arahnya.....

Ada juga orang yang ada Matlamat Tetapi Mereka Gagal Mencapainya... Jadi gunakan persoalan ini ..

Apa Matlamat Mereka : Adakah khusus , spesifik , mampu di capai?

Bila Nak Capai matlamat : Mereka tidak meletakkan deadline bila matlamat ingin dicapai.

Kenapa Nak Capai Matlamat : Mereka juga kadang-kala tidak tahu apa sebab paling besar mengapa mereka ingin mencapai matlamat . Dan kalau ada pun masih tidak spesifik dan samar.

Siapa yang mereka kongsikan Matlamat mereka. Mereka kadangkala hanya menulis sendiri dan tidak berkongsi dengan seseorang yang dapat membantu kita mengingat , memberi sokongan dan membantu kita mencapai matlamat kita.

Bagaimana Cara Nak Capai Matlamat. Mereka gagal membuat perancangan , menyusun cara-cara untuk mereka mencapai matlamat. Bertindak , bertindak , bertindak.....

Akhirnya jadilah mereka INSAN YANG HANYA MENGIKUT ORANG... Orang suruh tulis matlamat dia tulis , tapi dalam Jiwa dan Minda ia tidak dilihat sebagai satu yang PALING SERIUS ..........

Oklah .. Kepada anda yang dah tulis MATLAMAT Syabas... Apa matlamat kerja anda hari ini , minggu ini , bulan ini , tahun ini? .......

ANDA NAK TAHU RAHSIA ::: 6 LANGKAH Mencapai RM20,897.00 dengan FORMULA SDA 412 & Bagaimana Hari Ini Orang Telefon Saya Bersemangat Nak Join Bisnes Saya Kerana Beliau Ada MATLAMAT YANG KHUSUS dan JELAS?


Sekian ,

Hairuddin Abdullah

24 January 2008

3 orang 12 bulan..

Apa khabar anda hari ini. Anda berasa gembira , stress , tension , bersyukur atau apa lagi. Ya! Itulah lumrah kehidupan kita. Apa pun yang penting kita MESTI berhadapan dengan apa sahaja situasi dengan tenang dan sabar.

Saya baru saja selesai baca buku " Nota Jutawan, Nota Motivasi" karangan Dr Irfan Khairi. YES ! ringkas , padat dan banyak point yang boleh membantu meningkatkan motivasi dan kemahiran diri kita. Sesuai juga untuk orang yang kurang rajin membaca kerana penyampaian yang ringkas dan sederhana ....

Satu perkara yang saya tertarik untuk kongsikan di sini ialah

" Pada tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja ( 3 pelanggan dalam masa 12 bulan!) " Irfan Khairi

Bagaimana dengan anda jika berhadapan dengan situasi ini . 12 bulan TUAN , bukan sekejap . Adakah anda akan kecewa dan berputus asa , atau menganggap ia sebagai satu kegagalan...

KEGAGALAN ialah perintis untuk mencapai KEJAYAAN. Saya juga banyak kali gagal dan terus mencuba...

Dalam buku itu juga , Irfan Khairi ada nyatakan apabila ditanya kepada Pengasas Syarikat Komputer Gergasi tentang "Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?" Jawabnya : " Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!"

Ya! saya ada seorang sahabat nampaknya macam dah lemah semangat apabila 3 bulan cuba menaja tapi masih belum dapat .. COME ON MY FRIEND ,, NEVER EVER GIVE UP ..... Berikan Peluang , Berikan Ruang untuk anda lakukan... FOKUS dan BERIKAN FOKUS , aku percaya ANDA pasti mampu lakukan ......

Aku dapat satu SMS agar aku berhijrah kepada peluang yang lain , almaklumla sempena musim Hijrah ni... Kadangkala bila tengok ada rakan-rakan yang dok berhijrah kesana kesini dari satu syarikat ke satu syarikat tetapi masih belum berhasil.. Ya ! Tidak ada masalah kalau kita nak berhijrah kepada peluang lain tak semestinya anda boleh cipta kejayaan di sini , TETAPI satu perkara yang mereka LUPA ....... MEREKA GAGAL UNTUK HIJRAHKAN Sikap , Minda , Disiplin Diri , Fokus , Usaha Gigih , Semangat Cintakan Ilmu dalam mencipta kejayaan kepada yang LEBIH BAIK dan HEBAT. Mereka abaikan semua itu , sebab itulah mereka terus GAGAL dan GAGAL .. Ya! Gagal adalah satu perkara yang bagus untuk kita mencari tangga-tangga baru kejayaan tetapi , MEREKA TIDAK MENGAMBIL IKHTIBAR , ILMU dan PENGAJARAN dari kegagalan mereka dan mengulangi kegagalan yang sama .... Kalau mereka mengambil pengajaran dari KEGAGALAN mereka dimana-mana sahaja mereka MAMPU CIPTA KEJAYAAN ....

So , kepada rakan-rakan yang masih belum dapat taja dan sebagainya , NEVER EVER GIVE UP kerana PASTI jika anda fokus dan belajar ANDA AKAN BERJAYA .... Gandakan apa yang Dr Irfan capai , Jika Dr Irfan capai 3 orang dalam 12 bulan anda kena gandakan menjadi 6 atau 9 orang dalam 12 bulan .....

BUAT apa yang sepatutnya anda buat , FOKUS kepada apa yang sepatutnya anda Fokus , TINGGALKAN kepada apa yang sepatutnya anda tinggalkan , BACA kepada apa yang sepatutnya anda baca , CALL kepada siapa sepatutnya anda CALL dan BERIKAN KASIH SAYANG kepada ORANG YANG BERHAK MENDAPATKANNYA .......

Semoaga anda semua sukses .... ha ha ha ... Meh ke Web Baru Lagi www.ebook.myniaga.net

Hairuddin Abdullah Almuari

20 January 2008

E-BOOK SST RAKANIAGAKU


Salam Sejahtera! Apa khabar semua. Kepada SAHABAT SST adakah anda telah melakukan usaha FOLLOW UP dan SERVICES terbaik kepada rakaniaga atau bakal rakaniaga anda.... Apa yang ada cerita kepada mereka...

Baiklah , di bawah ini ada sebuah ebook SST RAKANIAGAKU yang boleh membantu anda menerangkan kepada bakal rakaniaga anda mengapa mereka menyertai Smart Success Team.







Apa kata SAHABAT SST tentang Smart Success Team..

Sila Klik pada buku untuk MUAT TURUN

Nantikan Versi 2 ......


















E-book ini adalah catatan Perjalanan 6 bulan saya dalam bis bersama SST. Ia adalah berkisar tulisan pertama saya. Saya selalu membacanya untuk mendapatkan MOMENTUM baru dalam bis saya ini .....

Klik pada buku untuk muat turun ....








Semoganya ia bermanfaat untuk semua ... Yang Benar :: Hairuddin Abdullah

Nak Tengok WEB BARU ? just klik http://chedin.myniaga.net

19 January 2008

JADIKAN BUAH LEMON MENJADI MANISAN


Salam Sejahtera kepada Sahabat dan Rakan , Semoga mendapat ketenangan dan anugerah akal yang hebat. ANDA MEMANG HEBAT DAN LUAR BIASA>>>> ANDA KENA RASAKAN ANDA SEORANG YANG HEBAT KETIKA MEMBACA BLOG INI < <<<

Hari ini saya nak kongsikan salah satu topik dalam buku LA TAHZAN ( Jangan Bersedih )...



Mungkin anda pernah terkena musibah atau satu ujian yang amat hebat lalu adakah anda telah menggunakan KEHEBATAN dan KEKUATAN akal fikiran untuk menjadikan musibah atau ujian sebagai sesuatu yang positif atau anda terus mengaku kalah.....

Orang yang cerdik dan pandai dapat merubah segala kerugian menjadi keuntungan. Sementara orang yang bodoh akan menjadikan satu musibah berubah menjadi DUA MALAPETAKA..

INGAT INI !

Rasulullah s.a.w diusir daripada tempat tinggalnya dan tempat kelahirannya Mekkah , lalu baginda berhijrah dan bermukim di Madinah. Lalu baginda mendirikan sebuah negara yang hebat , mengagumkan penglihatan dan pendengar sejarah.

Ahmad bin Hanbal dipenjara dan diseksa LALU dia menjadi imam dalam bidang hadith Rasulullah s.a.w

Ibuny Taymiyyah ditahan lalu daripada penahannya beliau dapat mengeluarkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang luar biasa.

Al-Sarkhasi diletakkan dan dikurung didalam sumur kering. Lalu dia dapat mengarang dua puluh jilid dalam masalah ilmu fiqh.

Ibnu al-Alhir menderita sakit lumpuh , lalu dia mengarang kitab Jamik al-ushul dan kitab al-Nihayah yang termasuk dua paling mashur dikalangan buku-buku hadith lain.
Itu antara beberapa contoh ...



Apabila anda sedang dilanda suatu musibah atau malapetaka , maka lihatlah kepada sisi yang positifnya. Apabila salah seorang diantara mereka menyajikan satu cawan jeruk , maka tambahkanlah satu sudu gula.
Apabila ada seseorang yang menghadiahkan seekor ular , maka ambillah kulitnya yang berharga dan buanglah sisa bakinya.

Berinteraksilah dengan situasimu yang menyengsarakan , sehingga anda dapat mengeluarkan setangkai bungan mawar , bunga jasmin dan bunga melati daripadanya. BARANGKALI anda membenci sesuatu , sementara ALLAH menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya.

Jika anda masih belum memperolehi apa2 dalam perniagaan ni , jangan PUTUS ASA , anda pasti akan mendapat sesuatu daripadanya. Masa saya menjalankan projek perniagaan selama setahun tanpa ada gaji saya rasa macam satu kerugian namun saya mendapat sesuatu yang cukup hebat daripadanya....

Jadi , JANGAN MALAS BERFIKIR kerana orang Melayu sering dikaitkan dengan MALAS BERFIKIR... Mereka yang rajin BERFIKIR pasti akan mencapai kemenangan dan kejayaan.

Kalau nak buat BISNES lagi la KENA RAJIN BERFIKIR , CARI IDEA , KREATIF bina STRATEGI dan sebagainya....

Buatlah sesuatu yang membanggakan diri anda .. Buat untuk diri anda bukan untuk orang lain . Jika anda buat untuk orang lain ditakuti apabila anda berjaya anda akan riak dengan kejayaan anda kepada orang lain.

KUASA kejayaan adalah ILMU , carilah ILMU .. BERSEMANGATLAH .. Jangan BERSEDIH .. BUAT terbaik HARI INI Kerana semalam tidak dapat mengubah apa2......

DO THE BEST.... katakan ANDA HEBAT , ANDA BIJAK , ANDA BERSEMANGAT , ANDA TERBAIK , ANDA YAKIN , ANDA AKAN BUAT YANG TERBAIK .....
Katakan , Katakan , Biarkan ia meresap kedalam jiwa dan denyut nadi anda .... Buat Kerana ALLAH dengan KESUNGGUHAN dan KEBIJAKSANAAN .... AYUH ... LAKUKAN TERBAIK ....

Genggam tangan anda
, pejam mata anda dan JERIT DALAM HATI ANDA .... Haiya 'alal FALAH ... AKU MESTI BUAT YANG TERBAIK ....

























YANG BERLALU BIAR BERLALU

HARI INI ADALAH MILIK ANDA
BIARKAN MASA HADAPAN DATANG SENDIRI


Hairuddin Abdullah

www.chedin.myniaga.net


15 January 2008

BLOG MYNIAGA SIHAT

Salam Sejahtera ! Apa khabar. Dalam memastikan perkembangan perniagaan MLM INTERPOS berjalan dengan lancar saya baru saja membuka blog baru yang dinamakan BLOG MYNIAGA SIHAT ....

Blog ini di buat khas untuk SAHABAT MYNIAGA mendapat informasi dan maklumat yang dapat digunakan. Sihat yang di maksudkan disini bukan sahaja sihat tubuh badan / fizikal , tetapi sihat emosi , sihat minda , sihat poket dan dalam erti kaya lain ialah GAYA HIDUP SIHAT ...

Perbezaan dengan blog ini ialah blog ini adalah blog catatan perjalanan bisnes saya. Aktiviti demi aktiviti dan beberapa sharing. Namun di blog MYNIAGA SIHAT akan di fokuskan kepada isu kesihatan , maklumat produk , informasi bisnes , tips dan motivasi.

Untuk Ke BLOG MYNIAGA SIHAT sila kliks link di bawah ::::

http://myniagasihat.blogspot.com


Saya berharap ianya bermanfaat untuk kita semua

Salam Sukses

Hairuddin Abdullah Almuari

13 January 2008

Penang ke Jengka

Salam Sejahtera , Apa khabar anda hari ini . Thanks masih dok jengok blog aku nie. Kali ni aku nak share sikit pengalaman aku ke Jengka dan Temerloh. Sabtu pagi seawal 6.30 aku dah kuar luar menuju ke airport untuk ke Kuala Lumpur. Kali ni aku memilih untuk naik pesawat kerana terlalu banyak kerja yang perlu di siapkan pada malamnya. Sampai ariport , Bro Shidi dah tunggu n kita terus ke Jengka. Sampai Jengka terus ke Mercu View untuk aktiviti petang tu.

Wah , sorang demi sorang datang dan kehadiran dalam 30 orang . En Razif dari Syarikat menerangkan tentang konsep kesihatan MRT ( Terapi Pembaharuan Molekul ). Menarik penerangannya ringkas dan padat. Semua prospek yang hadir join member dan rasanya semua join dengan 200pv. Lepas selesai program kami ke Restoren Abg Din pulak , discuss strategi dan bertukar pengalaman sampai la jam 9 malam. Aku kalau ke Jengka mana lagi nak tidur rumah Ayahanda Bro Shidi la ,, Bro Shidi sampai ngigau Smart Naco Luar Biasa lagi.... Panas , Panas katanya..... 4.30 pagi dah terjaga teringat biz Smart Naco ,,,, erm ,,,

Seawal pagi jem 9 aku dah di bawa ke Tekan Plantations Resort. Rakan-rakan di sana nak tau macam mana buat biz MLM secara INTERPOS ni. Jadi sampai di Terrace Garden , aku buka laptop dan share la pengalaman sikit sampai la jam . Itu lebih kepada Smart Group Meeting (SGM) . Anda nak tau SGM , JANGAN LUPA join LCC WORKSHOP dan yang terdekat pada 27 Januari 2007 di Hotel Sri Malaysia.

Habisjer program di situ terus ke Termeloh di Restoren Puncak . Ada lagi satu SGM yang di susunkan oleh Bro Shidi. Jadi oleh kerana En Razif dari syarikat juga hadir sama , kita memanfaatkanlah beliau. Beliau juga telah membuat DEMO LUBE XTRA.. Memang power LUBE XTRA nie. Ada member yang bawa prospek , close juga pada hari tu... Wah! Tahniah Bro Shidi. Kalau nak tau Bro Shidi ni Rakaniaga aku yang pertama sekali. Beliau yang mula2 join.

Jadi oleh kerana dah janji ngan SPD Zul n Kaz nak balik sama ke Penang yang pada ketika itu beliau dari Segamat bertemu prospek SPD Kaz , jadi kami begerak balik dan berjumpa la di Bukit Beruntong . Apa yang boleh di katakan , Rakan-rakan di JENGKA dan TEMERLOH memang hebat dan luar biasa. Sampai tak cukup2 produk yang di bawa Bro Shidi. Mereka melihat produk ini berkualiti dan amat membantu untuk menjaga kesihatan .

Pengalaman yang amat menyeronokkan di awal 2008. Bulan depan kita akan buat program susulan lagi.

Ok la , setakat tu dulu leh kongsikan aktiviti aku hujung minggu lepas. Kalau kita buat dengan cara yang betul , InsyaALLAH kita boleh berjaya. Ramai sangat yang bagi alasan dan malas tu yang susah. Kalau rajin InsyaALLAH akan dapat apa yang di impikan. Tapi kalau malas dan nak dok saja , tak nak kuar modal dok la kita di kepompong lama. Orang meniaga besar-besar semua berani keluar modal..... OK ..

.....................................................................................................

Jangan Lupa , Kalau Anda berminat bersama saya dalam biz ni sila ke www.chedin.myniaga.net

.....................................................................................................

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdullah Almuari

10 January 2008

BAGAIMANA SAYA BERMULA

Salam Sejahtera ! Jika anda belum lagi mendengar cerita bagaimana saya bermula dalam perniagaan Smart Naco Sdn Bhd dan Smart Success Team.




untuk lebih informasi sila ke www.myniaga.net


Sekian Terima Kasih

Hairuddin Abdullah Almuari

JAGA KESIHATAN

Salam sejahtera ! Apa khabar semua. Semoga sihat selalu yer. Hah! Sebut pasal sihat saya baru jer dapatkan satu e-book Jaga Kesihatan tulisan JimieRay. Ye! memang kita kena jaga kesihatan kita. Di tambah lagi kita terlibat dalam industri berasaskan kesihatan. Jadi jika anda nak download boleh klik di bawah . Ianya PERCUMA .....




Sila dapatkan sekarang. Kepada rakan SST yang menyertai Internet Marketing Workshop banyak lagi cara bagaimana untuk kita dapatkan prospek. Salah satunya adalah dengan menggunakan MAGNET PERCUMA...

Ya MAGNET PERCUMA ! Anda pernah tak dapat sample syampo secara percuma di Majalah ker atau ketika bersiar-siar di shopping kompleks , anda pernah dapat produk percuma untuk di cuba ?. Anda pernah dengar perkhidmatan langganan percuma setahun. Anda lihat bagaimana google , yahoo buat duit dengan berikan email percuma , blog percuma dan sebagainya.

Ya , PERCUMA tu dah menjadi satu KUASA MAGNET untuk anda menarik bakal pelanggan anda kepada anda dengan sendirinya. Saya juga pernah dapat beberapa maklumat prospek dengan memberikan sesuatu percuma... Kalau dulu kuasa ayat RAHSIA VCD PERCUMA JANA PENDAPATAN 5 ANGKA yang saya guna betul2 jadi kenyataan.

Jadi anda nak tahu rahsia lebih jauh lagi tentang Kuasa MAGNET PERCUMA ini , sila kliks ke www.ebook.myniaga.net ....

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Selamat Datang Ke Laman Myniaga.Net ,
Laman DESTINASI MLM INTERPOS ANDA

Ketahui sesuatu yang memberikan peluang anda buat duit , memula dan membina pendapatan dan menyediakan produk kesihatan...

One Klick Here www.myniaga.net

Dapatkan Newsletter dari myniaga.net untuk ketahui Rahsia INTERPOS
dan kuasa MAGNET PERCUMA

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Terima Kasih

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI



09 January 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1429

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH 1429

"Semoga Hidup Kita Mendapat Rahmat Dari Illahi"

Hairuddin Abdullah Al Muari

something new @ www.myniaga.net






07 January 2008

WOW , SST Semakin Hebat



Salam Sejahtera ! WOW !! SST Semakin Hebat. Itulah ungkapan yang boleh saya ungkapkan setelah selesai menyertai Internet Marketing Workshop di Kuala Lumpur semalam. Ramai juga kehadiran dan sambutan nampaknya cukup baik. TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada PD Rashidi , En Sabarudin , En Zahran , En Rizal dan En Damrong kerana telah memberi komitmen untuk menyertai Bengkel ini. Banyak perkara yang di pelajari dan FANTASTIC MR. KAZ.... Ilmu dan maklumat yang diberikan memang sempoi...

Namun oleh kerana aku telah berjanji dengan Sahabat Lama semasa aku study di USM dulu , rakan yang paaaaaaaaaling rapat ngan aku nak pi rumah dia , jadi aku ambik masa ke rumah dia di Sungai Buloh. Nampaknya dia pun minat nak wat bisnes MLM Online. Lama betul tak jumpa dia dan Alhamdulillah jumpa juga dia....

TERIMA KASIH kat Wife aku kerana temankan aku ke KL kali ni coz mula nak pi ngan Azrul tapi dia tak berapa sihat , nyaris2 tak pergi . Namun tekad dan semangat ku GAGAHI juga untuk bersama2 rakan SST.

Tadi petang jumpa dengan 2 orang prospek. Alhamdulillah masing2 bagi respon yang baik . Kita kena terus Istiqamah buat kerja kita. Ok lah , ada banyak perkara yang aku nak siapkan , Ni si Rizal ni dok Online plak , Semangat betul si Rizal ni leeee.....

Ok , Jumpa Lagi....

Hairuddin Abdullah Almuari


03 January 2008

KENCING MANIS

Salam Sejahtera semua! Apa khabar . Malam tadi aku kemaskinikan semua fail-fail dalam lap top ni. Jadi sempat la belek-belek semua fail-fail dan banyak juga khazanah 2007 yang aku simpan memang bermanfaat jika di gunakan. Antara banyak-banyak fail aku ada simpan satu fail yang boleh jadikan IKHTIBAR dan PERINGATAN buat kita semua.

" Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pancreas yang terletak dibawah perut. Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Insulin merupakan sejenis hormon jenis polipeptida yang dihasilkan oleh kelenjar pankreas. Sel yang menghasilkan hormon insulin dalam kelenjar pankreas dikenali sebagai sel beta. iaitu sejenis sel yang terdapat dalam kelompokan sel yang digelar islet of Langerhans dalam pankreas.

Fungsi utama insulin ialah pengawalan keseimbangan tahap glukos dalam darah dan bertindak meningkatkan pengambilan glukosa oleh sel badan. Kegagalan badan untuk menghasilkan insulin, atau jumlah insulin yang tidak mencukupi akan menyebabkan berlakunya penyakit penyakit kencing manis.


CUBA ANDA LIHAT GAMBAR DI BAWAH ::::
























Gambar di Ambil pada 29/08/2007 ...










Di Smart Naco kita ada beberapa Produk yang boleh di IKHTIARKAN untuk membantu mereka yang telah terkena penyakit kencing manis. NAMUN apa yang lebih penting adalah kita perlu menjaga GAYA HIDUP kita untuk mengelak dari terkena penyakit ini.

FAKTA :: MALAYSIA adalah antara negara tertinggi pengidap penyakin kencing manis di Asia.

Jadi di Smart Naco hasil dari TESTIMONI pengguna produk seperti CELLRENEW dan SUSU IGG PLUS , Alhamdulillah keadaan luka yang seperti di atas mampu di rawat sehingga menjadi kering.

Testimoni Dari Pengguna Cellrenew :


Testimoni : Nama : Lee Ah Ying Umur 49 , Taman Miharja , KL.

Saya adalah pengidap kencing manis yang serius, Jari-jari kaki mengalami luka-luka dan seolah-olah hendak patah. Saya terpaksa diangkat untuk ke mana-mana kerana tidak mampu berjalan lagi. Setelah diperkenalkan oleh rakan , saya mencuba P17-5 biji sekali selama 3 kali sehari , CELLRENEW 8 titik sekali untuk 2 kali sehari dan juga menyembur CELLRENEW di sekitar kaki saya.

Setelah kering saya menyapunya dengan Gel Gamat , Saya mendapati setelah menyapu dengan Gel Gamat selama seminggu saya dapati luka dikaki saya sudah tidak busuk lagi. Tiga minggu kemudian lukanya semakin kering dan bertambah baik.

Nama : Mr Chieu Ah Onn , 63 Tahun , Tanjung Malim Perak

Saya mengalami penyakit kencing manis yang membimbangkan. Pada bulan November 2003 yang lalu, saya telah menjalani pembedahan untuk memotong ibu jari kaki saya. Selama 3 bulan setengah selepas pembedahan itu , lukanya masih tidak sembuh dan amat merisaukan saya.

Akhirnya pada bulan Februari 2004 , saya telah diperkenalkan dengan 2 produk NACO yang baik .Saya telah mencuba P17 Probio Food , 5 biji sekali makan untuk 2 kali sehari dan CELLRENEW 8 titik sekali 3 kali sehari. Saya begitu gembira kerana lukanya kering dan telah sembuh setelah mengamalkannya selama sebulan.


Ini pula testimoni pengguna Kencing Manis yang amalkan Susu IgG Plus


En. Manaf ( Perak) - Kencing Manis

Saya mengidap kencing manis ni dah lama. Tapi sejak 2 tahun lepas
ibu jari kaki saya berair.Macam mana nak kerja? Nak kerja kena pakai
stokin dan kasut.Dah 2 tahun tak kerja.Saya cuba susu IgG-Plus ini
Baru 4-5 hari saja saya tengok jari kaki saya dah tak berair lagi,dah kering.InsyaAllah, saya akan terus ambil susu ni sampai penyakit ni
hilang seluruhnya dari badan saya.

-------------------------------------------



Mak Tih Solehah

Pulau Tuba, Langkawi - 12/08/2005


Sebelum - 12/08/05

13 tahun mengidap kencing manis


Selepas - 06/09/2005

13 sachet IgG-Plus








Selepas - 21/10/2005

pulih sepenuhnya


----------------------------------------


OK lah , kepada anda yang ingin mendapatkan MAKLUMAT CELLRENEW sila ke www.cellrenew.myniaga.net , jika tentang SUSU IGGPLUS sila ke www.rahsiaiggplus.blogspot.com

Semoga kita dapat memanfaatkan produk keluaran Smart Naco.

Sekian dulu

Hairuddin Abdullah

::::::::::> Kepada anda yang inginkan NEWSLETTER dari Saya sila isikan Nama dan Email anda di borang Langgan Newsletter Myniaga.

01 January 2008

2008 TAHUN MEMBACA & PRAKTIK

Berjumpa lagi pada hari ini 2 Januari 2008. Semoga anda TERUS sihat dan dapat menyiapkan tugasan atau kerja anda dengan cemerlang. Ya , kekadang ada orang tanya Che Din ni buat bisnes apa? Oooh ! Di usahawan2u.blogspot.com ini saya menceritakan perjalanan dan catatan perniagaan MLM saya bersama syarikat Smart Naco.

Baiklah , Secara ringkas hari ini saya nak MENYERU diri saya dan rakan-rakan marilah kita jadikan 2008 sebagai tahun lebih banyak kita membaca , belajar , menimba pengalaman dan melakukan praktik serta TINDAKAN besar-besaran. Jadi sebagai orang yang terlibat dalam perniagaan MLM secara ONLINE , adalah beberapa buah buku yang boleh anda dapatkan.

Sejak beberapa bulan lalu saya banyak membeli buku secara online. Biasa saya beli di MPH Bookstore secara online. Ye la kalau dari rumah saya , MPH ada di Sungai Petani , Tol pergi balik jer dah berapa ringgit kalau hanya semata2 ingin mencari sebuah buku....

Antara buku-buku yang boleh anda miliki untuk di jadikan koleksi sajian minda anda :


Buku MENJADI JUTAWAN MLM
Oleh : Mohd Rozani Pawan Chek
Harga : RM 20.00

" Ketahui bagaimana menjalankan perniagaan MLM dengan betul"





Buku RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET
Oleh : Wan Mohd Syazwan Wan Sukri
Harga : RM 30.00

" Timba ilmu bagaimana buat bisnes dengan internet"






Buku RAHSIA JUTAWAN-JUTAWAN INTERNET TERBONGKAR
Oleh : Dr. Irfan Khairi
Harga : 39.90

" Dapatkan Informasi , inspirasi dan idea dari buku beliau"







Buku 15 TEKNIK EFEKTIF INTERNET MARKETING
Oleh : Fuad Latip
Harga : 25.00

" Tips dan cara melakukan internet marketing "







Buku POTENSI DIRI
Oleh : Alias Hj Muda
Harga : 19.90

" Serlahkan POTENSI DIRI anda , selain ilmu internet marketing , MLM anda semua akan bermula dari kekuatan anda mengeluarkan AURA dan POTENSI diri sebenar".















Buku RAHSIA BLOGGER
Oleh Mohd Suhaimy Abu Bakar & Mohammed Farid Sulaiman
Harga : RM 27.50 beli di www.rahsiablogger.com

" ANDA BELUM ADA BLOG ?.. Dapatkan buku ini segera dan mulakan blog anda seperti blog saya ini. Buku ini menceritakan mengapa blog dan manfaatnya selain tunjuk cara macam mana nak set up blogspot.com".

..............................................................................................................


Itu dulu antara buku-buku yang anda boleh miliki dan baca. Anda malas nak ke kedai buku? Beli sahaja secara online. Banyak sumber anda boleh dapatkan seperti di :

www.mph.com.my
www.ujanailmu.com.my
www.bookcafe.com

atau anda boleh search tajuk-tajuk buku di atas di yahoo , google search engine .

Saya ? Saya selalu beli di mph.com.my dan kekadang di ujanailmu.com.my.

anda juga boleh cari buku baru Bahasa Melayu online di http://www.pts.com.my

dan juga di http://www.telagabiru.net.my...

Oleh itu untuk menjadi usahawan berjaya kenalah banyak membaca , mencari maklumat . Sekarang mudah hampir semua urusan sudah boleh buat secara online , OLEH ITU

Saya pun buat bisnes MLM SECARA ONLINE ,, Just Click di www.myniaga.net

Ok , itu dulu sumber maklumat kali ini ... JANGAN LUPA BOOKMARK blog saya untuk mengikuti perkembangan seterusnya ,,

OOOOOOOOOOOOH YA , Anda Ingin Melanggan NEWSLETTER MYNIAGA dot NET. Isi Nama dan Email anda di ruangan yang di sediakan di sebelah kanan....

OK , selamat MEMBELI , SELAMAT MEMBACA dan SELAMAT BERAMAL....

Salam Sukses

Hairuddin Abdullah ..... NAK BELI SUSU ? Just Klik SINI>>>>>

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Promosi ::

Dapatkan samada buku Internet Marketing atau Rahsia Blogger sebagai hadiah Cabutan Bertuah di :

SMART INTERNET WORKSHOP
6 JANUARI 2008
Tempat : Hubungi UPLINE ANDA SEGERA
TEMPAT TERHAD.
Anjuran Smart Success Team
Ada Laptop Bawa Lap Top Anda....

Kepada Rangkaian Saya , Sila hubungi saya segera. Yuran RM40.00 , makan minum , modul dan ilmu.....

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

CERMIN AJAIB

Salam Kejayaan kepada anda semua. Bagaimana anda hari ini , Bertambah semangat dan bertenaga. Jika anda perlu berehat , berehatlah dengan cemerlang . Berikan kualiti terbaik untuk rehat anda. Ya ! untuk mendapatkan " NEW ENERGY POWER " adakalanya datang selepas anda berjaya untuk memberikan kerehatan pada diri anda sebentar....

Saya masih teringat semasa saya di Tahun 2 belajar di USM . Ketika itu aku terlibat menjadi seorang Fasilitator untuk satu program motivasi pelajar sekolah menengah dari Kuala Lumpur. Dan salah satu modul yang di bawa adalah " CERMIN AJAIB" . Ya memang sungguh ajaib cermin itu. Anda tentu setiap hari melihat cerminkan? Apa yang anda lihat? Melihat wajah yang cantik dan kacak , atau jerawat , atau kerutan di dahi atau apa? .....

Dalam modul itu , kami sediakan dua buah cermin. Satu Cermin untuk Melihat " SIAPAKAH WAJAH MANUSIA TERHEBAT" dan Satu lagi cermin adalah untuk melihat " SIAPAKAH MUSUH PALING UTAMA KEPADA USAHA KEJAYAAN ANDA" ..... Ha ha ! Anda tentu sudah tahu jawapannya?

Ayuh kita pergi ke Cermin Pertama untuk melihat " SIAPAKAH WAJAH MANUSIA TERHEBAT " .... Anda Fikir Siapa ? Jika ada cermin pergilah lihat sekarang?

Meh , kita pergi ke Cermin Kedua untuk melihat " SIAPAKAH MUSUH PALING UTAMA KEPADA USAHA KEJAYAAN ANDA" Anda perlu berhati-hati dengan orang ini .... Anda Fikir Siapa Ya ? ...

Saya fikir tidak perlu saya berikan jawapannya kerana anda PASTI tahu JAWAPANNYA ....

-------------------

Pada hari ini juga saya ingin terus mengulangi beberapa perkataan dan ayat yang biasa di sebut?

1. KEJAYAAN SAYA TANGGUNGJAWAB SAYA

2. MULA DENGAN APA YANG KITA TAHU , BINA DENGAN APA YANG KITA ADA

3. WHAT HAPPEN IF.....

4. I CAN ACHIVE ANYTHING WHEN I SET MY MIND , MY HEART ANDA BODY FOR IT

5. ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

6. JANGAN MENUNGGU dan MENGHARAPKAN ORANG LAIN SEMATA-MATA , MANDIRILAH !!!

Jadi , marilah kita sama-sama melihat POTENSI hebat diri kita , BANYAKKAN TINDAKAN , BERTINDAK SECARA BESAR-BESARAN , Jika anda berhasrat membuka rangkaian di Indonesia , beli tiket Air Asia , terbanglah ke sana berjumpa Rakaniaga anda , lakukan "deal " terbaik. Itulah PENGALAMAN BERHARGA ANDA .....


Musuh UTAMA anda adalah DIRI ANDA SENDIRI , bukan orang lain , bukan persekitaran , Kitalah yang menentukan sama ada kita dapat BERTAHAN , kita BERANI MENGHADAPI CABARAN , kita BERANI MENGAMBIL RISIKO , kita BERANI BERHADAPAN DENGAN MASALAH ......... BERTINDAKLAH segera ....

............ Akhir kata.... Jadikan 2008 Tahun Terbaik anda. Dan PERKARA PALING PENTING ADALAH .............. PASTIKAN ILMU dan PENGALAMAN anda bertambah... Itu lebih berharga dari wang ringgit..........

ANDA NAK TAHU RAHSIA SUSU IgG PLUS MENCIPTA JUTAWAN? Sila Klik Sini

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdullah Almuari ...............

BUAT YANG TERBAIK HARI INI



HARI SEMALAM BIARLAH IA BERLALU DAN KITA TIDAK BOLEH MELAKUKAN APA -APA LAGI. HARI ESOK KITA MASIH MEMPUNYAI PELUANG UNTUK MENCORAKKANNYA. APABILA TIBA HARI INI , ITULAH YANG TERPENTING KERANA HARI INI ADALAH USAHA UNTUK HASIL HARI ESOK.....


DO THE BEST.....

KITA TERUS JALANKAN TUGAS DAN USAHA KITA SEPERTI SETIANYA BULAN MENGELILINGI BUMI DAN SETIANYA BUMI MENGELILINGI MATAHARI DAN SETIANYA MATAHARI MEMANCARKAN SINAR MENTARI.........

SEMOGA MENDAPAT KEBERKATAN DAN KERAHMATAN ILLAHI.


Cemerlang Hari Esok adalah kerana PERSEDIAAN HARI INI .... Buat Yang Terbaik Hari Ini....


HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI ....... http://rahsiaiggplus.blogspot.com