27 September 2007

GELOMBANG KE 3 (G3)

SALAM SEJAHTERA ! Bertemu lagi kita di sini. Dah 2 minggu kita berpuasa rasa sekejap sangat. Dan Alhamdulillah dalam bulan puasa ni banyak juga perkara-perkara tertunda dapat di uruskan segera. Nampaknya bulan puasa ni bisnes pun nampak semakin ok . Semalam dok uruskan penghantaran 10 kotak susu ke Melaka , Kemudian hantar barang Rizal di Teluk Intan , ada susu , nacofe , primalex . Oh Ya! TAHNIAH Rizal dapat naik pangkat jadi Penyelia Di Tempat Beliau Kerja , semoga bulan ni juga Rizal boleh naik pangkat Senior Manager. LUAR BIASA , Syukur Ke Hadrat Illahi. Lepas tu hantar Primalex ke beberapa orang termasuk Sabah n Perlis. Tu gambar kat bawah tu barang-barang yang aku dok antar semalam la.

Hari ni pulak nak hantar 16 kotak lagi susu igg Plus ke Melaka. Sekarang ni masa aku nak pulun sakan , biaq pi mereka raya sakan , aku nak pulun sakan wat bisnes ni.....


Alhamdulillah , hari ini adalah hari pertama aku di TAHUN KETIGA aku bersama Smart Success Team dan Smart Naco. U ALL nak tau apa aku buat di hari pertama ini. Nak Tau Kee.....

Hari ini aku melakukan perkara yang saya seperti aku buat pada hari pertama aku join biz nie. Tu Je , nak tau ker apa yang aku buat ...

Oooooo , Senang Jer , Aku Buat Balik Laman Web aku , aku wat promosi dan aku dapatkan senarai prospek. Hari ni aku dah ada 20 orang prospek yang menanti untuk di Followup , CUMA BEZANYA , haaa , ada bezanya? Ya! Bezanya :

Kali ini aku hanya Followup beberapa orang sahaja dan yang selebihnya akan di Followup oleh rakan niagaku yang lain. Bagi depa cekap buat Followup dan menaja serta menjual. Barulah perniagaan kita nak berkembang....

Jadi bila dah masuk tahun ketiga ini aku namakan Gelombang Ke 3 , ( G3 ) tentu aku ada beberapa azam pada tahun ketiga. Azam Pertama aku nak lebih berdisiplin dalam kerjaya ini dan lebih fokus dalam sesuatu bidang yang aku lakukan. Kedua aku nak PASTIKAN rakaniaga aku yang lain juga mampu mencapai kejayaan bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil hingga terciptanya GELOMBANG KEJAYAAN BESAR... Aku tau , jika aku nak berjaya dan pergi lebih jauh dalam perniagaan ini , aku WAJIB membantu rakaniaga aku berjaya .......

InsyaALLAH azam aku tahun ke 3 ni , aku nak buka office sendiri untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan di sini membuat tugasan kerjayanya. Kemudian aku juga akan memulakan kelas pembelajaran untuk beberapa orang rakaniaga ku yang komited di rumah aku sendiri tentang pengalaman offline dan online. Hari ni aku nak pi beli Faks nak lengkapkan peralatan office aku. Aku juga akan siapkan buku coaching untuk memantau 10 orang rakaniaga aktif untuk setiap jalur aku.

YA ! AKU MESTI BERJAYA DALAM PERNIAGAAN INI ..... MESTI BERJAYA , ALLAH DAH ANUGERAHKAN POTENSI KEPADA AKU , AKU MESTI LAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH , DI DEPAN MATAKU ADA INSAN-INSAN YANG MENGHARAPKAN SEBUTIR DEMI SEBUTIR KEJAYAAN DALAM HIDUPNYA. KINI HIDUPNYA TELAH ADA AGENDA BESAR BERBANDING DULU HANYA TERHOYONG HAYANG MENCARI ARAH HALUAN HIDUP.

ADA ORANG BERHENTI SETENGAH JALAN KERANA MEREKA KECEWA TIDAK BERJAYA , HA , MEREKA SEBENARNYA BUKAN TIDAK BERJAYA tetapi BELUM BERJAYA KERANA MUNGKIN PERJALANAN 5 PURNAMA , 10 PURNAMA MUNGKIN 20 PURNAMA DI PERLUKAN ...

Terima Kasih kepada UPLINE yang LUAR BIASA HEBAT SPD Zulkifli Hassan , PD Ashriee dan SPD Khairul Aza ... Dengan nasihat , tunjuk ajar , bantuan , sokongan mereka aku dapat menempuh dunia MLM yang terlalu asing bagiku sebelum ini dengan lebih yakin dan berani. Tidak kurang hebat TERIMA KASIH kepada semua rakan-rakaniaga ku yang pernah bersama ku walaupun persinggahan sebentar dan juga yang setia sehingga kini. U ALL MEMANG BEST......

HARI ini ku Lakarkan Peristiwa Baru dan Catatan Baru ::: Biar hari-hari yang akan di tempuh dengan izin Illahi melakarkan sejarah suka duka baru yang lebih bermakna , aku yakin ia PASTI akan menguji kesabaran dan ketabahan dan kegigihan dan kesungguhan , YA , TIADA LALUAN MUDAH UNTUK AKU ....... AKU MESTI LALUINYA , YA , MESTI ....

OK lah , cukup setakat ini dulu , aku nak siapkan sales letter untuk prospek baru aku , minggu depan nak start menghantar apa2 maklumat yang perlu.....

Thanks 2 You All

Hairuddin Abdullah Al-Muari : Kepala Batas , Pulau Pinang..

>>>>>>>>> LAYARI LAMAN WEB AKU :::: www.myniaga.net

25 September 2007

JAMINAN KEHIDUPAN ADALAH KEMATIAN

Salam sejahtera , apa khabar sahabat sekalian. Alhamdulillah kita di beri ruang waktu untuk terus bersama di sini. Masa aku menaip blog ini isteri aku telah menerima panggilan telefon mengatakan Tok Wan belah ayah isteri aku telah kembali ke Rahmatullah. Semalam sempat juga aku jengok di Kedah Medical Centre semalam. Secara mengejut terima sesak nafas 2 hari lepas. Semoga Arwah Di Cucuri Rahmat dan Berada Dalam Golongan Kekasih ALLAH. Jap lagi nak balik Perlis.

YA ! Itulah JAMINAN yang PASTI untuk KEHIDUPAN kita. Bak Kata Herman Tino

" Mati Adalah Pasti Hidup InsyaALLAH "

Jadi apa persediaan kita. Tok Wan sempat juga meninggalkan harta dan tanah-tanah untuk anak cucunya agar tidak merempat di bumi sendiri. Jadi bagaimana dengan kita. Apakah persediaan kita untuk menghadapi saat-saat kematian kita , bagaimana amal ibadah kita , ketaatan kita pada ALLAH , amalan kita sepanjang kehidupan , kewajiban kita kepada muka bumi ini seperti yang telah di amanahkan kepada kita. YA! Ini semua peringatan untuk diri aku sendiri.

------------------

Alhamdulillah , laman web myniaga.net aku telah kembali aktif. Aku mula bina laman myniaga.net ini pada bulan Disember 2005 hanya bermula dengan 10MB dan kini telah aku upgrag mencecah 2000MB. Sejak aktifkan balik laman myniaga.net dan blogspot aku , tanpa promosi ada juga prospek yang masuk. Syukur Alhamdulillah.

Petang tadi jumpa seorang prospek nak tau tentang bisnes internet. Dia sms aku apabila membaca e-book 3 kunci rahsia kejayaan urusniaga pos lalu dia berminat untuk tahu lebih lanjut. Pada awalnya ku ingat dia nak tau bisnes Smart Naco rupanya dia jumpa laman INTERPOS aku , jadi 2 dalam satu la.

TAHNIAH kepada En Abdullah dan En Mohd Noor dari Kota Bharu kerana telah mencapai Pangkat Senior Manager bulan September. Tak sangkakan momentum bulan puasa ni. Dan bulan ini juga sempena bulan puasa ramai juga rakaniaga di bawah bimbingan Saudara Rizal Teluk Intan mencapai pangkat Manager. Ada yang mampu capai jualan 4k. YA , KEJAYAAN YANG BESAR BERMULA DARI KEJAYAAN YANG KECIL....

YA! DUA HARI saja lagi akan GENAP aku 2 TAHUN bersama Smart Naco. Nantikan GELOMBANG KE TIGA (G3).... Bulan puasa ni lega betul aku dapat buat banyak perkara yang remeh temeh sikit sebelum aku gunakan semua ini lepas raya nanti. Petang tadi hantar 10 kotak lagi susu ke Saratok .

OK lah , aku nak kemas untuk balik ke Perlis. Semoga aku selamat sampai ke Perlis. JANGAN LUPA TERUS BUAT PROMOSI YEEER ,

Kepada yang nak join SST under GROUP CHE DIN G3 ni silakan ke laman web aku www.myniaga.net

Sekian Dulu

Salam Ramadhan : Hairuddin Abdullah : Kepala Batas : 0124686404

21 September 2007

KEJAYAAN YANG BESAR BERMULA DARI KEJAYAAN KECIL


Salam Sejahtera semua !!! Berjumpa lagi di arena blog. Puasa kita dah masuk minggu kedua , WAH ! sekejap je masa berlalu. 2 hari ni aku masih dok siapkan urusan menyiapkan tools berupa flyer . HAH!!! di sebelah tu ada Flyer NACOFE yang akan ada di pasaran bermula pada 27 September ( tarikh aku sign up form ).

FUH ! SEMPOI
Aromanya Pasti Memikat .....

Nampaknya rakaniaga aku yang lain bergerak seperti biasa. Semalam dapat SMS dari Zulzafri dia kata dia berjaya menjual 15 sachet susu IgG Plus kepada 3 orang pelanggan , kemudian hazlin pula berjaya jual 10 sachet kepada 2 orang pelanggan dan salah seorang pelanggan dia mengidap sakit kencing manis yang sudah agak kritikal. Pagi tadi Puan Hana hantar gambar pesakit kencing manis , kalau nak tengok gambar dia boleh minta kat aku. Nampak dah teruk kaki dia.

Pagi tadi pi Stokis Kulim beli 1 IgG Plus , 2 Just Kurma , 2 Nacofe dan 1 Primalex untuk seorang rangkaian di Sarawak. Rakaniaga aku di Teluk Intan pun dah nampak perkembangan rangkaiannya terutama di Sabah. Ada beberapa orang yang berjaya buat 1kpv dan ada juga rangkaian yang berjaya buat 1kpv hanya melalui Primalex.. Syukur Alhamdulillah berkat Ramadhan...

Jadi untuk mencapai sesuatu kejayaan yang besar kita perlu mencipta seberapa banyak kejayaan-kejayaan yang kecil. Contoh kejayaan kecil seperti contoh-contoh di atas . Sebelum ini Zulzafri dan Hazlin tu tak dapat nak gerak jual susu dan semalam Alhamdulillah bila dia turun pi jumpa orang , dia telah berjaya mencipta kejayaan kecil dan kekadang kejayaan besar bagi mereka. TAHNIAH 2 U ALL....

Hari ni pulak aku dapat sorang prospek dari Permatang Pauh lagi yang dapat informasi bisnes aku dari laman web aku. Sejak MINDA aku FOKUS untuk membina rangkaian di Penang memang betul-betul menjadi , ALHAMDULILLAH....

Mungkin juga kejayaan kecil itu seperti keberanian anda menghubungi prospek kerana mungkin sebelum ini anda merasa takut atau tidak yakin , berjaya membuat penajaan pertama , berjaya menjual dan sebagainya. PERSISTEN , PERSISTEN dengan apa yang kita buat.

OK lah ! nanti aku sambung lagi .. Nak buat kerja lain pulak ... Kepada anda , yakin pada diri Jika anda buat InsyaALLAH Pasti akan ada hasilnya.... Lihat saja contoh 2 orang anak muda di atas tadi , mereka ambil tindakan dan YES mereka mampu lakukan .... Semoga berterusan....

Semoga Kita Sama-sama Sukses ....

Che Din ............ EEEEEEEEEEEEEEEEEEHHHH mai la singgah web aku sat www.myniaga.net


FUUH! SEMPOI ..........Aromanya Pasti Memikat




17 September 2007

BAGAIMANA SAYA BERSAMA SST



Salam Sejahtera ! Apa khabar semua. Alhamdulillah bulan puasa ni banyak peluang untuk aku "explore" dan belajar tentang dunia internet dan online bisnes. Rupanya banyak peluang-peluang buat duit dari rumah yang ada di internet ini. CONTOH : Dengan internet ini tak sangka pula saya telah memulakan perniagaan printing saya. Bulan lepas sahaja saya berjaya buat sales RM7000.00 , tak sangka pulak .. Kalau profit 5% dapat juga RM350.00 kan , hanya melakukan dirumah secara online. Kalau ada SAPA-SAPA nak tempah brosur ke apa ke , leh la hello-hello aku .....

Begitu juga dalam menjalankan perniagaan MLM ini saya juga masih menumpukan kepada usaha secara online walaupun saya turut melakukannya secara offline. Semalam berbincang dengan rakan niaga dan membuat penerangan tentang keperluan dan manfaat Naco Green Factor dan dia orang pun beli Trial Pack Green Factor iaitu Shaker GF yang berharga RM20.00. Lepas aku buat presentation tu baru aku tau betapa bagusnya produk ini. Nak tahu mengapa kita perlu ambil Naco Green Factor , Klik slide Green Factor pada post sebelum ini .......

Dalam bulan puasa ni ada sahabat niaga kita berjaya menjual 50 kotak NACOFE dari rumah ke rumah. Jadi yang membezakan orang yang gagal dan berjaya adalah KEMAHUAN dan SIKAP POSITIF MEREKA..

Internet sesuatu yang amat bermanfaat jika kita gunakan secara betul dan baik. Isteri aku sekarang kalau nak cari resepi masakan baru buka lap top search resepi masakan di yahoo search engine dan kat situ beratus malah beribu resepi masakan ada. Mudahkan.

Jadi kepada anda yang baru dan mungkin ingin mencari pendapatan tambahan boleh lah ke laman web aku di www.myniaga.net

KETAHUI BAGAIMANA SAUDARA RIZAL DARI TELUK INTAN MEMBUAT PENAJAAN DAN PENJUALAN HANYA MELALUI SMS DAN INTERNET ...... Nantikan ...... JANGAN TUNGGU LAGI
...... DAFTAR SEGERA DI www.myniaga.net

Che Din .... Kepala Batas Pulau Pinang

16 September 2007

GREEN FACTORS

Untuk mendapatkan Maklumat ONLINE tentang NACO GREEN FACTORS sila klik pada gambar di atas. atau KLIK SINI Naco Green Factors ni sesuai sangat di ambil semasa bulan puasa untuk mencuci toksin dan usus kita....

Selamat Berbuka Puasa

Che Din :::::: KLIK www.myniaga.net

14 September 2007

PERCAYA POTENSI DIRI SAYA

Salam sejahtera. Diri kita di cipta dengan banyak kelebihan dan potensi. Keupayaan otak dan minda menjadi kekuatan terhebat yang ada pada kita. Namun berapa ramai yang mensia-siakan keupayaan minda kita mungkin termasuklah saya.

KITA YANG TENTUKAN KEBAHAGIAAN HIDUP KITA ....

Kadang kala kita gagal menentukan apa yang kita impikan , kita masih membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita , membiarkan orang lain mempengaruhi pilihan kita untuk kita memilih kebahagian. Kadangkala banyak perkara dalam kehidupan kita di tentukan oleh orang lain . Nak beli syampo pun kekadang di tentukan oleh iklan-iklan di TV , nak beli alat solek pun kekadang di tentukan oleh rakan-rakan atau iklan dahulu. Mungkin kita pernah berdepan dengan dua persimpangan untuk memilih dua pilihan. Kekadang kita keliru dengan apa yang kita fikirkan dan keputusan yang bakal kita buat.. NAMUN , kekadang kita juga memerlukan pandangan orang lain untuk membantu kita membuat keputusan. Anda akan dapat banyak cadangan pilihan ketika anda ingin membuat satu keputusan , oleh itu pilihlah keputusan yang dekat di hati anda . Jika buntu , mintalah bantuan ALLAH , lakukanlah solat istikarah untuk kita mendapat panduan dari Illahi. YAKINLAH pada POTENSI DIRI ANDA ..........

PERCAYA PADA KEUPAYAAN DIRI

Kita sahaja yang mampu mengetahui keupayaan diri kita. Setiap orang bermula dengan tidak mengetahui apa-apa sejak lahir namun usaha mereka untuk belajar dan gigih mempelajari sesuatu ada orang lain yang mempunyai keupayaan dan kebolehan yang lebih baik. Mungkin ada yang di lahirkan cacat tetapi mereka juga PASTI mempunyai mempunyai cara , jalan dan pilihan untuk mencapai kejayaan dan kebahagian. Lihat bagaimana Dr. Ismail yang buta berjaya menjadi seorang Dr. PHD. Ini kerana kekuatan nilai PERCAYA KEPADA KEUPAYAAN DIRI. Anda lihat video di bawah bagaimana mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.

YA , untuk berjaya dalam apa yang kita lakukan PERCAYA PADA DIRI SENDIRI . Allah telah memberikan potensi luarbiasa kepada diri kita. Saya lihat banyak buku-buku yang ditulis oleh penulis ( mat salleh ) tentang motivasi mereka meletakkan Believe In Yourself sebagai perkara utama setelah kita meyakinkan nilai Percaya Kepada Tuhan ( ALLAH ) yang telah kita letakkan lebih awal lagi. Ini kerana ALLAH yang telah mencipta kita dan menganugerahkan potensi kepada setiap hambanya.




Andalah yang mampu mengubah potensi kehidupan anda dengan lebih baik dan cemerlang asalkan anda PERCAYA dengan KUAT akan POTENSI dan KEHEBATAN yang ALLAH telah BERIKAN kepada ANDA .. Yes U CAN DO IT .... Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi kini , LAKUKAN dengan TERBAIK...



InsyaALLAH YAKIN lah dengan keupayaan diri anda , tidak kira siapa anda ketika ini , anda berhak untuk berjaya dan berjaya untuk setiap orang berbeza-beza. Itulah uniknya insan yang diciptakan oleh ALLAH ...

Ok lah , setakat ini dulu .. Nak pi jumpa rakanniaga bincang strategi bisnes seterusnya ....


Che Din >>>>>>>>>>>>> Jangan Lupa ke Laman Web Aku www.myniaga.net

13 September 2007

WHY MLM : NETWORK MARKETING



PENGGUNAAN "online video" sebagai TOOLS promosi perniagaan anda , TOOLS promosi produk anda , TOOLS promosi diri anda , sebagai bahan pembelajaran kepada rakanniaga anda. Salah satu online video yang popular ialah YOU TUBE ... www.youtube.com .... Jika dahulu maklumat di perolehi dari search engine yang menggunakan Link berbentuk tulisan kini maklumat boleh di perolehi dalam bentuk video....

Jika anda mempunyai video atau apa sahaja bahan berbentuk video anda boleh uploadkan kedalam youtube untuk di kongsikan kepada rakan-rakan anda di mana-mana sahaja di dunia.....

Semuanya menjadi mudah jika kita menguasai pentas teknologi maklumat ini. Ianya satu kelebihan kepada kita yang menjalankan perniagaan seperti ini yang memerlukan proses penerangan perniagaan atau produk kepada pelanggan.

Jadi manfaatkan kemudahan ini untuk anda menerangkan apa yang ada niagakan , apa perniagaan anda , apa impian anda untuk mereka melalui pendekatan video online. Lihat bagaimana mereka MENAJA tanpa BERTEMU melalui Laman Web ( online ).

OK Setakat itu sahaja untuk kali ini.....

Sila ke Lead Capture Page saya di www.myniaga.net .... Anda juga boleh mengetahui bagaimana www.myniaga.net telah membantu saya mencapai impian saya dan membantu saya menjana pendapatan sehingga 5 angka. TERIMA KASIH www.myniaga.net





Che Din : Kepala Batas Penang.....

MENGAMBIL KEBERKATAN RAMADHAN

Hari ini 1 Ramadhan blog ini di buka untuk tatapan rakan-rakan. PENGGUNAAN BLOG dalam perniagaan online MLM amat membantu kita memperkenalkan diri , perniagaan dan produk kita. Kita boleh gunakan blog ini untuk menceritakan perjalanan bisnes kita , untuk mempromosi produk jualan kita dan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakaniaga kita serta pengunjung umum ...

Penggunaan blog untuk membantu meningkatkan kredibiliti bisnes semakin popular sekarang ini. Ada juga rakan-rakan yang menjadi rakan niaga saya datangnya dari blog yang saya buat. Jesteru itu kepada rakan-rakan yang masih belum mempunyai blog saya cadangkan agar anda mempromosikan perniagaan dan produk anda melalui blog. Blog lebih mudah di uruskan berbanding kalau kita nak buat laman web sendiri walaupun laman web sendiri itu amat penting kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan online ini.

Jesteru itu kepada anda bersama SST yang menjalankan perniagaan ini secara online jadi bulan Ramadhan ini bolehlah kita gunakan untuk muhasabah merancang strategi perniagaan anda serta menggerakkan usaha PROMOSI online. Jika anda terus promosikan perniagaan anda , InsyaALLAH akan ada orang yang berminat.




Sempena Ramadhan ada ole-ole video masa pergi rombongan umrah
bersama rakan-rakan Smart Naco.
Syukur Alhamdulillah , Baitullah Aku Merinduimu







CHE DIN
1 Ramadhan



12 September 2007

Salam Perkenalan

Salam Perkenalan kepada anda semua. Nama saya Hairuddin Abdullah tinggal di Kepala Batas Pulau Pinang. Setelah menjalankan perniagaan bersama Smart Success Team , kini masuk tahun ke 3 saya bersama Smart Success Team setelah 2 tahun merempuh onak ranjau dalam perniagaan MLM. Namun saya tetap optimis kerana ini adalah kehidupan saya.

Kepada anda yang sudi melawat blog aku , aku ucapkan jutaan terima kasih. InsyaALLAH di sini aku akan coretkan catatan perjalanan , tips bisnes MLM baik online MLM atau offline MLM dan motivasi sebagai seorang usahawan.

Dua tahun bersama Smart Success Team telah memberi kefahaman dan banyak ilmu yang telah aku kutip. Kehidupan juga telah berubah ke arah yang lebih baik , pemikiran terhadap perniagaan juga telah meningkat baik , tahap kesabaran dan persistensi dalam menjalankan perniagaan juga sudah menunjukkan peningkatan. Syukur kepada ILLAHI yang telah menggerakkan aku kedalam kancah perniagaan yang amat mencabar ini.

Jadi kepada anda , bolehlah ke laman web aku www. myniaga.net

Semoga Anda Juga Sukses




Che Din .... Kepala Batas Pulau Pinang