30 April 2008

PRODUK BERKUALITI





23 April 2008

SALAHKAH AKU MEMPUNYAI KEKASIH

Salam Sejahtera ! Bertemu kita di arena blog sebagai satu medium untuk kita bertemu dalam bentuk wacana penulisan. Terima Kasih kepada pengunjung setia dan terima kasih kepada anda yang pertama kali mengunjungi blog saya.

Blog ini telah saya bangunkan pada 25 Novem
ber 2005 sehingga sekarang atas tujuan saya ingin menyimpan memori suka duka saya dalam perniagaan Network Marketing yang saya ceburi ini sejak 2005 hingga sekarang bersama Kumpulan Smart Success Team dan Syarikat Smart Naco. Terima Kasih atas sokongan semua rakan-rakan selama ini.

Hari ini saya ingin berkongsikan sesuatu tentang KEKASIH saya. Kadangkala serbasalah saya nak menceritakan sesua
tu perihal KEKASIH saya. KEKASIH saya ni pula bukanlah Isteri tersayang saya , jadinya saya ada KEKASIH lain. Patutkah saya mempunyai KEKASIH lain. ????

Inilah yang saya telah perolehi hasil terlibat dalam bisnes Smart Naco . Saya telah disedarkan tentang kehadiran seorang KEKASIH yang cukup hebat dan maha hebat kurniaan Illahi . Apalagi setelah membaca beberapa buah buku gabungan penulisan dan idea hebat penulis-penulis MALINDO ( Malaysia dan Indonesia ) kekuatan tentang kesedaran bahawa kita telah di ANUGERAHKAN KEKASIH oleh Tuhan Pencipta memang tidak dapat dinafikan lagi. Jadi wajar juga hari memperingati KEKASIH yang berlangsung pada 14 Februari pada setiap tahun diberi perhatian NAMUN !!! dalam konteks pemahaman yang berbeda dari apa yang di sambut.

ANDA TIDAK FAHAM ???

Adakah anda tidak faham tentang apa yang saya sebutkan , kerana saya tidak boleh menolak lagi tentang kehadiran
KEKASIH dalam hidup saya. Kasihankan kepada isteri saya yang telah banyak berkorban untuk saya , NAMUN sebenarnya Isteri saya juga telah mempunyai KEKASIH nya sendiri. Yang pasti buka saya... Waduh ! Makin haru biru nie... Bagaimana dengan anda ? Tanyalah Isteri atau Suami anda , pasti mereka juga berhak untuk memiliki KEKASIH... KEKASIH ini adalah ANUGERAH dan KURNIAAN Allah kepada kita semua ...

KEKASIH


Baiklah , bagi menghuraikan kekusutan ini , Biar saya perkenalkan siapakah KEKASIH saya , KEKASIH isteri saya dan pastinya KEKASIH ANDA. Dihadapan saya ini terdapat sebuah buku karangan penulis , ustaz
dan usahawan dari Indonesia K.H Abdullah Gymstiar yang bertajuk "AKU TIDAK MAHU KAYA , TETAPI HARUS KAYA" . Sebuah lagi buku yang ada dihadapan saya ini ialah BERANI KAYA , BERANI TAKWA tulisan Anif Sirsaeba ( 15 Cara Menambah Khazanah Kekayaan Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah ) dan disebelahnya tersusun rapi majalah bulanan yang dinamakan i-SIHAT ( Kesihatan Aset Anda ). i-sihat akan kita gabungkan bersama Program Hebat kita iaitu i-USAHAWAN. Jadi setelah saya mengamati kedua-dua perkara ini maka disini ingin saya gabungkan satu Konsep yang saya namakan Konsep KEKASIH untuk semua rakan-rakan SST dan SN. Apa dia konsep KEKASIH ..

KEKASIH itu adakah KEKAYAAN dan KESIHATAN. Jadi salahkah saya , isteri saya , suami anda atau isteri a
nda memiliki KEKASIH.

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI KEKAYAAN

Apakah KEKAYAAN yang sering an
da fikirkan. Yang selalu orang ramai dan majoriti fikirkan. Adakah KEKAYAAN ini hanya wang ringgit semata-mata atau diistilahkan oleh orang sekarang sebagai Materialistik. Adakah itu Maksud Faham sebenarnya. Mengapa anda perlu menjadi kaya sedangkan anda telah dianugerahkan dengan pelbagai KEKAYAAN dari Allah. Anda telah dianugerahkan OTAK yang menjadi sebagai organ yang dikaitkan dengan KEKUASAN AKAL FIKIRAN. Jesteru itu yang membezakan Manusia dan Haiwan bukan pada otak tetapi pada KEKUASAAN AKAL FIKIRAN. Dengan Akal yang selalu dikaitkan dengan Daya Fikir ( sering disebut dalam Al-Quran) , juga dikaitkan dengan Ilmu , Minda dan sebagainya. Dari kekuatan inilah ramai orang mampu mencipta KEKAYAAN kewangan.

Anda juga telah di ANUGERAHKAN Jantung yang memainkan peranan penting kepada kehidupan. Perasaan
cemas , sedih , takut akan menggerakkan denyutan jantung. Dan menurut satu kajian Kuasa Jantung atau saya sering sebut Kuasa Perasaan berbanding otak jauh lebih besar. ( Akan dibahaskan akan datang ).

K.H Abdullah Gymstiar menggariskan
beberapa kekayaan seperti Kaya Gagasan ( Idea , daya kreativiti ) , Kaya Ibadah , Kaya Semangat dan sebagainya.

Anda juga telah dianugerahkan KEKAYAAN yang TERHEBAT iaitu Anugerah KESIHATAN. Jika anda tidak sihat tentu susah untuk anda keluar bekerja mencari rezeki , tentu sukar untuk anda pergi ke sekolah atau tempat-tempat untuk menuntut ilmu , tentu sukar untuk anda me
nikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan tentu juga sukar untuk anda melakukan amal ibadah sebagai tanda Syukur dan Tunduk kepada kebesaran Illahi. Itulah KEKAYAAN yang terhebat yang telah dianugerahkan oleh anda. Namun ada juga anak-anak kecil yang telah mengalami masalah kesihatan dan ianya juga telah memaut bebanan atau pertanggungjawaban kepada ibu bapa mereka.

Jika nak ceritakan tentang KEKAYAAN ini , pasti akan panjang lebar . Nantilah ada masa aku akan kongsikan tentang bertuahnya kita kerana telah pun diciptakan sebagai orang KAYA namun bagaimana kita memanfaatkan potensi KEKAYAAN dan menambahkan lagi potensi KEKAYAAN pada akal dan perasaan..

Anda mendapat KETENANGAN , KEBAHAGIAAN , KECERIAAN juga merupakan kekayaan yang cukup hebat yang sebenarnya tidak ramai yang memilikinya ditambah dengan apalagi jika anda juga KAYA KESIHATAN , KAYA WANG RINGGIT di tambah lagi jika anda juga KAYA IBADAHNYA dan SENTIASA KAYA DENGAN KEIKHLASAN , KESYUKURAN dan PERASAAN .

KESIHATAN

Jesteru itu , selain kita mencari K
EKAYAAN KEWANGAN dengan menggunakan KEKAYAAN ANUGERAH ILLAHI , kita juga perlu menjaga Kesihatan sebaik mungkin. Dengan cabaran alam sekitar , dengan merosotnya kualiti oksigen di udara , dengan pelbagai sajian makanan yang mampu mengancam kesempurnaan sistem tubuh badan dan perubahan dari segi gaya hidup. Ya! Ia benar-benar MEMBERI SARANAN DAN PERINGATAN KEPADA SAYA . Jesteru itu , hargai kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di Smart Naco kita telah di bimbing tentang konsep kesihatan MRT ( Molekul Pembaharuan Terapi ) dan terus dibekalkan dengan beberapa konsep pemakanan semula jadi dari KEKAYAAN KHAZANAH ALAM.

Sepanjang penglibatan dalam Smart Naco , saya dan rakan-rakan telah bertemu dengan beberapa orang yang pada sa
tu ketika Kaya Sihat , kemudian jadi Miskin Sihat dan hasil usaha menggunakan nikmat kekayaan Alam melalui pemakanan yang telah di proses , ALhamdulillah mereka ada yang telah mendapatkan kembali kekayaan kesihatan dengan begitu baik atau setidaknya ada penambahbaikan terhadap kualiti kesihatan tubuh badan.

Jesteru itu , orang sering bertanya " APA KHABAR , SIHAT?".

Jadilah inilah KEKASIH yang ak
u ingin kongsikan kepada kalian semua. HARGAILAH KEKASIH ANDA. Kalau masih tak faham , tak per , InsyaALLAH bila berjumpa nanti boleh aku kongsikan tentang KONSEP KEKASIH. KONSEP KEKASIH ini juga akan dimasukkan kedalam PROGRAM i-USAHAWAN 553. Jadi jagalah , hargailah , manfaatkanlah KEKASIH anda.

Panjang lebar juga penulisan aku kali ini , InsyaALLAH nanti aku sambung lagi. Ramai orang memburu kekayaan , duit , duit dan duit semata-mata tetapi mereka sering melupakan pentingnya menjaga kesiha
tan dengan baik. Terima Kasih Smart Naco kerana telah menggerakkan satu AGENDA penjagaan kesihatan yang baik melalui konsep MRT.

Kepada anda yang ingin memiliki KEKASIH dan menjadi Kaya Kewangan sehingga mampu menjana pendapatan hingga RM200,000.00 sebulan bolehlah SMS ke 012-4686404 berikan Nama dan Alamat anda.


Atau anda boleh tinggalkan maklumat an
da di http://www.chedin.myniaga.net


Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

"HARGAI DAN MANFAATKANLAH KEKASIH ANDA"





22 April 2008

AKTIVITI BISNES TERUS BERJALAN

Assalamualaikum , apa khabar. Semoga sahabat budiman sihat dan berada dalam kesejahteraan. Hah! bagi anda yang selalu mai blog aku , mungkin dpt tengok perubahan pada blog. Ha ha , ini gara-gara aku nak wat satu blog baru , tiba2 aku terdelete html code blog aku yang ni. Jadi dah alang-alang adjust la sikit.. Dapat juga mood baru .

Aktiviti bisnes terus rancak berjalan. Makin banyak tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dan disempurnakan untuk bisnes aku. Malam semalam berlangsung lagi Seminar i-usahawan553 di Hotel Sri Malaysia , Pulau Pinang. Kehadiran cukup hebat sampai kena berdiri. Memang ramai dan momentum kini semakin baik.

Jika anda nak dapatkan maklumat lanjut tentang Konsep Perniagaan i-usahawan bolehla hubungi aku. Bagaimana kita menggunakan formula 553 , menggunakan konsep KASIH , membuka kunci X dan pengukuhan kuasa i.

Sehari dua ni aku nak siapkan beberapa flyer dan web baru untuk bantu rakan-rakan untuk bergerak lebih aktif. InsyaALLAH bulan Mei ni akan terus bergerak aktif dan sedar tak sedar minggu ni dah masuk min
ggu terakhir bulan April.

27 April ni di D Palma Shah Alam jangan lupa Seminar i-usahawan553 jam 2.30 petang. Kepada anda yang berada berdekatan di sana dijemput hadir. OK lah , nak tidur dulu ......

Untuk yang berminat mendapatk
an maklumat tentang i-usahawan sila sms 0124686404 aku.... Sila ke www.chedin.myniaga.net juga .

Sekian Dulu

Che Din

DAPATKAN PRODUK AWET MUDA YANG LUAR BIASA
"BIO YOUNG PLUS"


19 April 2008

I USAHAWAN 553



LEBIH HEBAT , LEBIH DINAMIK , LEBIH INOVATIF .......

HADIRI TAKLIMAT i-usahawan553 di tempat anda... KLIKS SINI

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI SAYA DI

0124686404

ATAU MASUKKAN NAMA ANDA DI

www.chedin.myniaga.net

sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

13 April 2008

TAHNIAH PD ROSHIDI

Salam Sejahtera kepada semua sahabat dan teman. Semoga kalian berada didalam keadaan tenang , bahagia dan sabar... Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Illahi kerana kita masih terus diberikan peluang untuk hidup agar dapat memberi manfaatkan kepada makhluk alam yang lain..

Pertamanya saya nak ucapkan JUTAAN TAHNIAH kepada President Director Roshidi Hj Khamis di atas kejayaan beliau dan rakan-rakan di Jengka dan Temerloh menganjurkan Majlis Makan Malam di Restoren Lazaria , Kedai Makan Abang Din. TERIMA KASIH kepada semua sahabat-sahabat disana.

Keduanya saya nak Memohon Kemaafan atas ketidakhadiran saya di satu Majlis yang amat bermakna ini. Saya terus berdoa ALLAH memberi kemudahan kepada mereka dan kekuatan kepada mereka. Kadang-kala kita berada dalam keadaan seperti ini. Pada waktu sama saya telah diamanahkan oleh sebuah sekolah untuk mengendalikan program Khemah Ibadah untuk anak-anak pelajar mereka. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam. Bila kita melihat jiwa anak-anak remaja ini teringat saya kepada kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Banna. "Jika anda ingin melihat kejayaan negara anda pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya hari ini." Dengan situasi ini , menuntut kita perlu bersama-sama membina kekuatan dalam yang cukup kuat untuk menempuh alam kehidupan yang pasti ada titik noktahnya. Kematian adalah pasti dan apakah yang ingin kita tinggalkan atas kematian kita. Apakah hanya sebuah takungan air kolam yang hanya bertakung dan sampai satu saat ia akan habis atau sebatang sungai yang terus mengalirkan air tanpa henti hinggalah bumi ini pula dihentikan dari tugasnya.

Melihat adik-adik di sebuah sekolah di Pulau Pinang , ada juga anak Melayu Islam kita yang tidak pandai makan menggunakan tangan kerana sejak kecil makan hanya menggunakan sudu dan garpu. Ada yang benar-bernar teruja apabila melihat pokok-pokok padi yang mengeluarkan beras dan dijadikan nasi yang telah menjadi darah daging mereka selama ini.

Namun dalam saat itu , hati ini telah terbahagi dua antara melihat Amanah yang perlu pikul dalam memberikan kekuatan kepada adik-adik dengan dengan sebuah Harapan yang menuntut saya bersama-sama menghargai sebuah komitmen dari insan-insan yang luar biasa. Terima Kasih tidak terhingga kepada SPD Zul dan PD Ashriee yang telah dapat bersama-sama ke Jengka Pahang. Semoga ALLAH terus memberikan kekuatan kepada mereka....

" Kita Merancang , ALLAH Juga Merancang , Sesungguhnya Perancangan ALLAH Lagi Tepat"

Dalam sehari dua ini , aku juga telah diberikan amanah untuk membantu rakan-rakan menyiapkan satu projek penting dalam membantu pengedar Smart Naco membina tangga-tangga kejayaan. Cuma pagi ni rasa macam tak kuar idea lagi , mudah-mudahan petang ini banyak idea yang akan mengalir .. YA ! kita perlu berubah dan mencari kaedah-kaedah baru yang lebih dinamik dan berobjektifkan penghasilan yang baik....

Ok la ... Sekali lagi , TAHNIAH kepada PD Rashidi dan SEMUAAAA Rakan-rakan yang menjayakan program pada malam tersebut. PD Rashidi adalah Rakaniaga Pertama saya. Beliaulah yang menjadi dline pertama saya dan kekal hingga sekarang. Dari penjual kasut bundle di Pasar Malam hinggalah beliau menjadi seorang Insan yang hebat. ANDA MEMANG LUAR BIASA .........

Terima Kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini , InsyaALLAH kita akan bersama-sama membina dan memasang PAIP KEJAYAAN agar ianya akan terus mengalir .....

Sekian

Hairuddin Abdullah

www.chedin.myniaga.net

10 April 2008

KENA MENJUAL KER?

Salam Sejahtera ! Apa khabar . Semoga tenang , bahagia dan gembira senantiasa. Alhamdulillah dapat bertemu kembali. Semasa anda menjalankan perniagaan Network Marketing ( MLM ) ini adakah anda pernah mendengar downline atau prospek anda menyebut "Kena Menjual Ker ".

MLM adalah satu aktiviti perniagaan yang sah. Ada produk yang perlu dipasarkan dan dari produk yang berjaya dijual inilah pihak syarikat mendapat keuntungan dan dapat membayar kembali bonus kepada pengedarnya. Apabila dinamakan perniagaan sudah pasti melibatkan proses jual beli.

Kalau MLM yang tidak menekankan tentang proses jual beli produk tentu ada sesuatu yang tidak kena dengan perniagaan MLM itu. Ini satu pengalaman sahabat saya. Beliau sebelum menyertai saya dalam perniagaan MLM bersama SST dan Syarikat Smart Naco , beliau telah menyertai salah satu program perniagaan MLM dari sebuah syarikat lain. Oleh kerana teruja dengan gambaran pendapatan yang diperolehi hasil dari pelaburan yang dibuat , maka beliau pun telah menyertainya dengan RM2,500.00 . Kemudian apabila bertemu saya beliau tertarik pula menyertai saya dan mengapa beliau berminat saya tidak pasti pula. Mungkin melihat saya sudah pakai kereta BMW tu ke. Erm... Jadi dia mengambil sekotak susu dan tak bagi duit lagi. Beberapa hari kemudian baru dia berikan duit. Walaupun bermula dengan RM109.00 namun setelah sebulan lebih beliau MAMPU dan berjaya menjual produk keluaran Smart Naco dengan banyak. Produk yang dibeli dari program yang perlu beliau mengeluarkan sejumlah wang Rm2,500 langsung tidak dijualnya ... Ini mungkin kerana TIADA PENEKANAN langsung tentang produk dan mungkin harga produk terlalu mahal untuk di jual dan mungkin juga produk kurang memberi kesan dan testimoni yang banyak.

Mungkin ada orang FOBIA dengan buat MLM dan perlu menjual produk. Tapi mereka perlu tahu bahawa syarikat akan mendapat keuntungan dari proses penjualan produk. Namun STRATEGI itu memainkan peranan penting. Pengalaman bersama syarikat Smart Naco , usahawan di Smart Naco mampu membuat jualan kerana produk berkualiti dan mempunyai TESTIMONI yang cukup banyak , cepat dan meyakinkan.
REPEAT SALES berlaku dengan cukup baik. Hanya kongsikan TESTIMONI produk. Sahabat saya di Kota Belud Sabah hanya kongsikan cerita produk susu iggplus melalui TV di kedai gunting rambut bapanya. Sementara pelanggan menunggu giliran , mereka ditontonkan dengan video testimoni produk ini. Ada yang mencuba 5 paket dahulu sebagai usaha promosi "trial pack". Yang membanggakan selepas seminggu ramai yang datang lagi untuk membeli sekotak dan ada yang menjadi ahli . Jika dulu sahabat saya ini mampu buat "personal sales" 4k pv , 3kpv namun sekarang agak berkurangan kerana ramai pelanggan yang berminat untuk menjadi ahli dalam memasarkan produk ini.

Ada banyak cara bagaimana syarikat keuntungan dari proses jualan. Satu melalui ahli yang menyertai dengan membeli produk( penajaan) , kedua melalui ahli yang aktif menjual produk ( penjualan ) , ketiga melalui Repeat Sales dari ahli-ahli ( belian ulangan). Jadi dari sumber inilah proses penjualan berlaku...

Jadi perkataan "
KENA MENJUAL KER" perlu di olah dengan kaedah , strategi dan cara paling kreatif dan memudahkan. Jika saya , kadangkala saya menjawab Tidak Semestinya Kena Menjual Produk.... Kita ada cara dan strategi.... Saya juga tidak menjual produk kerana saya ada sedikit kekurangan dalam hal ini , namun dalam MLM untuk menjana pendapatan bukan sahaja semata-mata usaha MENJUAL PRODUK tetapi bagaimana kita memberi "perkhidmatan" atau bertindak sebagai "konsultan" dalam membantu rangkaian melakukan usaha penjualan dan penajaan. YA! Pastinya kita bekerja dan saya tidak duduk sahaja dengan MEMBULI orang bawah melakukan kerja. Ooooooh! tidak sama sekali. Jika kita gagal memberi maklumat dan bimbingan yang betul pasti proses penjualan itu tidak terjadi....

JESTERU itu ,
KENA MENJUAL KER bukan lagi persoalan atau halangan utama anda untuk terlibat dalam perniagaan bersama SST. Kita ada cara dan strateginya. Memang ada kalangan kita JAGUH jualan , namun kita juga akan memberi khidmat nasihat bagaimana menjadi i-usahawan yang paling bijak... Ya! Produk Terjual tanpa kita sedari kita MENJUAL PRODUK itu... Mereka yang menawarkan diri untuk membeli......

Kepada rakan-rakan saya yang takut sertai biz i-usahawan saya kerana menjual produk , usahlah bimbang , boleh berhubung dengan saya , boleh saya kongsikan RAHSIAnya.....

Baiklah sekian itu sahaja .. Untuk penulisan akan datang saya akan kongsikan ...
ANDA TIDAK PERLU CARI KEKAYAAN , TETAPI GUNAKAN KEKAYAAN ANDA ...... ( satu persoalan nakal keluar , macam mana saya nak guna kekayaan sedangkan saya belum kaya lagi dan tidak dibenarkan cari kekayaan pulak ) .... Ikuti ulasannya pada minggu hadapan...

Untuk MENGETAHUI .. GUNAKAN KEKAYAAN ANDA boleh sms ke
0124686404 atau sila ke www.chedin.myniaga.net


GUNAKANLAH KEKAYAAN ANDA SEKARANG ......

CHE DIN

07 April 2008

SARANAN POSITIF

Salam Sejahtera , Salam Kerahmatan , Salam Kebahagiaan dan Salam Ketenangan. Semoga anda ketika ini berada didalam keadaan yang cukup tenang dan mensyukuri atas nikmat yang Tuhan telah berikan. Terima kasih kerana anda masih sudi menziarahi blog ini dan kepada anda yang pertama kali ke blog ini TERIMA KASIH . Blog ini adalah blog catatan perjalanan perniagaan saya dalam bidang Network Marketing satu bidang yang RAMAI ORANG TAK SUKA tetapi telah TERBUKTI membantu insan-insan biasa menjadi luarbiasa.

Alhamdulillah , Ahad lepas 6 April telah dilangsungkan Bengkel Kunci X. 2 Kunci telah dikongsikan . Disini saya ingin memohon KEMAAFAN kepada semua peserta jika ada perkataan yang menyinggung perasaan . Ada banyak lagi perkara-perkara yang ingin disampaikan dan InsyaALLAh akan disampai dalam sesi seterusnya. 2 Kunci X tersebut ialah Kuasa Minda vs Kuasa Perasaan dan Peluang vs Strategi. Saya mengharapkan anda mendapat mesej ASAS yang kami sampaikan. InsyaALLAH di Siri kedua kita akan sentuh kunci ini secara lebih mendalam lagi di samping beberapa kunci X yang lain.

VISI PROGRAM Jutawan X-Stream

" Melahirkan seberapa ramai jutawan yang memegang Rahsia Kunci X dengan memiliki pengkayaan Minda , Hati dan Akal Budi dalam membantu orang lain mencapai impian mereka dan keluarga mereka "

AWAS AYAT MAGNET ANDA :::

Pada sesi tersebut saya ada menyentuh tentang AWAS AYAT MAGNET . Namun dalam saya mengingatkan tentang ayat magnet ini , namun terlihat ada rakan-rakan yang masih mengeluh dan menyarankan sesuatu yang negatif.

" Manusia adalah magnet, dan setiap detail peristiwa yang dialaminya datang atas daya -tariknya sendiri " Elizabeth Towne,1906

Apa yang ada cakap dan rasakan itulah kuasa magnet yang anda berikan kepada alam semesta. Jika anda sentiasa memberi saranan positif , baik anda akan mendapat hal-hal yang positif dan jika anda memberikan saranan negatif anda akan dapat lebih banyak hal-hal negatif.

JESTERU ITU ! Hindari mengeluh. Ketika mengeluh anda melepaskan getaran negatif ke alam semesta yang menarik perkara-perkara yang negatif kedalam hidup anda. Begitu juga sebaliknya jika anda memberikan getaran positif anda akan mendapat perkara-perkara yang positif seperti yang anda fikir dan rasa.

Apa yang penting adalah apakah perkataan yang sering terucap dihati......

Oleh itu , perbanyakkan BERSYUKUR atas segala nikmat yang ALLAH telah berikan. Bersyukurlah selalu , latih hati agar selalu iklas , maafkan orang lain dan bergaul selalu dengan orang-orang yang berada di ZON IKHLAS ( kepada peserta anda tentu faham tentang Zon Nafsu dan Zon Ikhlas )

BERIKAN SARANAN POSITIF

Berikan sentiasa saranan positif dalam hati. Ucapkanlah dengan perasaan hati " Alangkah Bahagianya Hari Ini aku dapat bertemu dengan seorang insan hebat yang akan menjadi pemimpin hebat dalam kumpulan aku " Jesteru anda bayangkan saat2 pertemuan itu walaupun anda masih tidak tahu siapa..... dan selepas itu ucapkan syukur kepada ALLAH atas keizinannya.

GUNAKAN CD BRAINWAVE

Kepada peserta gunakanlah CD Brainwave itu dengan sepenuhnya . Amalkan setiap hari mungkin sebelum anda tidur atau ketika anda berehat sekitar 5 ke 10 minit terlebih dahulu. Lakukan acara pernafasan dengan baik. InsyaALLAH ada waktu kita akan memperbaiki lagi cara latihan dan maklumat yang lebih mendalam tentang hal ini....

Kepada anda yang ingin BERSAMA-SAMA membuka RAHSIA KUNCI X yang telah ada pada anda , itulah KUNCI PINTU KEKAYAAN yang sebenarnya telah anda ada sejak anda di perut ibu lagi. Orang yang Kaya bukan kerana mereka kaya dengan WANG RINGGIT , tetapi mereka pandai MENGGUNAKAN POTENSI KEKAYAAN yang ALLAH telah berikan kepada mereka. PERCAYAKAH anda ? Anda sebenarnya seorang yang telah KAYA ......

Untuk mengetahui lebih lanjut apa perniagaan yang saya lakukan sms ke 0124686404 atau layari laman web ini www.chedin.myniaga.net

Semoaga ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua.

Saya teringat cerita SPD Che Din dan tulang ikan siakap. Sebenarnya, saya juga telah mengalami peristiwa yang seumpamanya. Tidaklah melibatkan tulang ikan, tetapi berkaitan kehadiran saya ke program ini. Ketika SPD Zul memberitahu saya tentang program ini, saya pada awalnya agak hampa kerana menyangkakan saya tidak dapat hadir kerana kebetulan suami saya pergi berkursus pada tarikh tersebut dan tentulah saya perlu berada di rumah untuk menjaga Faris kerana anak saya sangat sukar ditinggalkan di bawah jagaan orang lain jika tanpa kehadiran ibu atau ayahnya bersama. Namun saya tidak terus menyerah kalah dan tetap FOKUSkan niat untuk menghadiri program ini. Saya MEYAKINI bahawa insyaAllah saya akan bertemu penyelesaiannya sekiranya saya menetapkan FOKUS untuk hadir. Alhamdulillah, doa saya telah termakbul dan Allah telah menurunkan penyelesaian di luar jangkaan saya. Pada mulanya, walaupun hati saya agak keberatan, saya memutuskan untuk mengajak ibu saya ke program; bolehlah beliau membantu saya handle Faris. Dengan tidak dijangka, nenek saya yang jarang sekali datang ke KL telah datang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu saya. Terlintas di fikiran saya untuk 'meminjam' pembantu beliau, Kak Solekhah untuk membantu menjaga Faris. Ketika di dalam teksi on the way ke program, saya telah mendoakan moga saya dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu pada hari itu dalam keadaan tenang dan gangguan yang minimum. Jadi saya berasa amat takjub apabila Faris yang memang 'terkenal' susah nak tidur di waktu siang TELAH TIDUR SELAMA 5 JAM sewaktu program berlangsung! Hanya Subhanallah walhamdulillah yang mampu saya ungkapkan...Ya, itulah kuasa DOA, FOKUS & KEYAKINAN. Alhamdulillah, saya amat bersyukur... Puan Sophia ....

Salam Kebahagiaan


HAIRUDDIN ABDULLAH

02 April 2008

JADILAH LEBIH PROAKTIF

Salam Sejahtera Sahabat Budiman. Pertamanya saya doakan agar Sahabat Budiman senantiasa berada didalam keadaan sihat dan sejahtera! Alhamdulillah , perjalanan saya ke Kuching , Sarawak bertemu rakaniaga di sana selamat pergi dan balik . Terima Kasih kepada Kevin Amirul dan Shalaby yang memberikan layanan yang cukup baik semasa disana. Bersama-sama anak muda ini membuatkan saya merasa lebih bersemangat dan bertanggungjawab untuk bersama-sama membina GENERASI NEGARA yang Proaktif , Dinamik , Kreatif dan Mempunyai Kestabilan Ekonomi yang hebat.

Saudara Kevin ini telah bermula menjinakkan diri dengan perniagaan MLM ini sejak berumur 18 tahun lagi. Darah keturunan Cina ini cukup optimis melihat peluang perniagaan MLM dan telah sebati dalam jiwa beliau. Semoga beliau dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri beliau dan sekaligus menyumbang satu LANDSCAP baru Smart Naco di Kuching Sarawak.

Malah apa yang LEBIH hebat apabila seorang Ibu yang Gigih dan YAKIN diri telah bersama-sama dengan kami di Kuching Sarawak. Beliau dari Kuala Lumpur mengambil tindakan yang PROAKTIF dan BERANI untuk menanam BENIH YANG BAIK di bumi kenyalang. Dapat menjual beberapa Trial Pack kepada prospek yang beliau jumpa ketika di hotel. Namun apapun pulangnya aku dari Bandaraya Kuching dengan HARAPAN BARU untuk membina LANDSCAP baru Smart Naco di sana.

JADILAH PROAKTIF ::::

Ya! Kita sering mendengar perkataan ini , mungkin saban hari , saban minggu. Namun apakah kita benar-benar proaktif. Ada peribasa Melayu mengatakan " Bagaikan Pahat Dengan Penukul"
Kalau tak di ketuk , pahat tidak menjalankan tugasnya sebagai pemahat. Adakah kita orang-orang dari kategori ini. Hanya menunggu arahan , menunggu semuanya disediakan untuk kita dan hanya menunggu diri kita di "PUSH". Jika ini pendekatan yang kita ambil kita bukanlah orang yang Proaktif.

Untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang kita usahakan , kita perlu PROAKTIF. Ambil inisiatif dan tindakan sendiri. Adakah ketika kita menjalankan perniagaan ini kita telah mengambil langkah-langkah PROAKTIF. Kita mendahulu orang lain , kita melakukan usaha-usaha yang lebih kreatif dan inovatif atau setidak-tidaknya kita melakukan sedikit perubahan kreatif pada sebarang tools atau maklumat yang kita terima.

Jadi PROAKTIF ketika Mencari Prospek

Kita perlu lebih proaktif ketika mencari prospek. Umpama kita memasang bubu , untuk mendapat lebih banyak ikan pasanglah beberapa buah bubu. Jika kita hanya mengharapkan satu bubu , mungkin kita akan kalah dengan orang yang banyak memasang bubu. NAMUN , Jika kita bernasib baik kita dapat meletakkan bubu pada tempat yang strategik , mungkin hanya dengan satu bubu sudah memadai untuk mendapat banyak ikan. Jesteru itu , USAHA mencari Tempat Yang Strategik juga adalah satu Tindakan Proaktif.

InsyaALLAH dalam bengkel 6 April ini kita akan sama-sama berbincang dengan rakan-rakan niaga kita yang proaktif untuk memanfaatkan seberapa banyak bubu bagi mendapatkan pelanggan baik sama ada untuk meyakinkan beliau menyertai perniagaan ini atau sekadar membeli produk berkualiti dari kita atau paling kurang mereka dapat membeli TRIAL PACK dari kita. Dari 0 lebih baik ada hasil 0.5.

Jadi PROAKTIF ketika Menghubungi Prospek

Ya! Ini satu lagi perkara yang paling penting. Ramai orang tidak mengambil tindakan Proaktif dalam menghubungi prospek mereka. Saya melihat rakan-rakan yang mengambil pendekatan lebih proaktif ketika mendapat prospek dengan terus menghubungi prospek mereka dengan pelbagai mekanisme perhubungan seperti SMS , Panggilan Telefon , Email , Hantar Surat dan Sebagainya. Jesteru itu ! Kita perlu jadi LEBIH Proaktif dalam usaha menghubungi prospek. YA! Sudah pasti ia juga memerlukan kekuatan minda dan hati dalam mengharungi proses ini. Namun ianya boleh dilatih dan dipupuk dengan baik melalui aktiviti atau program yang disediakan.

Jadi PROAKTIF dalam menyediakan persiapan pemasaran anda

Ya! Jangan hanya menunggu orang lain memberi. Kita perlu lebih proaktif menyediakan pelbagai keperluan pemasaran kita. Kita perlu berani mengemukakan idea kita kerana tidak siapa yang akan menghalang lagi asalkan ia mengikut rule yang betul. Saya melihat pengalaman seorang sahabat saya saudara Azri di Penang , beliau telah mengambil langkah PROAKTIF dengan membuat surat jemputan keprogram Jutawan X hari selasa lepas. Dengan ayat tersendiri akhirnya beliau berjaya membawa 2 orang prospek keprogram tersebut. YANG TERBAIK anda jadilah PROAKTIF untuk lakukan sendiri.

Jadi PROAKTIF dalam menulis surat jualan sendiri.

Belum habis lagi usaha bagaimana kita menghantar maklumat kepada bakal pelanggan kita. Ada orang hanya menyalin surat jualan orang lain. Setidaknya itulah usaha mereka. Namun yang terbaik dalam menyediakan surat jualan , hasil dari beberapa idea rakan-rakan anda olahlah ayat sendiri menjadi ayat anda kerana nantinya anda sendiri akan merasai FELL nya. Anda boleh meniru tetapi gunakanlah bahasa dan ayat mudah anda. SAYA YAKIN , ANDA PASTI AKAN MENGHARGAI USAHA SUSAH PAYAH ANDA SENDIRI berbanding mungkin upline anda telah menyediakan untuk anda.

Jadi PROAKTIF dalam menyusun pelbagai aktiviti dan program

Dalam menjalankan perniagaan , baik secara Fulltime atau Partime , kita perlu jadi proaktif dalam menyusun pelbagai aktiviti . Ianya boleh dilakukan bersama rakan-rakan anda. Sebagai contoh saya melihat sudah terdapat beberapa Inisiatif Proaktif rakan-rakan di SST seperti PD Rashidi menyusun pelbagai program dengan sendirinya , Puan Sophia pernah mengadakan beberapa perjumpaan dengan rakaniaga beliau , Puan Normala bersama Uplinenya telah mengadakan aktiviti HomeParty , Puan Rosnani walaupun masih baru tetapi telah mengambil langkah PROAKTIF untuk menyusun pelbagai program untuk bisnes beliau . TAHNIAH 2 You ALL.

HIDUP PROJEK BUAT SENDIRI

Ya! Hidup kita adalah projek buat sendiri. Kita yang melakukan sendiri. Kita yang memutuskan sama ada kita memilih A atau B. Jadilah orang yang PROAKTIF di tempat kerja anda , ketika berbisnes , ketika di rumah , ketika di organisasi masyarakat dan dmana-mana sahaja. Lakukan tindakan dengan cepat , kreatif dan tidak perlu HANYA Menunggu leader-leader anda memberi maklumat , arahan , teguran barulah anda melakukan. Anda lakukanlah sendiri. Jika tindakan itu memerlukan sokongan UPLINE anda hubungi mereka , pastinya UPLINE anda akan membantu. Ambillah BANYAK TANGGUNGJAWAB kerana ia akan mematangkan kita dalam mendepani kelangsungan perniagaan ini.

Akhirnya , saya doakan , semoga hari ini dan hari-hari berikut kita lebih PROAKTIF dan berani mengambil TINDAKAN Kreatif....

KEPADA TEAM saya : Kepada anda yang telah menyatakan KOMITMEN untuk menghadiri program BENGKEL KUNCI X pada 6 April di Shah Alam , Terima kasih dengan AYAT KOMITMEN Anda. Itulah Tindakan Proaktif anda.... Kita akan bersama-sama dengan seorang Pakar MyPersonality yang telah saya undang KHAS untuk program 6 April bagi program yang istimewa iaitu Bengkel Kunci X.

Kemudian pada 6 April juga Saudara Khairul Aza akan ke Johor Bahru di Hotel Sri Malaysia untuk beberapa program penting disana. Saya mendoakan kejayaan beliau dan kita semua

Kepada anda yang ingin menyertai atau mendapat maklumat lanjut boleh SMS saya di 0124686404 atau layari web saya di

www.chedin.myniaga.net


SEKIAN

HAIRUDDIN ABDULLAH