06 October 2007

4 TREND LAHIRKAN RAMAI JUTAWAN

Salam sejahtera! Bertemu lagi kita di hujung minggu. Alhamdulillah selamat sampai ke rumah dari KL semalam lebih kurang jam 6 petang. Sempat pi Teluk Intan jumpa Rizal. Dengar celoteh si rizal ni sampai subuh pun boleh ... he he.....

OK .. Hari ini saya nak sharingkan tentang idea yang di kemukakan oleh Paul Zane Pilzer seorang ahli ekonomi dunia yang menjadi landasan utama mengapa LIFESTYLE CAREER CHOICE amat yakin dengan idea ini.

Menurut Paul Zane Pilzer "4 TREND SEMASA YANG AKAN MELAHIRKAN JUTAWAN TERAMAI DI DUNIA"

1. DISTRIBUTION ( Pengedaran )

2. WELLNES INDUSTRY ( Industri Kesihatan )

3. NETWORK MARKETING ( Pemasaran Rangkaian )

4. INTERNET ( Internet )

Apa yang menariknya di sini 4 idea yang di kemukakan di atas merupakan 4 perkara yang di lakukan semasa saya menjalankan perniagaan ini. Kenapa kita perlu segan dan takut untuk berimpian untuk menjadi JUTAWAN .

DISTRIBUTION :::
Bidang pengedaran sekarang sedang perkembang pesat ditambah urusniaga secara pengedaran dari rumah kerumah , pesanan melalui pos ( pos , courier services , khidmat pesanan kerumah) semakin popular. Dalam hal ini dengan menggunakan konsep pengedaran ini bagaimana saya melakukan urusniaga dalam perniagaan MLM saya di Smart Naco. Sejak saya melakukan perniagaan ini 2 tahun ini , 95% kaedah pelanggan saya mendapatkan produk adalah melalui urusan pos.

WELLNES INDUSTRY :::
Menurut Paul Zane Pilzer dalam abad ini salah satu industri yang terus dan semakin berkembang adalah industri yang melibatkan kesihatan. Dalam perniagaan MLM saya bersama Smart Naco ini merupakan Agenda Utama perniagaan ini. Apa yang ingin saya sampaikan tentang Wellness Industry ini adalah saya mengambil contoh sebegini.

Contoh kepada orang yang menghisap rokok ( maaf kepada mereka yang menghisap rokok kerana saya mengambil contoh ini kerana contoh ini yang paling mudah untuk memahamkan anda ) ::: Kepada mereka yang menghisap rokok sudah PASTI akan ada satu bajet atau peruntukan bulanan untuk membeli rokok. Saya fikir kurang-kurang pun akan ada nilainya dalam RM100 sebulan atau lebih. Jadi bagaimana mereka memperuntukan wang sejumlah itu untuk membeli rokok ....

Jadi apa yang dimaksudkan oleh Wellness Industry ini adalah bagaimana setiap orang atau keluarga memperuntukkan sejumlah bajet untuk mendapatkan produk kesihatan sebagai langkah awal mengawal dan mencegah dari terkena penyakit kronik . Cabaran menjaga kesihatan sekarang amat mencabar dengan keadaan persekitaran , tekanan di tempat kerja serta gaya pemakanan kita memerlukan kita sentiasa berjaga-jaga. Dengan kesedaran Tahap Kesihatan dan Gaya Hidup Sihat kita lihat sudah ramai orang memperuntukan sejumlah wang untuk membeli produk kesihatan untuk menjaga kualiti kesihatan diri. Jadi potensi jutawan dalam Wellness Industry terdapat dalam perniagaan MLM yang saya lakukan ini.




Kenyataan Paul Zane Pilzer tentang potensi ini :

The New Wellness Revolution
: In 2002, The Wellness Revolution defined an industry and outlined an emerging $200 billion industry. Today, wellness has grown to $500 billion and it's still just getting started, offering even greater entrepreneurial opportunities. Revised and Expanded for 2007 with 50% new material.


NETWORK MARKETING :::
Mungkin anda juga sedar bahawa perniagaan berasas Network Marketing ( MLM ) telah melahirkan ramai jutawan di dunia ini. Namun tidak kurang juga 90% mereka yang gagal dalam bidang ini kerana sikap yang mereka pegang terhadap perniagaan seperti ini. Jesteru itu Paul Zane Pilzer meletakkan perniagaan berasas Network Marketing antara salah satu peluang untuk anda memulakankan langkah untuk menjadi JUTAWAN . Sekali lagi saya tegaskan mengapa kita takut berimpian dan meletakkan sasaran dan matlamat untuk kita jadi JUTAWAN. Network Marketing ini jugalah antara perniagaan yang sedang saya usahakan dan di depan mata saya sendiri ia telah membuktikan kebenaran idea yang di kemukakan oleh Paul Zane Pilzer.

INTERNET:::
Saya yakin anda pasti mengenal nama Dr. Irfan Khairi. Bagaimana mana beliau telah meletakkan nama beliau sebagai seorang JUTAWAN melalui perniagaan internet. Dan ramai lagi jutawan muncul dalam bidang internet dan teknologi maklumat ini. Ya! itulah istimewanya internet ini kerana saya menggunakan keseluruhan potensi internet ini untuk mengembangkan rangkaian saya ke seluruh Malaysia , Indonesia dan Brunai. Bagaimana saya melakukan penajaan hanya menggunakan Internet dan SMS sahaja di samping menyediakan beberapa tools. Bagaimana kami di Smart Success Team bertukar idea , belajar menggunakan internet melalui Online Confrence Call...

Di bawah saya berikan link temubual radio24 dengan jutawan internet Dr. Irfan Khairi tentang bagaimana beliau memulakan perniagaan internet agar dapat memberi satu inspirasi baru untuk anda bermula menggerakkan perniagaan Internet Marketing menggunakan Internet.

Klik Link Ini : http://www.supload.com/listen?s=847M2XE05VCP

KESIMPULAN

Dari 4 trend yang digagaskan oleh Paul Zane Pilzer yang juga penulis buku "The Next Millionare" , "The Wellness Revolution" , "The Next Trillion" atau anda juga boleh pergi ke laman web beliau di www.paulzanepilzer.com.

ANDA MAHU TAHU MENGAPA SAYA YAKIN DENGAN PERNIAGAAN YANG SAYA LAKUKAN SEKARANG?

Satu Statement Paul Zane Pilzer :::

The emerging industries of wellness and direct selling are combining to create the next generation of wealth.
by Paul Zane Pilzer

Kliks Link ini untuk membaca artikel ini :: http://www.paulzanepilzer.com/ybmonavie.htm

Jadi menjadikan asas yang kuat dalam " WELLNESS INDUSTRY" melalui pendekatan "NETWORK MARKETING" , "INTERNET" dan "DISTRIBUTION" merupakan satu potensi TERBAIK dan Hebat bagi anda Fikir-fikirkan untuk melibatkan diri secara serius dan yakin dalam perniagaan ini.

Akhir sekali , TIDAK KIRA SIAPA ANDA DAN LATARBELAKANG ANDA , Jangan segan dan takut untuk berimpian menjadi JUTAWAN jika anda punya minat , motivasi diri tinggi , kesungguhan tinggi , kemahuan belajar yang tinggi , INSYAALLAH anda juga mampu mencapainya .......

Sekian Dulu .......... Untuk anda yang baru sila ke web saya untuk mengetahui ::

MENGAPA LIFESTYLE CAREER CHOICE perlu menjadi PILIHAN ANDA .... Kliks Sini

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH AL-MUARI

No comments: