23 October 2007

M.A.P

Salam Sejahtera! Kembali ke Persada perniagaan selepas bercuti Hari Raya. Alhamdulillah aku rasa Hari Raya kali ini lebih bermakna dari sebelum ini. 4 tempat aku beraya kali ini. Raya Pertama dan Kedua Di Perlis , Raya Ketiga Di Penang ( inilah kali pertama aku beraya di Penang pada raya ke tiga kalau tak lepas seminggu baru ada di Penang ) , Raya Keempat , Kelima dan Ke Enam di Muar , Raya Ketujuh dan Ke Lapan di Kuala Lumpur.

Di Muar dapat juga jumpa En Mohazam rakaniaga terbaru aku. 3 jam juga kami bersembang di Bandar Muar dan berkongsi cerita dan pengalaman. Alhamdulillah En Mohazam kata dia telah mendapat manfaat dari produk hebat kita Susu IgG Plus.

Dapat menziarahi Sanak Saudara bersama Family aku , Syukur dan Terima Kasih kepada ALLAH kerana memberi kesempatan dan keizinan ini.

JADI sekarang kita mula tumpukan kepada perniagaan kita. Setelah seminggu kita sunyi dari cerita bisnes tentu ramai yang sedang mencari RECHARGE baru untuk menggerakkan MOMENTUM dan SEMANGAT BARU ... Jadi kat sini aku just nak share PETA atau MAP agar kita sentiasa berada di momentum yang baik.

M.A.P.

M
Mind Setting

A
Action

P
Passion


M - Mind Setting

Setelah bercuti ni tentu ada di kalangan kita yang mungkin telah terjejas Mind Setting dia pada bisnes. Apa pun yang kita perlu lakukan kita mesti clear kat Mind Setting. Minda kita mempunyai pengaruh dan kuasa yang cukup besar. Kita perlu membina Mind Setting yang betul kepada perniagaan kita , pada produk kita , pada diri kita sendiri dan pada setiap apa yang kita lakukan. Gunakan KUASA MINDA anda. Tajamkan FOKUS MINDA anda kembali kepada perniagaan , kepada usaha promosi perniagaan anda , kepada usaha penajaan , kepada usaha penjualan , kepada usaha memberi perkhidmatan kepada rakan niaga anda.

Untuk membina dan sentiasa mendapatkan Mind Setting yang baik dan betul kita kenalah selalu berhubung dengan rakaniaga kita (upline dan downline) untuk terus bertukar-tukar fikiran. Kita kena hadiri perjumpaan di Stokis atau di mana saja yang telah di susun oleh Pihak Syarikat atau Leader Anda. Kita kena hadiri latihan-latihan pembangunan minda dan pengetahuan yang di anjurkan oleh Syarikat atau Kumpulan anda. Ini semua akan membantu anda membina kekuatan PENETAPAN MINDA anda terhadap perniagaan yang sedang anda usahakan ini. INGAT ! KUASA MINDA adalah satu keajaiban yang telah ALLAH berikan kepada kita untuk kita gunakan sepenuhnya. JANGAN MALAS BERFIKIR tentang membangunkan perniagaan kita. Banyakkan membaca buku-buku tentang potensi perniagaan Network Marketing .

Ramai orang gagal membuat penajaan kerana mereka masih belum mendapatkan MIND SETTING yang tepat terhadap perniagaan mereka. Mereka masih lagi tidak dapat membina KEYAKINAN 100% , Persekitaran di tempat mereka juga antara faktor mereka tidak dapat membina kekuatan TENAGA KUASA MINDA untuk menggerakkan perniagaan ini.

A - Action

Apabila kita telah memiliki MIND SETTING yang betul terhadap usaha yang sedang kita lakukan ini , PASTINYA ia WAJIB di susuli dengan ACTION/ TINDAKAN yang betul dan tepat. Ramai orang mengambil tindakan tetapi masih lagi tidak berhasil dan ini berkemungkinan TINDAKAN yang di ambil tidak tepat atau tidak kena pada suasana dan persekitaran. Akhirnya mereka berasa penat dan kecewa. Namun itu lebih baik dari TERLALU RAMAI orang yang ada Mind Setting yang betul TETAPI langsung tidak mengambil TINDAKAN dan hanya menunggu dan menunggu sahaja.

Jadi AMBILLAH TINDAKAN yang betul dan bagaimana untuk memastikan anda mengambil TINDAKAN yang betul kena selalu bertanya kepada mereka yang telah berjaya . Apakah TINDAKAN yang mereka telah ambil untuk mencapai ke tahap tersebut. Apa TINDAKAN DISIPLIN yang mereka telah amalkan. Ada yang merancang untuk membuat PROMOSI di INTERNET tetapi tiada satu pun TINDAKAN yang di ambil dan akhirnya hanya tinggal perancangan sedangkan orang lain yang mengambil TINDAKAN itu mereka yang berjaya. Ada yang telah dapat prospek tetapi menangguhkan TINDAKAN untuk menghubungi mereka samada melalui SMS atau Panggilan Telefon dan akhirnya orang yang CEPAT MENGAMBIL TINDAKAN mereka yang berjaya. Ada orang telah mengambil TINDAKAN tetapi LAMBAT MENGAMBIL TINDAKAN....

INGAT! Perniagaan ADALAH PEPERANGAN !!!
Dan dalam strategi PEPERANGAN kita perlu menggunakan Strategi Tindakan yang betul dan CEPAT MENGAMBIL TINDAKAN terhadap satu-satu peluang yang ada. INGAT @ JANGAN LAMBAT AMBIL TINDAKAN ........

P - Passion

Setelah anda membuat MIND SETTING dan mengetahui apakah TINDAKAN yang WAJIB anda ambil untuk mencapai impian anda , anda perlulah mempunyai kekuatan SEMANGAT yang TINGGI untuk melaksanakan apa yang anda telah impikan dan Rancangkan untuk anda bertindak. SEMANGAT ini LEBIH PENTING dari MENUNTUT ILMU kerana jika anda tiada Semangat Untuk Pergi Menuntut Ilmu pasti anda tidak akan dapat ILMU tersebut. Kita perlu sentiasa bersemangat dan sentiasa perlu RECHARGE semangat kita kerana semangat kita pasti akan ada Turun Naiknya....

Jadi RECHARGE semangat anda dengan menghubungi rakaniaga anda (upline & downline anda), menghadiri perjumpaan mingguan ,bulanan yang telah di susun oleh kumpulan , pemimpin dan syarikat anda. Anda baca balik TESTIMONI mereka yang telah mendapat manfaat dari produk yang anda niagakan itu agar anda semakin bersemangat dan lebih yakin terhadap produk anda. Anda juga boleh membaca buku-buku atau artikel motivasi dan artikel perniagaan MLM....

JUMPALAH , JUMPALAH / HUBUNGILAH , HUBUNGILAH upline anda untuk RECHARGE semangat anda dan INGAT jumplah UPLINE anda yang dah berjaya dan ikutlah mereka ,,,, MENGAPA kita selalu ikut orang yang gagal ... YANG SEDIHNYA ramai sangat orang KITA mengikut jejak langkah orang yang gagal , orang yang kecewa dan orang yang selalu berputus asa. TETAPI MEREKA jarang mengikut dan mencontohi orang lain yang telah TERBUKTI kejayaan dan PENGHASILAN mereka.

INGAT ! Kita tidak perlu ada MINDA KERDIL dan LEMAH SEMANGAT , Kita perlu ada jiwa dan SEMANGAT JUANG yang tinggi dan membara. Cuba anda Dengar Lagu di bawah yang saya letakkan dalam post yang sebelum ini.. Saya selalu mendengarnya setiap hari dan setiap pagi , saya selalu berhubung dengan upline saya untuk mendapat updated dan perkembangan terkini saya sentiasa MENCARI cerita-cerita yang mengembirakan....

Jadi MARI kita SET MAP kita , kita set PETA perjalanan kejayaan kita agar anda melalui jalan yang betul dan agar anda tidak sesat jika anda mempunyai peta yang jelas ....

Akhir sekali ::: Jangan Lepaskan Peluang untuk memula dan mengaktifkan perniagaan anda di www.myniaga.net ...

DENGAN IZIN ALLAH , KITALAH YANG TENTUKAN CORAK KEHIDUPAN KITA SENDIRI. SAMA ADA KITA GAGAL ATAU BERJAYA TERLETAK DI TANGAN KITA SETELAH ALLAH MENGINGATKAN KITA BAHAWA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAHNYA SENDIRI....

TAKE ACTION NOW


AKTIFKAN PERNIAGAAN ANDA SEKARANG ..


Yang Benar

Hairuddin Abdullah Almuari




1 comment:

Anonymous said...

well.. it's like I knew!