26 November 2007

LCC WORKSHOP DI TEMERLOH BERJAYA

Salam Kejayaan kepada anda semua. Apa khabar? Terima Kasih kerana masih menjengok blog aku di sini. TAHNIAH kepada anda kerana anda telah menjadi Insan Hebat dan MEMIKIRKAN tentang perkara-perkara hebat. Aku baru sampai ke Rumah malam tadi setelah keluar sejak hari Jumaat.Jumaat Petang aku dah bertolak ke Kuala Lumpur bersama SPD Zul dan PD Ashriee dan tidur di Nilai pada malam tu. Paginya 5.30 pagi kami ke LCCT menghantar SPD Zul untuk Ke Tawau kerana beliau ada program bersama HQ di Tawau. Kemudian aku dan PD Ashriee bertolak ke Melaka dan terus ke Muar makan Satay dan mee rebus seawal 9.00 pagi . Sempat singgah rumah di Kampung dan lepas tu PD Ashriee berjumpa rakaniaganya En Zaid yang dah 1 setengah tahun join tapi tak jumpa lagi. Aku tengok dline ni ada potensi besar. Selepas selesai terus ke Melaka jumpa dengan rakaniaga En Ashrie dan lepas makan tengahari aku pulak jumpa rakaniaga aku hantar susu 26 kotak kepada Puan Jamilah. LUAR BIASA... Kemudian aku terus bertolak ke Jengka dari Melaka dan sampai di Jengka tepat jam 7 malam. Di Jengka aku menginap di rumah Ayahanda En Rashidi.

LCC WORKSHOP

Seawal pagi kami bangun untuk menjalankan MATLAMAT kami ke Jengka iaitu LCC Workshop. Alhamdulillah 10 orang menghadirkan diri. OH Ya! Ucapan TAKZIAH kepada En Manap yang mana semasa di pertengahan bengkel beliau telah mendapat panggilan telefon yang memberitahu Ibu Mertuanya telah kembali ke Rahmatullah. SALAM TAKZIAH dari kami semua. AL-FATIHAH ....


En Jusni dari Kuantan dan En Sabaruddin dari Jengka sedang menjalankan aktiviti Bagaimana Berhadapan Dengan Prospek.... TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA


En Mat Zin ( Leader TEMERLOH-JENGKA ) sedang mendengar penerangan LCC dari En Azhar yang akan jadi pemimpin hebat Jengka. TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA.


Syazwan anak muda berumur 19 tahun dari Raub telah ke Temerloh dengan menunggang motosikal selama 2 jam hanya untuk mencari ilmu dan pengalaman SEDANG membuat penerangan LCC kepada En Wahab orang yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang MLM. TAHNIAH KEPADA ANDA BERDUA.

Kak Wan seorang yang punya pengalaman luas dalam perubatan alternatif tradisional dan hemopaty byk pengalaman menjual igg plus dan primalex sedang menerangkan LCC kepada Puan Norlizan seorang usahawan yang gigih dan cekal serta mempunyai IMPIAN untuk BERJAYA.... TAHNIAH KEPADA PUAN BERDUA ....


Bergambar KENANGAN peserta LCC Workshop Temerloh. ANDA SEMUA memang HEBAT..

LCC WORKSHOP seterusnya di KUALA LUMPUR pada 9 Disember 2007. Daftar Nama dengan UPLINE anda segera. Tempat terhad 30 orang sahaja.....



Itulah cerita tentang LCC . Lepas jer selesai aku dengan PD Ashriee balik ke KL dan hari Isnin aku ke HQ. Dapat juga jumpa dan makan tengahari bersama Dato' Nordin , Mr Tan , Mr YC , Mr Alan Wong dan En Azhar ...

INTERNET MARKETING WORKSHOP ( IMW)

Minggu ini Aku , SPD Kaz dan SPD Zul berpecah dengan memainkan peranan masing-masing , Sementara SPD Zul ke Tawau , Aku ke Temerloh SPD Kaz pulak menjalankan "INTERNET MARKETING WORKSHOP" di SST Centre Bandar Perda. Ada 10 orang yang menghadiri. Lepas JOIN LCC Workshop anda boleh la JOIN INTERNET MARKETING WORKSHOP.


Tanggungjawab semakin besar. Lagi banyak aku mengendalikan LCC ini aku dapat rasakan tanggungjawab aku untuk membantu rakan-rakan semakin besar. Itulah kepuasan dan kebahagiaan.

OK lah .. Aku sedang mencari 3 orang lagi dari 15 orang yang aku akan COACH terus menjadi INSAN HEBAT dalam perniagaan Smart Naco bersama Smart Success Team...

Nak JOIN boleh ke www.myniaga.net atau CALL AKU 0124686404

Che Din

No comments: