02 December 2007

MENTALITI KITA?


I CAN ACHIEVE ANYTHING
WHEN I SET MY MIND ,
MY HEART AND BODY FOR IT

Jangan lupa kepada mengapa kita bermula dan bagaimana kita bermula. Ramai yang melupakan hal itu. Satu ketika dulu mereka bermula dengan penuh harapan dan semangat dan akhirnya pudar , lemah dan hilang. Tewas dan tidak mau bangun semula.

MASANYA untuk KITA JADI insan HEBAT dan BANGSA BERMARUAH ....

Anda tahukan apa akan jadi apabila kita atau bangsa kita lemah , longlai dan hanya leka dengan hiburan semata-mata. Kita akan di hina , kita akan di perdaya , kita akan di tipu , kita akan hanya menjadi alat atau kepentingan orang lain. Tiada istilah WIN-WIN situation. WIN-WIN SITUATION tidak wujud dalam pertandingan bola sepak , badminton , takraw dan permainan lain , tetapi WIN-WIN SITUATION akan wujud dalam SENI PERHUBUNGAN MANUSIA . Aku melihat sendiri jika kita tiada ilmu , tiada harta , lemah ekonomi bagaimana kita akan terus di tindas dan di permainkan orang. Kita tidak di pandang dan di hormati orang kerana tiada ILMU , tiada KEMAHIRAN , tiada HARTA , tidak KUAT EKONOMI dan apatah lagi LEMAH PEGANGAN AGAMA .....

Terlalu RAMAI orang kita jatuh tersungkur dalam mengusahakan bidang perniagaan dan TERLALU RAMAI Ibu Bapa yang TIDAK YAKIN untuk anak mereka mengusahakan perniagaan sendiri. Satu demi satu aku lihat bagaimana CEMASNYA perasaan ibu bapa jika mendengar anaknya ingin berbisnes sendiri. Namun Perkembangan hari ini , nampaknya telah melihat sedikit perubahan pada POLA keyakinan anak-anak untuk berbisnes.... Berikanlah sokongan... Apakah kita hanya ingin menjadi BANGSA menerima dan mengguna ....

Aku pernah juga berhadapan dengan seorang ibu yang apabila tahu anak perempuannya seorang akauntan kemudian mengambil kursus perguruan dan akhirnya menjadi guru kemudian anaknya ini telah 7 tahun menjalankan perniagaan Multilevel Marketing dan akhirnya telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberi laluan sepenuh masa kepada bisnes MLMnya itu. Tahukah anda betapa KECEWAnya si ibu tadi kerana takut anaknya itu tidak punya masa depan yang cerah dengan bisnes MLM ini hinggalah ibu tadi hampir tiap malam solat hajat agar anaknya kembali mengajar kembali......

Tentu apabila kita membaca ini , kita juga akan berada dalam situasi DILEMA.. Dan saya yakin tentu di kalangan rakan-rakan kita yang buat bisnes ini pernah menghadapi saat sulit ini. Namun YAKIN dan BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH telah memberi kekuatan kepada mereka dan terus memberikan harapan dan keyakinan kepada keluarga mereka.... Namun keputusan yang kita buat , PASTINYA telah menyantuni semua orang ... Bilalah MENTALITI MINDA ORANG MELAYU akan berubah kepada MENTALITI USAHAWAN...

MENTALITI USAHAWAN ? Ya MENTALITI USAHAWAN tidak semestinya anda menjadi seorang usahawan , anda bekerja di ofis , anda melakukan pekerjaan di mana-mana , mengurus rumah tangga , jika anda menggunakan MENTALITI USAHAWAN pasti anda akan lebih LUAR BIASA. Kerana SIFAT , SIKAP , PEMIKIRAN , KEBERANIAN yang ada pada diri usahawan TULEN patut ada pada semua orang. USAHAWAN tidak akan duduk menadah dan menanti peluang tetapi mereka MENCARI dan MENCIPTA PELUANG , USAHAWAN TULEN tidak takut untuk berjuangan dan gagal , tetapi melakukan sesuatu seoalah-olah TIDAK AKAN GAGAL , USAHAWAN TULEN tidak akan MENYERAH KALAH , mereka akan terus berusaha dan mencari idea-idea baru untuk usahanya itu , Mereka tidak berputus asa , mereka cekal , mereka berani , mereka rajin belajar , mereka kuat bekerja , mereka gigih , mereka sabar , mereka ada matlamat dan visi , mereka tahu menguruskan masa , mereka kreatif , mereka tekun, mereka pandai mencipta peluang , mereka pandai memanfaatkan peluang , mereka bergerak lebih pantas dan yakin dan mereka YAKIN ALLAH akan bersama-samanya pada bila-bila masa dan di mana sahaja pun.

Jadilah LATIHLAH diri kita , anak-anak kita , keluarga kita dengan membina MENTALITI USAHAWAN ... Janganlah letakkan diri kita lagi dalam MENTALITI SUBSIDI , MENTALITI TONGKAT , MENTALITI MENGHARAP IHSAN ORANG LAIN , MENTALITI TAKUT TIADA MASA DEPAN , MENTALITI CEPAT MENGALAH dan BERPUTUS ASA dan paling sedih telah wujud satu GOLONGAN yang mencipta MENTALITI CEPAT kaya TETAPI TIDAK MAHU BERUSAHA GIGIH ... AKHIRNYA...... Mereka tidak kaya tetapi merekalah yang MUDAH TERTIPU .... Namun lebih MULIA TERTIPU daripada MENIPU .....

OK lah ! sebenarnya masa memulakan penulisan di blog ini aku masih tiada idea.. tajuk pun tak letak lagi . Ikut apa fikiran nak tulis.. akhirnya dapat idea di atas la , dan aku rasa ianya cukup sinonim dengan diri kita semua yang menjalankan perniagaan sendiri. JANGAN CEPAT MENGALAH dan BERPUTUS ASA ya ... Binalah MENTALITI USAHAWAN TULEN atau SPD Zul kata USAHAWAN SEJATI , Kalau PD Ashriee kata USAHAWAN CEMERLANG ...

Mari kita sama-sama menjadi INSAN HEBAT di DUNIA dan AKHIRAT kerana apa yang kita lakukan di DUNIA memberi kesan yang AMAT BESAR kepada kehidupan kita di AKHIRAT NANTI ....

KEPADA ANDA yang ingin berbisnes bersama aku sila ke www.myniaga.net

Salam Kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI



No comments: