22 December 2007

BALIK KAMPUNG

Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan. Alhamdulillah aku baru selamat sampai ke rumah ( penang ) jam 3.30 petang tadi setelah berhari raya di kampung. Selepas jer balik dari Sabah wife aku ke KL dari Alor Star naik Air Asia dan aku tunggu di KL sebelum bermalam di KL semalam dan terus balik kampung. Di KL aku ziarah Pak Saudara aku sebelah rumah di kampung yang dah seminggu dok di Hospital Kuala Lumpur kerana saluran makanan tersumbat. Sekarang dah tak leh makan apa kecuali air milo dan nestum sahaja. Lepas tu aku rehat coz agak letih dalam perjalanan ke Sabah. Esoknya sebelum balik ke Muar aku pi MPH Book Store pi cari buku-buku apa yang patut. Lepas tu baru balik Muar.

4 hari ini aku memang beri Fokus sepenuhnya kepada Family , dan rupanya orang kampung korbankan 5 ekor lembu raya ni. Cuma aku terasa bila tak leh online nie rasa macam tak sempurna ajer hidup nie , he he... Kebetulan pulak akunyer line kena blok sebab kredit limit dah cukup nak bayar plak cuti raya dan tak dapat nak online , he he , jadi kesempatan ni aku FOKUS terus pada Family lah....

Banyak kerja yang tertangguh yang perlu di selesaikan dalam seminggu ini sebelum menjelang JENDELA 2008. InsyaALLAH aku yakin dapat selesaikan dengan baik... OK lah , nanti aku coretkan lagi .. Di bawah ni aku bagi peluang kat u all tengok gambar aku ngan rizal TI ketika di Sabah ...

Kepada anda jangan putus asa dan terus berusaha hingga berjaya....


Bergambar di kedai gunting rambut ayah nick di Kota Belud. Nick yang sebelah aku tu. Dia manfaatkan kedai gunting rambut ayahnya untuk buat promosi susu igg plus. Hasilnya bulan lepas beliau berjaya jual 40 kotak susu igg plus.

Apa la yang Che Din citer tu. Aku tengah buat Smart Self Group Meeting untuk rakan-rakan di Kota Belud. Mereka nampak memang perlu ada sistem fail dan beg untuk sample produk.

Aku dengan Nicholas dari Kota Belud. Ni ambik gambar di pejabat kecil belakang kedai gunting ayah beliau. Beliau bekerja sambil sambung belajar secara sambilan sambil buat bisnes susu. LUAR BIASA NICK ....

Rizal sedang sembang-sembang dengan En Samat sebelum program belah petang bermula di Stokis Smart Naco Kota Kinabalu , Sabah

Hah! Tak Sangka beg kita orang sama plak! He he , Tu la dia " Wahdatul Fikr" ... Rizal dah bersedia untuk pulang dari MISINYA menawan Gunung Kinabalu..... U ARE THE BEST..


OK , Jumpa Lagi

sila klik ke www.alivingmydream.com/chedin/

HAIRUDDIN ABDULLAH ALMUARI



1 comment:

Anonymous said...

bldk steeped volumes exceptional neutrality patent liaising creature recipient klein utopianism
masimundus semikonecolori