28 December 2007

FIKIR BOLEH

Salam Sejahtera! Apa khabar. Baru lepas Chatting ngan SPD Pak Arif dari Jakarta. Beliau baru saja pulang dari Stokis SSTI. Aku hari ni rasa sungguh terharu dengan KOMITMEN , PENGORBANAN , KESUNGGUHAN , KEYAKINAN , KEBERANIAN dan KECEKALAN rakan-rakan SSTI di Indonesia membangunkan sebuah Stokis di Cikarang , Jakarta. Mereka berhempas pulas mengerah sepenuh tenaga untuk menjayakan impian mereka bersama. Alhamdulillah hari ini Stokis di Cikarang sudah mula operasi.

Walaupun dengan melalui pelbagai ujian , cabaran bisnes serta Mehnah Tribulasi , mereka tetap cekal dan teguh pendirian. Mereka ini insan-insan hebat , gagah minda , perkasa jiwa , kukuh emosi dalam mengusaha dan menekuni sebuah perniagaan bersama Smart Naco. Semoga ALLAH permudahkan urusan dan murahkan rezeki kalian.

2008 adalah tahun yang mencabar dan benar-benar menuntut kita lebih serius , tekun , komited dan istiqamah dalam mengusahakan perniagaan ini. Dengan sasaran mengembangkan perniagaan ke negara lain di samping menswadaya strategi pemasaran internet , sudah pasti banyak kudrat dan semangat diperlukan untuk mendalami Ilmu dan mengasah ketajaman kemahiran dan bakat. Untuk sesuatu tugas atau kerja pasti dilihat dengan pelbagai persepsi oleh ramai orang. Jika ada 5 orang sudah pasti ada 5 persepsi penerimaan. Ada yang kata susah, ada yang kata senang , ada yang kata tersangat senang , ada yang kata mencabar , ada yang kata cuba dulu dan macam-macam lagi.

Namun bagi aku , aku yakin 2008 akan menjadi Tahun yang baik untuk diriku. Sudah ada beberapa perancangan yang di susun untuk 2008 , sudah dipahatkan kuat dan kukuh impian 2008 untuk di capai. Aku melihat 2007 adalah tahun yang amat mencabar ketika menjalankan perniagaan ini. Ramai yang kecundang , ada yang bertahan , ada yang menunjukkan peningkatan. Bagi aku ALhamdulillah , bermula dengan suasana suram dalam bisnes , bulan demi bulan , FOKUS dan PERCAYA DIRI aku kuatkan untuk menembus tembok cabaran bisnes ketika itu. Setahun yang lalu waktu seperti ini aku ke Indonesia mencuba nasib membuka rangkaian di sana. Alhamdulillah , dengan izin ALLAH , mereka sekarang berdiri dengan sebuah Stokis di sana. PERJUANGAN MEREKA SEBENAR baru saja BERMULA. Mereka yang cekal , positif , yakin , berilmu akan terus bertahan ...

JANGAN SESEKALI BERMAIN DENGAN FIKIRAN NEGATIF ......

Jika anda berfikir bahawa anda telah dikalahkan,
Maka sebenarnya anda telah kalah,

Jika anda berfikir bahawa anda tidak mampu,
Maka anda memang telah menjadi lemah.

Jika anda ingin menang , tetapi anda berfikir bahawa anda tidak dapat menang,
Maka pastilah anda tidak akan menang.

Jika anda berfikir bahawa anda akan menderita rugi,
Maka anda akan betul-betul merugi.

Kerana dimana pun di seputar dunia ini,
Itu hanya berpangkal dari kemampuan seseorang yang mewujudkan jalan fikirannya.

Jika anda berfikir bahawa kedudukan anda tersisih dalam masyarakat,
Maka anda akan mengalami perlakukan yang demikian.

Oleh sebab itu anda hendaklah berfikir tinggi,
Dalam usaha meningkatkan darjat anda.

Anda harus yakin benar akan diri anda sendiri,
Sebelum berhasil memenangkan suatu hadiah.

Pertarungan dalam medan juang hidup ini
Memang tidak selamanya mendatangkan keuntungan yang kuat ataupun cepat

Akan tetapi lambat atau lekas ,
Orang yang menang itu , adalah orang yang berfikir bahawa

DIA BOLEH ,
DIA HEBAT,
DIA POSITIF........

Sesuatu yang hebat ada di sini , KLIKS DI SINI

HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: