10 December 2007

TERUS BERUSAHA

Salam Sejahtera . Apa Khabar .. Terima Kasih kerana melawat blog aku. Semakin hari dah semakin hampir dengan angka 2008. Semoga 2008 menjadi tahun yang lebih baik dari 2007. Hari ini setelah aku senaraikan memang banyak betul perkara-perkara yang perlu aku uruskan. InsyaALLAH aku aku uruskan satu persatu.

Alhamdulillah , Ahad lepas 9 Disember 2007 aku ke KL untuk jalankan program LCC. Alhamdulillah sambutan yang amat baik , ramai muka-muka baru yang KOMITED untuk mencari pengalaman dalam perniagaan... Sabtu dan Ahad depan ini pulak , InsyaALLAH aku akan ke Kota Kinabalu untuk bertemu rakan-rakan di sana pula.

Alhamdulillah juga , group sales bulan lepas semakin menunjukkan peningkatan. Syukur Alhamdulillah . Kepada sahabat-sahabat sekalian dalam SST kita menekankan kepada Kemahiran dan Ilmu pengetahuan. Sebenarnya itu lebih berharga dan anda boleh gunakan dalam jangkamasa yang panjang. Orang yang berilmu akan bangkit kembali apabila mereka jatuh... Jadi tidak rugi untuk anda mengutip pengalaman dan ilmu ini. Percayalah semua yang anda lalui dan pengalaman yang anda dapat sepanjang menjalankan perniagaan ini anda boleh gunakan untuk masa-masa hadapan.

Aku masih ingat lagi pada 2003 aku terpesona dengan satu program keusahawanan bersama sebuah Syarikat. Aku membayar yuran kursus RM500 dan menjalankan aktiviti perniagaan. Setahun aku bersama-sama syarikat itu tetapi dengan tiada langsung pendapatan. Pendapatan akan dapat daripada yuran keahlian dan program-program yang di anjurkan sendiri. Namun oleh kerana kesedaran dan semangat yang bersungguh-sungguh untuk mencari pendapatan dan memiliki bisnes sendiri aku usahakan bersungguh-sungguh selama setahun dan dalam tempoh itu aku masih gagal untuk mendapatkan walau RM300 sebulan. Namun pengalaman pergi ke kedai runcit satu persatu untuk buat research dan menjemput ke program penerangan Komuniti Runcit , Pergi ke Bengkel Kenderaan untuk menjemput ke program WORKSHOP COMUNITY , Deal dengan pejabat Mara , Bank Islam untuk menganjurkan Seminar Keusahawanan dan ALhamdulillah berjaya menganjurkannya sebanyak 3 kali . Membantu menyiapkan kertas kerja dan pelbagai lagi kegiatan yang memang tidak menjanjikan pendapatan langsung. Namun PENGALAMAN yang dapat aku kutip di situ amat berharga. Ramai rakan-rakan aku hanya usahakan setakat sebulan , 2 bulan , 6 bulan dan aku masih lagi berhubung dengan Syarikat itu kerana daya PERSISTENSI Pengasasnya untuk menjalankan program itu masih berterusan. Dan setelah 3 tahun , Alhamdulillah , Beliau berjaya juga menubuhkan Pasaraya di Johor Bahru dan sekarang beliau juga banyak diminta oleh pihak kerajaan memberikan idea dan pandangan tentang membangunkan usahawan bumiputera.

Bila lihat KFC aku pasti teringat bagaimana gigihnya Kolonel Sander berusaha mencipta resepi ayam gorengnya berkali-kali , setelah mencuba untuk yang ke 900 kalinya barulah beliau berjaya...

Bila lihat cahaya lampu aku pasti teringat akan cerita Thomas Adason berusaha beribu kali untuk mencipta lampu sehingga ada orang mengatakan Thomas Adason seorang yang gila melakukan sesuatu yang sia-sia.

Aku juga melihat betapa Gigih , Persistennya bekas Majikan aku dulu menjalankan perniagaan Training Consultantnya. Nah , sekarang beliau telah mempunyai 26 Cawangan Program Tuisyen beliau di Seluruh Malaysia. Beliau tidak berputus asa walaupun ada beberapa program beliau menemui kegagalan.

Saya mengharapkan anda tidak begitu. Jangan cepat BERPUTUS ASA. Jangan berputus asa kalau call 100 prospek seorang pun tidak menyertai anda. Pasti ada sesuatu yang perlu anda perbaiki dan perlu belajar . Cari formula baru anda.

Ok lah , aku nak uruskan beberapa urusan hari ini. Senang sikit dah buat Check List apa yang perlu di uruskan. Mengutamakan Yang Utama .....

Kepada ANDA yang belum menyertai SST ,,, boleh SMS aku di 012-4686404 .. atau lawat laman web aku www.myniaga.net ....

InsyaALLAH kita sama-sama lakukan , Konsisten , Persisten

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdullah

No comments: