31 May 2009

APA JADI DENGAN AZAM BARU ?

Salam Sejahtera , Apa khabar .. Terima Kasih kerana mengunjungi blog saya ini. Alhamdulillah syukur dipanjatkan atas Illahi atas izinnya dapat lagi kita bersama-sama. Hari ini 1 Jun 2009 menandakan telah 5 Purnama 2009 meninggalkan kita dan bagaimana dengan AZAM TAHUN BARU 2009 tempoh hari?

Adakah ada yang telah tercapai
Berapa peratuskah yang telah tercapai
Telah adakah tindakan-tindakan proaktif kearah mencapainya

Semoga apa yang telah diazamkan pada awal tahun menjadi kenyataan tahun ini. Jesteru itu sempena 1 Jun ini mari kita REFRESH , SEGARKAN kembali AZAM tahun baru kita untuk kita susunkan perancangan , perkemaskan lagi tekad dan azam untuk mencapainya.

Seperti saya , rasanya banyak lagi yang perlu dilaksanakan . Ada yang dah tercapai , ada yang dalam proses ke arah mencapainya ada yang nampaknya agak jauh dan PASTINYA setiap AZAM yang kita inginkan akan berhadapan dengan pelbagai cabaran serta mehnah dan tribulasinya. Jangan berhenti dan lari dari cabaran yang datang kerana untuk menjadi INSAN HEBAT kita perlu tempuhinya dan dari situ kita akan terus dilatih untuk bersabar , bersyukur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu. InsyaALLAH ......

Hari ini 1 Jun aku pun telah mengemaskini azam aku , beberapa pertimbangan untuk dibuat keputusan telah dilakukan dan InsyaALLAH akan ada beberapa aktiviti yang lebih pro aktif akan dilakukan pada bulan Jun ini. Ditambah lagi bulan Jun adalah bulan yang cukup istimewa untuk aku.

Apa yang jelas ada beberapa usaha yang telah dirancang akan diteruskan sampai menjadi kenyataan. Semua ini persediaan untuk menghadapi tahun 2010 agar ianya lebih cemerlang lagi.

KESEIMBANGAN

Apa pun azam kita ianya perlulah diseimbangkan. Alhamdulillah dalam sedikit masa lagi aku akan perkenalkan apa itu Total Qualiti Insan ( TQI) . Dalam apa juga nilai keazaman yang telah kita susunkan perlulah ia diseimbangkan dengan azam untuk hal Jasmani , hal Intelektual , hal spiritual dan hal emosi ... Tingkatkan nilai Keilmuan dan Ilmu , Tingkatkan Kemahiran dan Kepakaran , Tingkatkan nilai Ketrampilan dan Personaliti serta tingkatkan Nilai sikap dan akal budi .. InsyaALLAH kita akan menjadi seorang yang berpersonaliti unggul.

Oklah , aku nak sambung buat kerja lagi .. Telah ada banyak aktiviti disusun hari ini . Semoga kita terus diberikan nikmat dan dibukakan pintu rezeki ....

Salam kejayaan

HAIRUDDIN ABDULLAH

www.myniaga.net
www.jombisnes.net
www.interpos.biz

29 May 2009

CUTI SEKOLAH BERMULA

Salam Sejahtera ! Apa khabar ! Hari ini hari pertama cuti sekolah. Diam tak diam dah masuk setengah tahun untuk 2009. Sekejap bebeno rasanya. Hari ini ada 4 Jemputan kenduri kahwin. Syukur Alhamdulillah apabila ada orang yang menjemput kita. Lagi banyak lagi bagus murah rezeki namanya tu. Apa pun sebaiknya kita usahakan untuk penuhi semua jemputan tu selagi kita mampu melakukannya.

Kalau di Penang macam biasa masuk je cuti sekolah ini akan berlangsungnya Karnival Keusahawanan di Tapak Ekspo Seberang Jaya. Tahun ni nampaknya semakin ramai orang yang berniaga ditapak ekspo. Kali pertama aku menyertai ekspo ni pada tahun 2003. InsyaALLAH esok aku nak pi ronda-ronda ke Ekspo jumpa dengan usahawan-usahawan disana dan nak tengok produk-produk baru keluaran usahawan bumiputera. Tentu ada yang berpotensi untuk dipasarkan.

Cuti sekolah juga ada rakan-rakan yang mengambil ruang untuk berjalan-jalan , bercuti dan makan angin. Pilihlah destinasi yang kita nak pergi kali ini , mudah-mudahan dapat mengikat ikatan kasih sayang keluarga . InsyaALLAH minggu depan adik dari Yong Peng akan datang ke sini ziarah Mak yang ada bersama aku. Jadi kami adik beradik dapat la berkumpul bersama dalam tempoh seminggu. Jesteru itu , sebagai usahawan baik usahawan kecil atau besar atau peringkat koorporat , jagalah keluarga dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik kejar duit , close deal dan sebagainya tetapi hati kita dengan ahli keluarga dan anak-anak tak boleh nak close. Pandai-pandaila bahagi masa antara kerjaya dan keluarga terutama mengurus hal ehwal anak-anak . Bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan oleh ALLAH.

Dah masuk setengah tahun 2009 pergi , jadi macam mana dengan pencapaian kita. Nampaknya setengah tahun ni , aku masih belum betul2 mantap lagi ni , kena terus lakukan sesuatu . Banyak ujian dan dugaan yang dilalui dan ia PASTI dihadapi dengan sabar dan rasa syukur. Mudah-mudahan semuanya ada hikmahnya.

Ok lah , dah nak pi kenduri kahwin saudara dan rakan-rakan. InsyaALLAH nanti ada masa aku akan tulis lagi di blog ini . Semoga kehidupan kita sebagai usahawan diberkati Illahi. AMIN

Salam Sukses


Che Din.

27 May 2009

TEKNIK BISNES INTERPOS

Salam Sejahtera ! Apa khabar . Semoga terus sihat dan memperolehi kerahmatan , ketenangan dan rezeki yang melimpah ruah. AMIN!. Apabila kita FOKUS kepada kelimpahan rezeki , InsyaALLAH anda akan mendapat kelimpahan rezeki , apabila anda fokus kepada permasalahan anda akan terus hadapi permasalahan dan jangan sekali-kali lari dari masalah kerana anda pasti akan menemui masalah baru lagi. Hadapinya kerana kadangkala masalah didatangkan kepada kita untuk kita membina jiwa yang kuat dan kental dan semua itu sebenarnya adalah CABARAN kehidupan anda.

Hari ni saya nak kongsi cerita tentang apa yang saya namakan Teknik Bisnes Interpos. Saya telah lakukan teknik ini sejak tahun 2005 dan saya telah gunakan teknik ini untuk perniagaan MLM saya. Kepada mereka yang buat bisnes MLM susah nak cari prospek , nak menaja dan sebagainya boleh gunakan teknik interpos ni. Teknik Bisnes Interpos ini adalah satu Teknik yang menggunakan 2 kuasa bisnes iaitu Internet dan Mail Order ( Gaya Pos ).

Baru ni saya menjual satu produk perawatan kulit melalui laman web dan setiap hari saya mendapat respon untuk pembelian dan juga pertanyaan. Alhamdulillah dalam seminggu dalam buat secara sambil-sambil saya dah boleh meraih RM400.00 di atas untung runcit. Pembeli saya tidak mengenali secara fizikal dan mereka membeli melalui informasi yang saya sertakan di laman web jualan lalu mereka bank in duit ke akaun. Apabila saya terima terus saya poskan produk tersebut kepada mereka. Semalam saya dah dapat respon positif dari 2 orang yang mengatakan kulit muka mereka dah licin dan seorang lagi kulit anaknya mula mengelupas ( healing proses ) dan ingin order lagi. Nah , dengan hanya duduk dirumah anda boleh lakukan bisnes ini dan yang lebih hebat 2 orang pelanggan saya tu adalah dari Sabah.
Ada orang tanya , dari mana saya dapat senarai nama itu. Itulah pentingnya kita membina senarai nama dan saya telah menulis satu buku bertajuk Rahsia Teknik Bina Senarai Nama baik dari konteks online dan offline. Sejak saya buat bisnes MLM bermula tahun 2005 hingga sekarang saya ada beribu senarai nama. Jadi dengan menggunakan sistem Autoresponders saya hantarkan maklumat ini kepada mereka hanya dengan sekali kliks. Dari situlah kita menghantar informasinya dan mungkin salah seorangnya adalah anda bukan.


Jesteru itu , saya telah menubuhkan Syarikat INTERPOS NETWORK untuk menggerakkan aktiviti perniagaan ini. InsyaALLAH melalui syarikat ini nanti saya akan lancarkan Program Usahawan Interpos untuk membina Rangkaian Usahawan Interpos yang mana kita dapat saling bertukar maklumat , pengalaman dan sebagainya. Selain dari produk maklumat INTERPOS NETWORK juga akan mendapatkan beberapa produk fizikal yang sesuai di jual secara teknik interpos. Salah satu yang telah saya uji cuba ialah produk rawatan dan kecantikan kulit yang mana permintaanya cukup baik sekali sekarang.

Pagi tadi jam 3.00 pagi saya sempat berchating dengan seseorang yang ingin memperkenalkan satu produk berkaitan rawatan rambut pula. Setelah melihat testimoni dan semua sijil yang disahkan kemungkinan ia juga boleh dijadikan salah satu produk untuk mereka yang berminat memasarkan secara runcit. Apa pun saya perlu uji cuba dahulu sebelum memperkenalkan kepada rakan-rakan. Inilah satu Gaya Bisnes Konsep SOHO yang sebenarnya telah lama dilakukan oleh orang lain.

Baiklah saya berhenti disini seketika dan untuk anda yang selalu mengikuti blog ini blog ini akan menjadi blog sembang umum tentang topik keusahawanan , bisnes-bisnes yang saya jalankan dan aktiviti bisnes yang berlangsung. Terima Kasih atas sokongan anda selama ini.

Semoga apa yang kita usahakan mendapat keberkatan dan kejayaan.


Sekian


Hairuddin Abdullah

EKONOMI TURUN NAIK KITA MACAM MANA

Salam Sejahtera , apa khabar ? Di harapkan anda berada dalam keadaan tenang , bahagia dan dilimpahkah nikmat rezeki yang melimpah ruah. AMIN. Hari ini sehari saya di rumah menguruskan beberapa hal berkaitan penyusunan semua Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Banyak tumpuan yang perlu diberikan.

Baru ni apabila
Timbalan Menteri Kewangan kata ekonomi menguncup , ada juga yang agak panik dan ada yang 'selamber' je. Apa pun yang penting keadaan ekonomi tetap akan ada turun naiknya tetapi kita bagaimana. Kita takut kalau ekonomi terjejas dan merudum dan diwaktu itu kita dengar banyak kilang tutup , pekerja diberhenti kerja , projek agak perlahan namun HIDUP KITA dan USAHA kita jangan ditutup dan diberhentikan apatah lagi diperlahankan. Nanti apa yang sedihnya ketika EKONOMI NAIK hidup kita tetap tidak berubah seperti itu juga.

Setiap dari kita mempunyai
POTENSI yang telah dianugerahkan oleh ALLAH kepada kita iaitu akal untuk kita berfikir. Kemampuan menggunakan keseimbangan otak kiri dan kanan cukup penting kerana kreativiti dan berfikir secara jauh kehadapan amat penting dalam kita menguruskan hal ehwal ekonomi kehidupan kita. Sekarang ini banyak peluang perniagaan yang boleh dilaksanakan namun PASTINYA ia memerlukan keyakinan , kepercayaan , keberanian , kesungguhan dan kekuatan untuk menjalankannya. Apa yang penting kita perlu beri ruang untuk satu-satu usaha perniagaan yang diusahakan.

Ramai orang mengeluh apabila ekonomi jatuh dan masih ramai juga yang mengeluh ketika ekonomi stabil. Jadi siapakah yang perlu stabil...
PASTIKAN Kita tetap stabil , ketika ekonomi turun kita boleh naik dan ketika ekonomi stabil kita lebih baik dari keadaan biasa. " Jangan Harap Keadaan Berubah , TETAPI Perubahan Itu PASTI Bermula Dari Diri Kita "

Semoga kita semua berjaya menempuh apa sahaja cabaran . PASTIKAN LUAR BIASA dari BIASA ...


Hairuddin Abdullah









26 May 2009

ALFATIHAH UNTUK CIK 'AT

Salam Sejahtera ! Setiap yang hidup pasti menemui saat perpisahaan dengan alam dunia kehidupannya. Hari ini jam 12 tengahari aku menerima panggilan telefon dari Yan jiran aku di kampung mengatakan yang ayahnya telah meninggal dunia. Cik At panggilan mesra aku kepada Jiran aku di kampung merangkap anak saudara kepada atuk aku yang baru meninggal bulan lalu.

Pada 27 April 2009 lalu Atuk aku meninggal dan sebulan lepas tu 27 Mei 2009 Cik At pula meninggal di Hostpital Besar Kuala Lumpur. Setahun lalu beliau telah mengalami ketumbuhan usus dan perutnya telah dibuang. Selama setahun itulah beliau hidup tanpa perut dimana semua makanan akan terus melalui usus tidak lagi terkumpul di perut. Beliau seorang yang ceria dan boleh dikatakan penghidup suasana dan majlis.

Di fahamkan kini pihak keluarga dan hospital sedang menguruskan jenazahnya untuk dibawa pulang ke Kampung Parit Amat . Terasa ingin pulang segera ke Kampung. Semoga Arwah dicucuri rahmat dan berada didalam golongan kekasih ALLAH hendaknya.. InsyaALLAH kalau tak der apa2 rasanya nak balik kampung sekejap menziari keluarga Cik At disana. Maklumlahkan jiran sebelah rumah selain dari ikatan keluarga .

ALFATIHAH


Dari

Che Din

25 May 2009

24 May 2009

PROGRAM MENJANA MINDA

Salam Sejahtera ! Apa khabar sahabat semua... Pertamanya mari kita panjatkan rasa SYUKUR kehadrat Illahi yang telah memberi rahmat dan limpahan nikmat kepada kita sepanjang kehidupan kita. Setidaknya kita dapat melihat apa yang saya tuliskan di paparan skrin ini . Sesuai dengan janji ALLAH jika kita terus bersyukur kepadanya , Allah akan menambah nikmat kita.

Alhamdulillah , pada Sabtu dan Ahad yang lepas aku dan Dr Main telah memulakan Langkah Pertama dalam mengaktifkan kembali Pusat Pembangunan Personaliti Unggul yang aku bina sejak tahun 2005. Sebelum itu ia dikenali Pusat Pembelajaran INQ yang aku daftarkan pada tahun 2001. Pada Sabtu dan Ahad lepas aku dan Dr Main telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Menjana Minda kepada Kakitangan TASKA Sirim Berhad di Shah Alam. Aku sampai di Sirim pada jumaat malam lebih kurang jam 1.30 pagi. Dan Program bermula pada jam 9.00 pagi hari sabtu dan tamat jam 5.00 petang hari Ahad. Antara modul yang dijalankan adalah modul MYPERSONALITI779 dan Modul Rahsia Minda. Alhamdulillah program berjalan lancar.

Semasa rehat tengahari pada hari Sabtu aku dapat panggilan telefon dari Puan Jun di Kota Bahru yang memberitahu ingin mencuba produk susu IgG Plus. Setelah berbicara dengan beliau aku terus menghubungi Puan Rokiah rakaniaga di sana untuk menguruskan hal pembelian susu . Dan petang semalam dapat SMS dari Puan Rokiah bahawa Puan Jun akan menjadi ahli dengan membeli produk susu IgG PLus. Pada hari khamis lepas juga aku dapat SMS dari Puan Ju di Kota Tinggi yang menyatakan minat untuk mendapatkan produk susu IgG Plus juga. Beliau telah terima surat dari saya pada awal tahun ni dan baru kini beliau memberi respon dan hasrat untuk menyertainya. Syukur Alhamdulillah kepada ALLAH atas nikmat rezeki yang diberikan.

Berbalik kepada program menjana minda yang dibuat khas kepada kakitangan TASKA SIRIM tidak kira siapa kita semua orang punyai impian yang hebat. Namun kadangkala kita jadi jem dan tidak pernah memikirkan tentang hal impian kita. Apabila minda kita diset dengan baik , diingatkan kembali tentang impian kita barulah banyak bayangan-bayangan impian muncil didalam minda kita. Dr Main telah menggunakan Teknik ProNLP dalam mengenal potensi dan personaliti diri peserta menggunakan Analisis Kiub. Dari lukisan itu kita dapat melihat rahsia kehebatan potensi diri setiap individu dan semua orang mempunyai POTENSI untuk menjadi hebat. Persoalannya ia bergantung kepada persedia diri kita untuk berubah , kita berkawan dengan siapa , bagaimana persekitaran kita dan keikhlasan kita dalam menjalani kehidupan ini.

Oh Ya ! Seperti yang saya maklumkan , Blog USAHAWAN2U ini akan menjadi blog umum keusahawanan yang akan saya kongsikan bersama. Apa aktiviti keusahawanan , tip , motivasi dan buah fikiran akan dilontarkan disini.


InsyaALLAH pada bulan Jun nanti aku akan melancarkan 2 Program yang sedang aku susun sekarang. Satu dari Interpos Network dan satu lagi dari Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Dari bisnes Interpos Network juga ia telah mula menunjukkan hasil. INTERPOS NETWORK adalah bisnes yang aku berikan fokus kepada hal-hal bisnes internet dan gaya pos termasuk dalam penjualan produk-produk bercorak trading. Bisnes ini diselia oleh Adik dan Wife aku. InsyaALLAH bulan jun ini juga aku akan lancarkan 2 buah produk maklumat yang telah selesai disiapkan hanya peringkat akhir editing. 2 buku itu diberi nama Teknik Bisnes Interpos dan Teknik Bina Senarai Nama. Kemudian Wife pulak sedang sibuk menguruskan satu produk fizikal dibawah INTERPOS NETWORK dan Alhamdulillah setiap hari ada saja orang order produk tersebut. Mereka beli secara online dan kami hantar melalui pos. Hari ni pun ada 2 orang bank in RM100.00 dan kalau untung satu produk RM40.00 , Alhamdulillah dapat juga RM 80.00. Tolak kos pos RM10.0 dapat la bersih RM70.00 .

Kemudian dalam masa yang sama aku dan Dr Main sedang bertungkus lumus menyiapkan Modul Pro-NLP My Personaliti 779 dan Program Pewaris Harapan untuk Pusat Pembangunan Personaliti Unggul. Program Mypersonaiti ini telah melalui 9 tahun uji kaji dan proses pembaikan hasil perbincangan kami berdua dan setelah semua proses dilalui InsyaALLAH ianya akan dilancarkan dipasaran terbuka , InsyaALLAH.

Jadi itulah antara aktiviti yang sedang aku jalankan setelah agak lama menyepi didunia blog ini . Sekarang aku mempunyai sasaran yang lebih jelas untuk disempurnakan pada tahun 2009. Semoga sahabat mendoakan usaha saya dan terus memberi sokongan atas apa yang saya usahakan .

Mudah-mudahan ianya mendapat keberkatan dari ALLAH. Nanti aku masukkan gambar aktiviti Program Menjana Minda di SIRIM Sabtu dan Ahad lepas.


Sekian

Che Din --

20 May 2009

SYUKUR DAN SABAR


" Sejatinya , syukur dan sabar haruslah sejalan. Syukur adalah buah dari kesabaran. Orang yang senantiasa membiasakan diri untuk bersabar , besar kemungkinan memiliki tingkat kesyukuran yang sebanding"


Dalam menjalankan bisnes yang penuh dengan pelbagai cabaran ini , sudah pasti ia memerlukan satu semangat yang tinggi . 2 rahsia dan tenaga yang mesti ada pada diri usahawan ialah sentiasa bersyukur dan bersabar. Inilah kekuatan yang akan membuatkan kita terus istiqamah dengan usaha perniagaan kita.

Jesteru itu , apakah kita telah melafazkan rasa syukur atas semua nikmat yang ALLAH telah berikan kepada kita. Syukur pertama kerana kita terus diberi kesempatan untuk melihat keindahan dunia ini dengan jantung terus berdegup , darah terus mengalir , nafas terus menghembus .. Syukur Alhamdulillah. Selain itu setiap hari juga kita perlu lafazkan rasa syukur atas limpahan nikmat yang telah diberikan kepada kita dengan kesemua pancaindera berfungsi dengan baik. Namun jika anda ada kekurangan dari segi pancaindera , harus juga bersyukur kerana PASTI ALLAH akan memberikan nikmat dan limpah kurnia yang berbeza. Ketika orang yang mempunyai penglihatan itu jelas , ia sering berhadapan dengan cabaran melihat perkara-perkara maksiat berbanding mereka yang udah tidak dapat melihat. Syukur Alhamdulillah dalam apa jua situasi kita , hanya SYUKUR itu adalah hak Allah. Ketika kita ditimba musibah , syukur kepada ALLAH kerana PASTI ada hikmah terbesar buat diri kita .

Dalam dunia keusahawanan , kita senantiasa di uji . Keuntungan yang kita dapati ucaplah syukur dan berikanlah sebahagian dari apa yang kita dapat kepada mereka yang memerlukan . Jika kita rugi ucaplah syukur Alhamdulillah kerana pasti ALLAH meminta kita berfikir lebih kreatif , menjadikan kita lebih kuat dan tabah kerana PASTI YAKIN Janji ALLAH , jika kita sentiasa bersyukur PASTI Allah tambah nikmat kepada kita. Allah pasti memberinya tanpa mengira umur , usia , bangsa dan agama selagi ia adalah makhluk ALLAH dimuka bumi ini , PASTI Allah perkenankan..

Hal yang mendekatkan diri kita kepada nilai kesyukuran ialah SABAR. Sabar inilah yang menjadikan kita TANGGUH atau TEGUH PENDIRIAN dalam menjalankan usaha bisnes ini. Kita sentiasa sabar dengan segala ujian yang ditempuh. Sabar itu memberikan kita TENAGA kerana pada Sabar dan Syukur itu ada satu TENAGA atau GELOMBANG yang membuatkan kita dekat kepada pencipta kita dalam kita meraih kejayaan dan kekayaan yang ALLAH telah sediakan kepada kita. Allah menyediakan banyak nikmat , kekayaan dan rezeki melimpah ruah dialam bumi ini. Dari laut yang terbentang luas terdapat rezeki dan nikmat yang boleh dimanfaatkan oleh manusia , dari dalam perut bumi terdapat sumber yang boleh dimanfaatkan oleh manusia , dari hutan dan tumbuh tumbuhan terdapat pelbagai khazanah dan kekayaan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia , dari haiwan terdapat kekayaan ALLAH yang boleh kita pinjam untuk dimanfaatkan buat kita terus bersyukur . Dalam hal pemberian rezeki ALLAH akan berikan kepada siapa yang berusaha , sabar , syukur , menggunakan akal fikiran , tidak malas , kreatif , tidak putus asa , berani dan bijak mencari peluang.

Ramai orang gagal kerana melupakan 2 ENERGI Syukur dan Sabar ini.. Dengan 2 tenaga hebat yang disebut dalam Al-Quran ini , akan memberikan ketenangan kepada diri kita , membuatkan kita lebih yakin dengan usaha kita , lebih dekat kepada pemberi rezeki dan lebih positif dalam menjalankan kehidupan kita. Ramai orang putus asa dan tidak sabar terutama tidak sabar nak berjaya dan jadi kaya. Ramai orang yang dah diberikan nikmat tidak bersyukur dan memberikan hak kepada orang yang memerlukan.

Jesteru itu , dengan anda memiliki 2 kekuatan syukur dan sabar ini , saya yakin anda akan menarik rezeki anda dengan lebih banyak lagi . Hati anda tenang , minda anda sentiasa positif dan hasilnya anda akan capai apa yang anda inginkan. Kenal diri anda , Kenal Pencipta Diri Anda dan Kenal Apa Yang Anda Impikan ... Semoga kita sentiasa tanamkan rasa syukur dalam apa jua keadaan dan Sabar dalam apa jua situasi kerana setiap sesuatu kejadian PASTI ada hikmah terbaik buat diri kita.

NAMUN Awas , Jangan anda salah ertikan Sabar ini dengan tidak melakukan apa-apa usaha kearah pembaikan. Bisnes anda jatuh , anda terus Sabar tanpa ada usaha-usaha pembaikan , bukan itu maksud sabar , MAKSUD SABAR itu , Anda BERTAHAN disaat kejatuhan dan terus berusaha dengan gigih dan bertahan lagi hingga anda berjaya mencipta kejayaan. Maksud SABAR itu juga ialah ketika anda diajak melakukan MAKSIAT anda TERUS BERTAHAN dan menolaknya .. Anda di berikan RASUAH yang lumayan lalu anda SABAR bertahan lalu menolaknya .. Ini oleh kerana dah tak sabar nak jadi pemimpin atau mendapat sesuatu lalu gunakan jalan pendek dengan merasuah .. Nauzubillah ... Kalau kita tahu apa yang kita cari di dunia ini , apa yang ingin kita sediakan ketika di dunia ini , apa yang perlu kita sumbangkan ketika didunia ini , InsyaALLAH .. Allah akan lindungi kita dari semua ini....

Semoga kita menjadi seorang usahawan yang sentiasa BERSYUKUR dan SABAR ....

Sekian Dahulu


Che Din - www.jombisnes.net

Sofiah Ozalli - www.eumora.myniaga.net




17 May 2009

PENGUMUMAN

Salam Sejahtera ! Semoga Anda semua berada dalam keadaan sihat dan sejahtera !!!

Hari ini saya ingin umumkan bahawa Blog USAHAWAN2U ini akan menjadi blog keusahawanan saya yang umum. Cerita tentang keusahawanan secara umum , maklumat atau aktiviti perniagaan saya secara umum akan dimuatkan disini. Anda juga boleh melihat apa bisnes - bisnes lain yang saya lakukan disini.

Jesteru itu , Blog Untuk Perniagaan Smart Naco saya akan pindahkan ke blog baru.
Selain itu juga akan ada beberapa bisnes dan produk yang saya dan adik saya sedang usahakan dalam mengembangkan potensi perniagaan secara online.

InsyaALLAH saya akan perkenalkan beberapa lagi bisnes lain yang bukan bercorak MLM pada masa-masa akan datang. Setelah melalui beberapa tahun berusaha untuk melibatkan diri dalam menjadi usahawan , pelbagai cabaran dan jatuh bangun telah ditempuhi. Membina kekuatan minda dan hati untuk sentiasa positif , yakin diri dan melihat POTENSI DIRI jauh kehadapan adalah sesuatu yang perlu diterokai.

Mulai hari ini juga saya telah melancarkan DREAM BOARD untuk diri saya bagi melihat apa yang ingin saya capai dalam tempoh 5 tahun akan datang. DREAM BOARD saya dihadirkan dalam bentuk gambaran yang berwarna warni dan pastinya memang sukar untuk digambarkan bagaimana saya akan mendapatkan impian saya kerana tugas kita hanya berusaha dan biarlah ALLAH yang menyusunkan asalkan HATI DAN AKAL kita berjalan seiring untuk mendapatkannya. INSYALLAH .....

Kadang kala dalam bisnes kita sering terdorong dan terpengaruh dengan orang lain sehingga kita tidak yakin dengan POTENSI dan KEMAMPUAN diri kita sendiri. Kita hanya melihat keupayaan dan kehebatan orang lain sampai kita terlupa untuk MENEROKA potensi yang ada pada diri kita . Dan kadangkala kita melihat KEJATUHAN ORANG lain sebagai satu sempadan untuk kita TERUS MENEROKA potensi yang ada. Tidak semestinya kejatuhan orang lain dalam satu-satu bidang merupakan petanda kejatuhan kita juga. Dan Tidak Semestinya Kejayaan orang lain juga merupakan petanda kejayaan kita. Apa yang PENTING kita Jadilah Diri Kita , Berdiri Atas POTENSI yang hebat , SYUKUR dengan segala Nikmat dan kurnia , SABAR dalam menempuh cabaran dan impian serta IKHLASKANLAH hati kita dalam melakukan segala amal hanya kerana ALLAH.

Semoga , Perjalanan Bisnes akan terus menjadi rancak , aktif , bertenaga dan memberikan IMPAK yang memberi kepuasan kepada diri dalam usaha untuk menyumbang kepada alam dan masyarakat. Mudah-mudahan segala usaha diRedhai Allah.

Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

Sapa yang minat nak buat bisnes MLM Secara konsep INTERPOS sila ke www.jombisnes.net

11 May 2009

SEMOGA SEMUANYA ADA HIKMAH

Salam Sejahtera kepada semua rakan-rakan dan sahabat. Memang dah lama terhenti dari mengaktifkan blog ini atas beberapa hal yang sedang dilakukan. InsyaALLAH bisnes ini akan terus berjalan seperti biasa dan InsyaALLAH juga projek yang sepatutnya disiapkan pada 1 Mei hari itu akan diteruskan juga. Sekarang ni aku ada di Cyber Cafe dekat belakang rumah gara-gara internet tak boleh berfungsi pulak.

Perkembangan bisnes Smart Naco dan susu IgG Plus di Indonesia berada dalam keadaan yang baik. Perkembangan rakan-rakan yang menjalankan bisnes ini di sana cukup baik walaupun kadang kala berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mesti ditempuhi oleh seorang yang bergelar usahawan. Itulah hakikatnya , kejayaan tidak ada jalan yang lurus ia pasti berliku dan pasti ada halangan . Itulah kemanisan kehidupan dan perjuangan. Kadang kala kita perlu membuat keputusan-keputusan penting untuk meneruskan misi perjuangan bisnes kita . Apa yang penting ialah apabila kita melakukan sesuatu itu hati kita merasa tenang , tidak merasa serba salah , bahagia dan terus berkeyakinan dengan apa yang kita sedang lakukan ini.

Dalam apa-apa hal yang penting ialah kita perlu tahu kekuatan diri kita , potensi yang ada dalam diri kita. InsyaALLAH setelah mengadakan beberapa perbincangan dengan biz partner aku , di jangka bulan Jun aku dan beliau akan mengadakan priview pra pelancaran Pro-NLP MyPersonality 779. Jika anda ingin tahu kekuatan dan potensi diri anda boleh la hadir ke priview itu nanti. InsyaALLAH nanti aku akan sampaikan disini. Disitu juga kami akan berkongsi Tenaga Syukur , Kuasa Kata Hati ( Feeling ) dan Kuasa Minda ( Mind ).

Ok la , dah jam 5 petang . Nak balik n malam ni ada discussion bisnes sikit dengan rakaniaga dari Indonesia . Jika ada ruang aku akan terus tulis lagi blog ini.

Semoga kita sama-sama sukses dan terus bersyukur atas rahmat dan anugerah nikmat yang Allah telah berikan kepada kita.

Yang Benar


HAIRUDDIN ABDULLAH