20 May 2009

SYUKUR DAN SABAR


" Sejatinya , syukur dan sabar haruslah sejalan. Syukur adalah buah dari kesabaran. Orang yang senantiasa membiasakan diri untuk bersabar , besar kemungkinan memiliki tingkat kesyukuran yang sebanding"


Dalam menjalankan bisnes yang penuh dengan pelbagai cabaran ini , sudah pasti ia memerlukan satu semangat yang tinggi . 2 rahsia dan tenaga yang mesti ada pada diri usahawan ialah sentiasa bersyukur dan bersabar. Inilah kekuatan yang akan membuatkan kita terus istiqamah dengan usaha perniagaan kita.

Jesteru itu , apakah kita telah melafazkan rasa syukur atas semua nikmat yang ALLAH telah berikan kepada kita. Syukur pertama kerana kita terus diberi kesempatan untuk melihat keindahan dunia ini dengan jantung terus berdegup , darah terus mengalir , nafas terus menghembus .. Syukur Alhamdulillah. Selain itu setiap hari juga kita perlu lafazkan rasa syukur atas limpahan nikmat yang telah diberikan kepada kita dengan kesemua pancaindera berfungsi dengan baik. Namun jika anda ada kekurangan dari segi pancaindera , harus juga bersyukur kerana PASTI ALLAH akan memberikan nikmat dan limpah kurnia yang berbeza. Ketika orang yang mempunyai penglihatan itu jelas , ia sering berhadapan dengan cabaran melihat perkara-perkara maksiat berbanding mereka yang udah tidak dapat melihat. Syukur Alhamdulillah dalam apa jua situasi kita , hanya SYUKUR itu adalah hak Allah. Ketika kita ditimba musibah , syukur kepada ALLAH kerana PASTI ada hikmah terbesar buat diri kita .

Dalam dunia keusahawanan , kita senantiasa di uji . Keuntungan yang kita dapati ucaplah syukur dan berikanlah sebahagian dari apa yang kita dapat kepada mereka yang memerlukan . Jika kita rugi ucaplah syukur Alhamdulillah kerana pasti ALLAH meminta kita berfikir lebih kreatif , menjadikan kita lebih kuat dan tabah kerana PASTI YAKIN Janji ALLAH , jika kita sentiasa bersyukur PASTI Allah tambah nikmat kepada kita. Allah pasti memberinya tanpa mengira umur , usia , bangsa dan agama selagi ia adalah makhluk ALLAH dimuka bumi ini , PASTI Allah perkenankan..

Hal yang mendekatkan diri kita kepada nilai kesyukuran ialah SABAR. Sabar inilah yang menjadikan kita TANGGUH atau TEGUH PENDIRIAN dalam menjalankan usaha bisnes ini. Kita sentiasa sabar dengan segala ujian yang ditempuh. Sabar itu memberikan kita TENAGA kerana pada Sabar dan Syukur itu ada satu TENAGA atau GELOMBANG yang membuatkan kita dekat kepada pencipta kita dalam kita meraih kejayaan dan kekayaan yang ALLAH telah sediakan kepada kita. Allah menyediakan banyak nikmat , kekayaan dan rezeki melimpah ruah dialam bumi ini. Dari laut yang terbentang luas terdapat rezeki dan nikmat yang boleh dimanfaatkan oleh manusia , dari dalam perut bumi terdapat sumber yang boleh dimanfaatkan oleh manusia , dari hutan dan tumbuh tumbuhan terdapat pelbagai khazanah dan kekayaan yang boleh dimanfaatkan oleh manusia , dari haiwan terdapat kekayaan ALLAH yang boleh kita pinjam untuk dimanfaatkan buat kita terus bersyukur . Dalam hal pemberian rezeki ALLAH akan berikan kepada siapa yang berusaha , sabar , syukur , menggunakan akal fikiran , tidak malas , kreatif , tidak putus asa , berani dan bijak mencari peluang.

Ramai orang gagal kerana melupakan 2 ENERGI Syukur dan Sabar ini.. Dengan 2 tenaga hebat yang disebut dalam Al-Quran ini , akan memberikan ketenangan kepada diri kita , membuatkan kita lebih yakin dengan usaha kita , lebih dekat kepada pemberi rezeki dan lebih positif dalam menjalankan kehidupan kita. Ramai orang putus asa dan tidak sabar terutama tidak sabar nak berjaya dan jadi kaya. Ramai orang yang dah diberikan nikmat tidak bersyukur dan memberikan hak kepada orang yang memerlukan.

Jesteru itu , dengan anda memiliki 2 kekuatan syukur dan sabar ini , saya yakin anda akan menarik rezeki anda dengan lebih banyak lagi . Hati anda tenang , minda anda sentiasa positif dan hasilnya anda akan capai apa yang anda inginkan. Kenal diri anda , Kenal Pencipta Diri Anda dan Kenal Apa Yang Anda Impikan ... Semoga kita sentiasa tanamkan rasa syukur dalam apa jua keadaan dan Sabar dalam apa jua situasi kerana setiap sesuatu kejadian PASTI ada hikmah terbaik buat diri kita.

NAMUN Awas , Jangan anda salah ertikan Sabar ini dengan tidak melakukan apa-apa usaha kearah pembaikan. Bisnes anda jatuh , anda terus Sabar tanpa ada usaha-usaha pembaikan , bukan itu maksud sabar , MAKSUD SABAR itu , Anda BERTAHAN disaat kejatuhan dan terus berusaha dengan gigih dan bertahan lagi hingga anda berjaya mencipta kejayaan. Maksud SABAR itu juga ialah ketika anda diajak melakukan MAKSIAT anda TERUS BERTAHAN dan menolaknya .. Anda di berikan RASUAH yang lumayan lalu anda SABAR bertahan lalu menolaknya .. Ini oleh kerana dah tak sabar nak jadi pemimpin atau mendapat sesuatu lalu gunakan jalan pendek dengan merasuah .. Nauzubillah ... Kalau kita tahu apa yang kita cari di dunia ini , apa yang ingin kita sediakan ketika di dunia ini , apa yang perlu kita sumbangkan ketika didunia ini , InsyaALLAH .. Allah akan lindungi kita dari semua ini....

Semoga kita menjadi seorang usahawan yang sentiasa BERSYUKUR dan SABAR ....

Sekian Dahulu


Che Din - www.jombisnes.net

Sofiah Ozalli - www.eumora.myniaga.net




No comments: