30 August 2008

SELAMAT BERPUASA



Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh . Dengan rasa syukur saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dengan penuh keghairahan untuk mengamalkan sebanyak mungkin amal ibadah. Rasanya Ramadhan yang lepas baru sahaja pergi dan kini kita telah diizinkan untuk bersama-sama sekali menunaikan ibadah puasa.

Dalam menunaikan ibadah puasa ini , komitmen kita terhadap perniagaan yang sedang kita usahakan tetap jelas dan berterusan dengan penuh daya Istiqamah yang jitu. Ibadah puasa menguji kesabaran kita agar kita kuat dan tahan dari segala perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Begitu juga ketika kita menjalankan perniagaan dalam budang keusahawanan ini , kita harus sabar dan tabah dengan bertahan dari segala anasir-anasir dan fikiran negatif yang boleh membatalkan usaha impian perniagaan kita.

Ibadah puasa juga dijadikan satu semangat kepada penyucian jiwa , hati dan rohani agar hati ini benar-benar bersih selain dari usaha pembersihan harta dengan memperbanyakkan bersedekah , membantu orang miskin dan susah selain dari berzakat. Begitu juga dalam perniagaan diharapkan bulan Ramadhan ini juga kita dapat menyucikan hati dan membersihkan jiwa serta memurnikan rohani daripada sikap dan fikiran negatif. Kita bersihkan dari sikap dan sifat malas , takut , bertangguh , tidak yakin , putus asa dan kurang fokus .

Ketika bulan Ramadhan ini juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sebagai proses menguatkan penghayatan Ramadhan dan semoga diteruskan bacaan Al-Quran dari bulan kebulan hingga akhir ayat. Jesteru itu , sebagai seorang usahawan budaya membaca Al-Quran sudah semestinya dijadikan budaya darah daging kita selain dari itu seorang usahawan yang hebat perlu juga mengamalkan budaya membaca untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu. Jadikanlah amalan membaca apa sahaja bahan bacaan yang baik dan membantu perniagaan anda setiap hari .

Semoga Ramadhan kali ini memberikan satu suntikan PENGISLAHAN ( Perubahan ) yang lebih baik buat diri kita dan akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Sama-sama kita memanjat syukur kehadrat Illahi atas izinnya untuk kita dapat menyambut kembali Ramadhan Al-Mubarak pada tahun ini.

Selamat Berpuasa

Che Din

............................

Minat nak jadi usahawan boleh sms nama dan alamat ke 012-4686404 atau layari laman web di www.iusahawan.myniaga.net

No comments: