04 September 2008

MLM INTERPOS

Salam Sejahtera , Salam Ramadhan dan Salam Ketenangan. Apa khabar? Alhamdulillah dah masuk hari kelima kita semua berpuasa. Dan dalam 5 hari inilah aku tercari-cari idea-idea atau usaha-usaha baru yang boleh meningkatkan kualiti diri , kualiti perniagaan selain dari usaha mengembangkan lagi potensi Perniagaan aku. Setelah di belek-belek dan diteliti teliti , aku telah membuat satu pengkhususan dan Fokus bahawa blog ini aku akan Fokus lebih banyak kepada Mesej yang boleh dimanfaatkan kepada rakan-rakan.

Sebagai Mukadimahnya , hari ini aku just nak ceritakan bagaimana munculnya perkataan INTERPOS ini. Sebelum aku menghuraikan konsep MLM Interpos secara panjang lebar didalam penulisan-penulisan akan datang , baik aku ceritakan sejarahnya terlebih dahulu kerana pada bulan seperti inilah aku bertemu dengan istilah INTERPOS ini.

Pada bulan 9 2005 yang lalu , ketika itu aku seolah-olah tidak ada bisnes yang khusus aku lakukan , jadi aku melayari Internet mencari kot-kot ada peluang perniagaan di situ. Peluang pertama yang aku temui ialah satu web yang memaparkan 40 Idea Bisnes Yang Boleh Jana Pendapatan dan Kemudian aku bertemu dengan satu laman web yang menjalankan perniagaan Mail Order namun pada waktu itu telah mula menggunakan internet. Pada waktu itu di Internet tidak la banyak peluang-peluang seperti sekarang ini. Jadi dengan wang yang terhad ketika itu aku memberanikan diri mengeluarkan wang RM100 untuk membeli sebuah ebook yang boleh menjana pendapatan katanya. Kemudian aku tanyakan kawan tentang CD 40 Idea Bisnes dan dia kata dia dah beli dan ada kat dia jadi aku pun copy la kat dia. Jadi setelah aku baca idea dan konsep Mail Order ini aku jadi tertarik nak mencuba. Jadi aku mula ghairah siang malam aku fokus memberi tumpuan kepada usaha tersebut. Jadi aku fikir aku pun nak jual CD 40 Idea itu dan Beberapa panduan Mail Order . Aku masih ingat pada Bulan Puasa itulah aku menulis sebuah buku 3 Kunci Kejayaan Urusniaga Pos .

Bangunkan Laman Web Sendiri
Setelah aku siapkan pakej dia , aku bangunkan laman web sendiri gunakan hosting percuma sahaja iaitu CJB.NET. Aku juga terkejut sehingga hari ini laman web tu masih ada dan yang hebatnya 3 minggu yang lepas aku telah menerima satu SMS yang mengatakan dia berminat nak beli Pakej INTERPOS aku dengan harga RM60.00. Wah ! Walaupun aku dah tak promosikan laman web tersebut , walaupun aku dah tak kisah dengan pakej tersebut tak sangka ada lagi orang yang nak membeli. Kalau aku promosikan tentu lumayan juga. InsyaALLAH aku akan kemaskinikan Pakej tersebut dan bagaimana pakej tersebut benar-benar dapat membantu mereka yang memerlukan. Jadi setelah aku bangunkan laman web itu , aku promosikan dimerata tempat di Internet dan Alhamdulillah memang ada orang yang membelinya. Bulan pertama aku dapat dalam RM600.00 hasil jualan Buku dan CD Pakej INTERPOS itu.

APAKAH INTERPOS
Aku mengguna pakai istilah INTERPOS ini setelah melihat keperluan Internet dan Mail Order perlu digabungkan sebagai satu medium pemasaran yang berkesan. INTER itu merujuk kepada Internet dan POS itu merujuk kepada Mail Order yang memang banyak menggunakan khidmat Pejabat Pos dan kaedah iklan adalah melalui cara akhbar.

Jadi setelah aku amati potensi perniagaan berkonsep INTERPOS ini cukup besar dan kini telah banyak orang membuat jualan menggunakan kaedah INTERPOS.

Dalam menyelusuri laman web untuk mencari peluang-peluang tambahan dan idea untuk mengemaskini pakej baru aku tu , ketika itu aku bertemu dengan perkataan VCD Percuma lalu aku mengisikan maklumat aku untuk mendapatkan VCD itu. Prosesnya terjadi setelah aku isi maklumat itu , pemilik laman web itu menghubungi aku dan telah POS kan VCD kepada aku secara percuma dengan menggunakan Pos Ekpres yang bernilai RM3.00. Jadi aku membuka peluang kepada diri aku untuk menonton VCD tersebut dan aku SMS kepada pemilik laman web itu dan terus beliau menghubungi aku dan mengaturkan temujanji kerana kebetulan aku dan pemilik laman web aku itu tinggal dalam kawasan Pulau Pinang juga. Setelah diberikan penerangan aku juga menggunakan alat pemasaran VCD itu untuk memancing pelanggan dan Alhamdulillah aku mendapat beberapa orang pelanggan yang berminat untuk membeli produk tersebut. Wah ! Aku fikir senang juga bisnes seperti ini ya. Lalu aku menyertai perniagaan beliau dan aku usahakan sehingga kini dengan konsep INTERPOS.


VCD PERCUMA yang membawa aku ke perniagaan MLM INTERPOS dan yang telah membantu aku mencapai IMPIAN menjana pendapatan 5 angka.

Jadi itulah sejarahnya MLM INTERPOS dan InsyaALLAH akan datang aku akan ceritakan bagaimana aku memulakan perniagaan MLM aku bersama Smart Naco dan Smart Success Team dengan konsep INTERPOS ini. Sungguh luar biasa , bagaimana menaja , menjual tanpa bertemu dan bercakap. Duit terus sampai di akaun bank kita , pendaftaran dan pembelian produk diuruskan dirumah dan barang terus dihantarkan pintu rumah menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia.

Jadi , InsyaALLAH aku juga akan kemaskinikan beberapa panduan bagaimana anda yang berminat menjalankan perniagaan ini bersama saya dengan menggunakan konsep MLM INTERPOS. Bagaimana saya lakukan bisnes saya hanya di Meja Makan dirumah saya dan ketika saya menulis blog ini saya lakukan hanya di Meja Makan . Hebat dan luar biasa.

InsyaALLAH setelah melalui beberapa pengalaman selama 3 tahun , aku fikir sudah sampai masanya untuk aku menyediakan satu modul dan panduan tentang MLM INTERPOS ini kepada mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan secara sampingan. Dalam apahal sekalipun perkara pertama yang perlu kita miliki adalah kita memerlukan " MIND SETTING" yang betul. MLM Interpos ini sebenarnya berkisar kepada usaha bagaimana kita menjalan kerja-kerja pengiklanan atau promosi produk atau perkhidmatan kita , bagaimana kita membuat surat jualan untuk dihantar kepada pelanggan , bagaimana kita melakukan proses Follow UP , bagaimana kita lakukan " services after sales" dan pelbagai lagi. Oleh kerana ia adalah perniagaan MLM sudah tentu saya akan adunkan dengan elemen-elemen penting bagaimana menjalankan perniagaan MLM yang murni dengan pendekatan "Human Touch" dan bukannya "Touch n Go".

OK lah , aku fikir setakat ini dahulu penulisan aku kali ini , InsyaALLAH , dalam bulan September inilah aku mula menyertai perniagaan MLM Interpos ini.

Kepada anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa itu MLM INTERPOS bolehlah SMS nama dan alamat anda ke 0124686404 dan InsyaALLAH aku akan kongsikan pengalaman ini kepada anda .

Boleh juga ke laman web aku di www.iusahawan.myniaga.net

Semoga kita semua beroleh kejayaan dan rahmat dari Illahi

Sekian

Che Din

No comments: