18 September 2008

PASTI ADA RUANGNYA

Salam sejahtera ! Nampaknya lama tak updated blog ini seolah-oleh sunyi dari persada bahtera perniagaan yang telah dituntun selama 3 tahun dan hanya menanti persediaan menyelusuri lukisan perjuangan perniagaan untuk tahun keempat menjelang 27 September 2008. Tatkala menyorot catatan suka duka perjalanan seorang pemuda melangkah gagah dan lesu , menggalas harapan sebuah impian , menggengam azam dan keyakinan kejayaan tatkala itulah datangnya pelbagai cabaran dan mehnah tribulasinya namun itulah tanda-tanda pembinaan kekuatan dalaman yang hebat dan cukup kuat.

Diketika ini jumaat 19 September 2008 , kembali laptop ini dipancari gelombang internet setelah 2 minggu memisahkan diri dari memasuki ruang alam cyber. Komunikasi dialam maya terhenti seketika , perancangan untuk gerak kerja alam cyber terhenti seketika lantas mengajak untuk otak berfikir sejenak bermuhasabah membina kekuatan baru yang lebih hebat. Masa yang ada dihuni dengan aktiviti mengemaskini halaman rumah sedikit demi sedikit , hari demi hari dan hasilnya telah kelihatan hari ini.

Semoga hayat nyawa internet dapat berterusan bagi meneruskan kerja-kerja yang tertangguh seperti membuat semakan email , membalas email , mengemaskini maklumat diblog , mengemaskini dan membangunkan laman web downline , bersama rakan-rakan diarena "chatting" setelah beberapa hari terhenti . Namun sepanjang menamatkan 3 minggu Ramadhan pelbagai persoalan yang difikirkan dalam menuntut satu tindakan drastik , konsisten dan berani.
Namun Alhamdulillah , permintaan terhadap produk susu IgG Plus terus berlaku seperti biasa , masih ada insan yang tercari-cari produk susu IgG Plus namun hanya tinggal kita melakukan tindakan strategik dalam menyampaikan mesej dan maklumat ini kepada setiap diri anak Malaysia. Namun pastinya ia tidak mampu dilakukan berseorangan maka sebab itulah pentingnya kerja secara berjemaah ini dalam membina satu momentum baru dalam membangunkan sebuah dunia perniagaan dalam coraknya yang tersendiri dengan lebih berdaya tahan dan berdaya saing. Semuanya adalah didalam pilihan kita sendiri.

Setakat ini sahaja , sekadar menyampaikan berita dan InsyaALLAH dalam masa-masa mendatang InsyaALLAH kita akan sambung lagi perbicaraan kita tentang membina harapan dan realiti kejayaan didalam perniagaan ini .

Semoga 10 hari terakhir ini dapat terus memberi kekuatan yang hebat untuk kita semua

Salam Ramadhan untuk semua

Hairuddin Abdullah Almuari

No comments: