09 September 2008

USAHAWAN - ASAS MLM INTERPOS

Salam Ramadhan. Setelah dahulu anda diperkenalkan dengan bagaimana Istilah dan pendekatan INTERPOS ini digunakan dan ia boleh menjadi satu istilah bagi beberapa tindakan asas yang perlu diambil jika kita ingin terlibat secara aktif menjadi usahawan MLM secara Interpos.

Asas Pertama yang MUDAH ialah : Setelah anda tahu apakah komponen utama INTERPOS iaitu gabungan 2 aktiviti utama iaitu 1. Internet 2. Mail Order namun sebagai penghubung kepada kedua ini kerana anda sedang menjalankan perniagaan MLM yang perlukan "human touch" anda perlukan alat komunikasi seperti SMS / Panggillan telefon. Jadi saya istilahkan dalam hal ini kita akan melibatkan beberapa institusi seperti :

1. Streamyx / Mobile Broadband - Untuk Akses Internet

2. TM , Maxis , DiGi , Celcom - Untuk Panggilan / SMS

3. POS Malaysia - Untuk Pengeposan Maklumat/ Produk

4. Media Cetak spt Akhbar dan Majalah - Untuk Iklan Perniagaan

5. Pihak Bank spt Maybank , CIMB - Untuk tujuan pindahan bayaran

Itulah ASAS Keperluan Institusi jika anda ingin terlibat dalam perniagaan MLM Interpos ini.

Jika kita melihat sekarang telah banyak usahawan atau syarikat-syarikat besar menggunakan kaedah Interpos dimana pelanggan melayari internet , membuat pembelian secara online dan pihak syarikat menghantar produk fizikal menggunakan pos. Contoh seperti kedai buku MPH , Dawama juga telah menggunakan pendekatan Internet & Pos , Kita boleh menjual tudung , VCD dan produk-produk fizikal yang tahan lasak.

ASAS TINDAKAN

Setelah anda mengetahui keperluan Institusi terlibat sebagai gambaran awal bagaimana proses ini akan berlaku walaupun hanya anda lakukan dimeja makan dirumah anda atau dimana sahaja. Jesteru itu hari ini saya hanya akan menceritakan tindakan-tindakan yang paling asas jika anda menggunakan kaedah ini dan apakah keperluan yang perlu anda ada.

Saya akan ceritakan KEPERLUAN ASAS ( HARDWARE ) dalam menjalankan perniagan MLM Interpos ini.

1. Kemudahan Internet - Sebaiknya anda perlu mempunyai kemudahan Internet di rumah atau dimana di fikirkan sesuai.

2. Sebuah Laman Web - Oleh kerana anda akan menggunakan internet sebagai medium memperkenalkan perniagaan anda , anda memerlukan sebuah laman web samada berbayar atau percuma dan boleh juga menggunakan blog.
* Tentang penggunaan Internet dan Laman Web ini serta strategi menggunakan Internet anda boleh pelajari dalam Modul Internet Marketing yang disediakan Smart Success Team.

3. Email - Anda perlu mempunyai email untuk menyimpan dan menerima maklumat data serta membalas maklumbalas atau menghantar maklumat secara elektronik

4. Akaun Bank seperti - Maybank2u , CIMB Bank

5. Keperluan lain seperti talian telefon , keperluan mengepos , menaip surat jualan dan sebagainya saya fikir tidak menjadi cabaran kepada anda. Biasanya hal yang pertama dan kedua di atas yang selalunya menjadi cabaran.


PENGETAHUAN ASAS yang anda perlukan

Setelah saya ceritakan keperluan asas , ada hal yang cukup penting iaitu pengetahuan asas dalam menyusun gerakkerja kaedah INTERPOS ini. Antara pengetahuan yang perlu

1. Bagaimana membuat atau mendapatkan laman web/ blog. Anda boleh dapatkan dari upline atau laman web SST iaitu www.alivingmydream.com/......

2. Anda juga perlu mempunyai pengetahuan menggunakan email

3. Anda perlukan pengetahuan bagaimana membuat promosi laman web anda kepada pelayar internet di seluruh negara dan dunia ini.

4. Pengetahuan Asas membuat surat jualan , katalog dalam usaha memperkenalkan perniagaan anda

5. Pengetahuan asas bagaimana membuat usaha Follow Up kepada prospek yang mengisikan maklumat kepada anda.

6. Jika anda berminat menggunakan media cetak , anda juga perlu mengetahui cara-cara memasang iklan di akhbar atau majalah

7. Pengetahuan bagaimana untuk membuat usaha penutupan jualan kepada prospek berminat

8. Bagaimana cara untuk membuat urusan pos seperti pos laju , kiriman ekspres

9. Bagaimana menerima , membuat pindahan dan semakan pindahan wang melalui online banking.

Itu antara pengetahuan-pengetahuan asas. Biasanya kekurangan pengetahuan boleh ditingkatkan dengan banyak belajar dan bertanya kepada mereka yang telah melalui proses ini.

Jesteru itu , kali ini saya hanya menceritakan 2 hal yang ASAS yang perlu anda ada dan ketahui. Pada siri akan datang saya akan menceritakan PROSES ASAS bagaimana kaedah ini digunakan. Bagaimana saya dan rakan-rakan dapat menaja dan membuat jualan kepada prospek tanpa bertemu muka dan dalam satu jarak yang jauh. Ada yang berkomunikasi hanya melalui email , ada yang hanya melalui sms sahaja , ada yang perlu membuat panggilan telefon , ada yang hanya melalui surat dan sms sahaja dan ada yang prospek SMS atau Membuat Panggilan dahulu. Anda boleh lakukan dirumah 24 jam.

Inilah kaedah yang saya dan rakan-rakan gunakan. Banyak syarikat dan usahawan telah menggunakan kaedah INTERPOS ini dan telah menjadi salah satu alternatif atau nilai tambah kepada usaha pemasaran untuk perniagaan kita selain secara konvensional atau yang dikatakan offline. Namun ada beberapa hal yang perlu kita sediakan dan fahami terlebih dahulu dan ianya sesuatu yang tidak mustahil.

InsyaALLAH kita akan bertemu lagi dalam siri akan datang dengan tajuk PROSES ASAS menjalankan MLM INTERPOS ini dalam membantu anda memanfaatkan kaedah ini atas peluang yang telah diberikan.

Semoga kita semua mendapat kejayaan dan beroleh keuntungan.

Nak join saya buat MLM INTERPOS bersama Smart Naco dan Smart Success Team boleh SMSKAN nama dan alamat anda ke 012-4686404

atau layari laman web saya di www.iusahawan.myniaga.net

Sekian Terima Kasih

Hairuddin Abdullah

No comments: