24 August 2008

PERMATANG PAUH

Alhamdulillah , Sabtu lepas 23/8/08seawal pagi jam 7.45 saya keluar rumah untuk mengambil sahabat bisnes saya di Permatang Pasir dalam Parlimen Permatang Pauh. Begitu meriah sepanjang jalan dengan kain rentang , bendera , poster dan sepanduk dikiri kanan jalan. Kami memulakan perjalanan untuk ke Kuala Lumpur kerana ada satu PROGRAM PENTING untuk meningkatkan kualiti diri. Satu program yang dinamakan BRAIN POWER TRAINING (BPT) .

Cukup LUAR BIASA , Baik Lebih Baik , Pasti Lebih Baik , Luar Biasa Baik .. itulah ungkapan-ungkapan yang sering dilaungkan oleh peserta-peserta BPT. Sering kali juga dilaungkan dan didengarkan lagu Fikirkan Boleh dan Gemuruh yang menjadi penyeri semangat sepanjang program BPT. Program ini dikendalikan oleh seorang Trainer Hebat yang 13 tahun berpengalaman dalam membantu orang bagaimana MENJADIKAN IMPIAN SEBAGAI KENYATAAN menggunakan kuasa otak dalam satu proses yang dinamakan PENYEIMBANGAN PENGGUNAAN OTAK KIRI DAN KANAN.

Kami di ajar dengan pelbagai teknik dan ianya satu ilmu yang baru dan SYUKUR kerana aku dan rakan-rakan telah diberi keizinan oleh ALLAH untuk bersama-sama belajar ilmu baru. Syukur juga kerana kami telah ditekankan tentang pentingnya penggunaan ayat-ayat positif dan bagaiaman MENGHANCURKAN PROGRAM NEGATIF dalam otak kita dan memulakan MEMPROGRAM POSITIF. Terbayang saat-saat kejayaan dan bagaimana nantinya IMPIAN MENJADI KENYATAAN. Program 2 hari ini cukup terkesan dan cukup luar biasa. JADI kepada anda yang belum menyertai JANGAN LEPASKAN PELUANG jika ianya dianjurkan sekali lagi selepas ini.

Kami selesai BPT ini jam 7.00 petang semalam , disediakan makan malam dan saya bersama rakan-rakan terus meluncur pulang ke rumah kami masing-masing. Saya melihat jam di tangan sekitar jam 11.30 malam dan mengambil keputusan untuk keluar mengikut Juru dan melalui kawasan PANAS sekarang ini iaitu Permatang Pauh kerana 2 orang sahabat saya ini adalah orang Permatang Pauh. Kelihatan begitu ramai orang termasuk polis dan orang ramai yang agaknya baru selesai mendengar ceramah atau penerangan dari calon-calon yang bertanding . Keluar satu suara dari belakang yang BERIMPIAN : " Alangkah Bestnya Kalau kita boleh kumpulkan orang seramai ini untuk program Smart Naco kita" .. Saya juga terlintas bagaimana dalam tempoh sepuluh hari ini mereka berkempen , mereka ALL OUT , BERMATI-MATIAN berkempen calon mereka.

Kesimpulan yang saya nak kutip di Permatang Pauh ini ialah , Mengapa kita tidak begitu ALL OUT berkempen perniagaan kita dan produk kita secara besar-besaran dan habis-habisan untuk menyampaikan mesej ini kepada seluruh penduduk Malaysia. Soal mereka terima atau tidak adalah soal kedua tetapi TINDAKAN PERTAMA ialah bagaimana MESEJ dan MAKLUMAT itu dapat disampaikan.

Saya melihat pelbagai strategi KEMPEN di gunakan , ada flyer , ada sepanduk , ada VCD , ada penerangan atau ceramah umum ada melalui akhbar , ada melalui televisyen dan radio ada melalui poster-poster ada yang buat secara DOOR 2 DOOR dan ada yang menggunakan INTERNET sebagai saluran menyampaikan MESEJ DAN TIDAK ketinggalan saya ada mendengar mereka juga berkempen dengan CARA MENGHANTAR SURAT MENGGUNAKAN POS ke rumah-rumah pengundi. Itu adalah kempen pilihanraya NAMUN apa bezanya dengan kempen perniagaan kita dalam mendagangkan produk hebat yang berkualiti . ALL OUT , Sampaikan kepada masyarakat dan biarkan masyarakat menilai setelah diberi penerangan yang jelas.

Selain dari TOOLS atau ALAT yang digunakan untuk berkempen salah SATU hal yang tertarik saya lihat ialah STRATEGI. Bagaimana kedua-dua pihak menggunakan pelbagai strategi untuk MENANG. Soal strategi itu positif atau negatif sama juga dalam perniagaan kita boleh gunakan strategi positif atau negatif.

NAMUN sebagai seorang INSAN yang ada AKAL BUDI yang Tinggi , Tahu erti KEBERKATAN dalam Rezeki dan usaha dan ada rasa TANGGUNGJAWAB yang tinggi , pastinyalah kita perlu menggunakan pendekatan yang BAIK , MURNI dan BERMORAL .

Saya begitu semangat dengan suasana kempen ini dan bagaimana kita menjadikan satu teladan yang baik kepada usaha-usaha BAIK ini SAHAJA untuk kita menyusun STRATEGI BERKEMPEN untuk berniagaan kita , MENYAMPAI MESEJ kepada masyarakat terbanyak dan MEMANFAATKAN ALAT PEMASARAN tersedia dengan efektif. Kita perlu tanamkan dalam diri kita bahawa usaha kempen perniagaan ini juga seoalah-olah satu MENANG KALAH yang melibatkan MARUAH diri kepada diri kita sendiri.

Jadi , dalam apa-apa hal biarpun kita berkempen , berstrategi dalam menawan hati pelanggan atau pengguna , ASASNYA ialah ia satu tindakan yang MURNI , BERMORAL , BERTANGGUNGJAWAB dan Menepati keperluan dan kehendak untuk mendapat KEBERKATAN dari ILLAHI yang mengizin semua rezeki untuk kita. Lakukan ALL OUT secara yang sederhana dan tidak meninggalkan tangungjawab lain seperti kepada keluarga , anak-anak , masyarakat dan sebagainya. SEMOGA Kita semua akan diangkat menjadi seorang USAHAWAN HEBAT YANG UNGGUL dan DIHORMATI oleh PELANGGAN-PELANGGAN kita.

Dalam perniagaan ini bukan kita ingin MENGANGKAT MARTABAT Ekonomi diri dan keluarga semata-mata tetapi bagaimana Diri kita diangkat sebagai seorang yang berilmu , berkemahiran tinggi , bertanggungjawab dan mempunyai AKAL BUDI yang baik . Semoga USAHA kita mendapat MARTHATILLAH.

Kepada anda yang ingin bersama-sama saya MEMACU KEUPAYAAN DIRI menjadi seorang usahawan yang UNGGUL dan HEBAT di sisi Masyarakat , Negara dan Agama bolehlah klik laman web di bawah :

www.usahawan2u.com

Sekian Dahulu

HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: