30 August 2008

SALAM MERDEKA & SEMANGAT PERJUANGAN


SALAM KEMERDEKAAN

Saya dengan lafaz kesyukuran ingin mencucapkan SALAM KEMERDEKAAN kepada semua pengunjung blog dan rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama memberi sokongan kepada saya. Negara kita kini telah menyambut 51 tahun kemerdekaan dan telah melalui pelbagai suasana suka dan duka demi menyampaikan aspirasi kejayaan kepada seluruh rakyat . Syukur Alhamdulillah , kita hidup dalam keadaan yang aman , tenang dan bahagia . Hidup dalam pelbagai keadaan sosiobudaya yang saling hormat menghormati satu sama lain.

Sebaiknya sambutan kemerdekaan ini disambut dengan penuh rasa syukur dan azam serta semangat perjuangan yang membara untuk terus meningkatkan kualiti diri. Mengsinsafi akan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan mampu membebaskan negara dari penjajah dengan cara yang berhemah dan bijak lantas begitulah kita dalam membina sebuah perniagaan yang merentasi sempadan geografi dan pelbagai lapisan masyarakat.

Apakah kita juga telah bebas dari belengu kesulitan hidup , belengu kelesuan ilmu , belengu kelesuan semangat perjuangan untuk bebas dari beban hutang , sifat malas , penindasan orang lain , cepat putus asa dan sering mengaku kalah dan MERDEKA dalam erti kata diri kita mampu mencapai KEBAHAGIAAN HIDUP di Dunia dan Akhirat. Berdiri atas identiti diri sendiri dan selari dengan acuan Al-Quran dan Sunnah dalam pengertian tanggungjawab sebagai seorang khalifah ALLAH yang diberi AMANAH mengurus alam ini dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata , SALAM KEMERDEKAAN dari saya untuk anda semua semoga kita terus diberikan kekuatan , semangat perjuangan dan bebas dari belengu fikiran negatif yang sering menghalang Jejak kejayaan kita dan semoga IMPIAN KITA MENJADI KENYATAAN.

Salam Kemerdekaan

HAIRUDDIN ABDULLAH & SOFIAH OZALLI



No comments: