17 August 2008

PANGGIL UPLINE ANDA

Salam Sejahtera ! Bertemu lagi di sini. Pertama mari kita sama-sama panjatkan syukur ke hadrat Illahi kerana telah dianugerahkan kesihatan yang baik , kebahagiaan , ketenangan dan kesejahteraan dalam hidup.

Alhamdulillah , pada sabtu baru ni dah selesai satu aktiviti Program Keibubapaan Bestari di USM. Respon dari program Alhamdulillah cukup baik. Ianya sebagai satu lagi nilai tambah kepada perancangan dan aktiviti-aktiviti perniagaan aku. Kita ni bukan sahaja nak MEMBURU wang semata-mata , biarlah ianya seimbang dengan hal-hal pembinaan diri dan jiwa merdeka , prihatin kepada isu-isu sosial dan masyarakat dan terus menyusun aktiviti agar kita terus membumi kebawah merapati semua lapisan masyarakat.

Single Daily Action

Ya! Bagaimana dengan ANDA . Apa yang telah anda lakukan setiap hari dalam usaha mengembangkan perniagaan anda. Adakah anda ?

1. Telah membuat promosi kepada produk atau perniagaan anda

2. Telah mendapatkan beberapa nama prospek setiap hari . Sekurang2nya 30 nama sebulan

3. Telah membuat usaha Follow Up kepada prospek

4. Atau ada edarkan flyer , hantar email , join Social Networking , Bercerita tentang produk

5. Bila dapat prospek apa yang anda buat , hantar surat? SMS ? Telefon? Chatting?

6. Anda menggunakan produk keluaran Smart Naco?

7. Anda membuat perancangan dan sasaran jualan?

8. Anda baca buku atau ebook berkaitan pemasaran , MLM , Internet , motivasi diri?

9. Anda menghubungi downline anda , upline anda hampir setiap hari

10. Sudah ada perancangan satu aktiviti berkelompok / perjumpaan dalam sebulan ini?

11. Anda ada rancangkan satu aktiviti yang boleh anda ajak upline anda datang ke tempat anda?

12. Anda lihat , baca atau tulis matlamat kewangan atau IMPIAN anda setiap hari?

Kalau nak tulis banyak lagi , nanti tak terbuat semuanyakan. Tapi itulah hal-hal rutin yang saya fikir ramai orang-orang berjaya buat dan dia akan terus buat setiap hari , setiap minggu dan setiap bulan.

Walaupun sekarang bulan Ogos , aku dah ada perancangan yang penuh untuk bulan September. Aku juga lihat seorang sahabat , dulu dia tak der aktiviti tentang bisnes ni yang dibuatnya , jadi memanglah tiada sales atau jualan atau member yang join , tetapi bila beliau melakukan hal-hal seperti di atas , menyusun aktiviti sekarang beliau boleh buat penajaan , penjualan malah penjualan ulangan.

Saya masih tetap membuat kerja-kerja mencari Prospek di Internet sepertimana saya mula dahulu pada 2005 , SMS Prospek atau Call Prospek , Hari ini saya nak hantar surat kepada 20 orang prospek saya , Minggu ini juga saya telah rancang untuk hantar 50 surat kepada downline-downline saya , berhubung dengan downline hampir setiap minggu , membungkus produk dan mengepos produk seperti dulu , bertemu dengan rakan-rakan untuk aktiviti brainstorming , membuat laman web untuk downline yang komited , terus mempromosikan produk susu IgG Plus dan bisnes melalui pelbagai cara , berchatting dengan downline dan prospek dan ini saya lakukan hampir setiap hari. Ya Lah ! Saya FULLTIME dan periuk nasi saya disini.

Namun saya lihat seorang downline saya walaupun dia lakukan bisnes ini Part Time , dia juga melakukan hampir 2/3 aktiviti yang saya lakukan , jesteru itu saya lihat sales dia semakin meningkat sedikit demi sedikit. Beliau pada masa-masa terluang ditempat kerja akan SMS saya , SMS prospek beliau , SMS Downline beliau , balik je kerja terus tumpu kepada urusan-urusan perniagaan beliau. Saya lihat apa yang ada pada beliau ada KEYAKINAN DIRI yang tinggi kepada kemampuan diri , produk dan perniagaan . Beliau terus membantu downline beliau , terus memastikan dalam team beliau usaha promosi produk dan bisnes berjalan.

Kadang-kadang kita rasa kita buat macam-macam tapi tak der respon dan hasil . Tanya pada hati , tingkatkan keyakinan diri , percaya pada diri sendiri , produk dan bisnes yang anda lakukan serta KUASA MINDA anda. Jika tidak FEEL , Perasaan anda tidak anda rasakan sepenuhnya dan sebab itu ramai orang melakukan tetapi tidak berhasil. Cuba ada menjiwai perniagaan anda sepenuhnya , anda punya TEKAD yang terlalu kuat untuk berjaya dan anda sanggup lakukan apa sahaja , keluar dari ZON SELESA anda .

Jadi , JANGAN PUTUS ASA , Jangan TUNGGU UPLINE ANDA DATANG KE TEMPAT ANDA , tetapi Anda usahakan sesuatu agar UPLINE ANDA BOLEH DATANG KE TEMPAT ANDA DENGAN ANDA MENGAJAK MEREKA DATANG. Jadi jangan malu suruh UPLINE anda datang ketempat anda. Ni ramai yang HANYA MENUNGGU hanya UPLINE yang SMS dulu , CALL dulu , Tolong Susunkan AKTIVITI untuk anda ( itupun anda banyak alasan untuk hadir ) , SMS tanya khabar ( itupun ada yang tak balas sms ) ... Jadi bagaimana kita nak berjaya dalam bisnes seperti ini. JADI , rancangkan satu aktiviti , atau setkan satu pertemuan agar UPLINE anda datang ke tempat anda.. Saya lihat seorang downline baru saya begitu aktif bersms dengan saya , bertanya dengan saya dan sedang susunkan satu aktiviti untuk saya datang ke tempat beliau di Sabah .. Dan hasilnya , memang beliau mampu membuat penajaan dan jualan. Saya sedang mencari waktu yang sesuai untuk kesana.

JADI salah satu KUNCI kejayaan ialah , susunkan satu aktiviti atau agenda dan ajak UPLINE anda turun ke tempat anda , InsyaALLAH UPLINE anda akan turun , kalau UPLINE tak turun pasti BISNES UPLINE anda akan jatuh merudum nanti... Anda susunkan agendanya setidak-tidaknya susunkan pertemuan kecil untuk anda bertanya lebih banyak secara bersemuka dengan UPLINE anda seperti tentang marketing plan , produk , strategi perniagaan , rahsia dia buat dan sebagainya.

YAKINLAH !! JIKA anda yang mula menyusunkan aktiviti agar UPLINE anda datang ke Tempat Anda , Anda akan dapat satu kepuasan , keyakinan dan InsyaALLAH kejayaan. Jangan HANYA TUNGGU Upline sahaja yang nak susunkan aktiviti untuk anda atau menghubungi anda selalu , RANCANGKAN SESUATU , LAKUKAN SESUATU ..


HASIL YANG POSITIF HANYA DATANG DARI TINDAKAN YANG POSITIF


Jadi , jangan tunggu lagi :

Hari ini tiba-tiba saya dapat lagi order melalui SMS 2 kotak susu , 2 botol Alfalfa dan 2 nama yang beserta alamat penuh untuk saya hantarkan informasi kepada beliau.

Jadi , FOKUS dan BERTINDAK setiap hari...


Sekian .. WEB aku pi je kat www.usahawan2u.com

Che Din
0124686404

No comments: