11 August 2008

CHE DIN BUAT APA SEKARANG?

Salam sejahtera! Apa khabar? Semoga terus sihat dan diberikan kekuatan untuk terus menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman. Syukur Alhamdulillah aku selesai trip perjalanan jelajah KL , Negeri Sembilan dan Pahang.

Pagi Jumaat lepas aku dan SPD Zul ke KL dan sampai petang . Kemudian malam jumpa rakan laman SPD Zul dan sembang punya sembang di ambik 4 kotak. Keesokannya harinya Sabtu selepas sarapan aku ke Putrajaya bertemu dengan En Izham dan Gunawan di Presint 9. Memang seronok dapat bertemu sahabat baru setiap hari. En Izham ni dia kata memang dok cari susu IgG Plus sebab nak bagi kat mak dia , En Gunawan yakin produk susu IgG Plus ini dapat menjadi minuman rasmi keluarga dia nanti. Mereka berdua ini adalah prospek dari Internet yang telah menjadi rakaniaga di bawah Rizal TI. InsyaALLAH lepas ni kita TAWAN PUTRAJAYA pulak.

Masa agak terbatas bertemu mereka , jam 1 terus kami keluar dari Putrajaya untuk ke Serting , Bahau. PD Shidi dah menunggu dihadapan. WOW ! Perjalanan yang sungguh hebat kerana kami melalui jalan yang belum biasa kami lalu. Dari Putrajaya ke Senawang , Ke Kuala Pilah dan terus Ke Serting. Sampai di Serting jam 3.30 petang kelihat PD Rashidi dan En Baba orang kuat kita di Bahau telah menanti. Kelihatan sudah ada 10 orang ahli baru Smart Naco telah menanti di Kompleks Rakan Muda . Kita berkongsi cerita dan pengalaman dan akhirnya kita susuli dengan perbincangan rakan-rakan di Bahau- Serting untuk menyusun satu program pada penghujung bulan ini.

Setelah selesai di Serting , kami bertolak pula ke Bera melalui jalan yang SPD Zul kata Jalan Roller Coster , namun cukup menarik. Sampai di Bera bertemu dengan En Azhar dan kita pun sembang-sembang la tentang bisnes susu IgG Plus sambil meratah burung puyoh. Kemudian selesai kami terus je Jengka untuk berehat di rumah Ayahanda PD Rashidi. Sampai rehat , pekena la buah durian sikit , mandi air kolah besar dan tidur dengan lena.

Bangun pagi disambut hujan lebat , haaa , bestnya , sejuk asli dari udara luar. Kemudian jam 9 pagi kami bertolak untuk bertemu beberapa rakan di Tekam Resort . Kelihat En Nazif pun sampai di susuli En Mat Khir dan Abang Aziz. Kita bincang tentang strategi 333 dan lain-lain lagi. Masa berlalu begitu pantas dan jam telah menunjukkan jam 1 petang.

Kami bergegas pula ke Temerloh dan Kak Noor sedang menunggu. Kemudian En Hisyam dan En Mat Zin sampai dan kami terus mempromosikan strategi 333. Setelah selesai ada beberapa orang lagi sampai dan kami bertemu di restoran. Makin lama makin ramai yang hadir. Tepat 6.45 kami pun terus meninggalkan perkumpulan itu memadangkan perjalanan kami ke Pulau Pinang masih jauh.

Alhamdulillah , sampai rumah jam 1.30 pagi.. Dan perjalanan ini cukup memberi kepuasan kepada Aku dan SPD Zul...

............................................

Dalam sepanjang perjalanan itu , aku mendapat beberapa SMS dan Panggilan Telefon yang bertanya Che Din buat apa sekarang? Saya tak faham kenapa soalan ini ditanyakan . Saya kata saya masih buat bisnes Smart Naco dan Susu IgG Plus dan mereka terkejut . Saya kata nak terkejut apa , kita ni buat bisnes betul-betul , bukan bisnes main-main. Pasang surut dalam bisnes biasala. Dan Alhamdulillah perkembangan bisnes susu IgG Plus sekarang sudah semakin berkembang. Saya tetap seperti biasa menjalankan perkara-perkara yang seperti biasa.

Dapat Order SUSU sepanjang perjalanan.

Sepanjang perjalanan , tiba-tiba saya mendapat SMS tanya tentang susu IgG Plus. Semasa di Jengka saya dapat SMS dari Sabah yang mengatakan beliau berminat untuk menjadi ahli dan memasarkan susu IgG Plus di Sabah. Beliau cukup optimis. Beliau tengok web saya dan call saya.

Kemudian di Temerloh ada seorang yang sms saya tanya harga susu IgG Plus kini . Dia pernah cuba minum dan sekarang di nak beli sekotak.

Kemudian rakaniaga saya di Sabah yang bermula dengan bermodalkan Flyer sahaja telah order lagi 2 kotak susu IgG Plus.

Kemudian Isteri saya SMS pulak , ada tak stok 2 kotak susu IgG Plus ada rakan cikgunya nak beli .

Syukur Alhamdulillah , permintaan semakin baik dan terus mendapat perhatian yang baik dari kalangan masyarakat. Semasa berjumpa En Azhar di Bera beliau mengatakan biasanya bulan Puasa ramai orang akan cari Susu IgG Plus dengan dia , di Jengka Isteri En Mat Zin kata bulan puasa ni dia mesti kena ada susu IgG Plus ni....

Malam tadi saya bertemu dengan Dr Main. Ada 2 orang nak join dengan membeli susu IgG Plus. WAH ! Nampaknya perkembangan cukup positif ...

Dan semalam juga , seorang rakaniaga lama yang dah PD masih berminat untuk sama-sama aktif dalam perniagaan ni cuma agak jem sikit sebab rakaniaga dia dah tak aktif jadi dia ingin dapatkan cara macam mana nak aktifkan kembali rakaniaga dia yang lama.

Jadi lepas ni , saya nak wat FOLLOW UP lagi secara konsisten , InsyaALLAH....

Jadi kalau ada sapa-sapa TANYA CHE DIN BUAT APA SEKARANG , Dah baca tulisan saya di atas , dan itulah yang saya sedang buat SEKARANG.....

InsyaALLAH , dalam bisnes kita kena Fokus , Buat secara konsisten , ada masalah bawa berbincang dengan baik , tak jalan strategi 1 , cari idea untuk strategi 2 , 3 , 4 dan seterusnya barulah hidup bisnes kita. Kalau asyik nak lompat sana , lompat sini sampai kemana kita nanti. Tapi kalau lompat atas prinsip perniagaan yang baik , tak der masalah bukanlah terikut-ikut orang dan suasana. Apa pun saya doakan semua orang yang buat bisnes BERJAYA dan UNTUNG kerana bisnes result dia untung. tapi yang paling best saya dapat kawan-kawan baru hampir setiap hari.

Oklah nak pi pos susu dan nak pi jumpa prospek plak petang ni..

OOOO ye .. JOM LA JOIN USAHAWAN2U NETWORK di www.usahawan2u.ning.com


Sekian Jumpa lagi

Hairuddin Abdullah

www.usahawan2u.com
www.usahawan2u.blogspot.com
www.usahawan2u.ning.com
usahawan2u@yahoo.com
usahawan2u@gmail.com

No comments: