03 August 2008

PROJEK 333 & SPIRULINA

SALAM SEJAHTERA !!

Apa khabar rakan-rakan semua semoga terus mendapat kesihatan yang baik , tenang , bahagia dan dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Alhamdulillah semalam aku ke KL bersama Dr Main. Keluar rumah jam 5.45 pagi ambil Dr di rumah jam 6 dan terus gerak ke KL untuk satu Appointment Anak Ku Sayang di HQ. Kemudian belah petang ada pertemuan ahli-ahli SST dan Dr Main telah menyampaikan pengalaman dan maklumat beliau tentang Susu IgG Plus dan Spirulin , Segmentasi Pemasaran yang baru dan bagaimana kita perlu mencari pendekatan-pendekatan dan idea baru dalam perniagaan. SPD Kaz telah menceritakan strategi yang menarik dan sahabat kita Saudara Hafiz begitu excited menceritakan pengalaman beliau menggunakan minda bawah sedar setelah menonton cd The Secret. Tahniah 2 U ALL.

PROJEK 333
Saya tengah menyiapkan satu lagi laman web untuk di test nanti dah siap bagi aku test dulu dan bolehlah dikongsikan bersama kalian. Kemudian aku juga sedang mengemaskinikan MODUL KEUSAHAWAN untuk Program i-usahawan. Dan salah satu yang mungkin akan menarik perhatian ialah PROJEK 333. Anda boleh muat turun PROJEK 333 ini dalam membantu anda menjana pendapatan tambahan sekurang-kurangnya dengan sasaran RM3000.00 sebulan. Dan yang hebatnya anda akan mendapat 3 kali pendapatan ini jika anda berjaya membantu 1 orang di setiap 3 jaringan anda untuk mendapatkan pendapatan RM3000.00. Bagaimana ? Anda ingin tahu bagaimana menjana pendapatan RM3000.00 dengan mudah. Ini amat sesuai bagi anda yang sedang bekerja dan ingin untuk memulakan bisnes partime bermula dirumah atau bagi golongan belia yang sedang mencari peluang pekerjaan atau yang baru sahaja memulakan pekerjaan. Nak tahu apa itu PROJEK 333 nanti saya akan jelaskan kepada anda dipertemuan-pertemuan akan datang.


SPIRULINA
Hari ini saya juga nak promosikan habis-habisan tentang produk hebat dan berkualiti keluaran Smart Naco Sdn Bhd iaitu SPIRULINA.

Apa itu Spirulina

u
Spirulina adalah dari alga biru-hijau yang lazimnya hidup dalam air tawar. Tidak mempunyai daun , akar atau batang. Mempunyai pigmen yang dipanggil klorofil hijau yang diperlukan oleh semua tumbuhan dan phycocyanin (biru) dalam struktur selularnya.

Spirulina atau perkataan lain yang bermaksud berlingkar atau berpusing.
Ia juga dikenali "Makanan Masa Depan" yang boleh menghasilkan makanan berkualiti tinggi dengan berkesan berbanding alga lain.
NASA mengiktiraf spirulina sebagai "Makanan Orang Angkasa Lepas" yang paling berkhasiat.
1kg spirulina = 1,000 kg sayur-sayuran
Peratus penghadaman adalah 95%

KEISTIMEWAAN SPIRULINA

Tidak seperti tumbuhan lain, spirulina menghasilkan protein dan gula seperti yang dilakukan oleh haiwan. Ia mengandungi 65-71% protein lengkap dengan semua asid amino perlu
Mengandungi vitamin B-12 unuk pembinaan darah manusia
Mengandungi nutrien lain dalam bentuk mudah serap seperti - mineral , bahan-bahan pigmen , gula ramnosa ( gula kompleks semuajadi tumbuhan ).

KANDUNGAN SPIRULINA

Antioksidan - beta karoten dan zeaxanthin ( mengurangkan aktiviti radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan dan melemahkan fungsi sistem imun.
Interferons dan interleukins - antikeradangan untuk meningkatkan fungsi imun
Anti-histamin - mengurangkan dan mencegah reaksi alergi
Anti-kanser - adanya antioksidan dan ciri peningkat imun serta faktor alfa ( bahan kimia ) yang menyerang sel-sel tumor
Zat besi ( Fe) - untuk membantu pembentukan sel-sel darah.

8 ASID AMINO

1. Isoleusin - Untuk pertumbuhan dan perkembangan minda dan untuk menghasilkan asid amino perlu lain.
2. Leusin - Merangsang FUNGSI OTAK dan meningkatkan paras tenaga otot
3. Lisin - Bahan utama antiobodi darah , menguatkan sistem peredaran darah dan mengekalkan pertumbuhan normal sel
4. Metionin - Asid Amino Lipotropik ( agen metabolisme lemak ) yang mengekalkan kesihatan hati dan faktor anti tekanan.
5. Fenilalanin - Diperlukan oleh kalenjar tiroid untuk penghasilan tiroksin dan merangsang kadar metabolisme
6. Threonin - Meningkatkan kecekapan usus dan penyerapan nutrien
7. Triptofan - Meningkatkan penggunaan vitamin B , meningkatkan kesihatan saraf dan kestabilan emosi
8. Valina - Merangsang keupayaan mental dan koordinasi otot

MINERAL DALAM SPIRULINA

Kalium - Mengawalatur keseimbangan elektrolit badan
Kalsium - Penting untuk kesihatan tulang dan gigi , terlibat dalam penghantaran saraf ke otot
Zink - Penting untuk kesihatan mental , kulit , fungsi prostat dan keupayaan penyembuhan
Magnesium - Membantu penyerapan vitamin B, C dan Protein
Mangan - Mengaktifkan sistem enzim , menggalakkan aktiviti neuro-transmiter dan membantu menstabilkan paras gula dalam darah.
Selenium - Bertindak sebagai antioksidan
Zat Besi - Menggalakkan pembentukan haemoglobin
Fosforus - Berfungsi bersama-sama kalsium untuk mengekalkan ketumpatan tulang serta membantu mencernakan karbohidrat dan vitamain B2 dan B3.

VITAMIN DALAM SPIRULINA

Vitamin B1 ( tiamin )
Vitamin B2 ( riboflavin )
Vitamin B3 ( niasin )
Vitamin B5 ( asid pentatonik )
Vitamin B6 ( piridoksin )
Biotin
Vitamin B12
Asid Folik
Vitamin E
Carotenoid (pre vitamin A)

KEBERKESANAN SPIRULINA KELUARAN SMART NACO

Vitamin A, C , E dan selenium menghapuskan radikal bebas dan meningkatkan pertahanan badan
Klorofil , Vitamin B12 , Zat Besi , Asid Folik mengelakkan masalah anemia
Vitamin B6 dan Magnesium boleh mengurangkan asid xanthurenic yang merosakkan sel pankreas ( tempat mengeluarkan insulin )
Klorofil , Protien , Vitamin B1, B2 , B5 dan Zink boleh mengembalikan fungsi pankreas dan penghasilan insulin semulajadi ( untuk mengawal gula dalam darah )
Khasiat yang seimbang , Vitamin A , B Kompleks dan E , Zink dan selenium yang membantu keupayaan seks.
Vitamin E + Asid Gamma-Lenolenik (GLA) boleh mengelakkan saluran darat tersumbat dan mengawal tekanan darah.
Kalium dapat membantu menukarkan glukosa menjadi glikogen yang disimpan didalam hati. Ia boleh ditukar menjadi tenaga apabila diperlukan dan menghalang kandungan gula dalam darah daripada menjadi rendah.

TAHUKAH ANDA....

Protein yang terdapat di Spirulina
2 kali lebih tinggi dari kacang soya
4 kali lebih tinggi dari daging
6 kali lebih tinggi dari telur

Beta Karoten
25 kali lebih tinggi dari "carrot"

Vitamin B12
2-6 kali lebih tinggi dari Hati Lembu

Gamma Linolenic Acid ( GLA )
3 kali lebih tinggi dari "Evening Primrose Oil"

CARA PENGGUNAAN

2-3 biji sekali , 3 kali sehari
4 cara makan
1. Telan Bersama Air
2. Campurkan dalam makanan
3. Makan seperti gula-gula
4. Letak dibawah lidah sehingga cair

SESUAI UNTUK SIAPA

Sesuai untuk kanak-kanak , pelajar untuk tenaga , protein dan otak , untuk orang dewasa juga.

Jesteru itu , kepada ahli-ahli dan rangkaian saya yang belum mengamalkan Spirulina saya menyarankan untuk anda membeli dan mencubanya. InsyaALLAH kita akan bongkarkan lagi lebih banyak maklumat dan fakta khasiat Spirulina kepada diri kita dan keluarga.

HARGA untuk 200 tablet bagi harga ahli baru RM49.00 dan harga Jualan RM59.00 pv:bv 36

.................... Anda juga digalakkan sekali untuk mengambil susu IgG Plus sebagai minuman berkhasiat diselarikan dengan pemakanan khasiat anda iaitu Spirulina ....

Jesteru itu , mengapa anda tidak mencubanya . Kalau nak cuba dan beli boleh la hubungi saya di 012-4686404

Sekian

Che Din ....

1 comment:

Anonymous said...

salam..

spirulina ni jenis 100% organic ke?
nak tau gak bukti2 saintifix kandungan2 spirulina ni termasuk anugerah2 bdn2 spt JHFA ..krn byk sgt dlm pasaran ..bila di uji dimakmal..kandungan dia spt indah kabar dr rupa je...

ingin tau..sebelum beli..)