27 July 2008

SOHO & INTERNET

Salam sejahtera ! Apa khabar , saya doakan anda sihat dan selalu berada dalam keadaan bersemangat. Dalam siri-siri penulisan yang lepas saya telah memberi penekanan kepada kehebatan produk susu IgG Plus. Alhamdulillah sambutan terhadap produk susu IgG Plus kian mendapat sambutan. Tak sangka sahabat saya telah berjaya menjual 15 kotak susu IgG Plus , seorang lagi 6 kotak susu IgG Plus , rakaniaga baru di Felda Kratong dah berjaya menjual 3 box susu IgG Plus , rakaniaga baru di Kota Kinabalu walaupun belum join berkat menggunakan kaedah pemasaran UTFS dah ada orang booking sekotak. Hari ini saya tak nak citer tentang produk susu IgG Plus tapi nak kongsikan tentang SOHO dan INTERNET.

Sabtu lepas seorang rakaniaga saya bertanyakan macamana nak masukkan streamyx dirumah untuk memudahkan beliau membuat promosi laman web , berchating dengan prospek dan downline dan InsyaALLAH lepas ni lebih mudah dia join Online Confrence SST. Jesteru itu , antara 2 daya penarik mengapa ramai orang berminat menyertai kami adalah konsep SOHO dan INTERNET.

SOHO ?

Ya ! SOHO adalah singkatan kepada Small Office : Home Office iaitu sebuah pejabat kecil dirumah anda. Seperti anak-anak anda mempunyai meja sendiri anda juga peringkat awal memadai dengan mempunyai sebuah meja khas untuk menjalankan urusan bisnes. Sahabat saya Puan Sophia seorang suri rumah sepenuh masa , menjalankan perniagaan Smart Naco hanya dirumah sahaja dan WOW ! lumayan kerana hanya dari rumah beliau mampu menjual produk smart naco dan membuat penajaan.

Jadi ! Jika anda benar-benar berminat menjalankan perniagaan bersama saya dan rakan-rakan saya minta anda benar-benar serius dengan perniagaan anda. Buatkan satu sudut ruang perniagaan anda dirumah. Yang penting bagaimana anda membuat sistem fail yang baik , ada ruang untuk anda membuat kerja-kerja perniagaan anda. Hah! Saya dirumah ada satu bilik kecil yang dibuat khas untuk urusan kerja dan perniagaan , tetapi sekarang saya updated blog saya di Meja Makan di ruang tamu sahaja. Hah ! Dimana-mana sahaja boleh saya lakukan kerja-kerja saya. Jadi dalam rangka saya menggerakkan PROGRAM I-USAHAWAN 2008-2009 , InsyaALLAH konsep SOHO adalah satu konsep yang akan di perkenalkan , kaedah " WORK FROM HOME" juga adalah satu kaedah permulaan bisnes yang praktikal dan menjimatkan.

INTERNET ?

Ya! Jika anda ingin bekerja di rumah , sebaiknya anda memerlukan talian internet untuk memudahkan segala urusan anda. Masuklah talian internet sebagai tanda anda benar-benar serius nak berjaya dalam perniagaan ini. Saya dan rakan-rakan menjalankan perniagaan ini di rumah dan menggunakan kaedah internet. Hari ini saya berikan 4 perkara penting yang akan diberikan penekanan kepada Modul Internet dalam Program I-USAHAWAN yang akan saya lancarkan tidak lama lagi. Selain anda WAJIB belajar dan mengetahui bagaimana membuat pemasaran secara internet ( jangan risau kita ada latihan "internet marketing") ada hal-hal yang asas yang mungkin perlu anda lihat-lihat terlebih dahulu.

Laman Web

Anda sudah ada laman web ? Anda pandai membina laman web? Kalau anda pandai ia satu kelebihan yang cukup baik , kalau tak pandai jangan risau kerana dalam program i-usahawan anda akan diberikan sebuah laman web sebagai tapak perniagaan anda untuk memperkenalkan produk dan perniagaan anda kepada rakan-rakan anda atau 14 juta penguna internet di Malaysia. Kita boleh menggunakan sistem Affiliate untuk menjual produk . Melalui laman web dan internet anda boleh membuat jualan , mendapatkan senarai prospek anda dan anda boleh membuat penajaan. Sudah ada laman web .... Ini laman web saya yang baru ::::

www.iusahawan.myniaga.net

Blog

Penggunaan blog kini kian ketara dan ketika anda membaca artikel ini adalah melalui penulisan saya melalui blog. Saya menggunakan blogger.com . Ianya percuma tidak seperti membuat sebuah laman web yang perlukan sedikit ongkos. Anda boleh membuat blog anda sendiri pada bila-bila masa dan updated blog anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada. Anda boleh mengunakan blog untuk membuat jualan produk disamping menceritakan perjalanan perniagaan anda. Anda tidak perlu hadkan menggunakan blog hanya untuk menceritakan perjalanan perniagaan anda tetapi anda boleh membuat blog-blog khas untuk satu-satu produk dan ianya boleh membantu anda membuat jualan melalui internet. Blog juga menjadi satu saluran untuk anda menceritakan aktiviti-aktiviti terkini perniagaan anda dan anda boleh kemaskini pada bila-bila masa dengan memasukkan gambar dan video.

You Tube

Anda biasa ke www.youtube.com atau menonton klip-klip video pendek di youtube. Ya! You Tube kian popular sekarang. Anda juga boleh memperkenalkan diri anda , produk anda dan perniagaan anda dalam bentuk video dan dimasukkan kedalam youtube. You Tube telah menjadi satu medium pemasaran video yang berkesan pada ketika ini. Kalau dahulu kami menghantar CD secara percuma dan saya sanggup menghabiskan RM4.50 untuk seseorang prospek. Bayangkan saya hantar 100 prospek sebulan. Dan kini untuk menonton video testimoni saya hanya berikan link youtube dan saya akan berikan CD hanya kepada mereka yang benar-benar memerlukan dan kepada ahli2 baru sahaja.

Contoh You Tube





Ya! Di atas adalah contoh saya menggunakan you tube. Dan banyak lagi testimoni-testimoni secara video yang menggunakan you tube.

InsyaALLAH , anda boleh belajar tentang pemasaran melalui you tube ini nanti.

Online Confrence


Anda jauh , kurang masa untuk hadiri mesyuarat secara offline. Jangan risau kerana di Smart Success Team kami menyediakan ONLINE CONFRENCE setiap hari rabu jam 9.15 malam. Anda hanya dirumah dan anda boleh menyertai perjumpaan maya dengan beberapa orang rakan-rakan SST. Kami menyediakan priview perniagaan , priview produk kepada prospek-prospek dan mungkin termasuk prospek anda nanti. Ya! Hanya di rumah anda boleh melakukannya.

Jadi saya fikir , setakat ini sahaja yang saya dapat kongsikan untuk kali ini. Saya fikir anda juga berhak mendapat apa yang anda impiakan . Manfaatkan medium internet dan Small Office Home Office dengan sebaiknya. Anda tentukan masa anda , anda bebas menggunakan idea dan kreativiti anda dan anda tentukan matlamat pencapaian anda.

Kepada anda yang belum menyertai kami , boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi saya di 012-4686404 atau layari www.chedin.myniaga.net

.................... InsyaALLAH akan datang saya akan masukkan beberapa testimoni dari pengguna-pengguna produk susu IgG Plus. Rupa-rupanya ramai pengguna susu IgG Plus pada tahun 2005-2006 yang memang mencari produk susu IgG Plus ini .


Hingga Jumpa Lagi ... Saya doakan anda berjaya dan terus berjaya..

Che Din


No comments: