17 July 2008

BERBISNES DI SABAH

Salam sejahtera ! Apa khabar? Nampaknya telah beberapa hari saya tidak mengemaskini blog ini yang menjadi satu catatan perjalanan dan buah fikiran dalam membina perniagaan bersama Smart Naco. Alhamdulillah jam 10.30 malam saya telah sampai ke rumah setelah 3 hari berada di Sabah. Saya memulakan perjalanan pada hari Sabtu dengan program khas di HQ Smart Naco jam 2.30 petang dan kemudian jam 7 pagi hari Ahad telah berlepas ke Tawau , Sabah. Sesampai sahaja di sana menanti ialah PD Benny Lim , Pemimpin Utama SN Sabah . Sampai kami minum-minum , berehat di hotel dan jam 2 petang ada acara di Stokis Tawau. Kehadiran 60 orang ahli memberikan suasana hebat . Apa yang menarik kedatangan Cikgu Ruslan merupakan prospek saya yang masuk laman web saya pada awal tahun 2006. Bermula dengan hanya saya sms beliau 2 hari sebelum saya ke Tawau disambut dengan pertemuan 4 mata. Acara selesai jam 5 petang . Sebelah malam ada penerangan khas Pelan Pemasaran SN oleh En Azhar di rumah Benny Lim. Beberapa orang pemimpin Tawau begitu bersemangat dan bertambah yakin dengan perkembangan dan perubahan yang berlaku di Smart Naco.


Selesai , saya balik hotel dan keesokan Isnin jam 12 tengahari kami mula bergerak ke Lahad Datu melalui jalan darat. Perjalanan mengambil masa 4 jam. Kami singgah makan tengahari di Kunak dan dengan melihat sekitar jalan hanyalah ladang kelapa sawit. Nampaknya orang Sabah sekarang memang begitu ghairah mengusahakan ladang sawit mereka. Sampai di Lahad Datu jam 4 petang kami terus berehat dan bersedia untuk acara perjumpaan ahli Smart Naco pada sebelah malam. Suasana perjumpaan malam cukup hangat dan memberangsangkan. Saya difahamkan malam itu sahaja RM1,000.00 jualan berjaya dilakukan dan pada keesokan ada beberapa ahli yang datang pada malam tersebut berjaya membuat penajaan dengan 4 kotak susu igg plus.

Seawal jam 6 pagi kami telah bersiap untuk ke Kota Kinabalu. Saya telah susunkan satu pertemuan dengan En Johari di Kinabatangan untuk sarapan pagi bersama. Sempat juga 30 minit berbual dengan beliau kerana jam 8 beliau perlu masuk kerja. Kemudian kami teruskan perjalanan dari Kinabatangan yang bermula jam 8 pagi dan sampai di KK jam 4 petang. Dari kinabatangan kami melalui Telipud ( minum pagi ) , kemudian berhenti di Ranau ( Makan Tengahari ) iaitu melalui kaki gunung kinabalu , melalui Tamparuli dan akhirnya sampai di KK. Sempat juga Mr Benny ajak tengok Training Centre dia.

Sampai sahaja di hotel En Rolinus seorang anak muda yang berimpian besar sudah berada di KK ingin bertemu saya. Bila melihat kali pertama anak muda ini , saya yakin beliau mempunyai potensi yang besar untuk berjaya. 2 jam bersembang dan bertukar fikiran walaupun beliau agak kurang yakin untuk memulakan perniagaan MLM , saya difahamkan sekarang sudah ada orang yang mula order susu igg plus dengan beliau.

Malamnya , di Stokis Kota Kinabalu , Mr Cin telah menanti kehadiran kami. Saya lihat Sarjan Uzali juga telah hadir dan beberapa orang telah bersedia. Saudara Nick dari Kota Belud juga datang dan beliau antara orang yang mampu membuat sales peribadi 2kpv - 4kpv setiap bulan di sana. Kemudian En Razali dari Tawau juga hadir kebetulan beliau bertugas di KK selama seminggu. Mereka semakin bersemangat dan yakin dengan bisnes Smart Naco.

Jadi itulah antara cerita perjalanan saya di Sabah. Letih memang letih namun yang paling seronok apabila dapat menjelajah dari satu daerah ke satu daerah. 3 bulan yang lepas , saya pernah menyebut dengan seorang rakan saya , saya akan jelajah tempat-tempat ini dan akhirnya impian saya telah menjadi kenyataan.

Dalam perjalanan di Sabah , rakaniaga di Kuching Sarawak telah bersedia untuk memulakan bisnes , rakaniaga di Kota Bharu juga telah bersedia untuk lebih aktif dan yang menariknya rakaniaga di Sandakan telah order 10 kotak susu igg plus.

Saya melihat sambutan yang baik ini akan terus berkembang lagi dalam tempoh terdekat. Mereka di Sabah banyak aktif juga menggerakkan aktiviti home party dan program penerangan produk Smart Naco kepada orang ramai.

Alhamdulillah , pagi tadi aku telah berbincang dengan Dr Main Rindam untuk menyusun beberapa program yang lebih banyak untuk mempromosi produk susu igg plus dan spirulina. InsyaALLAH juga kepada anda yang berumur 18 -30 tahun ada sesuatu program khas menanti anda.

Perjalanan yang begitu hebat di Sabah terus memberi suntikan semangat , idea dan kekuatan untuk terus membina perniagaan dengan lebih berjaya dimasa akan datang. Apa yang penting adalah kita berbisnes dengan prinsip yang jelas serta saling hormat menghormati satu sama lain.

Sekian dahulu , catatan perjalanan minggu ini... Hingga Jumpa Lagi....

.......................................................

Diam tak diam kereta PHJ2030 telah berusia setahun . Hari ini aku uruskan urusan pembaharuan cukai jalan dan segalanya. Syukur atas Nikmat dan Rezeki yang ALLAH berikan.

SALAM KEJAYAAN


Che Din

JOM BISNES BERSAMA SAYA - www.usahawan2u.com

No comments: