02 April 2008

JADILAH LEBIH PROAKTIF

Salam Sejahtera Sahabat Budiman. Pertamanya saya doakan agar Sahabat Budiman senantiasa berada didalam keadaan sihat dan sejahtera! Alhamdulillah , perjalanan saya ke Kuching , Sarawak bertemu rakaniaga di sana selamat pergi dan balik . Terima Kasih kepada Kevin Amirul dan Shalaby yang memberikan layanan yang cukup baik semasa disana. Bersama-sama anak muda ini membuatkan saya merasa lebih bersemangat dan bertanggungjawab untuk bersama-sama membina GENERASI NEGARA yang Proaktif , Dinamik , Kreatif dan Mempunyai Kestabilan Ekonomi yang hebat.

Saudara Kevin ini telah bermula menjinakkan diri dengan perniagaan MLM ini sejak berumur 18 tahun lagi. Darah keturunan Cina ini cukup optimis melihat peluang perniagaan MLM dan telah sebati dalam jiwa beliau. Semoga beliau dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk diri beliau dan sekaligus menyumbang satu LANDSCAP baru Smart Naco di Kuching Sarawak.

Malah apa yang LEBIH hebat apabila seorang Ibu yang Gigih dan YAKIN diri telah bersama-sama dengan kami di Kuching Sarawak. Beliau dari Kuala Lumpur mengambil tindakan yang PROAKTIF dan BERANI untuk menanam BENIH YANG BAIK di bumi kenyalang. Dapat menjual beberapa Trial Pack kepada prospek yang beliau jumpa ketika di hotel. Namun apapun pulangnya aku dari Bandaraya Kuching dengan HARAPAN BARU untuk membina LANDSCAP baru Smart Naco di sana.

JADILAH PROAKTIF ::::

Ya! Kita sering mendengar perkataan ini , mungkin saban hari , saban minggu. Namun apakah kita benar-benar proaktif. Ada peribasa Melayu mengatakan " Bagaikan Pahat Dengan Penukul"
Kalau tak di ketuk , pahat tidak menjalankan tugasnya sebagai pemahat. Adakah kita orang-orang dari kategori ini. Hanya menunggu arahan , menunggu semuanya disediakan untuk kita dan hanya menunggu diri kita di "PUSH". Jika ini pendekatan yang kita ambil kita bukanlah orang yang Proaktif.

Untuk berjaya dalam apa sahaja bidang yang kita usahakan , kita perlu PROAKTIF. Ambil inisiatif dan tindakan sendiri. Adakah ketika kita menjalankan perniagaan ini kita telah mengambil langkah-langkah PROAKTIF. Kita mendahulu orang lain , kita melakukan usaha-usaha yang lebih kreatif dan inovatif atau setidak-tidaknya kita melakukan sedikit perubahan kreatif pada sebarang tools atau maklumat yang kita terima.

Jadi PROAKTIF ketika Mencari Prospek

Kita perlu lebih proaktif ketika mencari prospek. Umpama kita memasang bubu , untuk mendapat lebih banyak ikan pasanglah beberapa buah bubu. Jika kita hanya mengharapkan satu bubu , mungkin kita akan kalah dengan orang yang banyak memasang bubu. NAMUN , Jika kita bernasib baik kita dapat meletakkan bubu pada tempat yang strategik , mungkin hanya dengan satu bubu sudah memadai untuk mendapat banyak ikan. Jesteru itu , USAHA mencari Tempat Yang Strategik juga adalah satu Tindakan Proaktif.

InsyaALLAH dalam bengkel 6 April ini kita akan sama-sama berbincang dengan rakan-rakan niaga kita yang proaktif untuk memanfaatkan seberapa banyak bubu bagi mendapatkan pelanggan baik sama ada untuk meyakinkan beliau menyertai perniagaan ini atau sekadar membeli produk berkualiti dari kita atau paling kurang mereka dapat membeli TRIAL PACK dari kita. Dari 0 lebih baik ada hasil 0.5.

Jadi PROAKTIF ketika Menghubungi Prospek

Ya! Ini satu lagi perkara yang paling penting. Ramai orang tidak mengambil tindakan Proaktif dalam menghubungi prospek mereka. Saya melihat rakan-rakan yang mengambil pendekatan lebih proaktif ketika mendapat prospek dengan terus menghubungi prospek mereka dengan pelbagai mekanisme perhubungan seperti SMS , Panggilan Telefon , Email , Hantar Surat dan Sebagainya. Jesteru itu ! Kita perlu jadi LEBIH Proaktif dalam usaha menghubungi prospek. YA! Sudah pasti ia juga memerlukan kekuatan minda dan hati dalam mengharungi proses ini. Namun ianya boleh dilatih dan dipupuk dengan baik melalui aktiviti atau program yang disediakan.

Jadi PROAKTIF dalam menyediakan persiapan pemasaran anda

Ya! Jangan hanya menunggu orang lain memberi. Kita perlu lebih proaktif menyediakan pelbagai keperluan pemasaran kita. Kita perlu berani mengemukakan idea kita kerana tidak siapa yang akan menghalang lagi asalkan ia mengikut rule yang betul. Saya melihat pengalaman seorang sahabat saya saudara Azri di Penang , beliau telah mengambil langkah PROAKTIF dengan membuat surat jemputan keprogram Jutawan X hari selasa lepas. Dengan ayat tersendiri akhirnya beliau berjaya membawa 2 orang prospek keprogram tersebut. YANG TERBAIK anda jadilah PROAKTIF untuk lakukan sendiri.

Jadi PROAKTIF dalam menulis surat jualan sendiri.

Belum habis lagi usaha bagaimana kita menghantar maklumat kepada bakal pelanggan kita. Ada orang hanya menyalin surat jualan orang lain. Setidaknya itulah usaha mereka. Namun yang terbaik dalam menyediakan surat jualan , hasil dari beberapa idea rakan-rakan anda olahlah ayat sendiri menjadi ayat anda kerana nantinya anda sendiri akan merasai FELL nya. Anda boleh meniru tetapi gunakanlah bahasa dan ayat mudah anda. SAYA YAKIN , ANDA PASTI AKAN MENGHARGAI USAHA SUSAH PAYAH ANDA SENDIRI berbanding mungkin upline anda telah menyediakan untuk anda.

Jadi PROAKTIF dalam menyusun pelbagai aktiviti dan program

Dalam menjalankan perniagaan , baik secara Fulltime atau Partime , kita perlu jadi proaktif dalam menyusun pelbagai aktiviti . Ianya boleh dilakukan bersama rakan-rakan anda. Sebagai contoh saya melihat sudah terdapat beberapa Inisiatif Proaktif rakan-rakan di SST seperti PD Rashidi menyusun pelbagai program dengan sendirinya , Puan Sophia pernah mengadakan beberapa perjumpaan dengan rakaniaga beliau , Puan Normala bersama Uplinenya telah mengadakan aktiviti HomeParty , Puan Rosnani walaupun masih baru tetapi telah mengambil langkah PROAKTIF untuk menyusun pelbagai program untuk bisnes beliau . TAHNIAH 2 You ALL.

HIDUP PROJEK BUAT SENDIRI

Ya! Hidup kita adalah projek buat sendiri. Kita yang melakukan sendiri. Kita yang memutuskan sama ada kita memilih A atau B. Jadilah orang yang PROAKTIF di tempat kerja anda , ketika berbisnes , ketika di rumah , ketika di organisasi masyarakat dan dmana-mana sahaja. Lakukan tindakan dengan cepat , kreatif dan tidak perlu HANYA Menunggu leader-leader anda memberi maklumat , arahan , teguran barulah anda melakukan. Anda lakukanlah sendiri. Jika tindakan itu memerlukan sokongan UPLINE anda hubungi mereka , pastinya UPLINE anda akan membantu. Ambillah BANYAK TANGGUNGJAWAB kerana ia akan mematangkan kita dalam mendepani kelangsungan perniagaan ini.

Akhirnya , saya doakan , semoga hari ini dan hari-hari berikut kita lebih PROAKTIF dan berani mengambil TINDAKAN Kreatif....

KEPADA TEAM saya : Kepada anda yang telah menyatakan KOMITMEN untuk menghadiri program BENGKEL KUNCI X pada 6 April di Shah Alam , Terima kasih dengan AYAT KOMITMEN Anda. Itulah Tindakan Proaktif anda.... Kita akan bersama-sama dengan seorang Pakar MyPersonality yang telah saya undang KHAS untuk program 6 April bagi program yang istimewa iaitu Bengkel Kunci X.

Kemudian pada 6 April juga Saudara Khairul Aza akan ke Johor Bahru di Hotel Sri Malaysia untuk beberapa program penting disana. Saya mendoakan kejayaan beliau dan kita semua

Kepada anda yang ingin menyertai atau mendapat maklumat lanjut boleh SMS saya di 0124686404 atau layari web saya di

www.chedin.myniaga.net


SEKIAN

HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: