07 April 2008

SARANAN POSITIF

Salam Sejahtera , Salam Kerahmatan , Salam Kebahagiaan dan Salam Ketenangan. Semoga anda ketika ini berada didalam keadaan yang cukup tenang dan mensyukuri atas nikmat yang Tuhan telah berikan. Terima kasih kerana anda masih sudi menziarahi blog ini dan kepada anda yang pertama kali ke blog ini TERIMA KASIH . Blog ini adalah blog catatan perjalanan perniagaan saya dalam bidang Network Marketing satu bidang yang RAMAI ORANG TAK SUKA tetapi telah TERBUKTI membantu insan-insan biasa menjadi luarbiasa.

Alhamdulillah , Ahad lepas 6 April telah dilangsungkan Bengkel Kunci X. 2 Kunci telah dikongsikan . Disini saya ingin memohon KEMAAFAN kepada semua peserta jika ada perkataan yang menyinggung perasaan . Ada banyak lagi perkara-perkara yang ingin disampaikan dan InsyaALLAh akan disampai dalam sesi seterusnya. 2 Kunci X tersebut ialah Kuasa Minda vs Kuasa Perasaan dan Peluang vs Strategi. Saya mengharapkan anda mendapat mesej ASAS yang kami sampaikan. InsyaALLAH di Siri kedua kita akan sentuh kunci ini secara lebih mendalam lagi di samping beberapa kunci X yang lain.

VISI PROGRAM Jutawan X-Stream

" Melahirkan seberapa ramai jutawan yang memegang Rahsia Kunci X dengan memiliki pengkayaan Minda , Hati dan Akal Budi dalam membantu orang lain mencapai impian mereka dan keluarga mereka "

AWAS AYAT MAGNET ANDA :::

Pada sesi tersebut saya ada menyentuh tentang AWAS AYAT MAGNET . Namun dalam saya mengingatkan tentang ayat magnet ini , namun terlihat ada rakan-rakan yang masih mengeluh dan menyarankan sesuatu yang negatif.

" Manusia adalah magnet, dan setiap detail peristiwa yang dialaminya datang atas daya -tariknya sendiri " Elizabeth Towne,1906

Apa yang ada cakap dan rasakan itulah kuasa magnet yang anda berikan kepada alam semesta. Jika anda sentiasa memberi saranan positif , baik anda akan mendapat hal-hal yang positif dan jika anda memberikan saranan negatif anda akan dapat lebih banyak hal-hal negatif.

JESTERU ITU ! Hindari mengeluh. Ketika mengeluh anda melepaskan getaran negatif ke alam semesta yang menarik perkara-perkara yang negatif kedalam hidup anda. Begitu juga sebaliknya jika anda memberikan getaran positif anda akan mendapat perkara-perkara yang positif seperti yang anda fikir dan rasa.

Apa yang penting adalah apakah perkataan yang sering terucap dihati......

Oleh itu , perbanyakkan BERSYUKUR atas segala nikmat yang ALLAH telah berikan. Bersyukurlah selalu , latih hati agar selalu iklas , maafkan orang lain dan bergaul selalu dengan orang-orang yang berada di ZON IKHLAS ( kepada peserta anda tentu faham tentang Zon Nafsu dan Zon Ikhlas )

BERIKAN SARANAN POSITIF

Berikan sentiasa saranan positif dalam hati. Ucapkanlah dengan perasaan hati " Alangkah Bahagianya Hari Ini aku dapat bertemu dengan seorang insan hebat yang akan menjadi pemimpin hebat dalam kumpulan aku " Jesteru anda bayangkan saat2 pertemuan itu walaupun anda masih tidak tahu siapa..... dan selepas itu ucapkan syukur kepada ALLAH atas keizinannya.

GUNAKAN CD BRAINWAVE

Kepada peserta gunakanlah CD Brainwave itu dengan sepenuhnya . Amalkan setiap hari mungkin sebelum anda tidur atau ketika anda berehat sekitar 5 ke 10 minit terlebih dahulu. Lakukan acara pernafasan dengan baik. InsyaALLAH ada waktu kita akan memperbaiki lagi cara latihan dan maklumat yang lebih mendalam tentang hal ini....

Kepada anda yang ingin BERSAMA-SAMA membuka RAHSIA KUNCI X yang telah ada pada anda , itulah KUNCI PINTU KEKAYAAN yang sebenarnya telah anda ada sejak anda di perut ibu lagi. Orang yang Kaya bukan kerana mereka kaya dengan WANG RINGGIT , tetapi mereka pandai MENGGUNAKAN POTENSI KEKAYAAN yang ALLAH telah berikan kepada mereka. PERCAYAKAH anda ? Anda sebenarnya seorang yang telah KAYA ......

Untuk mengetahui lebih lanjut apa perniagaan yang saya lakukan sms ke 0124686404 atau layari laman web ini www.chedin.myniaga.net

Semoaga ALLAH memberi kekuatan kepada kita semua.

Saya teringat cerita SPD Che Din dan tulang ikan siakap. Sebenarnya, saya juga telah mengalami peristiwa yang seumpamanya. Tidaklah melibatkan tulang ikan, tetapi berkaitan kehadiran saya ke program ini. Ketika SPD Zul memberitahu saya tentang program ini, saya pada awalnya agak hampa kerana menyangkakan saya tidak dapat hadir kerana kebetulan suami saya pergi berkursus pada tarikh tersebut dan tentulah saya perlu berada di rumah untuk menjaga Faris kerana anak saya sangat sukar ditinggalkan di bawah jagaan orang lain jika tanpa kehadiran ibu atau ayahnya bersama. Namun saya tidak terus menyerah kalah dan tetap FOKUSkan niat untuk menghadiri program ini. Saya MEYAKINI bahawa insyaAllah saya akan bertemu penyelesaiannya sekiranya saya menetapkan FOKUS untuk hadir. Alhamdulillah, doa saya telah termakbul dan Allah telah menurunkan penyelesaian di luar jangkaan saya. Pada mulanya, walaupun hati saya agak keberatan, saya memutuskan untuk mengajak ibu saya ke program; bolehlah beliau membantu saya handle Faris. Dengan tidak dijangka, nenek saya yang jarang sekali datang ke KL telah datang untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu saya. Terlintas di fikiran saya untuk 'meminjam' pembantu beliau, Kak Solekhah untuk membantu menjaga Faris. Ketika di dalam teksi on the way ke program, saya telah mendoakan moga saya dapat menyerap sebanyak mungkin ilmu pada hari itu dalam keadaan tenang dan gangguan yang minimum. Jadi saya berasa amat takjub apabila Faris yang memang 'terkenal' susah nak tidur di waktu siang TELAH TIDUR SELAMA 5 JAM sewaktu program berlangsung! Hanya Subhanallah walhamdulillah yang mampu saya ungkapkan...Ya, itulah kuasa DOA, FOKUS & KEYAKINAN. Alhamdulillah, saya amat bersyukur... Puan Sophia ....

Salam Kebahagiaan


HAIRUDDIN ABDULLAH

No comments: