23 April 2008

SALAHKAH AKU MEMPUNYAI KEKASIH

Salam Sejahtera ! Bertemu kita di arena blog sebagai satu medium untuk kita bertemu dalam bentuk wacana penulisan. Terima Kasih kepada pengunjung setia dan terima kasih kepada anda yang pertama kali mengunjungi blog saya.

Blog ini telah saya bangunkan pada 25 Novem
ber 2005 sehingga sekarang atas tujuan saya ingin menyimpan memori suka duka saya dalam perniagaan Network Marketing yang saya ceburi ini sejak 2005 hingga sekarang bersama Kumpulan Smart Success Team dan Syarikat Smart Naco. Terima Kasih atas sokongan semua rakan-rakan selama ini.

Hari ini saya ingin berkongsikan sesuatu tentang KEKASIH saya. Kadangkala serbasalah saya nak menceritakan sesua
tu perihal KEKASIH saya. KEKASIH saya ni pula bukanlah Isteri tersayang saya , jadinya saya ada KEKASIH lain. Patutkah saya mempunyai KEKASIH lain. ????

Inilah yang saya telah perolehi hasil terlibat dalam bisnes Smart Naco . Saya telah disedarkan tentang kehadiran seorang KEKASIH yang cukup hebat dan maha hebat kurniaan Illahi . Apalagi setelah membaca beberapa buah buku gabungan penulisan dan idea hebat penulis-penulis MALINDO ( Malaysia dan Indonesia ) kekuatan tentang kesedaran bahawa kita telah di ANUGERAHKAN KEKASIH oleh Tuhan Pencipta memang tidak dapat dinafikan lagi. Jadi wajar juga hari memperingati KEKASIH yang berlangsung pada 14 Februari pada setiap tahun diberi perhatian NAMUN !!! dalam konteks pemahaman yang berbeda dari apa yang di sambut.

ANDA TIDAK FAHAM ???

Adakah anda tidak faham tentang apa yang saya sebutkan , kerana saya tidak boleh menolak lagi tentang kehadiran
KEKASIH dalam hidup saya. Kasihankan kepada isteri saya yang telah banyak berkorban untuk saya , NAMUN sebenarnya Isteri saya juga telah mempunyai KEKASIH nya sendiri. Yang pasti buka saya... Waduh ! Makin haru biru nie... Bagaimana dengan anda ? Tanyalah Isteri atau Suami anda , pasti mereka juga berhak untuk memiliki KEKASIH... KEKASIH ini adalah ANUGERAH dan KURNIAAN Allah kepada kita semua ...

KEKASIH


Baiklah , bagi menghuraikan kekusutan ini , Biar saya perkenalkan siapakah KEKASIH saya , KEKASIH isteri saya dan pastinya KEKASIH ANDA. Dihadapan saya ini terdapat sebuah buku karangan penulis , ustaz
dan usahawan dari Indonesia K.H Abdullah Gymstiar yang bertajuk "AKU TIDAK MAHU KAYA , TETAPI HARUS KAYA" . Sebuah lagi buku yang ada dihadapan saya ini ialah BERANI KAYA , BERANI TAKWA tulisan Anif Sirsaeba ( 15 Cara Menambah Khazanah Kekayaan Berdasarkan Al-Quran dan Sunnah ) dan disebelahnya tersusun rapi majalah bulanan yang dinamakan i-SIHAT ( Kesihatan Aset Anda ). i-sihat akan kita gabungkan bersama Program Hebat kita iaitu i-USAHAWAN. Jadi setelah saya mengamati kedua-dua perkara ini maka disini ingin saya gabungkan satu Konsep yang saya namakan Konsep KEKASIH untuk semua rakan-rakan SST dan SN. Apa dia konsep KEKASIH ..

KEKASIH itu adakah KEKAYAAN dan KESIHATAN. Jadi salahkah saya , isteri saya , suami anda atau isteri a
nda memiliki KEKASIH.

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI KEKAYAAN

Apakah KEKAYAAN yang sering an
da fikirkan. Yang selalu orang ramai dan majoriti fikirkan. Adakah KEKAYAAN ini hanya wang ringgit semata-mata atau diistilahkan oleh orang sekarang sebagai Materialistik. Adakah itu Maksud Faham sebenarnya. Mengapa anda perlu menjadi kaya sedangkan anda telah dianugerahkan dengan pelbagai KEKAYAAN dari Allah. Anda telah dianugerahkan OTAK yang menjadi sebagai organ yang dikaitkan dengan KEKUASAN AKAL FIKIRAN. Jesteru itu yang membezakan Manusia dan Haiwan bukan pada otak tetapi pada KEKUASAAN AKAL FIKIRAN. Dengan Akal yang selalu dikaitkan dengan Daya Fikir ( sering disebut dalam Al-Quran) , juga dikaitkan dengan Ilmu , Minda dan sebagainya. Dari kekuatan inilah ramai orang mampu mencipta KEKAYAAN kewangan.

Anda juga telah di ANUGERAHKAN Jantung yang memainkan peranan penting kepada kehidupan. Perasaan
cemas , sedih , takut akan menggerakkan denyutan jantung. Dan menurut satu kajian Kuasa Jantung atau saya sering sebut Kuasa Perasaan berbanding otak jauh lebih besar. ( Akan dibahaskan akan datang ).

K.H Abdullah Gymstiar menggariskan
beberapa kekayaan seperti Kaya Gagasan ( Idea , daya kreativiti ) , Kaya Ibadah , Kaya Semangat dan sebagainya.

Anda juga telah dianugerahkan KEKAYAAN yang TERHEBAT iaitu Anugerah KESIHATAN. Jika anda tidak sihat tentu susah untuk anda keluar bekerja mencari rezeki , tentu sukar untuk anda pergi ke sekolah atau tempat-tempat untuk menuntut ilmu , tentu sukar untuk anda me
nikmati keindahan alam ciptaan tuhan dan tentu juga sukar untuk anda melakukan amal ibadah sebagai tanda Syukur dan Tunduk kepada kebesaran Illahi. Itulah KEKAYAAN yang terhebat yang telah dianugerahkan oleh anda. Namun ada juga anak-anak kecil yang telah mengalami masalah kesihatan dan ianya juga telah memaut bebanan atau pertanggungjawaban kepada ibu bapa mereka.

Jika nak ceritakan tentang KEKAYAAN ini , pasti akan panjang lebar . Nantilah ada masa aku akan kongsikan tentang bertuahnya kita kerana telah pun diciptakan sebagai orang KAYA namun bagaimana kita memanfaatkan potensi KEKAYAAN dan menambahkan lagi potensi KEKAYAAN pada akal dan perasaan..

Anda mendapat KETENANGAN , KEBAHAGIAAN , KECERIAAN juga merupakan kekayaan yang cukup hebat yang sebenarnya tidak ramai yang memilikinya ditambah dengan apalagi jika anda juga KAYA KESIHATAN , KAYA WANG RINGGIT di tambah lagi jika anda juga KAYA IBADAHNYA dan SENTIASA KAYA DENGAN KEIKHLASAN , KESYUKURAN dan PERASAAN .

KESIHATAN

Jesteru itu , selain kita mencari K
EKAYAAN KEWANGAN dengan menggunakan KEKAYAAN ANUGERAH ILLAHI , kita juga perlu menjaga Kesihatan sebaik mungkin. Dengan cabaran alam sekitar , dengan merosotnya kualiti oksigen di udara , dengan pelbagai sajian makanan yang mampu mengancam kesempurnaan sistem tubuh badan dan perubahan dari segi gaya hidup. Ya! Ia benar-benar MEMBERI SARANAN DAN PERINGATAN KEPADA SAYA . Jesteru itu , hargai kesihatan kita dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Di Smart Naco kita telah di bimbing tentang konsep kesihatan MRT ( Molekul Pembaharuan Terapi ) dan terus dibekalkan dengan beberapa konsep pemakanan semula jadi dari KEKAYAAN KHAZANAH ALAM.

Sepanjang penglibatan dalam Smart Naco , saya dan rakan-rakan telah bertemu dengan beberapa orang yang pada sa
tu ketika Kaya Sihat , kemudian jadi Miskin Sihat dan hasil usaha menggunakan nikmat kekayaan Alam melalui pemakanan yang telah di proses , ALhamdulillah mereka ada yang telah mendapatkan kembali kekayaan kesihatan dengan begitu baik atau setidaknya ada penambahbaikan terhadap kualiti kesihatan tubuh badan.

Jesteru itu , orang sering bertanya " APA KHABAR , SIHAT?".

Jadilah inilah KEKASIH yang ak
u ingin kongsikan kepada kalian semua. HARGAILAH KEKASIH ANDA. Kalau masih tak faham , tak per , InsyaALLAH bila berjumpa nanti boleh aku kongsikan tentang KONSEP KEKASIH. KONSEP KEKASIH ini juga akan dimasukkan kedalam PROGRAM i-USAHAWAN 553. Jadi jagalah , hargailah , manfaatkanlah KEKASIH anda.

Panjang lebar juga penulisan aku kali ini , InsyaALLAH nanti aku sambung lagi. Ramai orang memburu kekayaan , duit , duit dan duit semata-mata tetapi mereka sering melupakan pentingnya menjaga kesiha
tan dengan baik. Terima Kasih Smart Naco kerana telah menggerakkan satu AGENDA penjagaan kesihatan yang baik melalui konsep MRT.

Kepada anda yang ingin memiliki KEKASIH dan menjadi Kaya Kewangan sehingga mampu menjana pendapatan hingga RM200,000.00 sebulan bolehlah SMS ke 012-4686404 berikan Nama dan Alamat anda.


Atau anda boleh tinggalkan maklumat an
da di http://www.chedin.myniaga.net


Sekian

HAIRUDDIN ABDULLAH

"HARGAI DAN MANFAATKANLAH KEKASIH ANDA"





No comments: