13 April 2008

TAHNIAH PD ROSHIDI

Salam Sejahtera kepada semua sahabat dan teman. Semoga kalian berada didalam keadaan tenang , bahagia dan sabar... Syukur Alhamdulillah atas kurniaan Illahi kerana kita masih terus diberikan peluang untuk hidup agar dapat memberi manfaatkan kepada makhluk alam yang lain..

Pertamanya saya nak ucapkan JUTAAN TAHNIAH kepada President Director Roshidi Hj Khamis di atas kejayaan beliau dan rakan-rakan di Jengka dan Temerloh menganjurkan Majlis Makan Malam di Restoren Lazaria , Kedai Makan Abang Din. TERIMA KASIH kepada semua sahabat-sahabat disana.

Keduanya saya nak Memohon Kemaafan atas ketidakhadiran saya di satu Majlis yang amat bermakna ini. Saya terus berdoa ALLAH memberi kemudahan kepada mereka dan kekuatan kepada mereka. Kadang-kala kita berada dalam keadaan seperti ini. Pada waktu sama saya telah diamanahkan oleh sebuah sekolah untuk mengendalikan program Khemah Ibadah untuk anak-anak pelajar mereka. Program berlangsung selama 2 hari 1 malam. Bila kita melihat jiwa anak-anak remaja ini teringat saya kepada kata-kata dari Imam Syahid Hassan Al-Banna. "Jika anda ingin melihat kejayaan negara anda pada masa hadapan , lihatlah generasi mudanya hari ini." Dengan situasi ini , menuntut kita perlu bersama-sama membina kekuatan dalam yang cukup kuat untuk menempuh alam kehidupan yang pasti ada titik noktahnya. Kematian adalah pasti dan apakah yang ingin kita tinggalkan atas kematian kita. Apakah hanya sebuah takungan air kolam yang hanya bertakung dan sampai satu saat ia akan habis atau sebatang sungai yang terus mengalirkan air tanpa henti hinggalah bumi ini pula dihentikan dari tugasnya.

Melihat adik-adik di sebuah sekolah di Pulau Pinang , ada juga anak Melayu Islam kita yang tidak pandai makan menggunakan tangan kerana sejak kecil makan hanya menggunakan sudu dan garpu. Ada yang benar-bernar teruja apabila melihat pokok-pokok padi yang mengeluarkan beras dan dijadikan nasi yang telah menjadi darah daging mereka selama ini.

Namun dalam saat itu , hati ini telah terbahagi dua antara melihat Amanah yang perlu pikul dalam memberikan kekuatan kepada adik-adik dengan dengan sebuah Harapan yang menuntut saya bersama-sama menghargai sebuah komitmen dari insan-insan yang luar biasa. Terima Kasih tidak terhingga kepada SPD Zul dan PD Ashriee yang telah dapat bersama-sama ke Jengka Pahang. Semoga ALLAH terus memberikan kekuatan kepada mereka....

" Kita Merancang , ALLAH Juga Merancang , Sesungguhnya Perancangan ALLAH Lagi Tepat"

Dalam sehari dua ini , aku juga telah diberikan amanah untuk membantu rakan-rakan menyiapkan satu projek penting dalam membantu pengedar Smart Naco membina tangga-tangga kejayaan. Cuma pagi ni rasa macam tak kuar idea lagi , mudah-mudahan petang ini banyak idea yang akan mengalir .. YA ! kita perlu berubah dan mencari kaedah-kaedah baru yang lebih dinamik dan berobjektifkan penghasilan yang baik....

Ok la ... Sekali lagi , TAHNIAH kepada PD Rashidi dan SEMUAAAA Rakan-rakan yang menjayakan program pada malam tersebut. PD Rashidi adalah Rakaniaga Pertama saya. Beliaulah yang menjadi dline pertama saya dan kekal hingga sekarang. Dari penjual kasut bundle di Pasar Malam hinggalah beliau menjadi seorang Insan yang hebat. ANDA MEMANG LUAR BIASA .........

Terima Kasih juga kepada semua sahabat-sahabat yang telah memberi sokongan kepada saya selama ini , InsyaALLAH kita akan bersama-sama membina dan memasang PAIP KEJAYAAN agar ianya akan terus mengalir .....

Sekian

Hairuddin Abdullah

www.chedin.myniaga.net

No comments: