19 January 2008

JADIKAN BUAH LEMON MENJADI MANISAN


Salam Sejahtera kepada Sahabat dan Rakan , Semoga mendapat ketenangan dan anugerah akal yang hebat. ANDA MEMANG HEBAT DAN LUAR BIASA>>>> ANDA KENA RASAKAN ANDA SEORANG YANG HEBAT KETIKA MEMBACA BLOG INI < <<<

Hari ini saya nak kongsikan salah satu topik dalam buku LA TAHZAN ( Jangan Bersedih )...



Mungkin anda pernah terkena musibah atau satu ujian yang amat hebat lalu adakah anda telah menggunakan KEHEBATAN dan KEKUATAN akal fikiran untuk menjadikan musibah atau ujian sebagai sesuatu yang positif atau anda terus mengaku kalah.....

Orang yang cerdik dan pandai dapat merubah segala kerugian menjadi keuntungan. Sementara orang yang bodoh akan menjadikan satu musibah berubah menjadi DUA MALAPETAKA..

INGAT INI !

Rasulullah s.a.w diusir daripada tempat tinggalnya dan tempat kelahirannya Mekkah , lalu baginda berhijrah dan bermukim di Madinah. Lalu baginda mendirikan sebuah negara yang hebat , mengagumkan penglihatan dan pendengar sejarah.

Ahmad bin Hanbal dipenjara dan diseksa LALU dia menjadi imam dalam bidang hadith Rasulullah s.a.w

Ibuny Taymiyyah ditahan lalu daripada penahannya beliau dapat mengeluarkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan yang luar biasa.

Al-Sarkhasi diletakkan dan dikurung didalam sumur kering. Lalu dia dapat mengarang dua puluh jilid dalam masalah ilmu fiqh.

Ibnu al-Alhir menderita sakit lumpuh , lalu dia mengarang kitab Jamik al-ushul dan kitab al-Nihayah yang termasuk dua paling mashur dikalangan buku-buku hadith lain.
Itu antara beberapa contoh ...



Apabila anda sedang dilanda suatu musibah atau malapetaka , maka lihatlah kepada sisi yang positifnya. Apabila salah seorang diantara mereka menyajikan satu cawan jeruk , maka tambahkanlah satu sudu gula.
Apabila ada seseorang yang menghadiahkan seekor ular , maka ambillah kulitnya yang berharga dan buanglah sisa bakinya.

Berinteraksilah dengan situasimu yang menyengsarakan , sehingga anda dapat mengeluarkan setangkai bungan mawar , bunga jasmin dan bunga melati daripadanya. BARANGKALI anda membenci sesuatu , sementara ALLAH menjadikan kebaikan yang sangat banyak padanya.

Jika anda masih belum memperolehi apa2 dalam perniagaan ni , jangan PUTUS ASA , anda pasti akan mendapat sesuatu daripadanya. Masa saya menjalankan projek perniagaan selama setahun tanpa ada gaji saya rasa macam satu kerugian namun saya mendapat sesuatu yang cukup hebat daripadanya....

Jadi , JANGAN MALAS BERFIKIR kerana orang Melayu sering dikaitkan dengan MALAS BERFIKIR... Mereka yang rajin BERFIKIR pasti akan mencapai kemenangan dan kejayaan.

Kalau nak buat BISNES lagi la KENA RAJIN BERFIKIR , CARI IDEA , KREATIF bina STRATEGI dan sebagainya....

Buatlah sesuatu yang membanggakan diri anda .. Buat untuk diri anda bukan untuk orang lain . Jika anda buat untuk orang lain ditakuti apabila anda berjaya anda akan riak dengan kejayaan anda kepada orang lain.

KUASA kejayaan adalah ILMU , carilah ILMU .. BERSEMANGATLAH .. Jangan BERSEDIH .. BUAT terbaik HARI INI Kerana semalam tidak dapat mengubah apa2......

DO THE BEST.... katakan ANDA HEBAT , ANDA BIJAK , ANDA BERSEMANGAT , ANDA TERBAIK , ANDA YAKIN , ANDA AKAN BUAT YANG TERBAIK .....
Katakan , Katakan , Biarkan ia meresap kedalam jiwa dan denyut nadi anda .... Buat Kerana ALLAH dengan KESUNGGUHAN dan KEBIJAKSANAAN .... AYUH ... LAKUKAN TERBAIK ....

Genggam tangan anda
, pejam mata anda dan JERIT DALAM HATI ANDA .... Haiya 'alal FALAH ... AKU MESTI BUAT YANG TERBAIK ....

























YANG BERLALU BIAR BERLALU

HARI INI ADALAH MILIK ANDA
BIARKAN MASA HADAPAN DATANG SENDIRI


Hairuddin Abdullah

www.chedin.myniaga.net


No comments: