24 January 2008

3 orang 12 bulan..

Apa khabar anda hari ini. Anda berasa gembira , stress , tension , bersyukur atau apa lagi. Ya! Itulah lumrah kehidupan kita. Apa pun yang penting kita MESTI berhadapan dengan apa sahaja situasi dengan tenang dan sabar.

Saya baru saja selesai baca buku " Nota Jutawan, Nota Motivasi" karangan Dr Irfan Khairi. YES ! ringkas , padat dan banyak point yang boleh membantu meningkatkan motivasi dan kemahiran diri kita. Sesuai juga untuk orang yang kurang rajin membaca kerana penyampaian yang ringkas dan sederhana ....

Satu perkara yang saya tertarik untuk kongsikan di sini ialah

" Pada tahun pertama saya menjalankan perniagaan Internet, saya cuma berjaya mendapat 3 pelanggan sahaja ( 3 pelanggan dalam masa 12 bulan!) " Irfan Khairi

Bagaimana dengan anda jika berhadapan dengan situasi ini . 12 bulan TUAN , bukan sekejap . Adakah anda akan kecewa dan berputus asa , atau menganggap ia sebagai satu kegagalan...

KEGAGALAN ialah perintis untuk mencapai KEJAYAAN. Saya juga banyak kali gagal dan terus mencuba...

Dalam buku itu juga , Irfan Khairi ada nyatakan apabila ditanya kepada Pengasas Syarikat Komputer Gergasi tentang "Bagaimanakah untuk mencapai kejayaan dengan pantas?" Jawabnya : " Gandakan kegagalan anda dan anda pasti menjumpai kejayaan dengan pantas!"

Ya! saya ada seorang sahabat nampaknya macam dah lemah semangat apabila 3 bulan cuba menaja tapi masih belum dapat .. COME ON MY FRIEND ,, NEVER EVER GIVE UP ..... Berikan Peluang , Berikan Ruang untuk anda lakukan... FOKUS dan BERIKAN FOKUS , aku percaya ANDA pasti mampu lakukan ......

Aku dapat satu SMS agar aku berhijrah kepada peluang yang lain , almaklumla sempena musim Hijrah ni... Kadangkala bila tengok ada rakan-rakan yang dok berhijrah kesana kesini dari satu syarikat ke satu syarikat tetapi masih belum berhasil.. Ya ! Tidak ada masalah kalau kita nak berhijrah kepada peluang lain tak semestinya anda boleh cipta kejayaan di sini , TETAPI satu perkara yang mereka LUPA ....... MEREKA GAGAL UNTUK HIJRAHKAN Sikap , Minda , Disiplin Diri , Fokus , Usaha Gigih , Semangat Cintakan Ilmu dalam mencipta kejayaan kepada yang LEBIH BAIK dan HEBAT. Mereka abaikan semua itu , sebab itulah mereka terus GAGAL dan GAGAL .. Ya! Gagal adalah satu perkara yang bagus untuk kita mencari tangga-tangga baru kejayaan tetapi , MEREKA TIDAK MENGAMBIL IKHTIBAR , ILMU dan PENGAJARAN dari kegagalan mereka dan mengulangi kegagalan yang sama .... Kalau mereka mengambil pengajaran dari KEGAGALAN mereka dimana-mana sahaja mereka MAMPU CIPTA KEJAYAAN ....

So , kepada rakan-rakan yang masih belum dapat taja dan sebagainya , NEVER EVER GIVE UP kerana PASTI jika anda fokus dan belajar ANDA AKAN BERJAYA .... Gandakan apa yang Dr Irfan capai , Jika Dr Irfan capai 3 orang dalam 12 bulan anda kena gandakan menjadi 6 atau 9 orang dalam 12 bulan .....

BUAT apa yang sepatutnya anda buat , FOKUS kepada apa yang sepatutnya anda Fokus , TINGGALKAN kepada apa yang sepatutnya anda tinggalkan , BACA kepada apa yang sepatutnya anda baca , CALL kepada siapa sepatutnya anda CALL dan BERIKAN KASIH SAYANG kepada ORANG YANG BERHAK MENDAPATKANNYA .......

Semoaga anda semua sukses .... ha ha ha ... Meh ke Web Baru Lagi www.ebook.myniaga.net

Hairuddin Abdullah Almuari

No comments: