01 January 2008

CERMIN AJAIB

Salam Kejayaan kepada anda semua. Bagaimana anda hari ini , Bertambah semangat dan bertenaga. Jika anda perlu berehat , berehatlah dengan cemerlang . Berikan kualiti terbaik untuk rehat anda. Ya ! untuk mendapatkan " NEW ENERGY POWER " adakalanya datang selepas anda berjaya untuk memberikan kerehatan pada diri anda sebentar....

Saya masih teringat semasa saya di Tahun 2 belajar di USM . Ketika itu aku terlibat menjadi seorang Fasilitator untuk satu program motivasi pelajar sekolah menengah dari Kuala Lumpur. Dan salah satu modul yang di bawa adalah " CERMIN AJAIB" . Ya memang sungguh ajaib cermin itu. Anda tentu setiap hari melihat cerminkan? Apa yang anda lihat? Melihat wajah yang cantik dan kacak , atau jerawat , atau kerutan di dahi atau apa? .....

Dalam modul itu , kami sediakan dua buah cermin. Satu Cermin untuk Melihat " SIAPAKAH WAJAH MANUSIA TERHEBAT" dan Satu lagi cermin adalah untuk melihat " SIAPAKAH MUSUH PALING UTAMA KEPADA USAHA KEJAYAAN ANDA" ..... Ha ha ! Anda tentu sudah tahu jawapannya?

Ayuh kita pergi ke Cermin Pertama untuk melihat " SIAPAKAH WAJAH MANUSIA TERHEBAT " .... Anda Fikir Siapa ? Jika ada cermin pergilah lihat sekarang?

Meh , kita pergi ke Cermin Kedua untuk melihat " SIAPAKAH MUSUH PALING UTAMA KEPADA USAHA KEJAYAAN ANDA" Anda perlu berhati-hati dengan orang ini .... Anda Fikir Siapa Ya ? ...

Saya fikir tidak perlu saya berikan jawapannya kerana anda PASTI tahu JAWAPANNYA ....

-------------------

Pada hari ini juga saya ingin terus mengulangi beberapa perkataan dan ayat yang biasa di sebut?

1. KEJAYAAN SAYA TANGGUNGJAWAB SAYA

2. MULA DENGAN APA YANG KITA TAHU , BINA DENGAN APA YANG KITA ADA

3. WHAT HAPPEN IF.....

4. I CAN ACHIVE ANYTHING WHEN I SET MY MIND , MY HEART ANDA BODY FOR IT

5. ANDA ADALAH APA YANG ANDA FIKIRKAN

6. JANGAN MENUNGGU dan MENGHARAPKAN ORANG LAIN SEMATA-MATA , MANDIRILAH !!!

Jadi , marilah kita sama-sama melihat POTENSI hebat diri kita , BANYAKKAN TINDAKAN , BERTINDAK SECARA BESAR-BESARAN , Jika anda berhasrat membuka rangkaian di Indonesia , beli tiket Air Asia , terbanglah ke sana berjumpa Rakaniaga anda , lakukan "deal " terbaik. Itulah PENGALAMAN BERHARGA ANDA .....


Musuh UTAMA anda adalah DIRI ANDA SENDIRI , bukan orang lain , bukan persekitaran , Kitalah yang menentukan sama ada kita dapat BERTAHAN , kita BERANI MENGHADAPI CABARAN , kita BERANI MENGAMBIL RISIKO , kita BERANI BERHADAPAN DENGAN MASALAH ......... BERTINDAKLAH segera ....

............ Akhir kata.... Jadikan 2008 Tahun Terbaik anda. Dan PERKARA PALING PENTING ADALAH .............. PASTIKAN ILMU dan PENGALAMAN anda bertambah... Itu lebih berharga dari wang ringgit..........

ANDA NAK TAHU RAHSIA SUSU IgG PLUS MENCIPTA JUTAWAN? Sila Klik Sini

Salam Kejayaan

Hairuddin Abdullah Almuari ...............

No comments: