14 September 2007

PERCAYA POTENSI DIRI SAYA

Salam sejahtera. Diri kita di cipta dengan banyak kelebihan dan potensi. Keupayaan otak dan minda menjadi kekuatan terhebat yang ada pada kita. Namun berapa ramai yang mensia-siakan keupayaan minda kita mungkin termasuklah saya.

KITA YANG TENTUKAN KEBAHAGIAAN HIDUP KITA ....

Kadang kala kita gagal menentukan apa yang kita impikan , kita masih membiarkan orang lain membuat keputusan untuk kita , membiarkan orang lain mempengaruhi pilihan kita untuk kita memilih kebahagian. Kadangkala banyak perkara dalam kehidupan kita di tentukan oleh orang lain . Nak beli syampo pun kekadang di tentukan oleh iklan-iklan di TV , nak beli alat solek pun kekadang di tentukan oleh rakan-rakan atau iklan dahulu. Mungkin kita pernah berdepan dengan dua persimpangan untuk memilih dua pilihan. Kekadang kita keliru dengan apa yang kita fikirkan dan keputusan yang bakal kita buat.. NAMUN , kekadang kita juga memerlukan pandangan orang lain untuk membantu kita membuat keputusan. Anda akan dapat banyak cadangan pilihan ketika anda ingin membuat satu keputusan , oleh itu pilihlah keputusan yang dekat di hati anda . Jika buntu , mintalah bantuan ALLAH , lakukanlah solat istikarah untuk kita mendapat panduan dari Illahi. YAKINLAH pada POTENSI DIRI ANDA ..........

PERCAYA PADA KEUPAYAAN DIRI

Kita sahaja yang mampu mengetahui keupayaan diri kita. Setiap orang bermula dengan tidak mengetahui apa-apa sejak lahir namun usaha mereka untuk belajar dan gigih mempelajari sesuatu ada orang lain yang mempunyai keupayaan dan kebolehan yang lebih baik. Mungkin ada yang di lahirkan cacat tetapi mereka juga PASTI mempunyai mempunyai cara , jalan dan pilihan untuk mencapai kejayaan dan kebahagian. Lihat bagaimana Dr. Ismail yang buta berjaya menjadi seorang Dr. PHD. Ini kerana kekuatan nilai PERCAYA KEPADA KEUPAYAAN DIRI. Anda lihat video di bawah bagaimana mereka melakukan dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat.

YA , untuk berjaya dalam apa yang kita lakukan PERCAYA PADA DIRI SENDIRI . Allah telah memberikan potensi luarbiasa kepada diri kita. Saya lihat banyak buku-buku yang ditulis oleh penulis ( mat salleh ) tentang motivasi mereka meletakkan Believe In Yourself sebagai perkara utama setelah kita meyakinkan nilai Percaya Kepada Tuhan ( ALLAH ) yang telah kita letakkan lebih awal lagi. Ini kerana ALLAH yang telah mencipta kita dan menganugerahkan potensi kepada setiap hambanya.




Andalah yang mampu mengubah potensi kehidupan anda dengan lebih baik dan cemerlang asalkan anda PERCAYA dengan KUAT akan POTENSI dan KEHEBATAN yang ALLAH telah BERIKAN kepada ANDA .. Yes U CAN DO IT .... Tidak kira apa sahaja bidang yang anda ceburi kini , LAKUKAN dengan TERBAIK...



InsyaALLAH YAKIN lah dengan keupayaan diri anda , tidak kira siapa anda ketika ini , anda berhak untuk berjaya dan berjaya untuk setiap orang berbeza-beza. Itulah uniknya insan yang diciptakan oleh ALLAH ...

Ok lah , setakat ini dulu .. Nak pi jumpa rakanniaga bincang strategi bisnes seterusnya ....


Che Din >>>>>>>>>>>>> Jangan Lupa ke Laman Web Aku www.myniaga.net

No comments: