27 September 2007

GELOMBANG KE 3 (G3)

SALAM SEJAHTERA ! Bertemu lagi kita di sini. Dah 2 minggu kita berpuasa rasa sekejap sangat. Dan Alhamdulillah dalam bulan puasa ni banyak juga perkara-perkara tertunda dapat di uruskan segera. Nampaknya bulan puasa ni bisnes pun nampak semakin ok . Semalam dok uruskan penghantaran 10 kotak susu ke Melaka , Kemudian hantar barang Rizal di Teluk Intan , ada susu , nacofe , primalex . Oh Ya! TAHNIAH Rizal dapat naik pangkat jadi Penyelia Di Tempat Beliau Kerja , semoga bulan ni juga Rizal boleh naik pangkat Senior Manager. LUAR BIASA , Syukur Ke Hadrat Illahi. Lepas tu hantar Primalex ke beberapa orang termasuk Sabah n Perlis. Tu gambar kat bawah tu barang-barang yang aku dok antar semalam la.

Hari ni pulak nak hantar 16 kotak lagi susu igg Plus ke Melaka. Sekarang ni masa aku nak pulun sakan , biaq pi mereka raya sakan , aku nak pulun sakan wat bisnes ni.....


Alhamdulillah , hari ini adalah hari pertama aku di TAHUN KETIGA aku bersama Smart Success Team dan Smart Naco. U ALL nak tau apa aku buat di hari pertama ini. Nak Tau Kee.....

Hari ini aku melakukan perkara yang saya seperti aku buat pada hari pertama aku join biz nie. Tu Je , nak tau ker apa yang aku buat ...

Oooooo , Senang Jer , Aku Buat Balik Laman Web aku , aku wat promosi dan aku dapatkan senarai prospek. Hari ni aku dah ada 20 orang prospek yang menanti untuk di Followup , CUMA BEZANYA , haaa , ada bezanya? Ya! Bezanya :

Kali ini aku hanya Followup beberapa orang sahaja dan yang selebihnya akan di Followup oleh rakan niagaku yang lain. Bagi depa cekap buat Followup dan menaja serta menjual. Barulah perniagaan kita nak berkembang....

Jadi bila dah masuk tahun ketiga ini aku namakan Gelombang Ke 3 , ( G3 ) tentu aku ada beberapa azam pada tahun ketiga. Azam Pertama aku nak lebih berdisiplin dalam kerjaya ini dan lebih fokus dalam sesuatu bidang yang aku lakukan. Kedua aku nak PASTIKAN rakaniaga aku yang lain juga mampu mencapai kejayaan bermula dengan kejayaan-kejayaan kecil hingga terciptanya GELOMBANG KEJAYAAN BESAR... Aku tau , jika aku nak berjaya dan pergi lebih jauh dalam perniagaan ini , aku WAJIB membantu rakaniaga aku berjaya .......

InsyaALLAH azam aku tahun ke 3 ni , aku nak buka office sendiri untuk memberi kemudahan kepada rakan-rakan di sini membuat tugasan kerjayanya. Kemudian aku juga akan memulakan kelas pembelajaran untuk beberapa orang rakaniaga ku yang komited di rumah aku sendiri tentang pengalaman offline dan online. Hari ni aku nak pi beli Faks nak lengkapkan peralatan office aku. Aku juga akan siapkan buku coaching untuk memantau 10 orang rakaniaga aktif untuk setiap jalur aku.

YA ! AKU MESTI BERJAYA DALAM PERNIAGAAN INI ..... MESTI BERJAYA , ALLAH DAH ANUGERAHKAN POTENSI KEPADA AKU , AKU MESTI LAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH , DI DEPAN MATAKU ADA INSAN-INSAN YANG MENGHARAPKAN SEBUTIR DEMI SEBUTIR KEJAYAAN DALAM HIDUPNYA. KINI HIDUPNYA TELAH ADA AGENDA BESAR BERBANDING DULU HANYA TERHOYONG HAYANG MENCARI ARAH HALUAN HIDUP.

ADA ORANG BERHENTI SETENGAH JALAN KERANA MEREKA KECEWA TIDAK BERJAYA , HA , MEREKA SEBENARNYA BUKAN TIDAK BERJAYA tetapi BELUM BERJAYA KERANA MUNGKIN PERJALANAN 5 PURNAMA , 10 PURNAMA MUNGKIN 20 PURNAMA DI PERLUKAN ...

Terima Kasih kepada UPLINE yang LUAR BIASA HEBAT SPD Zulkifli Hassan , PD Ashriee dan SPD Khairul Aza ... Dengan nasihat , tunjuk ajar , bantuan , sokongan mereka aku dapat menempuh dunia MLM yang terlalu asing bagiku sebelum ini dengan lebih yakin dan berani. Tidak kurang hebat TERIMA KASIH kepada semua rakan-rakaniaga ku yang pernah bersama ku walaupun persinggahan sebentar dan juga yang setia sehingga kini. U ALL MEMANG BEST......

HARI ini ku Lakarkan Peristiwa Baru dan Catatan Baru ::: Biar hari-hari yang akan di tempuh dengan izin Illahi melakarkan sejarah suka duka baru yang lebih bermakna , aku yakin ia PASTI akan menguji kesabaran dan ketabahan dan kegigihan dan kesungguhan , YA , TIADA LALUAN MUDAH UNTUK AKU ....... AKU MESTI LALUINYA , YA , MESTI ....

OK lah , cukup setakat ini dulu , aku nak siapkan sales letter untuk prospek baru aku , minggu depan nak start menghantar apa2 maklumat yang perlu.....

Thanks 2 You All

Hairuddin Abdullah Al-Muari : Kepala Batas , Pulau Pinang..

>>>>>>>>> LAYARI LAMAN WEB AKU :::: www.myniaga.net

No comments: