13 September 2007

MENGAMBIL KEBERKATAN RAMADHAN

Hari ini 1 Ramadhan blog ini di buka untuk tatapan rakan-rakan. PENGGUNAAN BLOG dalam perniagaan online MLM amat membantu kita memperkenalkan diri , perniagaan dan produk kita. Kita boleh gunakan blog ini untuk menceritakan perjalanan bisnes kita , untuk mempromosi produk jualan kita dan untuk berkongsi maklumat kepada rakan-rakaniaga kita serta pengunjung umum ...

Penggunaan blog untuk membantu meningkatkan kredibiliti bisnes semakin popular sekarang ini. Ada juga rakan-rakan yang menjadi rakan niaga saya datangnya dari blog yang saya buat. Jesteru itu kepada rakan-rakan yang masih belum mempunyai blog saya cadangkan agar anda mempromosikan perniagaan dan produk anda melalui blog. Blog lebih mudah di uruskan berbanding kalau kita nak buat laman web sendiri walaupun laman web sendiri itu amat penting kepada anda yang ingin menjalankan perniagaan online ini.

Jesteru itu kepada anda bersama SST yang menjalankan perniagaan ini secara online jadi bulan Ramadhan ini bolehlah kita gunakan untuk muhasabah merancang strategi perniagaan anda serta menggerakkan usaha PROMOSI online. Jika anda terus promosikan perniagaan anda , InsyaALLAH akan ada orang yang berminat.




Sempena Ramadhan ada ole-ole video masa pergi rombongan umrah
bersama rakan-rakan Smart Naco.
Syukur Alhamdulillah , Baitullah Aku Merinduimu







CHE DIN
1 Ramadhan



No comments: