18 November 2008

SAMPAIKANLAH SALAM


Salam Sejahtera ! Apa khabar , bertemu lagi. Alhamdulillah saya dah siapkan slide untuk video online priview yang akan digunakan untuk menyampaikan mesej kepada semua orang diseluruh dunia ini. Mungkin dalam diri anda yang menyertai bisnes Smart Naco atau bisnes lain , kenapa la bisnes aku belum berkembang-kembang atau belum berhasil.. Ya ! Aku juga kadangkala berfikir begitu dan rupanya ada satu hal yang penting kenapa kita gagal menaja , kita gagal menjual , kita gagal menaikkan sales kumpulan dan sebagainya.... Aku lihat itu juga sebagai kegagalan yang dilakukan oleh diri aku apabila jualan merosot dan income merosot. Jadi apa tindakan yang perlu di ambil..
BAGAIMANA MENINGKATKAN JUALAN , MEMBUAT PENAJAAN DAN MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN KE MANA SAHAJA !!!

1. PROAKTIF

Jadilah proaktif. Bukan sekadar AKTIF tetapi ProAktif. Bertindak lebih dari apa yang orang biasa buat. Kalau orang biasa sekadar promosikan bisnes 3 kali sekali dengan kaedah biasa , anda perlu lebih ProAktif dengan promosikan bisnes anda 3 atau 4 kali ganda dengan kaedah yang berbeza. Dalam buku 7 Tabiat Orang Yang Amat Berkesan , Stephen R. Covey telah menyebut ProAktif ialah KUASA UNTUK MEMILIH RESPON KITA SENDIRI. Ciri pentingnya ialah KeProAktifan ialah kuasa , kebebasan dan kebolehan untuk memilih respon berdasarkan nilai kita , kepada segala yang berlaku kepada diri kita.

BUKAN .. Hanya menunggu di suap , menunggu di bantu sampai nanti nak makan pun nak kena tunggu suap , semua perkara dan benda nak kena sedia didepan mata , tahu hanya suruh itu dan ini... Jika ini cara kita bekerja bagaimana kita nak capai kejayaan. Jika ada ProAktif andalah yang berkuasa mengawal keadaan anda. KeProAktifan membenarkan kita mengesan bahawa kita boleh mengubah keadaan , kita dapat menggunakan keadaan sebagai bahan mentah untuk mencipta benda yang kita mahukan. Jadi MASANYA ANDA PROAKTIF ..

2. PROMOSI

Siapa yang akan tahu bisnes atau produk anda jika anda tidak menceritakannya. Anda bercita-cita ingin jadi usahawan berjaya tetapi anda tidak ceritakan kepada semua orang apa yang anda telah lakukan. Orang bertanya apa yang anda buat pun ada rasa segan , kekok untuk menceritakan. Dahulu saya juga ada perangai macam tu , konon "low profile" tapi apa yang aku dapat , sekarang ni orang tanya je , bisnes kad mesti hulur ( tak tanya pun hulur la dulu ) , mesti sebut Susu IgG Plus , kalau ada flyer/brocher bagi la. Jadi sekarang saya nak tanya DALAM SEHARI BERAPA ORANG ANDA TELAH SAMPAIKAN bisnes dan produk anda. 1 orang , 2 orang , 3 orang , 4 orang atau 5 orang. JIKA dalam SEHARI tidak ada sorang pun tahu tentang bisnes anda , anda tentu tahu jawapannya dan anda biarkan keadaan menguasai anda. Jika tiap hari anda ceritakan kepada 4 orang tetapi orang yang sama , sama juga ertinya anda tidak menceritakan apa-apa. Anda perlu PROAKTIF dalam aktiviti PROMOSI , ambil tindakan yang lebih jauh , lebih kreatif dan berani. Jadi SASARKAN sekurang-kurangnya 5 orang sehari anda perkenalkan bisnes/produk anda kepada orang ramai .
Caranya : Terpulang kepada anda apa caranya. Anda boleh edar flyer/brocher , bagikan flyer/brocher kepada sesiapa sahaja , buat iklan di internet , buat iklan di surat khabar , buat homeparty , buat office party , hantar surat jualan anda kepada prospek anda dan apa sahaja yang membolehkan SETIAP HARI 5 orang MINIMA . Jika 365 hari anda telah menyampaikan kepada 1825 orang. Jika 10% membeli produk anda atau menjual anda telah berjaya mendapat 182 orang setahun. Tetapi kalau nak lebih berjaya kena la lebih dari 5 orang sehari. Jika anda buat iklan di surat khabar , sehari sahaja anda keluarkan akan ada 200 ribu ke 1 juta orang membacanya. Jika 1% tentu ramai prospek anda hari itu.
Berani Keluar Belanja Promosi : Mungkin anda sibuk dengan kerja. Anda keluarkan belanja untuk promosikan bisnes anda . Sekarang banyak ruang dan peluang yang ada. Iklan di Akhbar , Iklan di Internet , Iklan di Radio dan dimana sahaja boleh.

HUKUM TINDAKAN AKAN MEMBUAHKAN HASIL : Jika anda tidak menyampaikan BISNES/PRODUK anda kepada orang ramai , siapa yang tahu anda buat bisnes dan jual produk. Jangan jadi usahawan syok sendiri macam aku dulu. Konon meniaga tetapi tak sampaikan kepada ramai orang apa yang aku buat.

3. TINGKATKAN PENGETAHUAN ANDA

Ini lagi satu hal. Ramai nak berjaya , nak kaya tetapi MALAS nak tingkatkan ilmu pengetahuan , MALAS nak pi belajar , MALAS nak BERTANYA dan sebagainya. Apabila anda telah mengambil Sikap ProAktif dan Melakukan Promosi anda MESTI tingkatkan pengetahuan anda tentang bisnes dan produk anda. Jika sehari 5 orang bertanya kepada anda , tentu anda akan MAHIR dan CEKAP kerana anda terpaksa untuk mencari jawapan dari soalan-soalan prospek anda . Tetapi jika sehari tidak ada sorang pun tanya , macam mana anda nak EXPERT terhadap bisnes dan produk anda. Jangan sampai nanti prospek tanya anda tidak tahu itu dan tahu ini , asyik nak harapkan UPLINE je , sampai bila nak bergantung kepakaran orang lain kerana anda hanya membantu mereka menjadi lebih pakar dan anda terus duduk di kempompong lama. Jadi bila ada sesi perjumpaan , sesi latihan dan sebagainya HADIRKAN DIRI jika anda ingin berjaya dalam bisnes anda. Anda perlu rebut peluang ini dan sanggup belajar apa sahaja ilmu berkaitan bisnes dan produk anda. PENGETAHUAN yang luas akan meningkatkan kredibiliti dan keyakinan diri yang tinggi.

4. BELAJAR DUPLIKASI SISTEM

Salah satu hal yang penting untuk berjaya dalam perniagaan MLM ini adalah usaha untuk menduplikasi sistem dari upline dan anda perlu untuk duplikasikan sistem kepada downline anda. Jangan hanya anda sorang yang tahu dan pandai tetapi semua downline anda terkapar-kapar dan hidup dalam kesamaran. Tanggungjawab anda adalah memikirkan Idea KREATIF bagaimana caranya untuk memudahkan downline anda duplikasi sistem perniagaan ini. Sekarang kita sudah ada teknologi , kita boleh sampaikan maklumat kepada downline kita menggunakan kaedah CD , jumpa mereka untuk terangkan dan bimbing mereka satu persatu secara berperingkat. Jika mereka mampu membuat PROMISI BISNES/PRODUK , Membuat Penjualan / Penajaan dan mampu membimbing downline mereka apa yang telah mereka belajar dari sistem duplikasi itu , InsyaALLAH kumpulan anda akan berkembang. Kita boleh menaja ramai orang , tetapi belum tentu kita boleh menduplikasikan sistem yang baik kepada downline kita. Bagaimana mana anda nak sampaikan kepada downline anda juga perlukan daya kreativiti.

KESIMPULAN

Jadi kesimpulan hari ini dari 4 perkara ASAS di atas , untuk berjaya dalam bisnes , SAMPAIKAN KEPADA SESIAPA SAHAJA MANUSIA YANG ADA DIDUNIA INI tentang Bisnes dan Produk Anda. Cari Jalan dan cara kreatif untuk menyampaikan mesej anda. Kemudian bertindaklah secara ProAktif dalam menyampaikan maklumat ini. Jangan tunggu orang lain membantu anda kerana tidak ada sapa tahu anda perlu dibantu jika anda tidak beritahu mereka kemudian Jangan BOSAN untuk belajar meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran sekaligus jika anda berjaya MENDUPLIKASIKAN 3 perkara di atas , PASTI RANGKAIAN ANDA AKAN BERKEMBANG.

Jika nak tengok priview online sila ke www.myniaga.net/priview.htm

NAK CD PERCUMA DARI SAYA SILA SMS NAMA DAN ALAMAT KE

012-4686404


ANDA AKAN DAPAT MAKLUMAT

1. Peluang Perniagaan bersama Program I-Usahawan
2. Testimoni Produk LUAR BIASA Susu IgG Plus
3. E-Book - Rakaniaga SST
4. Bagaimana Menjana RM500 seminggu
5. Interview di Radio Kedah

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI ......

Che DIn

No comments: