17 November 2008

AKTIVITI MINGGU LEPAS

Salam Sejahtera , apa khabar. Rasanya macam lama jugak tak updated blog nie. Sepanjang minggu lepas betul-betul pack aktiviti aku. Mana yang nak siapkan proposal projek , buat followup prospek yang nakkan info serta poskan kepada dia orang , siapkan beberapa video dan 2 hari lepas aku ke Jengka dan KL bertemu rakan-rakan disana.

Aku nak citer pi Jengka dulu la , kali ni aku gerak ngan wife aku sempena cuti sekolah ni . Bertolak jam 6 pagi . Alhamdulillah sampai di Jengka dalam jam 12.30 dan terus ke Bandar Pusat untuk cari ikan patin . Bro Shidi pun dah tunggu. Lepas makan kami sembang-sembang cari idea untuk aktiviti-akviti seterusnya di Jengka. Jam 3 kelihatan En Nazif datang , En Abd Rahman , En Mat Khir , Kak Wan , Cikgu Azhar , Abang Din pun ada sekali . Yang best kali ini , En Rahman , En Nazif dan En Mat Khir masing-masing bawa lap top ada yang lap top baru beli ada yang siap beli broadband. Petang tu kita adakan sesi brainstorming untuk mengembangkan rangkaian dan memulakan Program I-Usahawan di kawasan Jengka Temerloh. InsyaALLAH bulan 12 beberapa projek akan on disana.

Selesai aku terus balik KL dan menginap di rumah Bro Shidi. Ahad tu jam 11 pagi pula ada buat pertemuan sikit dengan rakan-rakan SST. Puan Rosnani bersama Dlinenya, Din Smart , Pn Zila n Kak Mala pun datang jap amek flyer. Jadi di KL kita telah putuskan untuk adakan priview pertama Program I-Usahawan di HQ pada 25 November jam 8.30 malam.

Petang tu , sempat pi Kenduri dirumah sepupu aku semua Family aku pun dah ada disana. Jadi kami jumpa di sana. Dalam kesempatan berjalan , sempat aku followup beberapa orang prospek online. Ada yang nak beli susu , ada yang nak join ada yang tak layan ada yang tak tau apa-apa .. Ha ha , macam macam anda.

Sepanjang perjalanan aku dapat membuat satu kesimpulan dari apa yang terjadi sepanjang 6 bulan yang lalu ini. Aku hanya tinggal 1 bulan sahaja lagi untuk capai sasaran aku. InsyaALLAH , bila buat GERILLA MARKETING boleh capai sasaran tu.HASIL datang dari TINDAKAN. Jadi resolusi yang aku buat sehari WAJIB aku sampaikan kepada 5 orang MINIMA tentang bisnes dan produk aku. Gunalah apa cara sekalipun. Dan satu kesimpulan yang TERPENTING adalah dalam menjalankan perniagaan INTERPOS seperti ini , PROSES DUPLIKASI itu cukup penting untuk disampaikan kepada rakaniaga baru. Jadi apa cara , apa tools , apa kaedah , apa pendekatan perlu diperkemaskini. Ada la juga beberapa idea. InsyaALLAH dengan kemajuan Teknologi sekarang , ia akan dilakukan dengan mudah.

Lepas ni , aku nak pi pos surat pulak dan CD Priview Bisnes kepada beberapa prospek. Alhamdulillah , setiap hari ada sahaja prospek yang masuk melalui laman myniaga.net walaupun tanpa membuat usaha promosi. Kalau buat promosi aktif TENTU LAGI HEBAT...

Jadi salah satu RAHSIA KEJAYAAN ialah .. PROMOSI , PROMOSI , PROMOSI , AKTIVITI, AKTIVITI , AKTIVITI ......

Meh tengok PRIVIEW PROGRAM IUSAHAWAN DI www.myniaga.net/priview.htm


Kalau nak CD PERCUMA sila ke www.myniaga.net

No comments: