28 May 2008

BERHARGANYA SEBUAH PENOLAKAN


Salam Sejahtera ! Apa khabar sahabat budiman. Terima Kasih kerana masih sudi membaca blog saya ini. Wah nampaknya kalau nak di printkan jadi buku , tentu tebal ni , bermula November 2005 hingga hari ini 29 Jun 2008. Apa pun saya akan printkannya juga kerana inilah memori perjalanan saya dalam menjalankan perjalanan perniagaan MLM bersama Smart Success Team.

Malam tadi saya menonton video bagaimana keadaan fisiologi saya bermula dahulu , WAH ! memang cukup hebat , cukup rajin dan setiap masa saya gunakan untuk menghadapi penolakan. Saya mendapat lebih banyak penolakan dari penerimaan.

Nampaknya masih ada orang yang tidak bertindak proaktif , ada perancangan tetapi sering menangguhkan perancangan. Macam saya sebelum nie la dan sekarang saya tengah disiplinkan diri untuk melakukan tindakan segera atas perancangan . Alhamdulillah saya dah siapkan laman web baru untuk program i-usahawan553. Nak Tengok , sila klik link di bawah ni

http://www.iusahawan.myniaga.net

Satu Penolakan Berharga RM125.00

Dan semalam saya mula membuat promosi dan iklan , WOW , 40 orang prospek yang telah menunjukkan minat. Dan saya yakin saya akan mendapat banyak penolakan. Anda nak tahu RAHSIA KEJAYAAN untuk berjaya dalam perniagaan seperti Network Marketing ini ataupun dalam bidang kejurujualan.

Ya ! Anda carilah seberapa banyak penolakan. Anda tahukan dari 40 orang prospek semalam mungkin saya akan mendapat 35 penolakan dan 5 penerimaan. Dan cuba saya gandakan jumlah penolakan menjadi 70 tentu saya akan mendapat 10 penerimaan. Satu masa dahulu saya rasa terlalu lemah dengan penolakan dan ada juga penolakan disebabkan beberapa perkara seperti , Mesej yang kita nak sampaikan tak jelas , sistem followup tidak konsisten dan tidak sistematik , anda tidak bersungguh-sungguh dalam membuat tawaran peluang dan sebagainya. Anda STATIK menggunakan kaedah dan cara yang sama , ayat yang sama tidak berubah dan tidak berani menggunakan satu konsep yang gila-gila dan tindakan besar-besaran.....

Anda tahu , ketika saya bermula seorang diri 3 tahun yang lepas , saya bermula dengan 30 orang prospek yang menolak dan 3 penerimaan. Dan salah seorang yang menerimanya ialah PD Roshidi yang dahulu seorang penjual kasut pasar malam kini beliau telah berjaya mendapat pendapatan RM100,000.00 lebih setahun. Kemudian saya mendapat 100 orang prospek dan mendapat 80 penolakan dan 20 penerimaan. Rupanya lagi banyak penolakan yang saya dapat , lagi besar peluang kejayaan saya. Tapi anda jangan kira penolakan yang dibuat sebelum anda memberi penjelasan tentang program anda.

Jika dengan 80 penolakan saya boleh mendapat pendapatan RM10,000.00 sebulan , bagi anda berapa harga sebuah penolakan saya dapat. Jika saya mendapat 800 penolakan sebulan , tentu potensi pendapatan saya akan berganda. WOW , setiap penolakan yang saya terima , saya akan berpotensi mendapat RM125.00. Jika begitu satu penolakan saya mendapat RM125.00 dan kalau macam tu saya nak cari lebih banyak penolakanlah....

Saya masih ingat dalam satu siri promosi dahulu untuk melayakkan saya menjadi President Director. Saya melakukan promosi besar-besaran dan saya telah mendapat 150 orang prospek. Saya pernah menunjukkan fail prospek itu kepada beberapa peserta program Smart Success Team. Anda tahu dari 150 orang prospek saya telah mendapat sebanyak 142 penolakan dan hanya 8 yang menerima. Tetapi rupanya dengan 142 penolakan itulah yang telah membantu saya menjadi President Director dan beberapa orang yang menerima telah juga menjadi President Director selang beberapa bulan.

Jika saya jatuh hari ini adalah kerana saya tidak mencari seberapa banyak penolakan yang nilainya RM125.00 seorang. Jesteru itu , tindakan saya adalah mengumpul koleksi penolakan yang banyak . Lagi banyak penolakan yang saya dapat lagi besar potensi pendapatan diri saya.


Penjual Pen

Semasa saya ke Terengganu saya didatangi oleh seorang lelaki yang menjual Pen yang bernilai RM10.00. Dia kata harga pasaran RM15 tetapi hari ini diskaun RM10.00 sahaja. Saya tanya dia berapa dia dapat komisyen , dia kata sebatang pen saya dapat RM 2.50 . Ok saya kata saya beli dan jumpa malam ni. Malam itu saya bertemu dia sembang2 tentang kerja yang dia lakukan. Anda tahu berapa penolakan sehari yang beliau terima. Beliau MESTI bertemu dengan 300 orang sehari dan biasanya250 orang akan menolak dan sekitar 50 orang akan menerima. Nasib kurang baik hanya 30 orang yang menerima. Jadi jika 50 orang x RM 2.50 berapa ye. RM 125 sehari. Mereka bergerak 3 orang dan sudah pasti mereka bertiga akan bertemu dengan 900 orang prospek.

Setahun 3 orang pelanggan

Anda tentu kenal dengan Irfan Khairi bukan. Seorang jutawan internet muda . Tetapi sejarahnya bermula dengan dunia perniagaan internet ialah pada 12 bulan pertama beliau hanya mendapat 3 pelanggan sahaja. Namun dengan penerimaan itu , beliau terus mencari dan mendapatkan idea-idea baru untuk mengubah strategi , mencari idea dan konsep penjualan yang diperlukan oleh orang dan sebagainya. Setelah bertemu dengan idea yang membawa konsep perniagaan dengan menjual produk yang diperlukan oleh orang , hasil beliau berjaya. Sebab itu USAHAWAN ialah bagaimana kita mengguna dan menjual idea pemikiran kita. Kita bukan Peniaga . Kalau Peniaga dia hanya lakukan proses menjual sahaja. Tetapi seorang usahawan dia akan mencari peluang , membuka peluang , mencipta peluang , melakukan inovasi terhadap strategi pemasaran dan sebagainya.

Baiklah , saya fikir setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini , panjang lebar juga nie. Kepada anda BINALAH KUASA DIRI , Mengapa anda biarkan ORANG LAIN mengawal diri anda , mengawal potensi pendapatan anda. Saya juga sedang menyiapkan modul KUASAI MINDA : CAPAI IMPIAN ... Saya akan kongsikan modul ini di ONLINE CONFRENCE SST sebagai permulaan. Jangan ketinggalan untuk mengikutinya ......

Fokuslah pada tindakan yang mampu memberi hasil yang baik untuk perniagaan anda. Tetapkan matlamat anda secara spesifik.

" RAIHLAH PENDAPATAN RM100,00.00 SETAHUN ATAU LEBIH DENGAN PROGRAM I-USAHAWAN 553"

MENGAPA BIARKAN ORANG LAIN MENGAWAL PENDAPATAN ANDA , SEDANGKAN ANDA BERKUASA MENENTUKAN BERAPA BANYAK PENDAPATAN YANG ANDA MAHUKAN TANPA HAD............

HANYA KLIKS DI www.iusahawan.myniaga.net ...

.............................................................................................................

Sekian

HARGAILAH POTENSI DIRI ANDA

Hairuddin Abdullah

Carilah 10 alasan untuk kejayaan anda , bukan kegagalan anda.




No comments: