18 May 2008

MEMBINA KUASA DIRI

Salam Sejahtera ! Terima Kasih kepada sahabat budiman kerana sudi mengunjungi blog ini. Alhamdulillah semakin anak-anak muda terlibat dalam dunia perniagaan atau keusahawanan. Alhamdulillah juga semakin ramai rakan-rakan sebaya saya yang mampu meraih pendapatan hebat lantaran mereka berjaya meruntuh persepsi lama dan lantaran peluang yang mereka perolehi disulami dengan strategi , usaha gigih dan keberanian melakukan secara berterusan.

Alhamdulillah , beberapa tindakan yang perlu aku selesaikan minggu lepas telah disempurnakan dengan sebaiknya . Beberapa tindakan dan agenda baru pula menyusul. Beberapa komitmen dan tanggungjawab berterusan tanpa ada titik noktahnya sehinggalah berakhirnya sebuah hayat kehidupan. Jesteru itu , sebagai seorang usahawan janganlah kita membiarkan orang lain , persekitaran yang mengawal POTENSI HEBAT kita sedangkan kita punya kuasa untuk menentukan halatuju kehidupan kita atas keizinan Illahi.

" Jangan mengharapkan keadaan menjadi lebih baik , tetapi harapkan diri anda menjadi lebih baik"
-Jim Rohn-

Antara beberapa PERKARA dan TINDAKAN bagaimana anda mampu membina kuasa lantas menjadikan diri anda menjadi lebih baik adalah dengan "

Satunya : Memikul Tanggungjawab Sepenuhnya

Sebagai contoh , kadangkala anda merungut menerima gaji rendah , apabila anda bertanggungjawa atas gaji rendah anda , ia beerti anda mengakui tindakan anda dan keputusan andalah yang menyebabkan anda menerima gaji yang rendah. Jadi dalam hal ini anda mungkin tidak mewujudkan " value added" dalam diri anda supaya anda mendapat gaji yang lebih besar. Mungkin anda tidak menggunakan kesemua potensi yang anda ada, atau anda bekerja dengan syarikat yang tidak menghargai potensi bekerja. Apapun situasi andalah yang bertanggungjawab diatas kenyataannya.

Jesteru itu , anda boleh mewujudkan lebih nilai dalam diri , tingkatkan kemahiran , minta naik gaji , cari kerja lain atau menjadi usahawan. APABILA ANDA MULA BERTINDAK , SITUASI ANDA BERUBAH dan BARULAH ANDA MENDAPAT GAJI BESAR....

Saya dahulu ( 2004 ) hanya mendapat purata pendapatan RM400 sebulan walaupun saya seorang graduan. Sedangkan pada 2000-2003 saya mempunyai gaji RM3000.00 dengan bekerja dengan orang lain lalu saya memilih untuk berhenti bekerja. Saya memilih untuk bekerja sendiri dan saya perlu bertanggungjawab keatasnya. Saya yakin saya punya kuasa untuk mengubah pendapatan saya mungkin dengan mencari kerja lain , meningkatkan skill perniagaan , mencari peluang-peluang perniagaan lain yang sesuai dan Alhamdulillah apabila saya mengambil TINDAKAN , saya mampu mendapat lebih dari 10 kali ganda gaji tersebut.


JADI , binalah KUASA DIRI anda dengan mengambil seberapa banyak tanggungjawab dan manfaatkan tanggungjawab ke aras peningkatan kualiti diri anda.

Keduanya : Jangan Beri Alasan dan Menyalahkan Orang Lain.

Bagaimana cara menghapuskan kuasa diri anda ialah dengan memberi alasan dan menyalahkan orang lain. Jika anda sebagai seorang usahawan dan sering memberi alasan kepada pelanggan anda dan sering menyalahkan orang lain dan anda tidak mengambil tanggungjawab terhadapnya. Kita lihat ramai orang lebih banyak memberi alasan dan sering menyalahkan orang lain dan akhirnya mereka tidak mempunyai kuasa diri untuk mengawal kuasa diri yang mereka anda. Mereka meletakkan orang lain punca kejatuhan mereka sedangkan orang yang hebat dan berkuasa adalah orang yang bijak untuk menghadapi dan menyelesaikannya dengan bijak sana.

Jika anda melakukan bisnes MLM dan anda tidak berjaya dan anda mula menyalahkan upline anda , downline anda , syarikat anda dan sebagainya . Sebenarnya anda yang memilih untuk menyertainya. Tetapi adakah anda telah melihat berapa banyak tindakan yang anda lakukan , jika banyak adakah dengan menggunakan strategi dan pendekatan yang saya , jika dengan strategi berbeza adakah ia telah mendatangkan hasil dan anda mencuba lagi. Kenapa anda membiarkan UPLINE anda yang malas menjatuhkan kuasa anda dan potensi perniagaan anda , mengapa anda membiarkan DOWNLINE anda yang negatif menguasai pemikiran anda sedangkan anda punya KUASA untuk menentukan prinsip sendiri.

Jika anda , tergolong dengan mereka yang sering menyalahkan orang lain atas kegagalan anda anda akan menghapuskan pengaruh KUASA anda. Jika anda berjaya adalah kerana anda BERTANGGUNGJAWAB atas diri anda hasil dari sokongan orang lain kerana penentu kejayaan adalah TINDAKAN anda yang memberikan hasil.

Ramai orang GAGAL kerana mereka sering memberi alasan , sering menyalahkan orang lain , tidak mengambil tanggungjawab dan membiarkan diri mereka seolah-olah menjadi mangsa keadaan.

Jesteru itu , sebagai seorang usahawan dalam dunia MLM , anda perlu bertanggungjawab diatas semua tindakan anda . Semoga anda menjadi seorang usahawan yang BERKUASA KEATAS DIRI ANDA dengan pertolongan Allah .

Anda ingin sama-sama membina kuasa kejayaan bersama saya boleh sms saya di 012-4686404

Sekian

Hairuddin Abdullah

No comments: