23 May 2008

BERJAYA SEMASA SUSAH

Salam sejahtera! Apa khabar. Bersua lagi di layaran blog ini. Semoga sahabat budiman terus merasa tenang , bahagia , tabah dan hebat. Setelah pada tulisan lalu saya menceritakan tentang bagaimana kita perlu membina kuasa diri dengan mengambil tanggungjawab 100% , tidak memberi alasan dan tidak menyalahkan orang lain. Kali ini saya nak kongsikan cerita seorang yang ramai kita kenali melalui program hebat "The Apprentice". Ya orang itu adalah Donald Trumph billionaire Amerika.

DONAL TRUMP BERJAYA SEMASA SUSAH SEMENTARA ORANG LAIN MEMBUNUH DIRI.

Donald Trump adalah salah seorang jutawan Amerika Syarikat yang terkenal. Pada tahun 1980-an dan awal 1990-an , Trump meraih hasil yang besar daripada bidang hartanah. Kekayaan ditaksirkan berjumlah 1 billion US dolar.

Kemudian pada tahun 1990-an kemelesetan ekonomi sedunia melanda dan nilai hartanah jatuh menjunam. Sekelip mata, para jutawan hartanah dan pasaran saham jatuh bankrap. Begitu juga Donald Trump. Dalam beberapa hari sahaja , kekayaannya lenyap dan dia berhutang sebanyak 900 juta bilion US dolar.

Beberapa orang temannya yang mengalami tragedi yang sama percaya kehidupan mereka musnah dan ada yang bertindak membunuh diri. Apabila bekas isterinya menelefonnya , Donald Trump berfikir dia hendak menyatakan rasa simpatinya. Sebaliknya, isterinya menuntut dia membayar tuntuan penceraian dengan wang yang masih ada.

Orang-orang yang selama ini dianggapnya sahabat menyingkirkannya dalam saat-saat dia memerlukan. Namun Trump tidak menyerah kalah. Baginaya , ini adalah satu peluang bekerja dan mengubah keadaan. walaupun dia hampir kehilangan semua wangnya , dia masih memunyai pengalaman dan kemahiran membina kekayaanya.

Selama enam bulan berikutnya , Trump berusaha keras bagi membina semula hidupnya. dalam masa tiga tahun , dia mendapat keuntungan lebih daripada tiga bilion. Di dalam bukunya yang terbaru , The Art Of Comeback, Trump membicarakan bagaimana kesusahannya menjadikan dia lbih bijak , kuat dan fokus daripada sebelumnya. Sekiaranya bukan disebabkan kejatuhannya itu , dia tidak mungkin mendapat sahabat sejati dan memperolehi tiga bilion dalam tempoh tiga tahun.

Sewaktu ramai ahli perniagaan mengizinkan kemelesetan pada tahun 1990-an memusnahkan kerjaya dan kehidupan mereka, Donald Trump menggunakannya bagi menjadikannya lebih kuat dan lebih kaya. Sekali lagi , ini menunjukkan buakan apa yang berlakuk kepada kita , tetapi apakah makna yang kita kaitkan dengan pengalaman itu yang menentukan apakah tindakan kita dan seterusnya hasil yang kita keluarkan.

Jadi itulah , antara ransangan semangat yang boleh kita fikirkan dari Donald Trump. Kadang-kadang saya sedih juga , ada juga rakan-rakan MLM yang dulu masa di sini meraih pendapatan hebat , bukan main puji syarikat , tetapi bila dah keluar kutuk-kutuk , kacau rangkaian disini dan sebagainya. Tapi bagi saya mudah , apa yang mereka nak lakukan silakan itu cara mereka dan pilihan mereka. Jadi kepada anda tak perlulah buat begitu , kita perlu saling hormat menghormati satu sama lain. Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Apa yang penting sebagai orang yang HEBAT ialah doakan rakan-rakan kita agar sama-sama berjaya. Bagi sokongan dan rangsangan positif walaupun rakan kita bukan bersama syarikat kita. Percayalah , bila kita sering doakan kejayaan orang , orang lain juga akan doakan kejayaan kita....

Kepada pengunjung blog , terima kasih atas kunjungan anda. Kalau ada teguran membina silakan , aku suka sangat teguran membina kerana ia akan memberi nilai tambah yang baik untuk aku majukan bisnes ini lagi...

Semoga kita menjadi orang yang sabar dan diberikan petunjuk oleh Allah.

Sekian

Che Din


No comments: