11 May 2008

RESPON PADA KEGAGALAN

Salam sejahtera! Apa khabar semoga anda terus memperoleh kesihatan dan kebahagiaan. Soalan pertama ! Apakah satu tindakan atau hasil yang hebat telah anda lakukan minggu lalu. Satu tindakan yang anda rasa sesuatu yang luar biasa dan luar dari kebiasaan.

3 hari lepas ni aku bersama pelajar-pelajar sekolah isteri ke Wang Mu , Perlis untuk aktiviti perkemahan. Dapat lagi berkenalan dengan orang-orang baru yang hebat. Seorang di kenal Pak Su driver bas yang membawa pelajar dari sekolah ke Perlis. Nampak biasa-biasa sahaja rupanya seorang yang luar biasa. Bekas askar dan sekarang adalah seorang usahawan pengangkutan. Bermula dengan sebuah bas kini beliau telah memiliki 4 buah bas. 3 hari itu sahaja beliau dah berjaya dapat bersih Rm800 tak termasuk 3 buah bas lagi yang dibawa oleh pemandu lain. Hah! Senangnya orang buat duitkan ? Tetapi dia mengeluh dan kecewa dengan sikap pemandu dan rakan-rakan. Sikap mereka yang masih tidak nampak peluang yang beliau berikan. Namun satu mesej yang dapat dikongsikan ialah dalam bisnes SERVICE kena baik.

Hah ! itulah aktiviti aku 3 hari lepas berkhemah bersama pelajar-pelajar. Namun seperti biasa , seperti yang aku ceritakan dalam post yang lepas iaitu tentang matlamat dan impian , masih terlalu ramai pelajar-pelajar kita tidak mempunyai matlamat yang jelas dan spesifik. Jadi setelah di jelaskan betapa pentingnya matlamat yang spesifik kepada mereka agar mereka dapat meniti ruang kehidupan dengan halatuju yang jelas , jadi sekarang mereka perlu menyusun strategi untuk mencapai impian mereka.

ANDA PERNAH GAGAL?

Setiap orang mempunyai pelbagai persepsi kepada kegagalan. Namun hari ini saya hanya nak menyentuh tentang GAGAL . Namun dalam hukum Sebab Akibat atau Hasil datang Dari Tindakan , jika anda ingin mendapatkan sesuatu tetapi anda tidak bertindak pastilah hukumnya anda tidak dapat perkara yang anda inginkan. Anda ingin makan dan makanan telah dihadapan anda , jika anda tidak bertindak untuk mengambil makanan dan membawa ke mulut , atau membawa mulut anda ke makanan atau pelbagai cara tindakan lain sudah pasti anda KELAPARAN. Mengapa anda bertindak dalam hal ini , ini kerana anda MESTI bertindak untuk mendapatkan makanan untuk anda dapat makan . Anda MESTI bertindak untuk makan. Alangkah indahnya jika anda MESTI bertindak untuk mencapai impian anda mendapat pendapatan RM10,000.00 sebulan jika tidak anda akan mati.

Ya ! Dalam banyak cubaan ramai orang mengalami apa yang disebut kegagalan. Namun bagaimana anda bereaksi dengan kegagalan anda.

Adakah anda ? Setelah melakukan sesuatu lalu gagal setelah anda mengambil beberapa tindakan lantas anda berputus asa dan menyerah kalah ?

Adakah anda ? Setelah melakukan sesuatu lalu gagal dan anda tidak berputus asa dan terus mengulangi tindakan yang sama berkali-kali. Mungkin anda terpengaruh dengan cerita Thomas Alva Adison , pencipta lampu.

atau

Adakah anda? Setelah melakukan sesuatu lalu gagal dan anda mendapatkan maklumbalas dari kegagalan tersebut lantas anda memikirkan strategi atau rancangan-rancangan lain untuk meneruskan tindakan bagi mencapai impian anda.

Jesteru itu , apa yang dilakukan oleh Thomas Alva Adison adalah beliau telah membuat percubaan beribu kali namun beliau tidak mengulanginya dengan tindakan yang sama. Beliau telah melakukan tindakan yang berbeza.

Jadi sekarang ! RAIKANLAH KEGAGALAN anda dengan suatu hikmah terbaik , sebagai satu momentum terbaik untuk mendapatkan MAKLUMBALAS BERHARGA mengapa anda boleh gagal . Dapatkan respon dari ramai orang lantas susunkan Strategi Baru untuk anda lakukan tindakan lain secara berterusan.

Ramai sahabat saya kadangkala mengatakan saya tidak mendapat prospek , bagaimana mereka hendap mendapat prospek , mereka tidak melakukan apa-apa tindakan , jika ada terlalu sedikit , jika ada hanya menggunakan satu pendekatan dan strategi . Jika gagal kaedah pertama , mereka terus putus asa lantas mereka berputus asa dan membunuh impian mereka sendiri. Ada banyak strategi yang boleh digunakan untuk mendapatkan prospek , tetapi SEMANGAT mereka lemah dan tindakan tidak berterusan.

Kisah Shalaby seorang dline saya paling setia di Kuching Sarawak. Seorang yang biasa dan saya yakin anda jauh lebih hebat dari beliau. Saya bertemu beliau pada 2006 dan telah mengajar kaedah mendapatkan prospek melalui kaedah Yahoo Groups kerana itu sahaja yang sempat saya ajarkan kepada beliau. Beliau belajar dengan penuh minat , menulis setiap apa yang saya ajarkan kepada beliau. Kemudian setelah saya pulang ke Penang , beliau terus ke Cyber Cafe dan beliau terus melakukan seperti apa yang telah beliau pelajari. Setiap hari beliau join pelbagai groups. Oleh kerana beliau punyai matlamat spesifik ingin menjadi PD , Telah mempelajari strategi bagaimana mendapat prospek secara online , bertindak secara berterusan sehingga sekarang beliau masih dapat prospek. Ketika orang lain kata dah tak orang minat di online mengapa beliau masih boleh dapat prospek hanya dengan yahoo groups yang beliau lakukan hampir setiap hari. Saya juga telah menyusun strategi baru untuk dia setelah 2 strategi gagal . Saya gabungkan dengan seseorang dan ternyata dengan gabungan ini salah seorang prospek beliau telah menyertai perniagaan beliau dengan 1000pv. Beliau mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi , memberi arahan yang jelas dan setia dengan usaha beliau... Beliau adalah seorang yang hebat dan cekal dengan perjuangan kehidupan.

Jesteru itu , kepada anda , lakukanlah tindakan berterusan , jika gagal dapatkan maklum balas dan bina strategi baru , jangan berhenti.

Sekian dulu

Kepada anda yang ingin mendapat pendapatan RM10,000 sebulan ata lebih boleh berhubung dengan saya di 0124686404 atau ke web saya di www.chedin.myniaga.net

Sekian

Hairuddin Abdullah

No comments: