02 May 2008

RODA AKIVITI KEJAYAAN

Salam Sejahtera buat semua SAHABAT BUDIMAN , semoga terus istiqamah , konsisten , persisten dengan segala usaha murni yang telah SAHABAT BUDIMAN usahakan. Hari ini Sabtu , aku tak kemana maybe petang ni ada sikit perbincangan kecil tentang beberapa projek yang perlu di uruskan. Malam tadi ada perjumpaan kecil bersama ahli SST dan SPD Zul telah berkongsi cerita tentang pengalaman yang dapat dikutip hasil dari beliau menghadiri Program Minggu lepas bersama sebarisan jutawan-jutawan dunia yang berkongsi spirit dan pengalaman mereka.

Apakah yang anda sedang lakukan sekarang ? Ya! Pastinya membaca tulisan blog ini. sejam yang lepas apa yang anda lakukan? Bagaimana 3 jam yang lepas? Bagaimana pula dengan 1 jam akan datang apa yang akan anda lakukan jika umur panjang , bagaimana dengan 3 jam akan datang apa yang akan anda lakukan jika umur panjang.

Hari ini boleh la saya kongsikan sikit Formula Roda Aktiviti Kejayaan. Ya! Saya sebut roda kerana semua orang maklum roda pasti fungsinya berputar dan dapat membantu meringankan beban yang berat. Kereta meluncur laju , bas yang berat meluncur laju kerana ada roda dan pasti roda itu bulat. Bagaimana jika bas yang anda naiki itu mempunyai roda empat segi. Selesakah anda.

Di sini aku hanya akan berikan 4 Formula Roda Aktiviti Kejayaan. Sudah tentu 4 Formula ini amat berkait rapat dengan apa yang saya dan anda usahakan. Sudah tentu kepada ahli SST ia juga berkait rapat dengan usaha perniagaan yang anda lakukan atau pun berkaitan dengan kerjaya atau kehidupan anda.

Baiklah saya mulakan dengan Formula Pertama : MEMPUNYAI MATLAMAT SPESIFIK


Ya! Seringkali anda mendengar perihal ini bukan. Ya! Buatlah matlamat anda secara Spesifik untuk matlamat jangka pendek , sederhana dan panjang anda. TETAPKAN Matlamat anda secara spesifik menggunakan kaedah "4 Wife "= What , Why , When , Who .

  • Matlamat anda pada hari ini
  • Matlamat anda pada minggu ini
  • Matlamat anda pada bulan ini
  • Matlamat anda pada tahun ini
  • Matlamat anda pada 5 tahun akan datang
  • Matlamat anda pada 10 tahun akan datang.

Dan yang paling hebat adalah Apakah Matlamat Anda Pada Hari Ini .....

Contoh Matlamat anda pada bulan ini ialah ANDA AKAN MEMBUAT PENAJAAN SEBANYAK 10 ORANG PADA BULAN INI.

Formula Yang Kedua ialah : MERANCANG dan MENYUSUN STRATEGI

Ya setelah mempunyai 4 Wife anda perlukan 1 Husband iaitu How. Jadi pada peringkat kedua anda memerlukan Strategi bagaimana untuk anda mencapai matlamat anda. Jadi sekarang anda perlu menyusun Strategi bagaimana untuk menaja 10 orang pada bulan ini. Sebelum itu anda perlu lihat , bagi kekuatan anda , untuk menaja 10 orang sebulan berapakah prospek yang anda perlukan pada bulan ini. Jadi satu lagi MATLAMAT yang perlu anda buat. Jika dengan 100 orang prospek anda mampu membuat penajaan sepuluh orang , maka anda perlu mensasarkan MATLAMAT mendapatkan 100 orang prospek terlebih dahulu .

Jadi bagaimana anda akan mendapatkan 100 orang prospek pada bulan ini ? Apakah strategi yang akan anda gunakan. Strategi apa yang akan anda gunakan untuk mendapat prospek. Dan Kemudian setelah anda mendapat prospek , strategi apakah pula anda akan gunakan untuk mendapatkan 10 orang dari 100 orang prospek anda menjadi downline anda.

Jadi apakah STRATEGI yang akan anda gunakan? Mungkin ada yang menggunakan strategi mendapatkan prospek melalui kaedah online , di internet , dengan mendapatkan web , membuat iklan di internet , iklan di akhbar , dengan mengajak rakan-rakan ke Seminar i-usahawan , dengan memberikan bisnes card kepada sesiapa sahaja yang anda jumpa dan semua itu memerlukan STRATEGI. Strategi pengedaran , strategi dalam penyusunan ayat , strategi dalam penggunaan masa untuk bertindak , strategi dalam membuat penampilan diri anda....

Jesteru itu , anda perlu memahirkan diri anda untuk menguasai pelbagai strategi ini , strategi bagaimana untuk menarik ramai orang ke laman web anda , strategi untuk menarik ramai orang datang ke seminar anda , strategi untuk menarik ramai orang sms nama dan alamat mereka melalui iklan anda di akhbar dan sebagainya.

Strategi yang hebat datang dari idea dan cara berfikir yang kreatif. Cara fikir yang kreatif datang dari pelbagai sumber bacaan , pergaulan dengan ramai orang yang hebat-hebat , menghadiri pelbagai majlis ilmu seperti seminar , kursus dan sebagainya , meminta pandangan dan maklumbalas dari sesiapa sahaja.

Jadi , apakah strategi anda? Saya ada seorang rakan niaga yang boleh membuat penajaan hanya melalui SMS. Apakah strategi dan pendekatan ayat yang beliau gunakan. Mengapa orang lain lakukan tidak boleh , mungkin juga kerana beliau lebih FOKUS terhadap apa yang beliau lakukan berbanding orang lain. Jesteru itu , KEJAYAAN bukan MUDAH , tetapi akan jadi MUDAH jika mereka menguasai seninya dan strateginya....

Baiklah , saya fikir cukup setakat ini dulu , nanti saya akan kongsikan 2 lagi Formula Roda Aktiviti Kejayaan.

Sekian dulu

Minat nak jadi usahawan ? SMS nama dan alamat anda ke 0124686404 ....

atau pi la laman web saya


www.chedin.myniaga.net



Che Din

No comments: