07 June 2008

TIME TO CHANGE


" PERUBAHAN ITU SENTIASA BERLAKU DALAM KEADAAN YANG TIDAK SELESA , SUNGGUHPUN IA MEMBAWA KITA DARIPADA SUATU KEADAAN YANG BURUK KEPADA KEADAAN YANG LEBIH BAIK " -

Salam Sejahtera ! Apa Khabar Sahabat Budiman. Pertama kita kena selalu ucapkan Rasa Syukur atas segala rahmat yang telah dianugerahkan tuhan kepada kita. Cabaran kehidupan semakin mencabar dan menuntut kita untuk memikirkan dan bertindak selari dengan cabaran kehidupan sekarang. Adakah kita masih lagi selesa dan mengikut cara pemikiran lama...

Ada orang tanya saya , bagaimana cara untuk berjaya. Jawapan saya mudah?
BERUBAHLAH .... Anda ingin berjaya BERUBAHLAH .... Ayat Al-Quran paling popular dilafazkan oleh ramai orang :

" Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Apa Yang Ada Pada Sesuatu Kaum , Sehingga Mereka Mengubah Apa Yang Ada Pada Diri Mereka Sendiri" Ar Raad : 11

Jesteru itu , lihat betapa anda perlu mempunyai
KUASA BERUBAH untuk mencapai sesuatu yang hebat didunia ini. Jika anda seorang yang malas , berubahlah menjadi rajin , jika anda seorang yang tidak suka membaca buku , berubahlah menjadi seorang yang rajin membaca buku.

Keadaan dunia berubah , Keadaan ekonomi berubah adakah anda masih STATIK dan Terus menggunakan cara fikir yang sama ? Hanya orang yang berubah akan dapat mengatasi masalah secara tenang dan kreatif. Sekarang ramai orang membicarakan tentang kenaikan harga minyak , selain ada orang memikirkan tentang beberapa alternatif bagaimana menanganinya adakah anda hanya menjadi pemerhati dan wait n see. Jika harga minyak meningkat , tidakkah anda mahu meningkatkan pendapatan anda , bolehkah , bagaimana , saya kerja makan gaji mana boleh nak naik gaji , ada cara lain ker? Tentu pelbagai persoalan timbul.

Saya tidak berniat mengulas hal itu , cuma biarlah saya bermula dengan cerita Manusia dan Tikus.

Apakah perbezaan antara naluri manusia dan naluri tikus? Anda pernah baca buku karangan Spence Johnson yang bertajuk " Who Moves My Cheese". Nampak tajuk macam tak der cerita menarikkan. Ia mengisahkan dengan jelas tentang naluri manusia dan tikus. Dalam buku ini , Johnson mengatakan manusia adalah makhluk yang hidup secara rutin. Manusia melakukan tindakan-tindakan berdasarkan kebiasaanya. Ini beerti manusia berorentasikan masa lalu , manusia melakukan hal-hal yang sama yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang.

Cheese atau keju dalam buku ini bermaksud sesuatu yang dicari oleh manusia. Ia mungkin kebahagiaan , makanan , kewangan atau apa sahaja yang manusia inginkan. Apabila manusia bertemu sesuatu yang dia cari , secara automatik dia berulang-ulang mahukan perkara ataupun barang itu. Dengan ini , mula-mula manusia membentuk kebiasaan tetapi lama-kelamaan , kebiasaan itu pula membantuk manusia.

Bagi anda , apa yang terjadi , apabila tiba-tiba barang tadi iaitu keju itu hilang? Contoh seperti wang yang banyak hilang , pekerjaan anda hilang , kebahagiaan anda hilang. Orang itu pasti marah , mengadu kesana sini dan meminta orang lain mencari dan mengembalikan kepadanya.

Namun apabila keju itu tidak muncul , manusia mula kehabisan akal dan tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Kemudian , manusia hanya dapat mengharap supaya keju itu kembali kepadanya. Maka, mereka pun menunggu dan terus menunggu entah sampai bila.

Bagaimana pula dengan sikap tikus? Kita selalu menggambarkan tikus sebagai haiwan yang rajin dan cerdik. Apabila seekor tikus mempunyai keju dan tiba-tiba keju itu hilang , dia tidak berdiam diri. Dia mencari dan terus mencari hingga berhari-hari si tikut itu berjalan kesana sini mencari keju yang hilang. Dia terus mencari tanpa putus asa. Akhirnya, si tikus bertemu dengan barang lain ditempat yang jauh dari tempat asalnya. Dia berjaya bertemu sesuatu yang baru kerana dia berorientasikan tindakan. Itulah yang perlu kita lakukan. Jangan takut mencuba atau melakukan eksperimen dengan perkara atau idea baru.

Itulah antara ringkasan cerita dari buku " Who Moves My Cheese". Pengajaran dari kisah ini adalah , jangan putus asa dan jangan biarkan diri anda menjadi tua , menjadi lemah dengen berorientasikan masa lalu. Kita perlu menjadi berani dan melakukan eksperimen dengan idea baru , cara baru dan terus bertindak. 'Manusia tikus' di sini bukan beerti pengecut tetapi manusia yang tidak berdiam diri , dia sentiasa bergerak kehadapan bagi mencari peluang-peluang baru dijalan-jalan baru yang tidak pernah ditempuhinya ....

Sekali cerita minyak naik harga. Apabila minyak naik harga hingga 40% anda juga perlu memikirkan apakah cara untuk mendapatkan pendapatan lebih 40% daripada biasa. Jika seorang usahawan sudah pasti dia akan naikkan harga berikutan kenaikan kos untuk maintain keuntungan. Jika kita yang pendapatan kita dikawal oleh orang lain sedangkan kita mempunyai kuasa menentukan pendapatan kita tanpa had bagaimana? Carilah solusi baru ,

BERUBAHLAH : Keluar dari zon selesa kita
BERUBAHLAH dari sikap berdiam diri kepada lebih pro aktif
BERUBAHLAH dari kurangnya nilai kemahiran dalam diri kepada carilah kemahiran baru dalam diri bagi meningkatkan value atau nilai diri anda

Jika selama ini kita mengambil pendekatan dan fikiran membiarkan Orang Lain Yang Menentukan Pendapatan Kita , UBAHLAH kepada Biar Aku Yang Menentukan Pendapatan Aku... Pasti ada jalannya , carilah orang yang telah melakukannya...

Jika anda mencari peluang pendapatan tambahan disamping mendapat meningkatkan kemahiran diri adan juga boleh menyertai perniagaan bersama saya...

" Kemajuan mustahil dicapai tanpa perubahan dan mereka yang enggan mengubah fikiran mereka tidak boleh mengubah sesuatu apa pun" George Benard Shaw


TIME TO CHANGE

kliks : http://chedin.myniaga.net

Hairuddin Abdullah
012-4686404



No comments: