15 June 2008

AKTIVITI BISNES TERUS AKTIF

Salam sejahtera ! Apa khabar semua. Macam rasa lama tak updated blog. Alhamdulillah sejak cuti sekolah hari tu sampai hari ini , setiap hari ada pelbagai aktiviti yang dilakukan. Rabu lepas aku telah buat keputusan untuk balik kampung. Lama juga tak balik kampung. Masa cuti sekolah ari tu tak sempat plak nak balik kampung kerana ada beberapa aktiviti yang berlangsung.

Pada hari rabu aku ke KL dan belah malam aku ke rumah PD Rashidi dan tidur dirumah dia. Dapatlah bertukar-tukar idea dan merancang beberapa aktiviti seterusnya selepas ini nanti. Kemudian pada khamis pagi aku dan PD Rashidi ke HQ dan selepas itu kami terus ke Jengka Bandar Pusat kerana jam 5.30 petang PD Rashidi dah sediakan satu pertemuan minum petang dengan beberapa orang leader di sana. Alhamdulillah perjumpaan dihadiri 8 orang bakal leader pada petang tu yang di buat di Tekam Resort. Depa semua memang kerja disitu. Ada beberapa hal yang dibincangkan dan dengan beberapa perkembangan terkini yang bakal diumumkan pada bulan Julai nanti , nampaknya mereka terus komited untuk bersama Smart Success Team.

Kemudian setelah selesai , terus ke Temerloh untuk bertemu dengan tim disana pula. Wah dapat juga tengok centre SST Temerloh. Terima Kasih kepada Puan Noor yang telah mendapatkan tempat yang selesa untuk SST Temerloh menjalankan aktiviti. Kami mulakan dengan makan malam dulu , seorang demi seorang yang datang dan akhirnya 10 orang dapat berkumpul. Saya mengambil masa 30 minit untuk berkongsi perkembangan terkini dan aktiviti syarikat untuk bulan Julai. Setelah selesai aku terus ke KL jam 12 malam dan terus balik kampung.

Hari jumaat sampai di Kampung , aku banyak habiskan masa untuk berehat dan bersama keluarga. Hari Sabtu pula belah petang mengadakan pertemuan dengan prospek di Melaka. Wah! dah banyak juga dia join tapi kurang berhasil kerana tiada bimbingan berterusan. Beliau tak kisah berapa lama masa yang diambil tetapi beliau memerlukan bimbingan berterusan. Jesteru itu di Smart Success Team kita telah menyediakan bimbingan , sistem yang kemaskini dan mudah , pendekatan dan strategi yang terkini serta pendekatan yang boleh digunakan samada melalui Online dan Offline. Setelah itu aku balik rumah dan hari Ahad petang aku bertolak ke Penang bersama mak aku dan Alhamdulillah selamat sampai jam 11.30 malam.

Memang sepanjang perjalanan ramai lagi yang berbicara tentang kenaikan harga minyak. Mereka cukup terasa tentang hal itu , jesteru memang mereka harapkan Smart Success Team dapat melakukan sesuatu yang luar biasa untuk membantu mereka menaikkan pendapatan mereka sejajar dengan kenaikan harga minyak. Aku sepanjang perjalanan juga terasa pertambahan perbelanjaan minyak kereta. Jadi usaha gigih secara smart perlu diteruskan dengan lebih pro aktif.

KOMUNITI USAHAWAN MLM ONLINE SST

Sekarang dalam keadaan harga minyak naik , kekadang kita nak pi jumpa prospek secara online pun pikir dua tiga kali. Jesteru itu , kepada anda yang dah bermula bersama SST , anda boleh lakukan secara online untuk meneruskan aktiviti penjualan dan penajaan. Memang nak berjaya dalam bisnes ini anda kena menaja. Jesteru itu , belajar la jika tidak tahu. SST sedang dan telah menyusun kelas pembelajaran internet marketing secara online. Alhamdulillah kelas pertama telah bermula pada sabtu lepas jam 3.30 petang yang di kendalikan oleh SPD Khairul Aza. InsyaALLAH Khamis malam ni juga akan diadakan lagi. Jesteru itu , anda boleh membina network anda melalui kaedah online dan anda boleh membuka rancangan untuk membina Komuniti Usahawan MLM Online.

Pada 29 Jun 2008 akan diadakan satu program khas kepada mereka yang berminat untuk menjadi pemimpin kumpulan dalam perniagaan ini. Program diadakan di Hotel Sri Malaysia Kulim dan beberapa perkembangan terkini syarikat akan disampaikan di situ. Nantikan sesuatu yang hebat akan berlaku pada bulan Julai. Jesteru itu kepada anda tak kira dimana jua boleh hadir ke Program Khas ini . Tempat terhad untuk 30 orang sahaja.

Kepada semua sahabat , KENAPA BIARKAN ORANG LAIN YANG MENENTUKAN PENDAPATAN KITA , SEDANGKAN KITA BERHAK MENDAPAT PENDAPATAN YANG LEBIH DARI ITU. Fikirkanlah ke arah KEBEBASAN KEWANGAN ( Financial Freedom ). Perkukuh impian anda dan cabar diri untuk mencapainya. Pastikan anda telah melakukan yang terbaik ....


Kepada yang minat nak join just sms saya di 0124686404 atau klik laman web di bawah

No comments: