29 June 2008

IMPIAN DAN BATASAN

Salam sejahtera kepada semua sahabat. Alhamdulillah semalam telah selesai satu acara penting PROGRAM BERSAMA MENUJU PUNCAK. Wah , malam tadi tiba-tiba ada seseorang dari Sabah SMS nak join padahal aku hantar maklumat kepada dia dah 3 bulan yang lepas. Tapi kenapa malam tadi selepas selesai program BMP di Kulim baru beliau buat keputusan. Adakah ini yang dikatakan AURA... Di fahamkan juga ada beberapa tindakan segera yang telah dilakukan oleh rakaniaga masing-masing.

Program semalam telah melihat komitmen syarikat dalam membantu dan membangunkan perniagaan ahli dengan menampilkan halatuju dan wawasan yang hebat dan jauh kehadapan disamping dengan perancangan strategik jangka pendek.

Hari ini , JUST aku nak share tentang
Impian dan Batasan. Anda bertuah jika dalam minda anda terlakar atau tergambar sebuah impian yang jelas dan impian itu telah anda simpan beberapa lama untuk mencapainya. Namun malang juga bagi anda jika pada waktu ini masih belum jelas apakah impian anda dan sering berubah-ubah mengikut persekitaran dan keadaan. Ada orang mula merendahkan impian mereka lantaran melihat keadaan persekitaran yang semakin menekan.

IMPIAN adalah sesuatu yang hebat dan indah untuk dibayangkan , tetapi ianya belum menjadi kenyataan. Namun dengan ada impianlah kita berusaha dan bekerja keras dengan gigih tanpa mengenal putus asa untuk mencapai impian. Namun ada dua hal yang penting. Satu adalah IMPIAN anda dan satu lagi adalah APA YANG ANDA SEDIA TERIMA dalam hidup anda.

Contohnya , Anda berimpian memiliki pendapatan RM20,000.00 sebulan dan ia membolehkan anda mencapai impian anda yang lain seperti membeli kereta mewah , rumah yang selesa , memberikan pendidikan anak-anak yang terbaik dan sebagainya. NAMUN , mungkin pernah terlintas dalam fikiran anda , ALAH , tak dapat RM20,000.00 pun aku boleh hidup juga. ATAU Kalau tak dapat RM20,000.00 dapat RM 3,000.00 tambahan pun cukup baik dah. Dari naik kancil dapat naik Waja Alhamdulillah. Jadi BAGAIMANA DENGAN IMPIAN ANDA YANG RM 20,000.00 sebulan tadi ? Anda MELETAKKAN IMPIAN dan anda sendiri yang membataskan.

JADIKAN IMPIAN anda sesuatu yang
MESTI atau PERLU bukan HARAPAN atau KEINGINAN sahaja. Ya! Gunakan perkaraan MESTI. Cuba anda lihat ayat ini. SAYA INGIN MENDAPATKAN RM20,000.00 sebulan. SAYA MESTI MENDAPATKAN RM20,000.00 sebulan. Ayat manakah yang anda lebih yakin. YA! Jadikan IMPIAN anda sesuatu KEMESTIAN , Jangan Tidak Tidak. Anda perlu KOMITED dengan IMPIAN anda , Anda perlu LAKUKAN APA SAHAJA untuk capai IMPIAN ANDA... Ya ! APA SAHAJA.....

KELUARLAH dari Zon Selesa Anda. Jika IMPIAN anda besar , sudah tentu strategi dan pengorbanan yang anda perlukan juga besar. Jika anda tidak berani keluar dari Zon Selesa anda anda hanya akan menjadikan IMPIAN anda sebagai satu angan-angan. Anda sendiri yang MEMBATASKAN DIRI anda untuk mencapai IMPIAN anda. Nak kena kerja lebih masa , terpaksa menggunakan waktu cuti untuk lakukan kerja tambahan , kena datang training walaupun jauh , kena membaca buku dan belajar jika anda difikir ianya sukar , ANDA akan terus mendapat apa yang telah anda perolehi sekarang. Orang lain yang berani mengambil risiko dan keluar dari Zon Selesa telah mencapai pendapatan RM20,000.00 anda masih seperti dahulu menyimpan impian anda untuk ditukarkan menjadi angan-angan.

KONGSIKAN IMPIAN anda dengan orang lain. Ya satu cara yang akan dapat membantu anda ialah Kongsikan IMPIAN anda dengan orang lain. Keluarga anda , rakan-rakan anda yang POSITIF atau ROLE MODEL anda. Mungkin anda berimpian berpendapatan RM20,000.00 anda perlu kongsikan impian anda dengan UPLINE atau sesiapa sahaja yang telah berjaya mendapat pendapatan seperti ini kerana beliau sahaja yang dapat merasakan nikmatnya mendapat pendapatan RM20,000.00 sebulan. Jika anda kongsikan dengan mereka yang berpendapatan RM2,000.00 tentu akan lain bunyinya kerana MINDA mereka belum merasa mendapat pendapatan seperti itu.

LAKUKAN TINDAKAN KECIL TETAPI BERTERUSAN DAN SEKALI SEKALA ANDA AMBIL TINDAKAN BESAR-BESARAN DAN AGRESIF... Ya setelah anda mempunyai IMPIAN , aturkan perancangan atau strategi permulaan bagaimana untuk mencapai IMPIAN anda. Lakukan tindakan yang kecil tetapi mampu dilakukan setiap hari. Yang penting lakukan secara konsisten dan setiap hari. Contoh jika anda dalam perniagaan MLM , dapatkan prospek setiap hari , hubungi prospek setiap hari .. anda lakukan. Tak Tahu MACAM MANA nak dapat prospek ? ooooh , HUBUNGI SAYA , senang je nak dapat prospek tu.. Soalnya ANDA JADIKAN misi mendapatkan prospek itu satu KEMESTIAN HARIAN atau tidak. Jadi lakukan rutin harian anda ... KEJAYAAN yang KECIL akan MELAHIRKAN KEJAYAAN yang BESAR...

Jesteru itu , kalau anda banyak bagi ALASAN kepada IMPIAN anda , Anda tidak sanggup berkorban , mengeluarkan wang , berkorban masa dan tenaga anda akan tergolong dalam kategori 95% orang yang gagal mencapai IMPIAN mereka. Kerana mereka tidak melihat satu KEMESTIAN YANG MENDESAK untuk anda capainya.

Jadi bagaimana menguatkan KEMESTIAN IMPIAN anda. Ya ! Untuk menguatkannya anda perlu tahu secara jelas MENGAPA ANDA MESTI CAPAI IMPIAN ITU.
Ya ! MENGAPA. Kerana dengan anda memberikan jawapan MENGAPA anda mesti capai IMPIAN itu , ia akan meningkatkan kekuatan dalaman anda untuk mencapainya. MENGAPA ? Tanyakan MENGAPA?

BILA HARGA MINYAK NAIK 40% , Apa pilihan ANDA? Minta Di Naikkan Gaji? Dari Naik kereta tukar naik Motor atau Kenderaan Awam ? Dari kereta CC besar ke CC kecil? Dari makan makanan yang berzat dan seimbang kepada makan makanan segera yang lebih murah ? MAHUKAH ANDA SEPERTI INI. Atau anda ingin mengikut saya dengan MENINGKATKAN PENDAPATAN sebanyak 40% dari pendapatan biasa. Ya! Apa yang boleh saya lakukan ?

Anda boleh hubungi saya Hairuddin Abdullah 012-4686404 ...

atau boleh ke

www.iusahawan.myniaga.net


Sekian Hairuddin Abdullah

..............................................................................................................................

6 Julai 2008

Program BERSAMA MENUJU PUNCAK

Mercu View Bandar Pusat Jengka Pahang

2.30 Petang

......................................................................................................

No comments: