17 June 2008

AKTIVITI SEMAKIN RANCAK .....

Salam sejahtera ! Apa khabar. Semoga Sahabat sihat dan berada dalam ketenangan dan kebahagiaan. Saya yakin anda pasti sedang berusaha secara gigih dan smart untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup.

Alhamdulillah , saya diberikan kekuatan oleh ALLAH dan sahabat-sahabat untuk menyusun pelbagai aktiviti perniagaan dan ia menjadi semakin rancak. Secara umumnya sekarang saya sedang menguruskan 2 jenis perniagaan. Satu bisnes MLM saya bersama Smart Success Team dan Smart Naco dan satu lagi bisnes Latihan dan Motivasi yang sedang di uruskan oleh rakaniaga saya. Nampaknya ALhamdulillah kedua-duanya semakin aktif dan rancak kerana saya yang MEMILIH Tanggungjawab untuk menjadikan ia rancak.

Di sini saya nak kongsikan beberapa aktiviti yang akan berlangsung dalam beberapa minggu ini bersama perniagaan bersama SST dan Smart Naco.

Bermula dengan hari esok 19 Jun - 30 Jun 2008 , salah seorang rakaniaga saya telah membuat keputusan untuk menyertai ekspo di Felda Lasah , Sungai Siput , Perak. Jadi oleh kerana kepadatan aktiviti saya telah memutuskan untuk memilih tarikh 20 Jun ( Jumaat ) , 26 Jun ( Khamis ) dan 30 Jun Isnin untuk bersama-sama beliau menyertai aktiviti di Felda Lasah.

Kemudian pada 21 - 24 Jun saya ada aktiviti bersama rakan Smart Success Team. Hari Ahad pi tengok rumah baru sifu kita Khairul Aza .

PROGRAM PENTING : Pada 29 Jun Pemimpin SN Utara telah menyusun satu program hebat yang dinamakan PROGRAM BERSAMA MENUJU PUNCAK. Program ini akan berlangsung selama sehari dari jam 9.00 pg - 5.30 petang dan akan di adakan di Hotel Sri Malaysia , Kulim. Beberapa perkara penting berkaitan REVOLUSI baru syarikat akan dibentangkan kepada kita semua dan kita akan terus membina komitmen untuk BERSAMA MENUJU PUNCAK. Jadi tempat terhad hanya kepada 30 orang sahaja kepada Pemimpin yang benar-benar serius sahaja. Berikan nama anda kepada pemimpin anda segera.

Kemudian pada 6 Julai 2008 , saya akan ke Jengka dan akan dilangsungkan satu program bersama Pemimpin Smart Naco Jengka , Temerloh , Pahang pada sebelah paginya dalam program yang sama iaitu PROGRAM BERSAMA MENUJU PUNCAK. Kemudian di sebelah petang di Mercu View akan di adakan taklimat Peluang Perniagaan di Bandar Pusat Jengka.

Pada 13 Julai saya akan berada di Tawau , Sabah ( jam 2 petang )

Pada 14 Julai saya akan berada di Lahad Datu Sabah ( malam )

Pada 15 Julai saya akan berada di Kota Kinabalu dan pulang ke KL pada 16 Julai.

Semua program di atas adalah kesinambungan PROGRAM BERSAMA MENUJU PUNCAK.

........... Kepada semua rakaniaga baru dari rangkaian saya , anda boleh berhubung dengan saya terus di talian 012-4686404 atau YM saya di myaldiniah@yahoo.com

........... InsyaALLAH hari rabu malam saya berada di Online Confrence Room SST ... Untuk download dan install software sila juga berhubung dengan upline atau saya.

KEMPEN MELANCONG KE PUKHET.... Sempena kempen melancong ke Pukhet , saya harap semua rakaniaga dapat mengambil peluang ini dengan baiknya. Kempen bermula bulan Jun hingga Disember. Ada 7 bulan untuk anda memenuhi kelayakan untuk ke Pukhet. Jom pakat ramai-ramai ke Pukhet.

.........................................................

PROGRAM BERSAMA MENUJU PUNCAK

Tarikh : 29 Jun 2008
Tempat : Hotel Sri Malaysia Kulim
Masa : 9.00 pagi - 5.30 petang

Agenda :

Halatuju Syarikat
Bagaimana melihat plan pemasaran yang menguntungkan anda
Membangun wajah baru produk Susu IgG Plus
Bagaimana Membina Kuasa Diri Untuk Mencapai Impian Anda
Ketahui Strategi Syarikat dan pemimpin ke arah BERSAMA MENUJU PUNCAK
dan banyak lagi.....

Tarikh Tutup Penyertaan : 27 Jun 2008 ( Tempat TERHAD 30 orang yang komited sahaja )

Untuk semua rangkaian saya : Dapatkan HADIAH ISTIMEWA dari saya.

Sekian


BERSAMA MENUJU PUNCAK

Hairuddin Abdullah

No comments: