02 March 2008

APA BERLAKU 5 HARI YANG LALU

Salam Sejahtera ! Apa Khabar , Sihat? Bahagia? Tenang? Semoga anda berada dalam MOOD yang LUAR BIASA dan lakukanlah sesuatu yang luar biasa....

Alhamdulillah aktiviti perniagaan semakin hangat , panas dan hebat !! Selama 5 hari yang lalu pelbagai aktiviti yang berlaku dan ianya aku lihat sebagai sesuatu yang amat positif... Bermula pada hari Rabu Lepas , aku bertemu dengan seseorang yang telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama dalam PERJUANGAN PERNIAGAAN bersama-sama Smart Success Team .. Aku telah menyusun gerakan dan strategi kempen untuk menggerak upaya perniagaan beliau. Beliau yang telah setahun tidak bekerja dan memang memerlukan perniagaan ini untuk mencapai IMPIAN beliau....

Pada hari Khamis aku sibuk menguruskan permintaan ramai prospek untuk mendapatkan Informasi Perniagaan. Bertalu-talu SMS aku terima dan aku fikir ini satu perkembangan positif untuk membina GELOMBANG BARU 2008... Banyak perkara yang perlu di gerakkan untuk menjayakan Malam Roadshow Program Jutawan X.Stream 2008 di Pearl View , Perai...

Kemudian pada Jumaat awal pagi aku dah gerak ke Temerloh untuk ke Program di Kuantan pada malamnya. Kemudian Sahabat Perniagaan saya dari Kinabatangan telah datang ke KL . Tiba di Temerloh aku lihat PD Rashidi sedang mengadakan Small Meeting untuk menyusun strategi menggerak upaya bisnes ini. InsyaALLAH kita akan dapatkan pejabat SST Pahang. Yang hebatnya pada perjumpaan itu ada seorang orang lama dalam S. Naco yang ingin aktif balik melihat perkembangan positif ini.. Inilah Perjuangan yang luhur dalam perniagaan...

Sebaik sahaja selesai program di Kuantan pada malamnya , aku , PD Rashidi , Abg Din dan Uncle John bergerak balik ke Jengka dan lelapkan mata sekitar 2 jam sebelum bertolak ke Kuala Lumpur untuk Program Jati Diri yang di anjurkan oleh HQ di Kajang. Seharian Sabtu aku dan pemimpin-pemimpin Smart Naco lain bersama dalam program itu.

Kemudian setelah selesai aku hantar Sahabat dari Sabah ke Shah Alam dan patah balik ke Kajang tidur kat rumah PD Rashidi. Tiba-tiba tergerak aku calling sepupu aku yang dok kajang. Jadi kami pun berjumpa dengan mereka adik beradik dua orang. Melihat perkembangan positif ini mereka berdua berminat untuk menjalankan perniagaan ini , NAH! Sampai jam 2 pagi kami berbual2 sambil bertukar pandangan tentang bisnes ini. 2 orang join malam tu.

Kemudian esoknya hari Ahad , pada tengahari aku ke Cheras bertemu dengan seorang yang hebat , seorang anak muda yang hebat yang mempunyai impian yang jelas dan cita-cita besar Saudara Hafizie. Dengan tekad dan semangatnya beliau sedia memulakan kempen program Jutawan X.Stream di KL. Selesai terus aku ke Klang di Bukit Tinggi bertemu dengan seorang lagi yang sms aku kata nak join dengan pakej 200pv. Jumpa beliau rupanya anak jawa juga. Dah la Hafizie tadi anak jawa juga dari Johor, Elok la tu. En Abd Rahman yang aku jumpa di Klang tadi berminat kerana untuk mendapatkan produk di samping ingin menjalankan perniagaan ini secara part time. Plan nak jumpa leader aku PD Halim , tetapi atas beberapa urusan tidak dapat dielakkan kita plan tunda perjumpaan. Selesai semua aku bertolak balik ke Penang dan ALhamdulillah selamat sampai di rumah tepat jam 10.30 malam... Dalam perjalanan ada 3 orang prospek minta aku poskan maklumat perniagaan ... Hari ini aku akan uruskan urusan pengeposan , berjumpa dengan bakal2 leader aku di utara.....

Sempena 5 hari yang lalu Alhamdulillah 6 orang telah menyatakan hasrat untuk bersama-sama Smart Success Team.

Kepada DrAMINSAN , salam kerinduan dari saya kat Dr. InsyaALLAH nanti kita pi minum-minum kopi... Kepada semua sahabat saya , TERUSKAN PERJUANGAN ini ...

Kepada anda yang nak maklumat perniagaan sila sms ke 0124686404 atau ke www.chedin.myniaga.net

Sekian Terima Kasih

Hairuddin Abdullah

No comments: